MATA GHAIB Part 2

Ni sambungan yang sebelum ni.
Aku dah cuba ceritakan panjang jugak ni.

————————

“Uja! Uja sayang…”

Aku dengar ada orang sebut nama aku perlahan. Tapi aku tak berapa nak cam. Mungkin sebab aku tak sedar langsung. Mata aku berat sangat nak bukak. Cuba nak bukak mata perlahan-lahan tapi gagal. Aku paksa tetap tak boleh. Aku nak buka guna tangan aku. Tapi tak larat langsung nak gerakkan tangan. Macam roh aku takda dalam badan aku dah.

Apa yang jadi kat diri aku pun aku tak tahu. Siapa yang sebut nama aku pun aku tak tahu. Hidup aku ni macam aku dah koma. Tak bernyawa. M**i. Langsung tak boleh buat apa-apa. Aku tak tahu apa silap aku sampai aku jadi macam ni. Benda ni pertama kali jadi dalam hidup aku. Aku tak pernah mintak untuk hidup dalam keadaan macam ni. Tapi, aku tahu ni semua takdir. Aku seorang manusia yang tak boleh melawan takdir Tuhan. Aku jadi pasrah. Kalau boleh aku nak je pergi terus lenyap dari bumi ni.

“Anak ibu. Bukak mata tu. Jangan macam ni.”

Dia panggil diri dia ibu? Aku cuma dengar jelas perkataan ibu keluar dari mulutnya sahaja. Yang lain aku dengar samar samar. Perlahan tak jelas.

‘Ibu Uja… pening… sakit…’  aku cakap dalam hati. Nak keluarkan suara punyalah payah.

Tapi…

Kalau ibu tahu keadaan aku macam mana sekarang. Mesti ibu menangis.

Masa ni kepala aku bertambah pening. Bayangan dari mata aku yang hampir nak terbuka seolah macam aku diusung laju. Aku nampak bahagian atas tu berlalu dengan pantas. Aku ada kat atas mana? Kereta? Atau aku ada kat atas katil?

“Bagi laluan… baaaa giii laa luuuann.”

Mula-mula suara orang tu jelas. Lama kelamaan sayup-sayup dengar. Aku dengar bunyi macam ramai orang. Macam kat tempat bising. Tapi aku tak dapat agak kat mana aku sekarang.

“Cepat! Ceeepppaatt. . .”

Tit Tit Tit
Tittttt Tittttt Tiiitt

Apa semua bunyi ni? Apa yang aku dengar? Kat tempat mana aku pergi? Kat mana ibu bawa aku? Yang aku tahu bunyi-bunyi macam ni dalam hospital. Aku pernah pergi hospital melawat Tok aku yang sakit. Tapi sekarang dia dah takda. Dia meninggal sebab terkena buatan orang. Ya orang dengki dengan Tok aku sebab dia kaya. Dia tak sombong, dia seorang pemurah. Tapi, orang dengki dengan perangai dia yang baik hati.

Orang tu fikir Tok aku akan dapat pahala kat dunia ni untuk dia sorang. Dia taknak tengok Tok aku bahagia dengan usaha dia sendiri. Jadi sihir tu dihantar waktu malam masa Tok tengah tidur. Dia muntah d***h sampai jantungnya pam laju. Dia berhenti bernafas lepas dadanya ketat macam ada orang tusuk dengan garfu bertalu-talu. Lama lepastu dia m**i.

Memang mengejutkan kami sekeluarga. Waktu nenek aku call ayah aku. Ayah aku terus kejutkan aku waktu tengah tidur pukul 5 pagi. Peristiwa ni memang aku ingat. Hanya ini je yang masih main dalam kepala aku. Mungkin sebab aku rapat dengan Tok. Sampai satu tahap aku murung. Banyak benda ibu dah buat untuk aku. Berubat. Jumpa ustaz. Tapi tak menjadi.

Lama dah berlalu aku kuatkan diri aku jugak. Tanpa aku sedar aku dah boleh hidup macam biasa. Tapi tak sepenuhnya macam dulu.

“Puan, puan tunggu kat luar kejap. Dalam ni tak boleh masuk.”

Suara perempuan tu kuat aku dengar. Ibu kena halau. Lama-lama suara ibu hilang dari situ. Suara ibu menangis dah takda lagi. Tapi ayah. Mana ayah. Kenapa aku langsung tak dengar suara ayah?

Tittt Titt Tittt.

Bunyi mesin tu kuat sangat kat situ. Bingit rasa. Makin bertambah sakit kepala. Rasa ngilu sampai ke gusi aku.

“Arghh…”

Aku paksakan diri. Aku jerit sikit. Aku tarik nafas panjang-panjang.

“Adik! Adik bangun!”

Ya aku berjaya buka mata perlahan-lahan. Dari kelam terus nampak cahaya lampu tusuk mata aku. Pedih. Tapi aku nampak kabur je tak jelas sangat.

“Adik! Bangun jangan tidur lagi. Doktor nak tengok ni.”

Aku kata dah. Aku dah agak aku kat mana. Kat hospital. Sebab bunyi pon aku tahu semua ni kat hospital.

Tapi…

Kenapa ibu bawa aku ke sini? Aku teruk sangat ke. Keadaan aku buatkan ibu risau ke? Ya Allah…

“Uzair Hamza!”

Suara lelaki garau tusuk telinga aku. Aku cuba respon. Kalihkan muka carik suara tu. Suara tu betul-betul ada di sebelah kanan aku.

“Dik angkat tangan!”

Angkat tangan? Kenapa? Aku turut je apa yang dia suruh.

“Gcs hampir full. Tolong rekod.”

“Baik Doktor Shon.”

Gcs? Apa tu aku tak faham. Mungkin bahasa diorang kot. Doktor Shon? Doktor ni yang akan tengok aku.

“Adik buka mata. Boleh bagi tahu apa yang jadi?”

Aku tak tahu nak respon apa. Aku balas pun lambat. Jadi blur sangat. Mungkin efek lemah badan aku ni. Aku cuma geleng kepala. Ya memang aku tak ingat apa-apa tahu tahu je aku dah sampai sini.

“Cek vital sign, ambil d***h, masuk branula. Kalau spo2 drop put face mask.”

Aku tak tahu doktor tu cakap dengan siapa. Tempat tu pon macam cemas sangat. Semua kelam kabut. Bukan sorang, bukan dua orang. Yang aku perasan lebih 5 orang.

Tut tut tut…

“Spo2 drop to 86.”

“Put hight flow mask.”

Aku sangat tak bermaya. Aku jadi ketat dada. Susah nak bernyawa.

“Check for BP.”

“82/45”

“Give fluid. Run fast! Monitor BP every 5 minutes.”

“Alright doktor.”

“Kalau tak stabil BP bagi noradrenaline.”

“Baik doktor.

“Adik bangun, jangan tidur bukak mata.”

Aku cuma angguk. Mata aku tahan. Walau aku rasa mengantuk. Aku tetap patuh arahan. Aku begitu lemah. Tekak aku rasa kering sangat. Macam dah kat tempat padang pasir. Aku tak larat.

“Arrr.”

Aku mengerang perlahan. Macam ada orang cucuk tangan aku. Bukan satu tempat tapi 3 tempat. Sakit. Masa tu dapat juga aku kasi respond positive.

“Sakit!”

Aku cakap tapi sekat-sekat.

“Good. Patient stabil. Gcs up.”

“Nice, continue BP and spo2.”

“Alright.”

Semua yang ada memang power. Aku yang lemah tadi pun rasa macam makin kuat sikit. Ada tenaga. Mungkin ubat diorang kasi kut yang buatkan aku boleh sedar. Hampir sepenuhnya.

“Doktor…”

Aku cuba panggil. Tapi tak kuat. Tak tahu dia dengar atau pun tak.

“Ya, dah sedar?”

“Ibu mana?”

“Kejap lagi ibu masuk bagi kami rawat adik dulu okay?”

Aku jadi lega. Ibu masih tunggu aku kat luar.

‘Ibu doakan Uja.’

Aku kata dalam hati. Aku memang berharap semuanya okay okay je. Aku harap apa yang berlaku ni sekali je dalam hidup aku. Aku taknak dah benda ni berulang. Cukup untuk kali ni. Kesian kat ibu dengan ayah aku. Terpaksa untuk buat semua ni untuk aku sorang. Dahlah aku sorang je anak diorang. Lepasni kalau jadi apa-apa dekat aku selama 18 tahun ibu dengan ayah jaga aku. Mesti diorang kecewa. Kecewa sangat-sangat. Aku faham perasaan diorang macam mana.

‘Aku janji aku akan sihat.’

Aku senyum. Terukir sikit walau tak nampak sangat kat bibir aku masa terbaring di hospital tu. Walau aku tak tahu kat bahagian mana, zon kuning atau zon merah. Tapi yang pasti aku di zon kecemasan hospital. Aku tetap puas hati semua yang ada mampu tolong aku dengan sebaik mungkin.

Hari pertama aku kat hospital. Ward 6C tingkat 6. Aku duduk sorang dalam bilik tu. Ibu dengan ayah mahu aku duduk situ dalam keadaan privacy. Diorang sanggup laburkan duit demi aku untuk dapatkan keselesaan. Doktor pun kata emosi aku perlu stabil jangan terlalu tertekan. Jadi ibu dengan ayah masukkan aku di ward antara kelas Vip.

Aku makin baik. Apa yang aku rasa semalam semuanya dah takda. Pening. Sakit kepala. Bayang pandangan, kabur semua takda. Aku dah macam keadaan aku sebelum ni. Normal. Tapi aku kurang cakap sikit. Kadang ibu tanya banyak aku jawab sepatah. Aku tak tanya lagi ibu sebab apa aku masuk sini.

Aku malas nak pusingkan kepala diorang. Takut jadi lain pula. Masa ni ibu dengan ayah ada. Ibu duduk di atas kerusi sebelah kanan katil aku. Ayah pula duduk di sofa sudut hujung bilik sambil pegang fon di tangan. Satu-satu aku perhati. Semuanya tenang cuma aku saja rasa keadaan tu berubah. Rasa lain macam. Kalau dulu tenang. Seronok. Tapi sekarang agak suram. Ketat pandangan. Sempit.

Entahlah mungkin aku sorang je yang rasa semua tu.    Ibu dengan ayah tidak.

“Uja. Ujaa. Ujaa.” Aku terus pandang orang yang panggil aku. Ayah.

Aku nampak muka ayah tenung aku tajam. Tajam sangat macam nak terkam aku. Tinggal mata dia je tak terjegil. Kalau tak memang aku pecut lari dah.

Tapi, pelik jugak kenapa ayah tenung aku macam tu. Dia nak marah aku ke?

“Uja!”

Aku terus kalih. Kali ni ibu. Ibu panggil aku perlahan.

“Ya.”

Saat aku balas, aku patah balik tengok ayah. Ayah tidur. Kepalanya terlentok elok di kerusi sofa berlandaskan bahunya. Tadi, ayah tengok aku tajam. Tapi kalini kenapa dia tidur? Apa yang pelik sangat ni? Apa yang aku tengok tadi? Aku ni betul ke tidak?

“Uja lapar?”

Ibu soal. Aku tarik nafas panjang. Buat tak tahu apa yang jadi tadi. Aku geleng. Aku tak rasa nak makan langsung. Yang aku tahu perut aku kenyang. Macam aku dan makan banyak gila waktu sebelumnya.

“Uja tak makan apa-apa lagi dari semalam taw.”

Ibu bagitahu aku tak makan langsung. Tapi perut aku rasa penuh. Macam ada ayam, sosej, daging, roti, maggi. Makanan yang biasa aku makan. Tulah semua makanan kegemaran aku. Ibu pun tahu apa yang aku suka. Tapi mujur aku tak gemuk. Badan aku maintain macam dulu.

Crettt.

Pintu bilik terbuka perlahan. Macam ada orang tolak tapi takkanlah perlahan macam tu. Seolah macam ada yang nak masuk tapi masa sama takut nak jejak.

“Ujair….!”

Suara tu halus aku dengar di belah kiri aku. Halus sangat-sangat. Suara orang perempuan. Aku kalih pandang suara tu.

“Uja!”

“Arrrr!”

Aku jerit. Aku nampak muka ayah depan mata aku. Betul-betul muka ayah tepat muka aku. Lagi 1 cm hidung dia cecah hidung aku. Risau aku. Memang berderau d***h aku. Tiba-tiba ayah datang sedangkan ayah tidur elok kat sofa tadi.

“Uja kenapa ni?”

Suara ibu cuba nak tenangkan aku. Aku tarik nafas turun naik. Selimut yang ada pada kaki aku. Aku tarik laju. Peluk kuat-kuat. Aku mula takut.

“Ujair…”

Pang. Pintu bilik terbuka terus. Jelas aku nampak satu tubuh perempuan. Berbaju labuh hitam koyak rabak. Rambut mengerbang panjang. Hidung patah terjuntai. Terkulai.

Kemudian, aku terus tutup muka aku dengan selimut tadi. Aku sorok bawak selimut tu. Nafas aku makin laju. Jadi menggigil.

“Uja!”

Suara ibu aku dengar macam dah risau. Dia terus tarik selimut yang aku pakai tutup muka.

“Huzair Hamza. Kenapa ni?”

Lembut je suara tu panggil nama aku. Aku terus pandang depan. Perempuan tu berdiri depan kaki katil aku. Aku nampak dia pakai tag yang dia sangkut kat leher. Aku pandang nama dia. Suzana. Perempuan. Terus aku tatap muka dia. Rupanya doktor.

Bila masa dia masuk? Ke aku yang tak perasan? Yang buka pintu tadi siapa? Doktor tadi ke? Bukan aku nampak setan tu ke? Buruk hodoh.

“Huzair okay tak ni? Kenapa jadi macam ni?”

Aku geleng. Aku taknak jawab. Aku takut benda tu datang lagi. Kalau aku bising. Mesti aku nampak lagi.

“Takpala. Doktor nak tanya. Boleh ceritakan kenapa Huzair jadi macam ni? Huzair pergi mana sebelum jadi macam ni?”

Doktor tu macam baik je. Ambil berat pasal aku. Tapi aku tak tahu nak jawab apa. Semua pasal sebelum ni aku tak ingat. Aku pergi mana, aku buat apa, semua aku tak ingat. Yang aku tahu. Ada orang pegang aku. Aku nampak tubuh buruk hodoh. Lepastu aku nampak kat ward ni.

Aku cuma geleng. Tu je yang aku dapat cakap kat doktor Suzana.

“Ibu kamu cakap kat doktor, kamu pergu mandi sungai jauh dari rumah kamu. Betul ke?”

Sungai? Aku ada pergi mana-mana ke? Kenapa aku tak tahu apa apa? Dan siapa pulak kawan aku? Dia sengaja nak menipu ke. Reka cerita depan ibu aku?

“Lepas balik dari sungai tu kamu muntah-muntah terus pengsan. Ingat tak apa yang jadi?”

Apa yang doktor merepek ni? Bila masa aku jadi semua benda tu?

“Hummmm.”

Aku terus geleng. Aku lepaskan nafas panjang. Kemudian aku termenung satu arah. Rasa macam nak menangis pon ada. Aku rasa tertekan sangat kat atas kepala ni. Macam ada satu bongkah besar yang ada kat atas kepala aku ni.

“Uja.”

Aku kalih. Lamunan aku hilang kejap. Bila nama aku dipanggil aku terus pandang. Tapi perlahan je suara tu. tak sekuat suara Doktor Suzana. Mata aku terus pandang muka Doktor.

“Uja!”

Kali ni dia jerkah aku. Rupanya ada satu benda yang aku nampak belakang Dontor Suzana. Perempuan hodoh yang aku nampak masa dekat pintu tadi. ku terkejut. Aku rasa macam nak baling bantal kat perempuan hodoh tu.

“Pergi! Pergi kau!”

Aku jerit kuat-kuat. Semua yang ada dalam bilik tu semua terkejut. Doktor yang rawat aku terus rapat ke sisi aku. Sama macam ayah dengan ibu. Ibu macam berusa tenangkan aku. Usap belakang aku. Kadang dada aku perlahan-lahan. Aku rasa macam nak terus mengamuk bila jelmaan buruk tu ada depan aku.

Kenapa aku perlu nampak semua benda tu? Dulu tak pernah nak jadi macam ni. Tapi sekarang mata aku nampak semua benda tu. Aku jadi risau. Aku nak pulih macam dulu. Aku meronta dalam hati. Aku tak kuat nak lalui.

“Huzair tidur rehatkan minda.”

Doktor suruh aku pejamkan mata. Letak kepala atas bantal. Elok-elok. Tenang.

“Saya rasa saya akan pass kes ni pada Pakar Psikiatri. Mungkin pakar boleh decide apa yang perlu untuk anak puan dengan tuan ni.”

“Pakar psikiatri?”

Ayah pula tanya. Dia pun tak berapa nak faham pasal benda tu. mungkin tak pernah dengar. Yalah ayah belerja dalam bidang lain. Bidang pengurusan mahkamah. Ibu pula seorang cikgu. Masing-masing jauh lari dari bidang perubatan.

“Ya, pakar sakit jiwa.”

Ayah angguk. Ibu juga turut faham.

“Anak saya alami tekanan jiwa ke doktor?”

Aku terkejut. Apa yang aku dengar semua tu macam mengarur. Tak akan aku ni gila. Doktor syak aku gila ke? Aku tak gila. Dulu pun aku tak pernah jadi gila selepas murung beberapa bulan. Takkan sekarang ni aku dah jadi betul-betul gila?

“Kami cuma mahu periksa tahap kesihatan mental anak puan dengan tuan. Segala keputusan akan diberitahu semula oleh pakar psikiatri. Kalau dia kata semua ini takda apa apa kaitan dengan sakit mental. Akan dia beritahu semula.  Buat masa ni kami mampu rawat dengan ubat penenang saja dulu.”

Ibu angguk. Mungkin faham. Ayah pulak pandang aku. Usap kepala aku perlahan-lahan. Aku dah pejam mata masa ni. Tak tengok siapa-siapa. Cuma telinga je terpasang.

“Saya keluar dulu.”

“Ya terima kasih Doktor.”

Lembut ibu ucap. Ibu lepaskan nafas panjang. Dia macam risau keadaan aku. Aku macam makin teruk dari pandangan dia. Dia pelik. Efek hidup aku selepas mandi sungai sangat teruk. Dari raut wajah dia pun aku macam dah boleh tahu apa yang dia fikir. Bukan tadi tapi sebelum ni pon aku dah dapat rasa. Ibu banyak fikir. Muka ibu tak banyak senyum.

“Ujair!”

Suara halus tu panggil lagi. Aku buka mata. Mata aku terjegil besar. Nafas aku sekat-sekat. Macam sesak sangat sangat. Aku rasa macam ada yang pegang salur nafas aku kuat-kuat. Udara macam tak boleh masuk.

“Le… passs..kaann… aaaaa..kuuuu.”

Aku cakap perlahan. Satu persatu. Sekat-sekat…

“Uja. Uja…”

Ibu dah risau. Tak tahu nak buat apa. Dada aku dia pegang. Raba mulut aku. Usik mata aku. Nak tengok kalau apa-apa jadi kat aku.

“Abang panggil kan doktor.”

Ibu cemas. Ayah pon sama. Kesian mereka. Bukan aku minta tapi benda ni jadi sendiri.

“Doktor! Doktor!”

Suara ayah aku dengar. Dia jerit kuat. Walau pintu dah mula tertutup tetap dengar. Tapi sayup-sayup.

“Ujair, jangan macam ni nak.”

Suara ibu dah tenggelam. Macam dia tengah nangis.

‘Uja sakit bu..’

Hanya tu saja yang dapat aku cakap dalam hati. Tak mampu nak lepaskan keluar. Rasa berat sangat-sangat. Aku mengalah….

Rasanya panjang sangat dah cerita ni, lenguh pula jari-jari tangan ni menaip.. Insyaallah kita akan berjumpa lagi….

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Uja

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

7 thoughts on “MATA GHAIB Part 2”

  1. Ni semua pengalaman awak ehh??..ishh Saya TK dpt bayangkan kalau Saya yg kene…kene himpap pun macm separuh m**i sbb tk boleh bernafas kan ape lagi kene mcm nii

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.