Mereka Yang Tak Terlihat 2

Asalamualaikum..Salam perkenalan buat pembaca baru fiksyen shasha untuk pengetahuan korang aku Aris. Aku juga sama macam korang pernah menjadi silent reader di laman ini.. Alhamdulillah dan aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada fiksyen shasha sebab telah menerima perkongsian daripada aku.. Now aku nak sambung perkongsian kisah seram yang aku dan keluarga aku alami..

Rasuk:

Kisah ni berlaku pada tahun 2015, ia terjadi kepada anak sedara aku fafa(bukan nama sebenar). Waktu tu fafa baru je melanjutkan pengajian dia ke ipta. Ipta mana aku tak akan sebut nama tempat tu tapi lokasi ipta tu berada di dalam kawasan penuh dengan pokok kelapa sawit dan berhadapan dengan pintu besar ipta tu ada satu perkuburan islam.

Fafa ni kalau nak di kata kan lemah semangat tak jugak tapi semenjak dia melanjutkan pelajaran ke ipta boleh dikatakan kerap juga dia di ganggu dengan mahkluk yang tak terlihat ni sampai satu tahap tu dia lost dan jadi orang lain, tak nak makan dan minum, solat pun ntah ke mana.. Jadi awal permulaan episod rasuk fafa ni bermula di surau yang terdapat di asrama ipta dia.

Biasa lah aktiviti hujung minggu mesti solat berjemaah dekat surau asrama, tapi waktu malam tu keadaan kelihatan seolah segala baik2 sahaja sehingga lah seusai solat mahgrib berjemaah seorang demi seorang budak perempuan kena rasuk dan fafa salah seorang daripada mereka. Ada yang meronta – ronta, ada yang menjerit – jerit, ada yang nak berlari keluar dari kawasan masjid..Keadaan masjid waktu tu riuh rendah dengan suara budak2 perempuan nangis takut, maklumlah belum pernah tengok situasi seperti tu..

Malam tu akak aku mendapat panggilan daripada felo yang bertugas supaya datang pick up fafa dari asrama dia untuk make sure histeria tak tertular makin ramai.. Di sini lah bermula hidup fafa yang sering di rasuk.

Di rumah keadaan fafa macam orang tua lama, fafa ni ada kembar. Nak di jadikan cerita si kembar fafa ni nasihat lah si fafa ni suruh solat dengan mengaji tapi fafa terus jadi angresif dia marah kembar dia dan cakap tak nak, dia cakap dia panas.. Waktu tu aku dengan akak aku and abah si fafa mi dah start detect yang ada benda dengan si fafa nih.. kita orang tak berlenggah terus suruh dia pakai tudung nak bawa gi rumah ustaz yang abah fafa kenal, si fafa ni dengar jer kita orang cakap camtu terus dia mengamuk bzling tendang tudung yang abah dia kasi lepas tu siap tendang abah dia sambil nangis cam orang tua lama cakap tak nak pergi..

Dia cakap nape nak pisahkan dia dengan cucu dia! Dia tak nak pergi.. korang tahu je lah jin & syaitan ni banyak hela dia nak menipu anak cucu adam a.s. Tapi kita orang angkat jugak dia bawak masuk kereta sambil dia nangis2 and waktu tu aku rasa dah 3 orang kut pikul si fafa yang kurus tapi berat gila weh!!! Seolah angkat barang yzng berpuluh kilo..

Sampai je dekat rumah ustaz tu dia tak nak turun, sekali lagi kita orang pikul dia… Berat sangat2!! Dialog dia masa ustaz tu ubatkan si fafa nih camni:

Ustaz : Kenapa kacau budak nih!
Si fafa : Aku suka dia, dia baik suka kemas2, lepas tu kalau aku sergah dia kecil2 dia tak takut. Sebab tu aku nak jadi kawan dia.
Ustaz : Jin dengan manusia tak boleh kawan! Kau datang dari mana?
Si fafa : Aku duduk dekat pokok yang dia selalu lalu tu jerr..Eh! Aku duduk dekat pagar tu jer.. (si jin loyar buruk)
Ustaz : Kau tak payah nak loyar buruk.. keluar atau aku b***h kau dengan kalimah Allah swt..

Lebih kurang camtu lah dialog dia orang tapi jin tu degil gila arhhh!! Dia tak nak keluar lepas tu main2 Acah dah keluar padahal ada lagi..)Panjang gak dia orang berdialog kalu nak tulis semua memang tak habis tapi last 2 tu ustaz tu baca surah2 ruqyah gitu dia start menjerit – jerit and cara jeritan dia tu sangat menyeramkan berdiri habis bulu roma.. Setelah lama tu berubat tu baru si fafa betul keluar.. Waktu tu ustaz siapkan air tawar and limau kasturi utntuk pulihkan semangat si fafa.. sejak daripada tu alhamdulillah si fafa dah kurang di rasuk..

Now si fafa tu dah kawin pun and ada 2 orang anak.. Habislah kisah pertama aku buat kali ni, now nak sambung kisah kedua aku ni yang berlaku pada 2 bulan lepas. Walaupun tak terlalu seram bagi sesetengah orang tapi bagi aku ia mampu buat aku terdiam..Benda ni jadi kepada aku dan fifi (kembar si fafa).

Kelawar Besar:

Waktu di jam dinding menunujukkan 4 pagi, aku masuk ke bilik untuk membangunkan fifi( kembar si fafa)..Kami akan bertolak balik ke Kota Bharu daripada perak.. si fifi ni bekerja sebagai juru x -tray dan baru jer di tugaskan di HRPB dan aku yang menemani dia di perak..Kami kerap balik ke kota bharu pada hujung minggu kerana jarak perak ke kota bharu hanya memakan waktu 5 jam dan kami biasanya bertolak pada pukul 4 pg..

Setelah siap masukkan barang yang kami nak bawa balik ke kota bharu, si fifi pun memandu kereta keluar daripada kawasan perumahan yang kami tinggal.. kami lebih gemar menggunakan laluan sungai siput untuk ke gerik kerana kalau laluan sungai kuala kangsar agak jauh dari kawasan perumahan kami yang terletak di klebang.. Semua berjalan lancar, kereta kami membelah kelekatan dini hari yang masih sunyi daripada kesibukkan..

Suasana jalan yang gelap sedikit sebanyak memainkan peranan dalam mewujudkan perasaan seram.. Hanya ada kereta kami dan jarang berselisih dengan kenderaan lain… Kami melepasi kawasan sungai siput dengan jayanya dan akhirnya masuk ke persimpangan gerik… Sudah menjadi kebiasaan kami berdua untuk berbual bagi menghilangkan kesunyian memandangkan siaran radio tiada di kawasan pendalaman..

Aku yang sedang rancang berbual dengan si fifi terdiam apabila kami memasuki selekoh untuk masuk ke sempadan gerik.. Kiri kanan kami hutan, walaupun ada kamera sisi kereta tapi kami tak melihatnya. Tumpuan kami hanya fokus ke hadapan, saat itu aku sudah perasan kelibat seolah kelawar besar terbang melintas hadapan kereta kami.. ia tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh, aku mendiamkan diri begitu jugak si fifi. Dalam hati terdikit, betulkah kelawar tu? Tak terlalu jelas di penglihatan aku dan kami terus mendiamkan diri, masing2 melayan perasaan sendiri.

Jam waktu tu baru 5:30pagi, kami meneruskan perjalanan seolah tiada apa yang berlaku walaupun ia jelas pelik… Setelah melepasi kawasan hutan kami sampai di bandar gerik dan berhenti untuk solat… Seusai solat subuh, kami meneruskan perjalanan menelurusi jalan gerik menuju ke sempadan jeli… Sesampai sahaja kami di bandar jeli, masing2 melepaskan segala yang terbuku di hati tentang apa yang kami lihat ketika itu..

Aku : Weh!! Masa kau drive masuk gerik tadi nampak tak kelawar besar?
Fifi : Bukan kelawar lah weh.. aku nampak jelas kain pada badan benda tu weh.. sebab tu aku diam jerr..
Aku : hahahah..(ketawa) Tulah!! Aku tak nampak jelas sangat tp aku pelik sebab badan kelawar tu warna putih tapi aku just diam je sebab takut…Nasib baik dia tak tunjuk muka dia weh!!

Camtulah dialog kami sepanjang perjalanan dari jeli nak ke bandar kota bharu.. masing2 takut tapi ketawa lega sebab hanya nampak penampakkan yang tak terlalu ekstrim.. Takut2 tapi mengenangkan keadaan kami yang dari rancak berbual terus diam sebab kelawar besar(langsuir)..

Okeylah korang, setakat ni perkongsian aku pada kali ini.. nak citer panjang2 lagi tapi memikirkan aku ni jenis penakut jugak tapi alhamdulillah masih kuat semangat.. So next time aku citer lagi pengalaman2 seram aku yer.. Harap korang enjoy walaupun bagi korang ia tidak terlalu seram tapi bagi aku tu lah penampakan pertama yang aku tengok real cam hantu pontianak harum sundal malam tapi versi cam superman lusuh… seram sangat dah tu…Doa aku tak nak dah weh jumpa benda cam gitu, sumpah tak kuat…

Bye.. salam aris…

Aris Hamid

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 3.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.