Mencari Durian Hutan

Diganggu di sepanjang jalan

Salam kepada semua pembaca FS. Walau bagaimana pun saya ucap duluan terima kasih kepada admin FS kerana sudi publishkan kisah seram pertama saya ini (Kalaulah disiarkan).

Ok sebelum itu saya mahu memperkenal diri dulu. Nama saya Nef (hanya nama panggilan manja bukan nama sebenar). Tapi orang kampung selalu panggil saya Beke. Saya berasal dari Tebakang SubDistrict, Daerah Serian, Sarawak. Jauhnya dari Kuching dekat 2 jam jugalah. Kampung saya terletak nun hujung sepadan kalimatan. Boleh dikatakan sebelah gunung sepadan Indon dah. Kampung saya pula memang tak jauh dari kaki gunung. Boleh dikatakan tak jauh dari sepadan Malaysia Indonesia. Banyak gunung ganang dan bukit bukau maklumlah kawasan perdalaman.

Wah panjang juga intro saya ni. Maaflah ya saya skip bahagian intro dulu kalau ada yang nak tanya lebih detail. Berbalik kepada apa yang mahu saya ceritakan. Kisah ini adalah kisah benar saya ketika musim buah durian. Ia merupakan pengamalan seram yang saya tak dapat lupakan sehingga sekarang.

Ia berlaku semasa saya dan Lu (nama samaran) mula-mula dalam perjalanan mahu ke Shawah Bunan (tempat yang kami mahu tuju) untuk cari durian hutan dan melarat sehinggalah kami berdua pulang ke kampung. Kalau ikutkan, iya nya bermula kerana terlepas cakap (celupar) saya sendiri yang tak bertapis. Salah saya juga.

Semasa diperjalanan, masa itu saya dan Lu berborak sakan sampailah saya terlepas cakap. ” Eh mulut kamu tu bertapis lah sikit. Kita di hutan ni” kata Lu dengan nada suara yang agak marah dalam bahasa bukar sadong. Ok stop kejap ye. Untuk pengetahuan pembaca semua. Saya translate terus perbualan kami berdua ke bahasa Malaysia untuk memudahkan kamu semua fahami.

“Kita di hutan ni jangan cakap pasal perempuan ke atau apa je yang tak senonoh” “Hormat sikit tempat orang, ini bukan kampung” katanya lagi, saya pun diam. Sebelum itu, ayah saya pun pernah pesankan saya hal yang sama sebelum saya dan Lu pergi masuk ke hutan. Sembang punya pasal, saya terlanjur kata. Langgar pantang larangan masuk hutan.
Aduh sial punya mulut kataku dalam hati. Selepas itu, mulalah ‘benda’ tu kacau kami berdua. Lu didepan, saya pula di belakang. Memang terasa aura ‘benda’ tu. Meremang bulu roma satu badan. Sepanjang perjalanan selepas saya terlepas cakap, kami berdua diam tanpa kata. Saya pun menghunus parang di tangan. Lu yang melihat saya menghunus parang juga ikut lagak saya. Saya pula terus membaca doa perlindungan tanpa henti sehingga sampai ditempat yang dituju.

Kami berdua berhenti sekejap untuk melepaskan penat sebaik sahaja kami sampai. Tapi bulu roma asik meremang tak henti-henti. Saya beranikan diri untuk toleh kiri ke kanan ke atas ke belakang. Tiada apa yang saya nampak. Badan terasa seram sejuk sehingga ke tulang.
“Kita cari durian dari atas dulu baru turun kebawah””Saya ok ja” jawap saya dengan acuh tak acuh.

Lu: “kita tinggalkan barang-barang kita ini di sini dulu. Nanti kita buat ungun api di sini. Selepas cari durian”
Saya: ” macam mana kalau kita pecah. Saya tunggu kamu disini sementara saya buat ungun api. Selepas itu baru saya pula cari, ikut turn. Boleh”
Lu: ” tak bolehlah macam itu sebab aku tak sedap hati”
hah.. saya dah agak dah Lu juga perasaan, kataku dalam hati.
Saya: “Kamu rasa ada orang lain tak kat dusun ni?”
Lu: ” Aku rasa tak ada lah sebab aku tak nampak satu pun cahaya lampu suluh orang di atas sana”
Saya: ” betullah, baru aku perasan. Biasa nya ada”
Lu: ” eh jomlah temankan aku”

Mahu tak mahu saya ikut juga lagipun agak cuak juga rasanya kalau duduk sorang-sorang dalam keadaan begini.
Dari tadi saya tengok Lu tak senang berdiri. Kami berdua sama-sama buat tak tahu sahaja. Kami berdua pun pergi carilah durian sambil tengok-tengok ada orang lain tak kat dusun.

Saya tengok jam tangan dah menunjuk jam 12 tengah malam lebih kurang la, saya dah lupa jam berapa masa tu. Yang peliknya satu biji durian pun kami tak dapat. Bunyi durian jatuh ada. Habis pokok durian yang ada, saya dan Lu cari, satu pun tak dapat jumpa. Akhirnya, kami berdua ambil keputusan untuk balik ke tempat kami letak barang keperluan tadi. Satu lagi hal peliknya, satu bayang orang pun saya dan Lu tak nampak. Biasanya bawah dusun ni riuh dengan orang kampung yang nak cari durian. Ini tidak, batang hidung pun tak nampak. Itulah satu hal peliknya. Tak lama kemudian Saya dan Lu pun turun ke bawah bukit ke tempat mula-mula tadi.

Saya: ” Lu kamu tolong saya ambil kayu kering tu”
Lu: “Untuk apa?”
Saya: “buat ungunlah”

Saya pun mula buat ungun dan nyalakan api. Tapi timbul pula masalah lighter tak mahu nyala. Puas saya cuba akhirnya berjaya juga saya nyalakan. Kalau tak bergelaplah kami berdua. Perasan tak sedap hati makin menjadi-jadi seperti ‘benda’ tu mahu saya dan Lu berambus dari situ. Tapi saya tak hiraukan. Namun Lu dah tak senang duduk. Kasihan pula saya tengoknya. Tiba-tiba pula saya teringat petua yang diajar nenek saya, “kalau mengalami situasi diganggu Muwet Tu-ang ( ertinya mambang hutan) kamu panaskan parang di ungun api sampai merah sambil membaca ‘Exorcism Chant’ dalam bahasa latin seperti nenek ajar kamu dan benam hujung parang tadi ke tanah. Ingat jangan lupa satu ayat pun tak boleh tinggal dan sebelum kamu benam hujung parang ke tanah pastikan kamu niat untuk perlindungan dan hembuskan parang selepas selesai habis baca Exorcism Chant.” Itulah kata-kata nenek saya yang masih segar diingatan saya. Masa nenek saya suruh saya hafal exorcism chant itu memang payah benar untuk dihafal sebab dalam bahasa latin.

Fuu…nasib baik nenek saya ajar saya petua itu. Tanpa membuang masa saya mulakan upacara itu seperti yang nenek saya ajar. Lu hanya perhatikan saya tanpa berkelip-kelip mata. Sebaik sahaja saya benamkan hujung parang di tanah serta merta pokok-pokok di sekeliling bergocang seperti di tiup ribut. Bunyi pokok tumbang jelas kedengaran. Bunyi pokok dilanggar. Bunyi buluh patah meletup semuanya jelas kedengaran. Bunyi dahan jatuh serta pelbagai bunyi lagilah. Memang menakutkan dan menyeramkan suasana masa itu. Lu di depan saya dah macam kera kena belacan. Susah saya nak jelaskan gelagat dia masa itu. Parang dia pegang erat-erat. Beberapa minit kemudian suasana kembali reda. Parang yang saya benam di tanah tadi saya biarkan saja di situ. Saya rasa dah tak macam diperhatikan dah dan goosbump nya pun dah tiada lagi terasa seperti tadi.

Saya: “Lu saya mahu makan. Perut saya dah berbunyi ni selepas ini kita pulang saja.”
Lu: “aku tak ada seleralah?”
Saya: “Jangan begitu nanti kempunan nanti”
Lu: ” Baiklah saya makan sikit, teman kamu makan tapi kamu baca doa”
Saya: “Ok..”

Saya pun mula membaca doa, “Allah, tuhan kami yang ada di surga, tuhan yang kami sembah dan puji. Tiada tuhan lain selain Allah yang Maha Isa, lagi Maha kuasa. Dia yang hidup memerintah langit dan bumi tanpa penat dan tidur. Isa al Masih (Isa ibni Maryam) utusan Allah dan Guru kami. Ajarannya, tauhid kami. Kami memohon berkatmu ke atas rezeki kami hari ini. Serta permudahkan lah segala urusan kami. Lindungilah kami daripada bahaya. Dan ampunilah dosa kami seperti kami mengampuni orang yang bersalah kepada kami. Jauhkan kami dari roh yang jahat, dari segala macam sihir yang jahat, bebaskan kami dari segala macam fitnah. Dan berikan kami kekuatan iman supaya kami sentiasa dekat kepadamu. Kami dirikan doa kepadamu kerana tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, tuhan kami. Tuhan yang disembah Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi selepasnya. Amin”

Saya dan Lu pun menjamu selera walaupun tiada selera. Dalam setengah jam macam tu, kami berdua pun bersiap untuk berangkat pulang tanpa sebiji durian. Di perjalanan pulang sekali lagi saya rasa seram sejuk dan meremang satu badan tapi saya buat tak tahu. Macam biasa saya dan Lu sekali menghunus parang. Kali ini teruk kami berdua diganggu. Sampai bermacam-macam jelmaan yang Lu nampak tapi saya langsung tak nampak apa-apa sebab dah tak sanggup pandang kiri kanan mahupun belakang. Saya hanya tunggu pandang bawah saja. Bumbo (Hantu Raya), Merahak (Langsuir), Lembaga hitam, Antu Balak (Hantu Galah), Antu Bungkus (Pocong) dan banyak lagi yang dia nampak. Semua pernampakan itu semuanya jauh-jauh macam takut mahu dekat kami berdua. Tiba-tiba Lu yang di depan buka langkah Kunto (Silat) saya sangka Lu kena rasuk rupa-rupanya dia berdepan dengan jelmaan makhluk yang menyerupai tikus tapi saiznya besar. Sebesar kucing dewasa. Terkejut macam nak tercabut nyawa dibuatnya. Sebab itu kali pertama saya melihat makhluk ghaib. Ku lihat Lu seperti dah mahu menangis dah tapi gagahkan juga. Saya yang terkaku sekejap dibelakang hanya diam membisu. Seminit macam tu.

Saya pun buka langkah juga tapi makhluk jelmaan itu seperti mengalah lalu berlalu pergi tanpa menyerang. Fuu… nasib baik. Kalau tak, dah tak tahu dah apa akan terjadi selepas itu. Kami pun meneruskan perjalanan dengan langkah yang laju dari yang biasa sampai kan batu-batu, akar kayu dan apa saja yang berada dilaluan habis saya sepak sampai tumbang pun ada kerana takut punya pasal.

Seram sejuk sampai ke tulang dan meremang bulu roma sampaikan rambut kepala pun terasa meremang. Mulut saya tak habis-habis melafaz doa perlindungan. Dalam masa sejam macam itu barulah kami berdua selamat sampai di sempadan kampung. Di situ terdapat tugu salib dan pondok rehat. Sampai situ barulah rasa aman sikit, kurang seram sejuk dan bulu roma pun dah tak meremang. Syukurlah kami berdua selamat sampai ke kampung. Lebih kurang jam 3 pagi macam tu saya sampai rumah. Saya bersihkan diri lalu terus masuk tidur. Keesokan pagi, nasib baik kami berdua tak deman masih sehat badan walaupun masa kami pulang itu, teruk kami berdua kena sakat.

Sebagai pengajaran jangan sesekali celupar apabila masuk hutan dan jaga niat tu, tingkah laku dan mulut anda. Di hutan itu bukan kampung. Sentiasa hormat tempat orang walaupun kita tak nampak ‘mereka’. Oh ya, untuk pengetahuan pembaca semua, saya bukan penganut kristian ya… salom…

Sekian, Nef.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
JohnNefar

24 thoughts on “Mencari Durian Hutan”

  1. nef, 1st time dapat baca bacaan doa agama kristian dalam bahasa melayu.
    doa nya sama macam dalam islam 🙂

    Reply
    • dia tak permainkan.
      itu memang kefahaman dia.
      di sabah, sarawak dan indonesia memang tuhan di panggil allah jugak untuk yang beragama kristian.

      Reply
    • Dia bkn permainkn Islam. Sebenarnya agama lain pn ada mcm2 mazhab. Kita kena ambil tahu & menghormati agama masing2 wlaupun berlainan kepercayaan.

      Reply
    • Untuk makluman di Sarawak dan Sabah mmg sebut perkataan Allah jugak bg yg bukan Islam.. Sy hidup dlm masyarakat majmuk di sana.. we dont have any issue of that.. Stay in Sarawak n Sabah, u will know what is the meaning of berbilang kaum dn masyarakat majmuk.. kami juga x pernah pertikai.. And they respect Islam n know Islam.. buka minda tuan2/ Puan2.. x pernah duduk sana jgn ckp bnda yg x tahu..

      Reply
  2. Tak dapat baca exorcism chant tu, baca doa the apostles’ creed and the lord’s prayer pun dah ckup. Tapi kena sepenuh hati. Bkn sekadar sebut kosong. Hanya berkongsi ilmu utk yg beragama kristian.

    Reply
    • Dia roman katholik. Bg kita mungkin anggap smua kristian tu sama tapi diorang ada mazhab masing2. Mcm sunni & syiah la

      Reply
    • Woww..menarik. intro tentang kg awak kat gunung2 tu saya dah terbayang kecantikannya. Lepas tu perkongsian awak plak tentang nak halau hantu tu.
      Baru tau, agama lain pun ada cara dan doa dia untuk halau hantu

      Reply
  3. Maaf ya kompius kan korang. ok Agama saya ialah Nasrani Lama atau lebih di kenali sebagai Sidang Injil Lama (SIL). Asal usul agama saya penuh dengan misteri. Yang saya tahu dari guru agama saya adalah Nasrani adalah agama asal kristianiti yang sekarang ni dikenali umum sebagai kristian.

    Reply
  4. Untuk pengetahuan para pembaca FS, sebenarnya exorcism chant yang saya guna pada masa itu (dalam cerita di atas) memang doa pengusiran yang selalu diguna oleh umat kristiani. Sebabnya nenek saya adalah beragama Kristian Roman Katolik jadi dia ajarlah saya doa itu.

    Reply
  5. Maaf, saya tak setuju penulis menggunakan Nama Allah untuk doa bagi yang beragama bukan islam.

    http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/113-hukum-menggunakan-kalimah-allah-oleh-orang-bukan-islam
    Hukum menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah seperti berikut :

    Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atatu memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1985 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
    Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989.

    KETERANGAN/HUJAH :

    Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah.
    Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El. Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
    Kaliamh Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
    Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kaliamah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
    Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun pengunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
    Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
    Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalauterbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
    Kalimah Allah sebenarnya tidak ada dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
    Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dn Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
    Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
    Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

    Reply
    • Maafkan kawan sepenulis saya ya, dia sebenarnya cemekap sikit. Nef adalah kembar saya. Saya susun 10 jari memohom maaf kerna dia telah menyemtuh sensitiviti agama lain. Maafkan dia ya. Termasuk admin juga ya.

      Reply
    • eh! kalau dh tu nme tuhan die yg die sebut, kau sape nk srh tukar dan larang org sebut? akidah tu dalam diri sendiri dik. bukan forced onto others

      Reply
    • Allah yg dia sebut tu bukanlah Allah swt yg maha esa. Sbnya mereka kata allah dia tu berada disyurga sedangkan Allah swt tidak bertempat. Jangan sesekali samakan sebutan allah dia dgn Allah swt yg kita sembah. Ok

      Reply
  6. Mana2 umat islam yang kata Allah hanya tuhan orang islam baik bersyahadah sebab korang dah mengaku bahawa ada tuhan selain Allah.

    Reply
  7. Allah translate dlm English ape ye? GOD kan? Tuhan pun GOD kan? Ianya hanya bahasa utk menterjemahkan maksud tersedia ade baik dlm Al-Quran ataupun Bible. Tolong jgn terlampau taksub dgn mengatakan perkataan Allah hanya utk mrk yg beragama Islam. Sebelum tahun 2014, elok je agama lain pakai ayat Allah… Kenapa br jd isu skrg?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.