Memancing di Segari Power Plant dan Entiti Mistik….

Assalamualaikum semua..

Saya ada terbaca komen2 membina dari kalian semua berkenaan Kisah seram memancing di Empangan Semenyih. Ramai yang mengatakan cerita terlampau pendek dan lebih bekisar kepada sejarah empangan tersebut. Baiklah, kali ini saya akan cuba lebih focus kan kepada pengalaman seram saya..

Ok, cerita nya berlaku pada November 2018.. Seperti sebelum2 nya aku akan memancing bersama Bir dan Mat, tapi kali ini aku hanya bersama Bir. Ini kerana Mat tidak dapat menyertai kami kerana beliau berkhawin pada hari tersebut. Sesampainya kami di Segari, kami singgah di beberapa kedai runcit dan pasaraya membeli peralatan dan umpan secukupnya. Sesudah segalanya cukup kami bertolak ke port memancing di belakang Segari Power Plant sekitar 6.30 petang.

Kami start memancing sekitar pukul 7.30ptg setelah siap setup joran, tempat dan solat maghrib. Begitu asyik memancing kami tidak sedar keadaan sudah gelap dan beratus nyamuk mnyerang tubuh badan kami. Di dalam kegelapan malam, aku ternampak dari hujung mata sebuah objek di atas air.

Keadaan objek tersebut lemah gemalai ditiup angin di atas air, serentak itu telinga aku berdesing seolah2 ada yang mnghembus angin ke dalam telinga aku…bunyi ombak dan unggas2 di belakang tetiba sunyi dan seolah2 masing2 terpegun dan tergamam akan kehadiran objek tersebut.

Seraya itu aku melihat kembali ke dalam air , ya! Objek itu masih berada di situ. Aku amati lagi objek tersebut, Dan!!!! Apa yang berada di atas air adalah sekujur tubuh manusia yang seakan di ikat sehinnga merekot dan berkain putih dan di ikat dengan tali kuning… Bau nya seakan bangkai!

Aku tanpa segan silu terus menjerit memanggil Bir yang berada di hujung sana sedang melayan serangan ikan gelama.. Bir agak terkejut dengan suara aku yang agak cemas, Bir datang selepas dua minit aku memannggil nya, aku cerita kan segala nya kepada Bir dan bila aku tunjukkn objek itu, objek itu telah hilang dari pandangan mata.. Bir seolah2 tidak mmpercayai aku dan mengatakan hanya perasaan aku sahaja.. Aku seperti terpinga2, apa benda sebenarnya terjadi sebentar tadi.. Aku ambil lima minit untuk menenangkan diri sebelum sambung memancing..

Dalam setengah jam memancing, ganguan datang lagi…. Kali ni dia menampakkan diri di bawah cahaya lampu di tepi pokok.. macam mana boleh ada cahaya lampu? Pokok tersebut berada betul2 di tepi pagar Segari Power Plant.. Apa aku Nampak?? Aku Nampak dua lembaga putih seakan pocong berdiri di tepi pokok tersebut.. Unggas dan serangga yang galak berbunyi sebentar tadi seakan sunyi kembali… dalam masa yang sama hanya pokok tersebut seakan bergoyang ke kiri dank ke kanan.. manakala pokok lain hanya static tanpa bergerak. Mana mungkin disebabkan angin.. Entah dtg dari mana keberanian ku, aku mnyuluh makhluk2 tersebut dengan lampu kepala aku..

Kali ini aku sedikit kaget, bukan sekadar dua pocong yang berada di pokok tersebut, akak langsuir pon ada bertenggek di atas pokok tersebut .. jelas kelihatan mata merah nya menjegil ke arah aku.. seakan tidak suka kami berada di situ,, nak dijadikan cerita sekali lagi Bir berada jauh dariku.. kali ini aku hanya berdiam diri, taknak dilabelkan sebagai penakut yang cuba mereka cerita bukan2.. dalam keadaan aku menyuluh ke arah pokok tersebut, bau hanyir seperti telur kemuruk menerjah ke ronngga penafasan ku, nak termuntah dibuatnya..

Sejurus itu juga aku merasakan ada suara menyerigai dari kegelapan semak di hujung sebelah kanan.. bulu roma aku terus menegak… dalam 2-3 minit jugak suara itu mengacah2 seperti hendak menakutkan aku.. aku tanpa befikir Panjang, angkat peralatan memancing dan parking berdekatan dengan Bir dan belakon seolah2 tiada apa.. Terdetik dalam hatiku nak mengajak Bir berganjak dari situ namun tidak dapat ku luahkn disebabkn serangan ikan bertali arus sehingga melekakan Bir.

Kejadian itu mmbuatkan aku tidak lagi memancing jauh dari Bir.. Seusai 10 malam, aku merasa mengantuk dan sedikit pening, aku melabuhkan joran di pancang tanpa mengenakan umpan dan berbaring di atas tikar betul2 sebelah tempat Bir memancing.. Aku ingat dengan tidur, gangguan akan berakhir.. Ternyata jangkaan ku meleset. Semasa sedang sedap tido berbumbungkan langit berbintang2, entity pakcik berkopiah , berkain pelikat dan berbaju pagoda putih datang ke dalam mimpiku dan menghalau kami balik.. ‘ Hampa pi balik, ni bukan tempat hampa, tok nenek nak buat majlis” begitu la lebih kurang ayat nya..Serentak itu aku terjaga.. Aku terus mendapatkan Bir nak mengajak dia bungkus dan berganjak dari situ…

Apa yang aku perasan ada perubahan dekat Bir, dia tidak lagi aktif memancing seperti sebelum aku tido tadi. Mata nya melilau di sekitar pokok yang aku ceritakan sebelum ini.. Tanpa bantahan dia bersetuju untuk berhenti memancing dan keluar dari situ.. Setelah kami berada di dalam kereta keluar ke jalan besar, Bir membuka cerita semasa aku tidur tadi ada suara yang bernyanyi di telinga nya sambal mnghembuskan angina sampai telinga nya berdengung. Dan, pokok tadi seolah digoyangkan oleh makhluk yang sangat besar .. Dan bukan sebab angin, kalau angina mesti pokok lain jugak turut bergoyang,, dia juga mengatakan dia sangat seram masa itu.. Nasib baik dia tak tinggal aku seorang .. Hhuhu

Kami terus singgah di rumah kawan solat isyak dan tidur sehinnga ke subuh.. Fuhhh itulah pengalaman kedua kisah seram memancing.. Selain Empangan Semenyih dan Segari Power Plant, tiada lagi kisah seram sewaktu memancing..

Akhir kata Maju lah memancing untuk negara!

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Yuz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Memancing di Segari Power Plant dan Entiti Mistik….”

  1. ko ni ada saka dik…hantu nenek moyang ko tu…memandai la ko tempat tu mcm tu berhantu konon…ko mancing kumpau tak kalau sebab ko ni jenis bukan kaki mancing sejati pon, tapi jenis budak level baru nak up kenal hidup.. jangan nipu dik…power plant tu running condition…guard kerja 24 hours dik.. aje gatei nak bercerita tapi ngikut orang…lain kali datang mancing..bawak balik sampah2 yang adik tinggalkan ok…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.