Memandu Seorang

Salam semua.

Saya terpanggil untuk berkongsi cerita selepas terbaca beberapa pengalaman orang lain di ruangan FS.

Kadang2 orang skeptic atau tidak mudah percaya seperti saya akan cuba mencari rasional lain daripada terus jump into conclusion bahawa ada gangguan atau usikan.

Group assignments buat last minute ini memang biasalah bila zaman University. Nak jadi cerita, majority member group saya mendiami kediaman Sebayor, saya pula seorang dari kediaman Sri Muara.

Tahun 2001, jalan area Kota Samarahan ni agak sunyi dan in the middle of hutan belantara. Masa junior mmg rasa cuak, tapi bila dah tahun akhir asyik driving ke hulu hilir, kita rasa biasa dah.
Otak busy pikir belajar, tader masa pikir benda mengarut. Lagi kita pikir sangat, lagi dikacau pada pendapat saya lah.
Ada satu incident, group gangster gaduh, salah sorang dipeng gal kep4la dan ditinggal dlm kereta tepi jalan. So, anda boleh imagine betapa sunyi area jalan2 di situ 18 tahun lalu.

Baik, abis group study mlm tu agak lewat. Semua member2 saya pujuk untuk tumpang tidor jer di rumah mereka, esok pagi baru balik ke rumah saya di Sri Muara.

Saya pon tak ingat kenapa saya insist untuk drive balik walhal, dah lewat mlm, dah la saya perempuan sorang drive. Agaknya itu orang kata, benda nak jadi, kan?

Masok kereta, saya mula rasa sikit berdebar dari biasa. Tapi saya tepis perasaan itu, walaupun hati meronta nak naik balik atas terima pelawan member. Nanti kena gelak plak, haih.

So, drive keluar simpang Sebayor masok jalan besar saya nekad sampai rumah. Bender mengarut hanya akan jadi bila kita overthink, saya ulang dlm hati.

Saya pasang radio. Pikir pasal benda lain lah.

Tiba tiba…

Split second wind screen kereta saya ditutupi kain kotor warna coklat, sampai tak nampak jln!
Laju sgt dari side driver melintang terbang ke kiri dan hilang ke belakang kereta. Aik?

Bunyi berkibar masih kedengaran.

Terkejut sekejap, saya terlanggar orang ke? Tak dapat compute sekejap apa yg berlaku. Kain apa besar begitu melayang kat atas jalan melintas begitu laju?

Owh kain bendera kot, atas jalan kena tiup angin…..mmmmm.

Otak saya terus degil pikir jgn jadi penakut, baca saja ayat Qursi. Tingkap saya naikkan walaupun aircond kereta rosak. Malam itu cukup sejuk sampai berkabus jalan.

Kali ini saya tekan minyak sampai pedal to floor. Laju terbuai2 kereta Charade lama tu, mujur tak terbabas. Rear view mirror saya tolak ke atas kerana saya rasa mcm ada sesuatu gelap di belakang passenger seat. Gerak hati berbisik, jgn tengok nanti kita takkan sampai rumah langsung!

Pertama kali saya rasa takut, sejuk, tangan hampir cram genggam stereng terlalu kuat. Tengkuk saya rasa sejuk, rasa mcm ada angin lalu dari belakang. Terus saya baca Qursi berkali2 supaya tak dengar bisikan halus yg mula berganjak makin dekat dari belakang.

Ditemani hutan gelap sepanjang jalan sunyi, tanpa lampu jalan besar tambah pulak lampu kereta lama malap warna kuning makin samar jalan jadinya.

Tolong aku, oh Tuhan!

Ya Allah, lindungi lah hambaMu yg lemah ini. Hati dah menyesal, hanya mampu berdoa agar cepat sampai ke Sri Muara.

Saya tak berenti mana2, terus straight parking ke rumah. Lompat naik tangga, berharap ada kawan masih tak tidur di living room tapi semua dah tidoq dlm bilik.

Alhamdulillah, pengalaman seram saya berakhir tanpa sambungan. Saya tak cerita pada kawan2, saya tetap cuba percaya ia hanya kain buruk atas jalan. Namun di lubuk hati saya terusik apa bende yg berlaku.

Sampai lah jumpa FS, baru saya sedar kain2 buruk berkibar di jalan ini, ada yg menguji iman rupanya.

Namun demikian, hingga ke hari ini saya masih driving sendirian waktu mlm. Sebab kurang kereta dan sejuk. Lebuhraya Karak dan LPT, Plus North West saya lalui. Tiada lagi kain buruk menemani saya, alhamdulillah.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Slipar Kuning

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Memandu Seorang”

  1. Sokay kak..jln samarahan skrg x mcm 18 thun yg lalu lg hoho..kiri kanan bangunan..balik mlm pn x tkut da..btw kak bljr mna dlu?unimas?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.