MEREKA

Assalamualaikum pembaca semua. Aku FaSya. Aku teruskan cerita aku tanpa mukadimah yang panjang. Cerita ini berlaku sekitar tahun 2017.

Sewaktu aku mula-mula bertugas di hospital di daerah kecil ini. Mungkin perkara begini baru bagi aku tapi tidak bagi staff-staff yang telah lama bertugas disini. Hari pertama aku melapor diri tiada perkara aneh yang berlaku sehinggalah pada hari ketiga. Aku berjalan diruang tengah unit aku untuk ke tandas, laluan dari ruang legar ke pantry dibahagian belakang unit bersebelahan dengan tandas. Waktu tu dalam pukul 4 petang sejam sebelum waktu kerja tamat.

Tengah berkira-kira balik kerja nanti nak tapau apa untuk makan malam nanti, tiba-tiba aku terbau aroma maggi perisa ayam. Dalam hati aku ‘menyempat lagi geng aku ni belasah maggi sebelum balik’. Sebelum ke tandas aku singgah dulu ke pantry nak tegur sikit pemakan maggi perisa ayam tadi. Pintu aku tolak perlahan, tak nak buat geng aku yang tengah makan tu terkejut. Pantry gelap, aircond dah off, meja kosong, kerusi semua tersusun rapi kecuali satu yang paling hampir dengan pintu kedudukan sedikit terkeluar,ngam-ngam ruang untuk duduk mengadap mangkuk maggi.

Aku berdebar. Betul aku tak salah bau. Aku belum gila sampai terbau-bau maggi sebab lapar. Aku tutup pintu pantry. Pundi kencing dah kosong semula. Tak jadi ke tandas. Aku pusing untuk ke bahagian depan unit tapi telinga aku tertangkap bunyi kerusi ditolak. Apa yang rasuk aku, aku pun tak pasti tapi aku pergi buka semula pintu pantry tadi. Korang, kerusi yang satu tadi dah join geng dia duduk tersusun rapi semua. DIA dah siap makan ke?. Berbulan juga la aku tak kawan dengan maggi. Bau pun trauma.

Kisah kedua pula berlaku masa rehat tengah hari (1pm-2pm). Mungkin beberapa bulan lepas kes maggi perisa ayam tu. Aku waktu rehat memang tak keluar makan. Aku akan tidur setengah jam dan waktu selebihnya untuk solat. Dalam unit aku ni ada banyak bilik rawatan terapi. Masa hari kejadian aku tidur di bilik elektroterapi. Ada 6 katil dalam bilik tu. Aku pilih katil yg paling hujung dan paling besar. Kami panggil bobath bed. Korang boleh google untuk tengok macam mana rupa katil tu. Macam biasa aku letak kepala dan mengiring mengadap dinding. Dalam 5 minit macam tu aku dah mula nak terlena, tapi tiba-tiba aku rasa macam ada orang panjat katil tu. Normal la kan boleh rasa katil tu macam berenjut sikit bila ada orang naik.

Mata aku terbuka luas. Aku cuba sedapkan hati mungkin geng aku dari bilik sebelah nak join aku. Belum sempat aku berpaling aku rasa macam aku dihimpit. Okay korang just imagine ada geng korang yang tengah takut duduk berhimpit-himpit dengan korang. Aku ni dah makin ke tepi dinding. Dada dah nak meletup. Macam macam ayat Al-quran aku baca. Aku yakin ni bukan geng aku. Lain macam dia punya haba. Berpeluh aku dalam aircond. Tengah aku berperang dengan himpitan azan zohor berkumandang dari apps telefon aku. Serta merta hilang himpitan tu. Tanpa membuang masa, aku keluar dari bilik dan terus pergi ambil wuduk n solat zohor.

Aku teruskan dengan kejadian berikutnya, hari jumaat. Waktu rehat panjang, pukul 12.15 pm sampai 2.45pm. Aku masih tak balik macam biasa. Lebih memilih tidur berbanding makan tengah hari. Kali ni aku pilih untuk rehat di bilik rawatan kanak-kanak dengan geng aku. Bila berdua ni rasa takut tu kurang la. Sebenarnya rasa takut tu bukan setiap hari ada tapi muncul bila sesuatu terjadi je. Aku dan geng aku berborak dulu sebelum lelapkan mata. Masa aku dan geng aku dah terdiam maybe masing-masing tengah layan perasaan nak lelapkan mata, aku terdengar bunyi seperti sekumpulan orang berjalan di luar bilik tempat kami berehat. Bunyi memang ramai dan dengar macam ‘mereka’ bercakap-cakap tapi perbualan mereka tak jelas di telinga aku. Tak fikir panjang aku pegang tangan geng aku tu. Aku tak peduli dah dia nak fikir aku ni lurus ke bengkok ke. Tapi dia balas balik pegangan tangan aku korang. Aku tetap tak buka mata. Paal kaawan aku, tak tahu la dia dengar ka tidak..

Bila bunyi sekumpulan orang tu dah hilang baru aku berani buka mata. Aku tengok depan aku kosong. Tak ada pun geng aku tu. Tangan aku genggam angin kosong. Aku pusing ke belakang geng aku baring mengiring membelakangkan aku. Posisi kami sama-sama membelakangkan. Soalannya korang, tangan siapa yang aku pegang untuk aku dapatkan semangat tadi?. Aku tanya geng aku dia dengar tak apa yang aku dengar tadi. Dia angguk dan cakap dia tak berani nak pusing mengadap aku jadi dia pejam je mata layan takut sorang-sorang dulu.

Cerita terakhir pula, tradisi di sini bila tiba bulan syawal, setiap unit akan buat jamuan raya. Tahun tu kami pilih untuk masak nasi berlauk. Nasi putih, kari kambing, ikan masin, ulam dan sambal. Lepas pukul 5 kami get ready untuk merewang. Aku baru selesai merawat pesakit jadi aku lambat sikit ke pantry. Aku melintasi ruang menunggu di bahagian hadapan, tiba-tiba mata aku tertangkap kelibat seorang perempuan berpakaian melayu klasik berdiri membelakangkan aku. Aku terkelu dan berlalu pergi. Fikiran aku macam kosong waktu tu dan sepanjang tempoh merewang geng-geng aku cakap aku hanya diam dan tu bukan kebiasaan aku. Kami merewang sampai ke malam. Untuk matikan rempah kari kambing sebelum masukkan santan pagi esok.

Tengah beberapa orang geng aku kacau kari, tu tiba-tiba seorang dari kami yang mendakwa dia boleh melihat ‘makhluk lain cakap macam ni korang sambil mata dia pandang tingkap “Dia datang dah jenguk kari kita” serentak kami semua pandang ke tingkap. Pada masa yang sama pokok diluar tingkap tu bergoyang macam dirempuh seseorang. Waktu tu tak ada angin dan hanya satu pokok yang bergoyang. Mulai saat tu bukan aku je jadi pendiam, semua geng aku jadi sangat penyabar, memberi dan menerima arahan hanya menggunakan bahasa isyarat. Mungkin masing-masing tengah recall semua ayat Alquran yang pernah di hafal masa sekolah rendah dulu.

Cukup dulu cerita aku untuk kali ni. Sebenarnya ni hanya sebahagian cerita di unit aku. Banyak lagi cerita dari pengalaman geng aku. Bila aku ceritakan tentang maggi perisa ayam diorang cakap tu perkara biasa, kadang- kadang siap bau kari dan masak lemak. Himpitan tu mungkin aku tidur di tempat ‘dia’ selalu lepak dan suara sekumpulan lelaki pada hari jumaat. Geng aku cakap tu ‘mereka otw ke masjid untuk solat jumaat’.

Tentang jelmaan perempuan berpakaian melayu klasik mereka tak pasti sebab mereka tak pernah nampak sebelum ni. Aku anggap mungkin ‘dia’ pun nak beraya. Dan yang menjenguk kami pada malam rewang juga dari kalangan ‘mereka’. Mungkin tak tahan bau kami menumis kari kambing. Aku nak tanya. Korang percaya bunian? Tapak unit kami mungkin tapak perkampungan mereka. Tapi selepas hutan di belakang unit kami disodok untuk pembangunan, tiada lagi perkara-perkara macam tu terjadi. In shaa Allah kalau ada kelapangan aku akan ceritakan pengalaman geng aku pula. Terima kasih sudi membaca.  Assalamualaikum.

FaSya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

5 thoughts on “MEREKA”

  1. tak paham satu je..msa pegang tangan kawan sebab takut tu..
    takkan tak tahu kawan tidur kat belakang sebab korang borak kooottt sebelum tidur..
    ke amnesia tiba2..tu je konpius.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.