M**i Seketika

M**i Seketika.

Masihku ingat lagi peristiwa yang terjadi padaku beberapa tahun lepas.

Aku terjaga dari tidur. Dan menyedari yang aku berada di satu tempat yang asing bagiku, tetapi boleh aku agak apakah tempat ini sebenarnya. Di sebuah bilik yang terang benderang dengan cahaya putih hingga menyilaukan pandanganku.
Hospital.
Ya. Hospital. Aku berada di hospital saat ini.

Tapi, aku tak ingat pula bagaimana aku boleh berada di sini. Apakah yang telah terjadi padaku? Adakah aku kemalangan?

Sungguh, aku tak mampu untuk mengingati apa-apa peristiwa sebelum ini.
Apa yang kulihat, ada beberapa orang petugas yang lengkap berpakaian seperti di dalam bilik bedah sedang mengelilingi aku. Melihat dari keadaan itu, dapat aku agak yang keadaan sangat tegang dan cemas namun, aku tidak merasa sakit, pedih mahupun kebas.
Kosong. Tiada apa-apa rasa langsung.

Dari jauh kulihat diriku ketika itu sangat kritikal. Tiba di satu saat, aku lihat dari salah seorang petugas disitu menggelengkan kepala. Gayanya seperti sudah putus harapan untuk merawat aku ketika itu. Serentak dengan itu, dua orang petugas juga telah berhenti merawat aku. Melepaskan segala peralatan yang mereka telah gunakan terhadapku sebentar tadi.

Aku sudah matikah ???????
Badanku masih tiada apa-apa rasa namun setelah melihat ketiga-tiga petugas itu sudah berhenti merawatku, hatiku merasa cemas secemasnya. Aku bertanya dalam hati sendiri,
“apa yang sudah terjadi padaku?????”
“adakah aku telah matiii ?????”
Aku mula menangis ketakutan. Aku takutttt… takuttttt Ya Allah.. Ampunkan aku.
Betulkah aku sudah m**i???
Setelah itu aku ditinggalkan sendirian namun tidak lama selepas itu, aku lihat seorang wanita lengkap berpakaian seperti jururawat datang kepadaku. Pandangan mata kami bertaut namun, dia tidak menghiraukan pandangan aku.

Diam tanpa kata.

Jururawat tersebut aku lihat mula menguruskan badan aku ketika itu.
Dimulakan dengan wajahku. Dia menyumbatkan kapas di dalam kedua-dua lubang hidungku.
Tapi hairan, aku rasa aku masih boleh bernafas dengan baik sekali. Tiada sekatan apa-apa pun.
Kemudian dia mulai mengurut setiap sendi jari jemariku dengan lemah lembut.

Saat itu, perasaan inginkan kepastian sangat membuak-buak dalam fikiranku.
Aku mulai bersuara.

Bertanya pada jururawat tersebut.

Aku: “Akak, kenapa dengan saya sebenarnya ni?? Saya dah m**i ka??”
Jururawat itu menjawab dengan gaya bersahaja sambil tangannya masih lagi mengurut sendi-sendiku.
Jururawat: “Yaa, kamu dah m**i dik”

Terkedu. Yakinlah kini, bahawa aku sudah m**i.
Matiiiiiiii…Ya Allah.. aku sudah matii… waktu ini aku menangis ketakutan. Terlintas difikiranku bagaimana dengan keadaan aku di dalam kubur nanti. Aku lalai semasa di dunia. Aku takut.

Aku bersuara lagi pada jururawat tersebut.

Aku: “Akak.. tolong lahh kak.. saya tak mau m**i lagi.. tolong lahhhhhh….”
Bersungguh-sungguh aku merayu padanya.
Jururawat: “Ehhh.. kamu dah m**i pun. Buat apa merayu lagi.”
Aku: “Saya takut kak. Saya tak mau m**i lagi. Saya belum bersedia”
Jururawat: “Nasib kamu lahh dik. Dulu masa masih bernyawa kenapa hidup main-main. Kenapa kamu lalai. Itu lah, dulu tak nak solat. Bila dah m**i, baru tahu nak takut. Nasihat akak sekarang ni dik, kamu terima saja kenyataan yang kamu sudah m**i. Tiada nyawa lagi.”

Aku diam. Tak tahu lagi apa nak aku cakap. Tergamak pula jururawat itu cakap begitu padaku. Hati dan perasaan ini terhiris. Tapi. Memang betul pun apa yang dia cakap. Rasa menyesal, sedih, takut yang amat mendalam. Aku yang lalai, aku bodoh, ikutkan jiwa muda. Aku abaikan perkara yang wajib.

Aku bersuara lagi,

Aku: “lepasni nak buat apa pula akak?”
Jururawat: ”Lepasni ready la kamu untuk dimandikan, dikafankan yer”

Babak aku dimandikan dan dikafankan tidak pula kulihat. Yang aku nampak, cumalah saat aku di dalam keranda. Sudah bersedia untuk diletakkan dalam liang lahad.
Entah mengapa, aku lihat jururawat tadi juga ada di situ.
Dalam keadaan kaku berkafan, aku berkata lagi padanya.

Aku: “Kakk.. tolong saya kak. Saya tak mau m**i lagi. Jangan tanam saya”
Jururawat: “Terima je lah Nasib kamu dik. Sudah terlambat. Kejap lagi kamu rasakanlah bagaimana sakitnya dilibas oleh Mungkar dan Nakir yer. Eh, satu lagi akak nak ingatkan. Kubur kamu tu nanti sempit taw. Pandai-pandailah kamu sesuaikan diri.”

Allahhuakhbar.

Dalam hati ini, sungguh-sungguh aku rasa menyesal sekali. Aku takut ya Allah. Tolonglah aku. Bantulah aku.
Saat ini tiada apa yang mampu aku ingat dan fikirkan lagi. Aku merayu pada Allah, pulangkan aku kedunia ini agar aku dapat perbetulkan kesalahan dan kesilapanku, agar aku dapat memperhambakan dirini setulusnya hanya pada Mu ya Allah. Tolong laaahhhh.. ya Allah.. aku merayu, aku bersujud pada Mu. Ampunkan aku. Berilah aku peluang. Sungguh. Hidupku hanya untuk Mu ya Allah. Berikan aku satu peluang lagi.

Aku menangis menyesal. Teresak-esak. Aku sedar nafasku turun naik hingga terasa pedih di dada.

Serentak dengan itu, aku tersedar. Mataku terbuka. Aku lihat di sekeliling.

Bilik aku. Ya, aku sedang tidur di bilik aku. Di atas tilam yang empuk.
Aku mimpi rupanya.
Namun, pengalaman aku m**i sebentar tadi terasa seperti benar-benar terjadi. Dada yang pedih akibat esakan tadi masih aku rasa. Hati dan perasaanku juga masih terasa berdebar-debar dan ketakutan.

Aku duduk memeluk lutut dengan erat. Aku menangis semahuku.
“Ya Allah.. Syukur aku masih hidup. Terima kasih Allah kerana masih memberiku peluang untuk hidup. “

Mimpi ini benar-benar terjadi padaku disaat aku lalai dan sibuk dengan urusan dunia. Syukur aku masih bernyawa. Namun mimpi ini aku jadikan iktibar buatku supaya sentiasa kembali pada Allah. Akanku ingat selalu pengalaman m**i sementara ini.
Alhamdulillah, Allah telah menegurku.

-Aunty Emy-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aunty Emy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.