#NasaYusuf
1880-an
Di atas atap rumah kecil itu, melalui celah-celah zink bocor, mata itu mumbulat memandang mangsanya yang sedang tidur. Menderam dengan gigi yang menyeringai. Air liur menitik dan meleleh di celahan bibir
“Grrrrrrrr”
LELAKI itu, memalingkan badan ke kiri dan kanan, dia tidak selesa. Sesekali dia akan duduk dan menggaru tubuhnya yang gatal. Telinganya peka mendengar bunyi. Bunyi deraman. Sama dengan yang dia dengar semalam. Cepat dia mendongak memandang atap zink di atas kepala.
Kosong. Tidak kelihatan apa-apa
“Shahrul! Malam ni aku berjaga.” Jiman menawarkan diri.
“Malam ni giliran aku lah.”
“Aku nak tukar, lagipon esok aku nak balik awal. Bini aku bila-bila je akan bersalin.” Jiman memujuk
“Jadi kau berjaga di kawasan belakang dengan siapa?”
“Aku sorang.”
“Mana boleh!” Tegas Shahrul. Kawasan mereka jaga kawasan pembangunan berhampiran hutan. Jadi, Jiman tidak boleh pergi sendirian
“Tak ada apalah Shahrul, jangan risau” terus sahaja Jiman pergi sebelom sempat Shahrul menerangkan keadaan tempat tersebut.
“Jiman nanti dulu!” Shahrul memakai baju dan berlari keluar ke arah pintu namun bayangan Jiman sudah tidak kelihatan. “Degil!”
JIMAN duduk dalam pondok jaga kawasan belakang bangunan yang masih dalam pembikinan. Radio yang dipasang tidak dapat siaran. Ditepuk-tepuk beberapa kali.
“Aiseyh..” sekali lagi dia memeriksa suis utama. “Semua ok, apasal pula ni?” Jiman duduk di kerusi semula.
Dari jauh, sepasang mata itu memerhati lelaki yang sedang duduk di pondok kecil tidak jauh darinya. Lelaki itu berseorangan. Lelaki itu sibuk menepuk2 benda kecil yang berbentuk seperti kotak. Suara lelaki itu marah-marah, jelas kedengaran.
“Apasal ni?!” Marah Jiman sekali lagi. Radio itu ditepuk kuat, kemudian dia membiarkan dan duduk semula. Hanya membetulkan radio kecil yang berbentuk seperti kotak itu sahaja, peluhnya sudah mencurah-curah.
“Grrrrrrr.”
Cepat-cepat Jiman mengambil lampu suluh dan ditala ke arah hutan di belakangnya. suasana gelap, tanpa cahaya. hanya hala lampu suluh itu sahaja turus tembus ke dalam hutan yang tiada penghujung.
“Siapa?!” Jiman keluar dari pondok kecil tersebut, berjalan beberapa tapak ke hadapan. Kawasan sangat gelap, sinaran bulan hanya samar-samar. Lampu di kawasan pembangunan itu hanya di sekitar hadapan sahaja. Bahagian belakang tidak dipasang
“Siapa!” Jerkah Jiman.
Sepasang mata tadi, berjalan perlahan-lahan, keluar dari tempat persembunyian. Langkahnya berhati-hati. Anak mata meliar setiap sudut, memastikan manusia itu bersendirian.
Jiman nampak bayangan itu semakin mendekat. Semakin hampir dan Jiman berdiri kaku. Kaku tidak bergerak. Terpasung dia di situ, cuma dadanya berombak deras. Matanya turut terbuka luas, beberapa kali menelan liur.
“Apa benda ni?” Soalnya dalam hati sebaik jelas melihat apa yang berdiri di hadapannya.
“Grrrrrr”
SHAHRUL terbuka mata. Beberapa kali dia mengerlip. Keningnya berkerut, anak matanya meliar cuba mengamati bunyi yang didengar
“Aku mimpi ke?” Shahrul duduk dari baringnya. Dia jelas mendengar bunyi jeritan. Jeritan yang sangat kuat, bagaikan jeritan yang penuh kesakitan.
Pintu bilik Shahrul dibuka. Dia yang terperanjat cepat-cepat beristigfar “Wan, kenapa kau tak ketuk dulu?”
“Shhhhh” cepat-cepat Wan datang dan duduk berhampiran dengan Shahrul. “Kau dengar tak?”
“Dengar apa?”
“Suara yang menjerit tadi.” Soal Wan
“Errrr… aku ingatkan mimpi.”
“Mana Jiman?”
“Aku ingat dia pergi dengan kau.” Shahrul sendiri tidak pasti adakah benar Jiman pergi seorang
“Kalau macam tu, benda tu ada di sinilah?” Wan menutup pintu rumah kecil yang mereka duduki sepanjang jadi penjaga di situ. Rumah itu disediakan oleh majikan untuk mereka yang masih bujang.
Shahrul terbuntang mata “kau cakap tempat ni selamat!”
“Dia tak akan m**i Shahrul. Dia akan buru kita sehingga dendamnya terbals!” Keras suara Wan menerangkan. Kedua mereka terdiam. Tidak ada perbualan. Masing-masing berdebar apabila terdengar bunyi seseorang mendekati perumahan mereka.
Dum! Dum! Dum!
Tersandar kedua lelaki yang di dalam rumah itu sebaik mendengar bunyi ketukan kuat dari luar. Shahrul berpeluh lebat. Antara dia dan Wan memang jelas, dia lebih ketakutan.
“Apa nak buat? Apa nak buat? Apa nak buat?” Tanya Shahrul menggeletar
“Tanya sekali je boleh tak?” Wan masih merenung pintu hadapan. Dadanya berdebar.
“Kau cakap benda tu tak akan ikut sejauh ni?” Marah Shahrul
“Shhhhhhh” jari telunjuk Wan diletak di tengah bibir. “Diam” dia cuba mengamati bunyi dari luar. Kemudian dia berlari ke arah pintu hadapan
“Weh! Jangan buka!” Belum sempat Shahrul menahan, Wan terlebih dahulu sudah membuka tombol pintu. Dan sebaik pintu terkuak, Jiman terlentang di hadapan mereka. Perutnya terburai, sebelah tangannya tiada.
“Tolong… tolong… ada benda…”
Shahrul dan Wan yang terkejut, menapak menjauhi tubuh Jiman. Bau d***h yang menyengat membuatkan Shahrul termuntah. Jiman masih bernafas cuma terlalu perlahan.
“Jiman….” wan menarik lelaki itu masuk. “Tutup pintu tu!” Arahnya kepada Shahrul. Sisa usus yang terburai itu panjang melingkar dan Shahrul menutup pintu secepatnya, menyebabkn sebahagian usus yang masih ada di luar, tersepit dan tertinggal.
Wan yang masih menarik Jiman, terkejut apabila perut lelaki itu turut tercabut akibat usus yang tersangkut di pintu tadi. Shahrul yang terpandang lantas terduduk dan muntah semula, hidungnya ditutup. Rasa pening mula singgah. Loya tekaknya melihat kejadian tersebut
Jiman tidak bernyawa serta merta!
Wan melepaskan Jiman, tubuh itu dilempar kerana terperanjat, bilik tersebut penuh d***h. “Kita keluar Shahrul, kita keluar!” jerit Wan bersungguh.
“Malam dah ni! Hari dah gelap!” Shahrul menarik lengan rakannya.
“Kau pon tahu dia boleh bau d***h!” Pekik Wan
“Tapi kau pon tahu dia sangat aktif waktu malm!” Shahrul membetah
Keduanya terdiam. Apa pilihan yang mereka ada? Jika mereka tinggal mereka akan diburu, jika mereka pergi mereka tetap diburu.
“Kalau kita tinggal, kita sudah tentu m**i, tapi kalao kita keluar, kita masih ada peluang untuk hidup. Kau buat pilihan!” Marah Wan. Dia segera mengemas beg bajunya. Baru sahaja tiga hari dia bekerja di situ, perkara buruk telah berlaku. Ini semua gila.
Shahrul tidak membantah. Mahu tidak mahu, dia segera mengikut. Sedikit bekalan makanan dibawa. Kawasan pembangunan mereka jauh di atas bukit. Dikelilingi hutan. Hanya berpagar untuk memisahkn dengan jalan tanah merah luar. Mengambil masa lima belas minit untuk ke jalan besar. Memang tidak jauh, tapi dalam waktu sekarang ini, setiap saat adalah berharga untuk nyawa mereka.
Hujan renyai mula turun membasahi kawasan
“Macam mana dengan yang lain?” Tanya Shahrul seraya menggalas beg yang dipakai.
“Kita tahu benda tu tak buru mereka.” Wan membuka pintu hadapan, kunci yang tergantung di sebelah dinding dicapai. Wajahnya tenang. Kakinya melangkah laju menuju ke arah kereta yang diparkir di hadapan pondok jaga depan.
“Tapi dia b***h Jiman beb!” Shahrul mengejar dari belakang, tertunduk-tunduk dengan tapak tangan diletak di atas kepala, menahan air hujan dari mengenainya.
“Dia berada di tempat yang salah pada waktu yang salah” jawab Wan tanpa menoleh. Sebaik tiba di kereta, pintu dibuka, dibaling beg yang digalas di belakang, dan dia terus duduk di tempat pemandu menghidupkan enjin. Beberapa kali dicuba namun tidak boleh.
“Aiseyh…” Wan menepuk dahi. “Kenapa sekarang kau buat hal,”
“Kenapa?”
“Enjin ni buat hal!” Wan menepuk stereng kereta, dia segera keluar dan membuka bonet depan.
“Wan! Aku tak sedap hati ni, kita masuk dulu dalam kereta.” Shahrul takut-takut.
“Kita kena pergi, kau nak tinggal sini ke?!”
Awuuuuuuuuuu!!!!!
Kedua lelaki itu terdiam. Mereka berdiri membelakangi antara satu sama lain. berjaga di depan dan belakang. Suasana masih sepi. Masing-masing menelan liur.
Dedaun pokok melambai lembut. Hujan renyai itu diikuti angin sepoi-sepoi. Sejuk sampai ketulang rasanya. Kawasan itu hanya samar-samar sahaja terangnya kerana, cahaya lampu yang malap. Bunyi ranting patah terdengar dari sebalik hutan di belakang mereka, dan udara yang tadi lembut bertiup, kini tenang kembali.
Mereka berdua, Shahrul dan Wan berpaling ke arah belakang, melihat ke arah mana datangnya bunyi tadi. Dengan nafas masing-masing yang kencang mereka menunggu. Mereka berdua kemudian berlari anak masuk ke dalam perut kereta.
Tok! Tok! Tok!
“Arrrrghhhh!!!! “Kedua mereka terperanjat apabila cermin tingkap diketuk.
“Apahal ni?” Tanya salah seorang rakannya yang lain. Dia turut termengkalan melihat kedua lelaki di dalam kereta tersebut menjerit. “Dengar korang bising-bising dari tadi, malam dah ni. Kenapa tak tidur?”
“Errr… enjin tak boleh hidup.” Jawan Wan terketar. Matanya masih memandang cermin hadapan. Di situlah dia mendengar bunyi itu tadi.
“Laaaa korang nak pergi mana? mari aku tengokkan kejap,” suhail menawarkan diri. Dia menyuruh membuka bonet depan sambil melihat masalah yang berlaku, walaupon dihalang, namun Suhail berdegil.
Shahrul dan Wan masih duduk di dalam kereta. Kepala masing-masing mencari-cari. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Ini bukan langsung perancangan mereka dulu.
“Kau dengar tak Shahrul?” tanya Wan tiba-tiba.
Shahrul mengangguk laju.
“Ok siap!” Suhail menutup bonet dan berdiri memandang kedua lelaki yang duduk di dalam kereta itu. Lama dia memerhatikan kedua mereka, dahinya berkerut seribu. Pelik dengan tingkah Wan dan Shahrul yang nampak terkejut melihatnya. Suhail mendepa tangan, mengangkat kedua bahunya, hairan dengan sikap Wan dan Shahrul.
“Apasal korang ni?”
Suara deraman jelas kedengaran dibelakang Suhail, hembusan nafas hangat juga terasa. Suhail menjeling dengan anak mata, masih lagi dia berdiri tegak, terpaku tidak bergerak. Perlahan-lahan dia cuba menoleh kebelakang.
WAN dan Shahrul menjerit kuat apabila d***h memercik di cermin hadapan mereka, Suhail berdiri tanpa kepala. Sekejap sahaja tubuh itu hanya tinggal pinggang ke kaki, tergolek-golek bahagian badan Suhail ke tanah.
Tidak punya pilihan, kedua mereka berlari laju, memasuki rumah lain yang diduduki oleh penjaga keselamatan yang lain. Hanya tinggal dua sahaja antara mereka
“Bangun!!! Bangun!” Pintu ditendang tanpa memikirkan soal ganti rugi. Wan berlari masuk menarik kain selimut dua rakan mereka yang tinggal.
Terkebil-kebil biji mata kedua lelaki yang tidak tahu apa berlaku
“Bangun oi bangun!!” Wan menarik-narik tubuh mereka.
“Siapa ni?” Tanya seorang lelaki yang mamai sambil mencapai cermin mata. Siap dipakai, baru dia jelas melihat wajah Wan yang ketakutan. “Wan? Kenapa ni?”
“Bangun… keluar dari sini.”
“Kenapa?” tanya lelaki berkaca mata itu.
“Bangun jelah!!!!” Jerit Wan lantas menarik seorang lagi rakannya yang masih tidak sedar. Kedua mereka marah-marah, perbalahan berlaku namun, suara jeritan dari luar menyebabkan kesemua mereka senyap. Ketiga mereka memandang pintu yang masih terbuka
“Shahrul?” Barulah Wan perasan rakannya itu tiada bersama.
“Apa berlaku ni?” Ojek segera memakai baju apabila melihat tubuh Wan penuh dengan d***h “Kau buat apa ni Wan?”
“Shhhhh…” lelaki yang memakai cermin mata itu bangkit, dia berjalan ke arah pintu depan. Hujan renyai-renyai tadi kembali melebat. Tanah merah dikawasan tersebut mula dipenuhi air, laman depan lecak.Lelaki bercermin mata itu menjengah keluar. Matanya yang kurang jelas itu melihat setiap sudut
Tenang.
Tidak ada apa.
hanya bunyi angin dan lambaian dedaun pokok sahaja.
Dan terdapat sebuah kereta di depan pondok jaga, dengan pintu bahagian pemandu dan penumpang terbuka. Kemudian dia menoleh ke arah sebelah kanan, itu jalan menuju ke pondok bahagian belakang. Masih juga elok, tidak ada apa berlaku, keadaan senyap
Hilman, lelaki yang memakai cermin mata tadi menoleh ke arah rakannya yang sedang menunggu di belakang. Dia mendepa tangan
“Tak ada a….” belum lagi sempat dia menghabiskan ayat, tubuhnya ditarik keluar dari situ
“Shit!!!!” Ojek yang cukup terperanjat berdiri bersandar di dinding. Wan turut berdiri. Lama mereka terdiam, tergamam. Dan tidak lama kemudian kepala Hilman tergolek dan berhenti tepat di hadapan pintu mereka
“What the…” Ojek dan Wan berlari keluar melalui pintu belakang. Kelam kabut mereka, tidak cukup kaki melangkah. Yang penting sekarang adalah nyawa. Masing-masing berlari. Berlari jauh. Jauh ke dalam hutan… semakin jauh semakin hilang arah dan tujuan.
“Jangan berpecah! Jangan berpecah!” tegas Wan yang sedia maklum dengan perkara yang mereka hadapi.
“Apa benda tu Wan?” Ojek hampir sahaja menangis, baru dia perasan, dia hanya memakai baju. Seluarnya tertinggal, nasib baik dia memakai seluar dalam.
Wan perasan, namun dia tidak menegur. Dalam keadaan takut, apa sahaja pun terlupa.
DI BELAKANG mereka, pokok berhayun kanan dan kiri. Derapan tapak kaki makin menghampiri. Sesekali mereka menoleh, tidak terlihat pula apa yang mengekori. Wan berlari mendahului Ojek. Dia tahu dia takkan terlepas.
“Wan, tunggu!”
Tiba-tiba keadaan senyap. Di belakang mereka, tidak ada lagi apa-apa yang mengejar. Suasana tenang. Deruan nafas mereka bagaikan kuda yang memecut. Ditarik dan dihembus, berselang seli. Hanya mampu mendekat sesama sendiri. Ojek menunjuk-nunjuk arah di mata ‘benda’ yang mengikut mereka. Tidak mampu bercakap, hanya dada yang berombak. Kedua kakinya dirapatkan. Pundi kencingnya aktif waktu sekarang. Kedua kaki berselang seli memijak tanah.
“Kenapa kau?” Wan bernafas bagaikan orang yang dijerut.
“Tu… apa tadi tu.” Ojek menoleh ke belakang, depan, kiri dan kanan. “Aku nak kencing.”
Wan nampak kaki rakannya basah. Itupun masih dia diamkan. “Ojek jangan pergi jauh.”
“Baik kau beritahu apa benda tu!” marah rakannya
Belum sempat Wan menerangkan, sesuatu yang bertubuh besar sudah berdiri di hadapan mereka. tingginya hampir sama dengan dahan-dahan pokok yang bersilang-silang. Mereka mendongak. Wan tergamam. Sekarang kedua mereka terus terpasung.
‘sesuatu’ itu menyeringai, menampakkan sebaris giginya yang tajam. Badannya penuh bulu. Bulunya penuh d***h. Dia dahagakan d***h. D***h yang masih segar. Ojek dan Wan ternganga, dalam sekelip mata sahaja, kedua kepala mereka tiada. D***h memancut. Tubuh yang berdiri itu, jatuh kebelakang.
‘Sesuatu’ itu meninggalkan mereka dengan rasa puas! ternyata perbuatannya adalah kerana dendam! Dendamnya terbalas, namun melibatkan banyak nyawa, walaupun d***h yang dicari hanyalah dua.
Tahun 2030
SEBUAH bas sekolah berhenti. Pelajarnya berebut-rebut turun untuk melihat kawasan perhutanan yang dikatakan pernah makan banyak d***h. Kawasan itu sekarang terbiar kerana bangunan yang sepatutnya disiapkan, dibatalkan apabila kematian beramai-ramai ditemui pada siang harinya.
“Cikgu, tak ada siapa ke yang masuk muzium ni?”
“Tak ada. Setelah mereka dapati banyak mayat tanpa kepala waktu tu, kawasan ini terus ditutup. katanya berpuaka.” Cikgu Hayati menerangkan satu persatu.
“Owwhhhh.” Semua pelajar mengangguk faham.
“Cikgu, kenapa mereka m**i?” tanya salah seorang muridnya.
“Kisahnya, seorang lelaki tu, nama dia Wan, minta tolong dari seorang bomoh, untuk memikat seorang gadis, perjanjiannya adalah, dia perlu kahwin apabila gadis itu sudah jatuh hati……”
“Ni mesti Wan tu tak kahwin dengan gadis tu kan?” Seorang murid mencelah sebelum gurunya menghabiskan ayat.
Cikgu Hayati tersenyum. “Pandai pun…”
“Macam dalam cerita-cerita seram je cikgu.” jawab anak murid tadi.
Cikgu Hayati mengangguk dan menyambung. “Wan dan rakannya saling berebut gadis tadi, siapakah antara mereka yang layak mengahwini. Tanpa sedar, perebutan mereka melibatkan maruah gadis tadi. Setelah diperkosa, mereka meninggalkan, dan janji itu terus dilupakan.”
“Eeee….seram.” Seorang anak murid perempuan memeluk tubuh. Kelakuannya ditertawakan oleh rakan-rakan lain.
“Jadi, yang b***h diaorang tu, perempuan tu ke cikgu?” tanya pelajar yang memeluk tubuh itu.
“Ya… gadis tu malu, dia berdendam, sangat berdendam… untuk membalas dendam kepada kedua laki tadi, dia sanggup buat apa sahaja janji lelaki tu m**i.”
“Jadi bigfoot pun sanggup?” tanya anak murid itu lagi. Kesemua anak murid lain tertawa.
“Bukan bigfoot…. tapi seekor harimau jadian.” Cikgu Hayati menerkam anak mata murid-muridnya. “Dia ganas, dia kejam, tidak berperikemanusiaan. Apabila dia berdiri, tingginya setinggi dahan pokok tu.” Cikgu Hayati menunjuk ke arah sebatang pohon yang tinggi dibelakang. Kesemua anak muridnya mendongak. “Dan sehingga sekarang… dia masih lagi wujud. Sumpahan itu tak habis, kerana dia yang sedia menerima.”
Semua murid mendengar, dan merapat antara satu sama lain.
“Dia menerima tawaran sumpahan itu kerana terlalu mahukan kematian dua lelaki tadi.” Cikgu Hayati mengecilkan mata, tangannya membuat seperti cakaran. Anak murid lain semua senyap sepi mendengar ceritanya. “Dan sehingga ke hari ini, dia masih ada lagi… masih datang ke sini, di hutan yang berada depan kita ni…” Cikgu Hayati menunjuk ke arah hutan yang tidak berpenghujung.
“Kadang-kadang, dia dahagakan d***h… d***h muda, d***h yang segar….” Cikgu Hayati menoleh ke dalam hutan.
Semua anak muridnya melihat arah yang sama. Sunyi…. sepi…. hari itu tiada angin, namun kawasan itu nampak menyeramkan.
“Cikgu, errrr…. seramlah, mana tahu nanti dia tiba-tiba muncul.” kata pelajarnya.
Cikgu Hayati masih diam, memandang ke dalam hutan tadi. Dirinya hilang dalam lamunan.
Seorang anak murid tiba-tiba mengangkat tangan untuk bertanya. Cikgu Hayati tersenyum dan memberi keizinan. “Awak nak tanya apa Rashidi?”
“Macam mana cikgu tahu satu-persatu kisah semua ni?” tanya anak murid itu dan kesemua mata menoleh ke arah Cikgu Hayati.
Pemandu bas sekolah yang mengikuti mereka turun. Dia melihat jadual tempat lawatan, iaitu tempat di mana murid-murid itu perlu dibawa. “Cikgu Hayati…”
Kesemua mereka menoleh ke arah pemandu bas. Soalan tadi dibiarkan. Cikgu Hayati mengangguk.
“Maaf menganggu… tapi, rasanya tempat ni bukan tempat lawatan, dan….” pemandu bas itu menyelak helaian kertas tadi. Dia pasti itu bukan tempat lawatan. “Atas tujuan apa kita berhenti di sini? tidak ditulis pun di sini sebagai kawasan persinggahan.” sekali lagi pemandu bas itu hairan.
Cikgu Hayati berdiri dia tersenyum, memandang pemandu bas tadi, sebaris giginya yang putih ternampak saat dia tersengih. Dua gigi taringnya jelas kelihatan…
TAMAT
#NasaYusuf
#SebuahKisahFiksyenUntukPembaca
#11.20pm/Selasa/30.4.2019
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Masuk notifikasi fs ada submit post trbaru..tajuk mengundang bala..abaikan kjap ingt nnti2 jer baca..skali nampak..nasa yusoff..terus aku baca hahhahaha best ahh
mcm gampang crita
sampahhhhh
sampah mcm org kjg mcm ko zul
Teruskan lagi cerita fiksyen ni.
Tak kan dah tamat ? Apa kesudahannya dekat budak2 sekolah tu ? Jangan buat cerita tergantung boleh tak ..
aku suka cerita macam ni.
biar sambung2 xpa asal jangan tamat tak selesai.
Cerita best.☺
Saya memang minat karya Nasa ni.
Teruskan berkarya ya.