#MAROO – KAWASAN

Maroo – KAWASAN BAB (I)

Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum kepada rakan-rakan FS sekalian. Terima kasih kepada admin FS yang sudi publish story aku.

Sebelum tu, terima kasih juga kepada rakan-rakan FS yang sudi baca dan sudi bagi comment-comment yang membina. Aku nak minta maaf sebab lambat sangat nak update story. Banyak sungguh cabaran, dugaan dan gangguan nak menaip dan send cerita ni.

Asalnya aku ingin buat story ni bahagian I dan bahagian II sebab storynya yang panjang. Tapi aku try gabungkan juga menjadi satu. Sebab aku tak tahu bila lagi aku boleh send story dekat FS. Tapi akhirnya, aku ambil keputusan dan nampaknya memang aku kena buat bahagian I dan bahagian II juga.  HAHAHA (aku pun tak faham apa aku tulis)

Story kali ni mengenai pengalaman aku sepanjang berada di kem ‘Cinta Alam’ di sebuah negeri. Aku ni boleh dikategorikan sebagai pelajar yang aktif jugalah… tapi tak aktif mana pun. At least adalah juga kem yang aku join sepanjang aku belajar di IPTS. Kem kali ini melibatkan pelajar jurusan accounting dan human resources seramai 90 orang temasuk dengan beberapa orang lecturer yang join.

Disebabkan aku orang baru dan kebanyakkan pelajar yang join semuanya ada geng masing-masing. Dan disebabkan kawan-kawan aku tak dapat join waktu tu, maka, keseoranganlah aku. Tapi aku ni cepat sesuaikan diri. Yang muda ke, yang tua ke, semua aku tegur. Dan mungkin disebabkan sifat aku nilah, aku dipilih sebagai ketua mewakili kesemua peserta kem tersebut.

Maka bermulahlah episode aku disitu. Asalnya kem tersebut selama 3 hari 2 malam. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, kem tersebut disingkatkan menjadi 2 Hari 1 Malam sahaja.

Kawasan tersebut dikelilingi dengan hutan yang tebal. Kalau lihat sekeliling, kelihatan ada tasik buatan, kolam berlumpur, gelonsor bukit yang berlumpur, di atas bukit pula ada sebuah dewan untuk kami berkumpul. Dan dibawah bukit ada kawasan yang bertar. Kawasan ni, kalau kena denda tengah hari dibawah panas terik, memang azab.

Selesai mendirikan khemah, aku diberikan tugas untuk mengumpulkan kesemua peserta tepat pada masanya. Cukup semua ada, penjaga kawasan yang aku panggil ‘renjer’ memberi arahan untuk aku mengira kesemua perserta. Semuanya ada 9 kumpulan dan setiap kumpulan ada 10 orang ahli. Sebelum mengira, mata aku terpandang sosok tubuh yang kelihatan antara barisan kumpulan 6&7.
Tubuhnya sedang-sedang. Tidak tinggi dan tidak rendah. Apa yang menarik perhatian aku ialah cara pemakaiannya. Berbaju melayu, bersongkok dan bersamping. Tiada senyuman diwajahnya. Matanya seolah-olah menjeling dan memandang peserta lelaki disebelahnya. Sepantas aku toleh kekanan, sepantas itu jugalah dia menghilang.

Aku meneruskan pengiraan aku, semua jumlah aku dapatkan dari setiap ketua kumpulan.

“kumpulan 1 , bilangan ahli?”
‘10’

“Kumpulan 2?”
‘10’

“kumpulan 3?”
‘10’

“Kumpulan 4?”
‘10’

“kumpulan 5”
‘10’

Sebelum ketua kumpulan 6 memberikan laporan bilangan ahli, hati aku laju mengira bilangan ahli kumpulan itu.
‘asal kumpulan ni macam ramai pula ahlinya’

‘1,2,3,4 ………9,10…….11’

Sah! Kumpulan 6 lebih seorang. Masaalahnya aku tak dapat nak cam siapa. Sebab semuanya aku tak kenal.

‘10’ kata ketua kumpulan 6.
‘11’ kataku kepada renjer.

Aku apalagi terkejut gila, aku dan ketua memberikan jawapan pada masa yang sama dengan jumlah ahli yang berbeza.

“awak ni tak reti kira ke? Dah mata empat pun salah kira lagi ke?”

fuhh.. suara renjer ni kalau boleh nak satu hutan tu tahu yang aku ni salah kira.
Aku teruskan lagi sesi pengiraan.

“kumpulan 7?”
‘10’

“kumpulan 8?”
‘10’

“kumpulan 9”
‘10’

“jumlah kesemuanya 90 peserta termasuk saya, renjer!”
aku memberikan laporan kepada renjer.

Dalam masa yang sama dalam hati ,aku masih mengira jumlah ahli kumpulan 6 .

Dan ya.. memang sebelas. Aku tak salah kira. Disebabkan kesemua peserta duduk dalam barisan yang tersusun dan sama rata, memang jelas boleh nampak kalau ada yang terlebih.
Waktu berbaris ketika berdiri, tak nampak sangat terlebih orang. Time duduk berbaris, memang boleh nampak kalau ada ahli yang lebih.
Kali ni, ahli yang lebih tadi ada pasangannya di dalam kumpulan 7. Bermakna, kumpulan 6 ada 11 ahli dan kumpulan 7 juga ada 11 ahli.

‘ah.. sudah.. apa pulak kalini. Ya Allah, lindungilah kami. Lancarkanlah program kami kali ni Ya
Allah’ rintihku dalam hati. Risau sangat kalau perkara yang tak diingini terjadi.

Petang itu, aktiviti jungle trekking diadakan, semua peserta kena berbaris membentuk satu barisan panjang. Dan macam biasa renjer yang kerjanya asyik memekik, memanggil nama aku dan suruh mengira.
Kau bayangkanlah.. aku kena kira dari 1 sampai 90. Dia tak bagi aku langsung tanya ketua kumpulan.
Disebabkan kesemua ahli ada memegang botol plastic, aku mulakan pengiraan aku apabila mereka mengangkat tangan yang memegang botol plastic keatas.

Satu.. dua.. tiga.. empat.. lima… enam… tujuh… lapan… Sembilan…sepuluh……………………………
………………dua puluh satu….. dua puluh dua….. …………… ………..lapan puluh tujuh….lapan puluh lapan… lapan puluh Sembilan… Sembilan puluh.. …sembilan puluh satu… Sembilan puluh dua…. Sembilan puluh tiga… Sembilan puluh empat.

“semuanya Sembilan puluh empat peserta, tuan!” bergema suara aku diudara.

Sejurus aku laporkan bilangan peserta, kesemuanya diam serentak. Yang kaki sembang pun senyap. Makcik-makcik bawang yang tengah bergosip pun tiba-tiba berhenti bersuara tanpa disuruh.

Aku pandang muka renjer. Dia pandang muka aku. Jelas diwajahnya ada beberapa lapisan garis kedutan.

“semuanya ada Sembilan puluh empat ahli, tuan”
aku ulang kembali.

Suasana masih senyap. Membuatkan aku bertambah bingung.

“okay, takpe. Kamu masuk barisan kamu cepat” arah renjer tadi.

Semasa aku sedang mendaki bukit, senior yang aku rapat sejak tiba di kem ni menegur aku.

“maroo.. kau tak perasan ye tadi”

‘perasan apa ye?’ Tanya aku dengan penuh kejahilan.

“kau terlebih kira kut… tu yang semua orang senyap tadi.”

Aku tersentak.
‘ya AllAH, patutlah semua senyap.’

“weyh.. serius aku tak perasan weyh. Aku main kira je. Yela.. kan ramai nak kena kira.. kira pun nak kena cepat. Aku kira je jumlah orang yang angkat botol tadi”. Dengan confidentnya aku cakap.

“lain kali alert and hati-hati. Kita dekat tempat macam ni, memang ada je yang nak main-main” tambah dia.

Time daki bukit, fuhh,, merecik kau.. kalau tak kuat stamina memang cepat pancit.
baru aku berkira-kira nak teruskan mendaki.. aku terdengar namaku dilaung dari arah bawah.

‘MAROOOOOOO!’

‘YEEEE’ jawabku mengah.

“KOTAK FIRST AID ADA DEKAT KAU KAN? ADA BUDAK PENGSAN BAWAH NI!!!!!”

Belum sempat aku nak bernafas, kelam kabut aku turun bawah sambil menjinjing kotak first aid.

“korang semua gerak dulu. Ikut sekali group yang dekat depan. Tengok-tengok sekali kawan-kawan dalam kumpulan.” Pesanku

Berapa kali aku tersungkur sebab licin. Sakit kot jatuh….
sampai je bawah aku nampak budak yang pengsan tu dah sedar. Dia duduk melunjur. Keliling dia cuma ada aku dan 3 orang pensyarah kami.

‘nah first Aid miss’. Aku hulurkan kotak first aid dekat miss.

Belum sempat aku hulur, tiba-tiba budak tadi mula mengeluarkan isi-isi perutnya. Aku boleh nampak sisa-sisa makanan yang kami semua makan tadi. Mungkin ini cara dia berterima kasih dekat aku kut.. Dan aku redha. Hahahaha..

Disebabkan keadaan dia yang sangat lemah, kami berempat papah dan iring dia untuk patah semula ke dewan.

Belum pun berapa langkah aku jalan, tiba-tiba aku ternampak makhluk seperti anjing atau musang berjalan perlahan-lahan melintasi kami. Otomatik aku berhenti mengejut.

“maroo.. kamu kenapa berhenti? Kamu okay tak? Jom turun cepat, kami pun dah tak larat nak papah ni”

‘Aduh.. apa lagi ni.’
Memang sah lah aku seorang je yang nampak mahluk tu. entah anjing entah musang.

“okay je.. jom jom.”

Kami teruskan melangkah. Time aku start jalan, aku toleh kepala perlahan-lahan ke belakang. Dan aku nampak benda yang menjijikkan.
Makhluk yang aku nampak tadi sedang tunduk dan mengeluarkan lidahnya hingga mencecah tanah dan yang paling meloyakan tekak aku apabila melihat makhluk itu menjilat muntah peserta yang muntah tadi dengan rakus.
Ooii.. sumpah geli kutt.. kembang gila tekak aku.

Petang tu kami disajikan dengan nasi ayam dan air oren. Tapi entah kenapa makanan yang berwarna-warni tu langsung tak menyelerakan aku. Aku asyik teringat peristiwa diatas bukit pagi tadi.

Malam tu tibalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh renjer dan fasi-fasi yang terlibat. Malam nightwalk. Belum mula lagi dah nampak muka-muka fasi yang tak sabar-sabar nak takutkan kitaorang.

‘penghulu!’

Terkejut kut aku time renjer tu panggil.

“ya , saya”

‘kau ambil tali ni, pass kan dekat setiap kumpulan. Aku bagi masa seminit. Yang aku tau, tali ni dah terikat dekat tangan setiap orang’ . Arah renjer tu.

Tak sampai seminit setiap peserta berbaris dengan sebelah tangan yang berikat. Kiranya dari kumpulan satu sampai kumpulan 9, semua tangan kanan diorang terikat antara satu sama lain.
Disebabkan aku ketua, aku berbaris paling belakang .

‘la hawlawala quwwata illa billahila’liyyila’zhim.’
Dalam hati, aku berdoa dan berserah kepada Allah moga terlindung dengan perkara yang tidak diingini.

Nightwalk dimulakan dengan bacaan doa dan sesi mengira ahli kumpulan.

‘aala.. ni yang aku tak suka ni. Leceh aa..’ kataku dalam hati.

bukan apa.. satu sebab makan masa. Lambat nak kira satu-satu. Yang kedua, takut-takut ada ahli tambahan macam petang tadi. Waktu ni perut aku berbunyi macam mesin jahit lama. Aku dapat rasakan molekul-molekul tengah berperang dan bertumbuk dalam ruangan yang kosong.

‘padan muka kau, siapa suruh tak makan tadi’- bebel aku dalam hati.
Tengah aku membebel seorang diri, suara renjer memecahkan suasana yang sunyi.

“kumpulan 1 sampai 9, cukup tak ahli?”

‘CUKUPPPP!!!!!’
ketua kumpulan serentak memberikan jawapan kepada renjer.

Kami memulakan langkah dengan berhati-hati. Bayangkan dengan suasana hutan tu yang gelap gelita, kami langsung tidak dibenarkan membawa sebarang alat yang boleh mengeluarkan cahaya.

Permulaan perjalanan semuanya berjalan lancar. Sehinggalah kami dibawa betul-betul ketengah hutan. Suasana sunyi sepi melainkan bunyi unggas malam. Sesekali aku menoleh kebelakang. Gelap gila kut.. hanya cahaya bulan yang jadikan hutan terang sedikit.
Entah kenapa, jantung aku berdegup laju.

‘ah..mesti adanya benda kejap lagi ni’
laju je perkataan tu muncul dalam hati aku.

‘astaghfirullahala’zim. Jangan lah nampak apa-apa kat sini.’

Tak sampai seminit aku berkata dalam hati, dari jauh aku nampak cahaya dalam hutan. Cahaya tu berwarna oren kekuning kuningan dan bergerak perlahan-lahan. Aku ingat itu cahaya lampu suluh, lepas aku pandang betul-betul.. sumpah cahaya tu macam cahaya dri minyak pelita yang orang dulu-dulu bawa kalau masuk hutan. Makin lama makin banyak pula jumlah cahaya dari minyak pelita tu. yang aku pelik, aku tak nampak langsung orang yang memegang minyak pelita tu.
Kau bayangkan minyak pelita tu macam terapung-apung. Mustahillah fasi-fasi nak pergi dalam hutan tu semata-mata nak takutkan kitaorang dengan minyak pelita tu.

“weyh.. takdelah gelap sangat kan.. at least adalah cahaya juga kan” aku mendekatkan muka aku kebelakang kepala peserta yang berada dihadapan aku.

“ngek kau.. gelap do.. aku tak nampak apa-apa langsung ni. Harapkan cahaya bulan yang tak berapa terang ni je la.. nasib kau ada dekat belakang aku. Kuranglah sikit rasa takut aku ni. hahaha” dengan selambanya dia cakap.

Tak guna betul member depan ni. Dalam hati aku menyumpah.. menyesalnya jadi ketua :’(
saja je aku nak tau samada aku seorang je ke yang nampak cahaya minyak pelita tu atau dia pun nampak sama. Dan ternyata aku je yang nampak cahaya tu. Tak sempat aku menoleh, tiada lagi kelibat cahaya yang banyak tadi.

Kalau ikut tentatif, nightwalk ni selama 2 jam. Tapi yang setengah jam ni pun aku rasa macam haram..

berapa kali ntah perjalanan terpaksa dihentikan sebab ada yang tersadung batu. Dan disebabkan aku orang yang paling belakang, aku tak dapat lihat dan dengar apa yang berlaku dekat depan. Jadinya melongok la aku sorang sorang kat belakang ni.
Kira-kira mahu memulakan perjalanan, kalini aku pulak yang tersadung.

‘gedebuk’
Beberapa orang dihadapanku turut jatuh disebabkan tangan kami yang terikat antara satu sama lain.

“WEYH.. ORANG DEPAN.. STOP KEJAP.. ORANG BELAKANG JATUH” jerit peserta yang berada tak jauh dihadapanku.

Baru aku nak mendongak untuk bangun, aku dikejutkan dengan kelibat sosok tubuh disebelah member dihadapan aku.
Sosok tubuhnya tak tinggi tak rendah. dari cahaya bulan, jelas nampak rambutnya yang kerinting, mata yang bulat dan bersinar, hidung kembang dan bibir yang tebal. Yang mengejutkan aku lagi adalah cara pemakaiannya. Tiada baju dan seluar. Bahagian sensitifnya hanya dilitupi dengan sehelai kain seperti cawat. Gah berdiri sambil tangan kirinya memegang besi seperti lembing. Persis orang asli dahulu kala.

‘laila haillallah.. allahuakbar allahuabkar..’
‘Time ni lah baru kau nak ingat Tuhan ke Maroo? Dari tadi asyik membebel je’ .-sumpah aku dalam hati.

Aku amati lagi sosok tubuh itu. Dia asyik memandang tepat kearah peserta dihadapan aku.

“ORANG BELAKANG DAH OKEY KE?” jerit orang dihadapan.

“OKAYYY.. YANG DEPAN BOLEH GERAK!” balasku. Boleh tahan kuat jeritanku. Sewaktu lalu dihadapan sosok tubuh orang asli tadi, semua bulu roma aku tegak berdiri. Lepas je dari kawasan tu, langsung aku tak toleh kebelakang.

Aku ingat dah setel sampai situ. Tak lama aku tarik nafas lega, bergema lagi hutan tu dengan nama aku.

“MAROOO.. DATANG DEPAN.. ADA BUDAK PENGSAN NI”

Aku apalagi, cabut tali dekat tangan aku cepat-cepat dan berlari kedepan. Oh ye, sebelum tu aku sempat ucapkan ‘bye, hati – hati ye’ dengan member depan aku tadi. HAHAHAHA.. biar dia rasakan bagaimana ‘best’ nya jadi orang yang terkahir. HAHAHAHAHAHHAHA.

Budak yang pengsan tu aku papah dengan kawan seorang lagi. Kalini, ada fasi yang follow tunjuk jalan. Rupanya ada jalan shortcut yang tak sampai 10 minit pun sampai dewan. Jalan dia pun rata dan cantik. Kali ni aku bersyukur sebab jadi ketua. Takyahlah aku join diorang masuk hutan lama-lama. HAHAHAHAHA.

Dekat dewan cuma ada kami bertiga. Budak yang pengsan tu pun dah sedar. Dalam hati aku berdoa janganlah dia bertukar. Time ni aku fikir, kalau dia bertukar, aku akan lari masuk dalam khemah.. lantaklah budak tu nak jadi apa . hahahahhaha
Alhamdulillah, budak tu okay sampai kami sempat lepak dan tidur sebelum peserta lain keluar dari hutan.

Cukup semua peserta berkumpul , tiba-tiba renjer memanggil namaku.

“penghulu!!”

Aku yang terkejut terus bangun dan berlari. Kasut yang aku pakai sebelah kaki kanan tercabut. Tak sempat nak sarung, aku lari dengan kasut disebelah kaki kiri sahaja.

“awak nampak apa tadi?”
Fuh.. soalan renjer buat aku terkejut.

“ha.. maksud tuan?”

“maksud saya, makhluk apa yang awak nampak selain manusia?”

Waktu ni, jantung aku laju macam ada orang main drum kat dalam ni.
‘aish.. aku baru nak lupa, dia dah ingatkan balik. Tapi.. macamana dia tahu?’ bisik hatiku.

“awak nampak apa?” tanya renjer tu lagi. Nadanya lembut tetapi tegas. Matanya yang kuyu memandang tepat kearah aku.

“tak pe, beritahu je saya.” Katanya lagi.

Aku pandang kiri kanan, peserta lain ada yang terbaring sambil melihat langit malam. Tak kurang juga ada yang dah tertidur. Dan ada juga yang busy body nak dengar sekali.

“saya nampak lampu je tuan. Macam ada perkampungan dalam tu” balasku ringkas.

“lagi?” soalnya lagi.

‘Aduhh.. dia ni.. geletar aku pun tak habis lagi, dah nak tanya macam-macam.’- sempat lagi aku mengomel.

“aaa… nampak macam orang asli” jawabku.

“muka dia lebih kurang macam tuan”. Sambungku lagi.

Terus bulat mata renjer tu memandang aku.

‘matilah aku.. tersilap cakap.. ‘

tapi apa yang aku cakap tu betul. Muka dia ada iras iras renjer tu. time aku nampak makhluk tu, aku ingat renjer yang menyamar. Tapi bila sedar aku seorang je yang nampak, so, aku tahulah tu bukan renjer.

“kalau awak nak tahu.. kawasan ni memang ada makhluk lain yang menghuni. Yang awak nampak tadi tu, memang ada perkampungan dekat situ. Orang lain memang tak nampak. “

“ dan orang Asli tu.. memang penjaga hutan tu. dia ada pegang lembing kan?”

Kali ni, mata aku pulak yang membulat.

“ha.. ha ah.. dia pe…gang lembing.” Hampir tersekat suaraku.

“okay, saya nak tahu tu saja, awak boleh pergi. Nanti apa-apa saya panggil”.

Percaya atau tak.. sejak tu aku jadi rapat dengan renjer tu. hahahahaha

Aktiviti night walk berakhir hampir jam 2 pagi. Sebelum tidur, peserta bebas untuk mandi dan tidur.
kepala aku dah berdenyut, kaki masih lagi terasa sakit sebab jatuh dalam hutan ditambah pula dengan memapah budak yang pengsan tadi.
Jarak antara khemah penginapan dan tandas memang jauh. Kena seberang jalan dan lalu dikawasan tanah merah yang lapang bersebelahan dengan kolam berlumpur dan tasik buatan. Pendek cerita, memang kena berteman kalau nak pergi.

“ada sesiapa nak pergi tandas tak?” soalku dengan harapan ada yang kata nak.. bukan sebab aku penakut, cuma tak berapa berani je 🙂 hahahaha

Krikk.. krik… – tiada jawapan

Aku berjalan perlahan-lahan dan..

‘pang..’ pang..’pang..’
Aku lempang pipi serorang-seorang. Yela, sapa suruh senyap bila orang tanya.

Namun semua itu hanyalah khayalan je.. kan bagus dapat lempang pipi orang betul-betul.
HAHAHAHA..

Tapi aku tak ambil hati dengan layanan diorang, sebab aku tahu dioarang penat..
Sebenarnya aku dah tahan nak buang air. Oleh sebab geng aku semuanya dan terbungkang tido , aku nekad untuk pergi tandas sendirian.

Dan aku lupa ada mahkluk lain yang menanti kehadiran manusia di kawasan itu untuk dia usik…

Dan manusia itu ialah … aku…

Bersambung…

Maaf atas kelewatan untuk publish sebabnya dah start busy dengan kerja. Doakan aku jadi Lecturer yang berguna suatu hari nanti. Amin. Terima kasih pada yang sudi membaca. Saja nak bagitahu, perasaan 100% seram takkan dapat dirasai melainkan yang pernah mengalami. Peace yo.   

Wallahua”lam.

“Dan Ingatlah, Allah sebaik-baik PELINDUNG” –surah al-imran

Yang baru baca dan tak berapa faham dunia aku, boleh throwback baca semula kisah2 aku :
1- Maroo –pengalaman pertama
2- Maroo – gangguan
3- Maroo – kejar
Tq.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

maroozain12

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

24 thoughts on “#MAROO – KAWASAN”

  1. best..tp tgk mcm xde sambungan lagi je ni..
    korg pergi nightwalk tu pukul berapa?dulu sy pernah join kem n ada nightwalk..dh ler baru lps ujan time tu..buat lak kol 1pagi..mmg mcabar sbb gelap gelita,sorg peserta pn sy x nampak kt dlm hutan tu once dah start jalan masuk hutan..dh ler tpkse babysit kwn y sorg ni..y pasti jln depan sy gelap tp kalau sy tgk belah kiri nmpk ler cerun tu..

    kalau jatuh bleh hilang gamaknye..dgn akar pokok,lubang dlm secara tibe2 bila mana sy tergerak dlm hati minta jauhkn drpd lubang..hehe..luka abes tangan sy..and that’s my first n last nightwalk..hehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.