MAWAR
Assalamualaikum,hai. Terima kasih admin kalau publish cerita aku yg tak berapa seram ni.
Nama aku lisa (bukan nama sebenar)
Okay, aku suka follow page ni dan ini kali pertama aku hantar cerita hantu. Bukan cerita aku,tapi lebih kepada pengalaman sorang student sekolah rendah yang hijab dia terbuka.
Kisah ni baru lagi terjadi, tahun ni juga. Aku namakanbudak tu Ika. Ika ni seorang pelajar tahun 4 sebuah sekolah pekan kecil.
Satu hari, dia nampak kelibat kat sekolah dia. Mana-mana dia pergi, dia akan nampak kelibat-kelibat aneh tapi taklah menyeramkan pada dia. Kiranya masih boleh kawal keadaan.
Hari lain pulak, dia ada kelas tambahan waktu petang. Masa dalam kelas tu, tiba-tiba dia jadi pelik. Dia tengok kawan sebelah dia tiba-tiba dia cakap “Aku takmau kawan hang, aku takmau kawan semua. Aku nak kawan dengan Ika ja” (maksudnya dia nak kawan dengan diri dia sendiri). Bermula daripada sini, kawan dia dah cuak apabila bagitahu kat cikgu yang mengajar waktu tu. Cikgu tu pun rasa pelik dah sebab muka Ika ni dah lain. Cikgu minta kawan-kawan satu kelas baca ayat kursi.
Ika masa tu juga bangun minta diri nak ke tandas katanya. Cikgu dia risau jadi cikgu tu suruh dua orang kawan kelas dia ikut. Bila kawan-kawan dia ikut sekali, dia tak pergi tandas sebenarnya. Dia merayau tempat lain sampai ke surau. Lepas tu, dia keluar dari surau dan terus salam kawan-kawan yang ikut dia. Kawan-kawan dia tanya “Awat salam kami?” Ika jawab “Aku kan baru keluar surau” sambil senyum. Sebenarnya, benda tu dah masuk dalam badan Ika waktu ni. Tapi syukur, takda apa yang buruk jadi kat Ika petang tu.
Kemuncak dia, malam tu. Dalam pukul 2/3 pagi Ika bangun nak minum air, masa dia pergi dapur, tiba-tiba ada satu tangan kasar genggam pergelangan tangan Ika, terus dia dapat seutas rantai warna-warni. Macam terpukau, dia terus pergi pintu dapur dan bila buka pintu, Ika nampak kelibat toyol, langsuir, pocong kat belakang dapur rumah dia. Ika dah macam tersedar dan sebab terlalu takut dia terus tutup pintu dan terus masuk bilik berselubung sampai subuh.
Awal pagi nak ke sekolah, dia sempat beritahu mak, ayah dia tentang kejadian yang di nampak. Mak ayah dia tak berapa percayakan dia. Dia pergi sekolah macam biasa beserta gelang yang dia dapat awal pagi tu.
Sampai sekolah waktu perhimpunan, Ika nampak dua bayang-bayang lembaga. Seekor jantan & seekor betina. Si jantan tengah peluk kawan2 kelas Ika yg perempuan seramai 2-3 orang dengan satu pemeluk ja. Macam tu juga si betina. Memeluk 2-3 orang rakan sekelas Ika yg lelaki dengan satu pemeluk. Maknanya tangan lembaga ni sangatlah panjang. Kawan-kawan dia apa lagi,waktu tahu kes ni, terus report kat guru HEM sekolah. Jadi , cikgu tu ambil tindakan dan maklumkan kat keluarga Ika.
Waktu rehat, Ika tunjuk gelang yang dia dapat dekat kawan-kawan dia. Malangnya kawan-kawan dia tak nampak apa-apa sedangkan gelang tu ada dekat tangan dia. Macam tu juga cikgu-cikgu sekolah yang dia tunjuk,memang tak nampak apa-apa. Ika terus buang gelang tu kat tong sampah sekolah. Waktu balik, gelang tu tiba-tiba ada balik pada Ika. Dia buang balik gelang tu. Tapi bila malam, gelang tu ‘kembali’ kat Ika. Jadi, dia cuba untuk bagitahu mak ayah dia. Barulah mak ayah dia percaya sebab guru HEM pun dah maklumkan hal ni. Sekarang Ika masih dalam tempoh rawatan.
Menurut pengalaman cikgu yang dah lama mengajar kat sekolah tu, memang ada satu kes yg sama macam Ika kena dalam 8-10 tahun lepas sampai pelajar tu taknak masuk sekolah. Makhluk tu nak berdamping dengan pelajar perempuan yang lembut berbicara dan sopan. Ika dan pelajar lama yang pernah kena tu memang lembut orangnya. Makhluk tu bernama Mawar.
Okaylah, maaf andai cerita ni langsung tak seram pada kalian pembaca tegar FS. Doakan Ika diberi kesembuhan sebab dikhuatiri benda tu sampai tahap membahayakan diri Ika seperti duduk kat tembok sekolah tingkat atas dan lain-lain. Terima kasih sudi membaca.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
mengarut, cerita mcm budak2 tadika..
pasni kau xyah pos apa2 dah dalam ni..buang 5mnt masa aku..jilaker tull..
ee kalau ye pun tak payah lah memaki, blah je lah. menyampah pula, dah lah nama mr nobody poyo.
elakkan dari menjadi seorang cibai ye biadap
Ngko ingat ni pertandingan menulis cerpen ker..tu citer dia lantak dia la. Nak yg bahasa sasterawan g library..
Not bad… masih boleh difahami. Goodluck next time yaaa .
Saya rasa ok je penulisan dia, cuma mungkin dia pihak ke-3 jadi x dapat details cerita. Mungkin boleh tambah lg perkara2 yg pelik terjadi pd ika dan perkembangan selepas berubat.
sebab tu kalau cerita untuk pihak ke 3 aku mmg skip baca.
yess
Boring la..habis 5minit masa aku.