Merangkak Dalam Gelap

Hi, Assalamualaikum semua kipas-kipas FS. Ingat aku lagi tak? Aku pernah share pengalaman aku 2 kali sebelum ni yang bertajuk ‘Bayangan Hitam’ dengan ‘Menumpang Di Kawasan “Dia”‘. Okay ni pengalaman aku yang ketiga aku nak share. Ada banyak lagi pengalaman aku kena gangguan mistik ni tapi aku cerita one by one okay. Jadi, kejadian ni masih berlaku di rumah sewa yang sama dalam kisah ‘Menumpang Di Kawasan “Dia”‘ cumanya kejadian ni jadi dulu. Korang masih ingatkan watak dalam cerita Menumpang tu? Dalam cerita ni watak yang sama ya. Okay aku taknak berletiaq panjang lagi, moh ler aku cerita.

Pada awal-awal sewa dekat situ takda apa lagi, masuk 2 bulan tu baru start kena gangguan kecil. Ala biasa lah gangguan buat bunyi, jatuhkan barang etc. Then masuk 5 ke 6 bulan macam tu, aku start kena lebih. Ada satu minggu tu, aku tak balik rumah sebab malas dan nak jimat duit. Mimi, Rin, dan Ani balik tinggal aku, Amy dengan Anna(senior kitaorang & kawan baik Amy). Oh ya masa diorang semua balik tu hari Khamis sebab esoknya kitaorang takda class. Jumaat malam Sabtu, Amy dengan Anna nak pergi Melaka jumpa family Amy since adik Amy belajar dekat situ. Diorang ada ajak aku tapi aku taknak sebab segan yelah tak pernah jumpa family Amy lepastu tidur sana ramai-ramai kan, memang seganla. Amy dengan Anna pergi Melaka 2 hari 1 malam. Jadi, tinggal lah aku sorang dan maka kejadian yang tak diingini pun berlaku.

Malam tu aku dah start seorang, jadi apalagi aku layan movie lah. Aku menepek dekat ruang tamu dekat dengan balkoni. Buka sliding door sikit sebab nak dapat line untuk hotspot since line aku macam c*laka sikit dekat area situ. Tengah sedap layan movie, eh boleh loading pula movienya. Sementara tunggu movie tu elok balik, aku main lah phone. Oh ya, masa aku layan movie ni, aku tutup semua lampu dekat rumah tu yang tinggal kipas je terpasang, nak ambil feel lah kononnya. Bila tengah seronok scroll-scroll Twitter masa tu, tiba-tiba aku ternampak satu bayangan tengah merangkak keluar dari master bedroom secara perlahan dan menuju ke arah aku. Aku buat tak endah je mula-mula tapi dia macam makin laju pula menuju ke arah aku yang menyebabkan dengan pantas aku terus toleh ke arah “dia” datang. Takda langsung kelibat tadi. Aku perasan kelibat tu seolah-olah budak perempuan lingkungan umur sekolah menengah macam tu lah. Tapi gaya dia merangkak tu macam ju-on.

Masa ni jantung aku dah berdenyut laju gila macam nak meletup jantung aku. Lepastu, aku berpaling dekat movie yang masih lagi loading dan secara tiba-tiba bulu roma aku meremang satu badan terutama dekat bahagian tengkuk yang membuatkan aku cepat-cepat tutup laptop tu. Bila dah terpadam je lampu laptop tu, makin laju jantung aku. Guess what? Benda tu elok bertenggek dekat atas sofa belakang aku. Terbeliak mata aku nampak benda tu. Cepat-cepat aku tutup sliding door and aku baring dekat sofa yang bertentangan dengan sofa yang benda tu ada tadi. Ye aku tahu, mesti korang akan cakap asal tak masuk bilik terus. Sebab aku tak terus masuk bilik aku taknak lah yang benda tu tahu aku perasan dia, lagipun benda tu dah hilang.

Aku pun dah rasa lega sikit bila benda tu dah hilang tapi kelegaan tu tak bertahan lama bila aku dengar ada orang panggil nama aku secara berbisik dan sayup je tapi dengar macam dari luar balkoni. Aku buat tak tahu je mula-mula tu, Lepastu  makin jelas pula aku dengar jadi aku decide untuk masuk dalam bilik dan tidur. Lepas masuk bilik tu Alhamdulillah takda apa-apa gangguan, aku lena sampai pagi. Tapi masa aku bangun waktu Subuh, aku terdengar bunyi ada orang masuk dalam rumah, tapi tak dengar bunyi tapak kaki berjalan. Aku jengah dekat bawah pintu since boleh nampak bayang-bayang, well aku memang nampak bayang-bayang orang masuk master bedroom TAPI aku tak dengar bunyi tapak kaki pun. Langsung tak dengar dari pintu rumah tu ditutup.

Aku tanya Amy dengan Anna kalau-kalau diorang balik rumah tapi diorang tak balik lagi masih dekat Melaka. Mulalah persoalan keluar dalam kepala aku, siapa yang balik tadi? Bayang-bayang siapa yang aku nampak masuk master bedroom? Ha sudah, aku dah seram sejuk dengan pelik pagi-pagi buta macam ni pun nak kacau juga ke. Tapi sebab nak mandi punya pasal aku gagahkan masuk master bedroom tu dan mandi macam biasa. Masa mandi tu adalah dengar orang ketuk pintu bilik air tapi aku buat tak tahu je. Lepas dari gangguan-gangguan kecil tu Alhamdulillah takda gangguan lain dah.

Jadi, tu jelah cerita aku untuk kali ni. Maaflah kalau tak seram. Ada masa lagi aku share pengalaman aku yang lain pula okay. Bye, Assalamualaikum. Peace Out 🙂

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Fiey

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.