Langkahku terhenti sejenak, terdetik hati untuk memerhati pemandangan sekeliling sebelum membalikkan belakangku ke arah bonet kereta untuk memunggah keluar luggage millikku. “Welcome home, Dess!’, bisikku sendiri. Sesekali anak mata melilau ke kanan; ke arah sawah padi yang terbentang luas.
Di tepi sawah, kiranya dalam 2 minit dari tempat aku parking, ada satu pondok kayu, kecil, usang dan gelap. Mata aku mengecil fokus ke dalam pondok itu. Gelap, hanya ada satu tingkap usang. Aku agak ia tempat berteduh dan berehat bagi yang bercucuk tanam ke apa, probably. Terasa amat asing, aku tahu akan mustahil untuk aku biasakan diri disini, di farmhouse milik keluarga yang dibina 2 tahun yang lepas. Ini kali pertama aku menginjak kaki ke sini.
Mengeluh perlahan, aku membongkok dengan niat mahu mencuit sedikit tanah kering ditempat aku berdiri lalu dicalit ke dahi. Pesanan Popo/Nenek terpahat dihati; ambil sedikit tanah dan letak di dahi jika kamu berada di suatu tempat itu untuk yang pertama kalinya. Ini sebagai tanda kamu menyapa ‘tuan rumah’ or ‘pemilik’ tanah itu, dan agar bila kamu kembali ke tempat asalmu, roh kamu tidak akan tersesat atau tertingggal disana. So, aku dah terbiasa.
Ketika membongkok dengan kepala terbalik diantara kangkang kaki, mata aku terbeliak terlihat seakan 2 cahaya bulat dari dalam rumah pondok itu memandang tepat ke arah aku. Bersinar benda itu. Suasana dah gelap, mana ada lampu jalan. Kawasan sawah padi memang sudah gelap gelita selain dari suluhan lampu kereta aku.
Macam auto robot aku berdiri menegak; boot heels digantikan dengan selipar, dan pantas aku berjalan tanpa pandang ke belakang sambil menyusuri laluan diantara 2 parit kecil menuju ke pagar rumah. Aku tinggalkan 2 lagi luggage yang lain ditepi kereta. Merinding bulu roma seluruh badan. Aku tenangkan diri sambil satu tangan mengheret luggage, manakala tangan kiri menggenggam erat ‘necklace Salib’ di leher.
Pintu pagar memang tak berkunci so aku buka langkah seribu sampaikan luggage aku yang sebesar anak gajah pun terbalik kiri kanan ditarik. Jantung aku rasa nak gugur pun ada. Kesian luggage tu.. Rumah gelap gelita, aku on torchlight dari hp dan capai spare kunci dibawah pasu tepi rak kasut macam yang diarahkan Mommy.
Ketika pintu jeriji besi ditarik, aku terdengar bunyi ‘shuuuuuuhhhhhhh…….!’ Tersentak, aku terus buka pintu rumah. Deruan angin yang lembut menyapa rambut aku yang panjang sebaik aku melangkah masuk. Dingin, sunyi sepi tiada bunyi. Keadaan rambut aku yang dibiarkan bebas dari sebarang aksesori langsung tidak membantu situasiku saat itu; membuai buai mengikut tiupan angin yang datang dari dalam rumah. Sesekali helaian rambut yang menerpa muka membuat tengkuk dan leher menggigil kegelian. Aku dapat rasa betapa merindingnya aku saat tu, aku hampir menangis.
Mataku ditutup rapat, mencuba untuk tenangkan diri dari hanyut dalam ketakutan. Dengan suara lantang aku berkata, “Be known on your guard; stand firm in the faith; be men of courage; be strong”. – 1 Corinthians 16:13. Mata dibuka dan rambut ditolak ke belakang, berpaling ke kanan sebelah pintu dan switch ‘on’ lampu ditekan. Terang satu rumah. Tiada satu pun tingkap dibuka. All is sealed, safe and sound, but oh well. Perasaan lega bertandang serta merta. Aku tendang pintu rumah pakai kaki dari belakang tanpa memandang ke pintu lalu keluarkan hp dari sling bag milikku sambil melabuhkan p******g di satu kerusi rotan bersebelahan pintu masuk ke dapur. Whatsapp tengah typing dear Mommy, then dia call mengatakan they’re just 3 minutes away, literally!
Meanwhile sekitar 9 pm, kereta dan motosikal memenuhi perkarangan rumah. Popo, 4 orang adik beradik Mommy, cousins dan all of my nephews and nieces datang melawat. Riuh rendah rumah. Tentu saja, sudah 2 tahun lebih aku tidak balik. Dalam pukul 11, semua ‘toyol kecil’ dah tidur. Berpadat juga ruang tamu memandangkan semua berkumpul malam itu. Kaum lelaki termasuk Daddy dan Val, tumpang sekaki menonton bola di kedai cina 24 jam di simpang masuk kampung itu. Sunyi sikit rumah. Aku dan 3 orang lagi cousin perempuan duduk di balkoni rumah.
Banyak cerita yang aku dengar dari mereka malam tu. Aku hanya diam mendengar curahan hati masing masing. Terasa badan lenguh dan letih. Aku hanya memandang kosong didalam kepekatan malam. Sunyi dan gelap, banyak nyamuk memandangkan rumah itu dibina jauh dari rumah kejiranan yang lain. Kiri kanan, belakang rumah hanya hutan yang tebal. Depan rumah terbentang sawah padi yang sangat besar. Reban ayam dan kolam ikan terletak betul betul di tepi kebun kecil di sebelah kanan rumah. Terdapat longgokan spare part motosikal di bawah sepohon pokok besar diantara pagar rumah dan parit kecil. Val, abang aku memang minat motosikal. Dia tahu segalanya tentang itu.
Tengah aku khusyuk melamun, sayup bunyi alunan datang entah dari mana, lembut kedengaran di telinga. Bunyinya jauh.. halus dan lembut, seperti seseorang tengah menyanyi namun tidak tahu lagu apa ataupun apa yang ‘ia’ nyanyikan. Aku paut rambut ke belakang untuk aku mendengar lebih jelas.
Bunyi cengkerik pula kuat. Kelakuan aku membuatkan my cousins berhenti berbual dan bertanya kenapa, aku hanya letakkan jari di bibir menyuruh mereka diam dan dengar. Mula mula mereka bilang tiada apa namun kami hanya berbalas reaksi dengan bahasa isyarat. Selang beberapa saat, kami berempat memandang wajah satu sama lain, dan bertempiaran lari masuk ke dalam rumah. Muka kami berempat punya pucat lesi.
Popo berjalan perlahan ditemani Mommy dan Auntie Loy Yian sambil menyuluh ke arah pagar rumah sementara kami berempat bertenggek di depan pintu rumah hanya memerhati. Sekembalinya mereka, ‘Holy Water’ di’spray’ di kepala kami berempat dan juga di sekitar rumah.
Duduk di meja makan dapur, Aunt Loy Yian membancuh milo panas dan sambil minum, Mommy membuka bicara. Popo pula membelai lembut rambutku. “Mom, why did we moved here? I prolly will never get used to this. Jauh dari Kuching, jalan mau masuk kesini penuh jurang, jalan kecil, hutan kiri kanan. And the huge ass cemetery ground just 7 minutes away, I mean what could be more worse than that? And you know what, I was freaking out earlier as I saw some…!” Bibirku ditekup Alice sepantas kilat. Aku terdiam sambil mengetip bibir.
“Sini kawasan terpencil, tapi sa sama Daddy ko selesa disini. Kuching crowded suda. Lagi pula Daddy ko handle palm plantation site disini juga, jauh travel distance everyday.”
“Saya lihat ada benda memerhati di rumah pondok di depan itu waktu saya baru sampai, Mom. Angin bertiup dari dalam rumah waktu saya baru buka pintu, itu apa? Betulka itu or saya memang gila suda? And bunyi itu tadi diluar, apa? I’m going insane!”
“Iboh pike gilak bah, kau nang penakut dari dolok marek. Bala momok nang ada sine sine, boh gago ngan sidak jak. Makin dilayan makin sot palak kawu lak,” kata Sonia, anak sulung kepada Aunt Loy Yian. Aunt Loy Yian adalah adik kepada Mommy, muda 2 tahun dari Mommy.
(Jangan fikir sangat, kau tu memang penakut dari kecil lagi. Hantu memang ada dimana mana, jangan layankan perasaan tu. Makin dilayan makin stress kau nanti.)
“Area sini memang keras, Dess. Pelusuk kampung, rumah menyendiri, dipenuhi hutan. Kawasan kubur berdekatan. Tapi Dess kena biasakan diri. Orang sini kebanyakan Bidayuh, tak jauh dari sini ada ‘Hot Spring’, disana lagi banyak kisah. Dess akan nampak banyak rumah besar terbengkalai, Dess akan lalu jambatan yang ‘keras’. Orang kampung sini dah biasa. So memandangkan family Dess disini sekarang, Dess kena biasakan diri.
Kawasan jurang tepian jalan tu banyak dah tuntut nyawa orang. Tapi kita percaya kepada Tuhan yang menjaga kita. Sentiasa fikir positif dan jangan takut,” kata Popo panjang lebar. “Lepas your grandpa passed away, Popo selalu dengar suara ‘dia’ tengah tengah malam bercakap seorang di ruang tamu. Kadang kadang kerusi kegemaran ‘dia’ boleh bertukar posisi bila Popo bangun pagi. 4 years ago lepas rumah itu terbakar, Popo dapat mimpi. 2 tajau lama yang ada didapur, keluar jelmaan yang Popo tidak dapat lihat dengan jelas tetapi hanya asap.
Seruan meminta tolong sambil merintih kepanasan sebab terbakar.. Tanduk yang ada di tiang rumah, pun begitu. Tapi yang paling Popo sedih, tiada satu kenangan dari your late grandpa, yang sempat Popo selamatkan. Kita tidak akan faham dan tidak akan pernah mampu untuk merungkai misteri yang ada di bumi ini, tapi semuanya milik Tuhan.”
Sedari aku merangkul erat lengan Mommy sambil imagine piece by piece semua itu in my head. Seminggu disana, aku hanya mengikut Mommy kemana sahaja, siang dan malam macam magnet. Yes, aku memang penakut.
~ DESIREE MICHAEL ~
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sejujrnya aku tak faham cerita ni.
Ok. Dah abes baca. Jgn kata merinding bulu roma, bulu idung pon x rasa haper. Entah haper2 la FS ni, kisah mcm ni pon nk up ke
Fasih menulis dlm bahasa kebangsaan. Cerita tak meleret and i bet you are as gorgeous as your name – Desiree ~
Tahniah dan terus kan perkongsian sis
Thank you Acab 😊
Menarik…Sambung plz…
oowwh ni penulis cerita yang dekat sini ari ea kapit ke sri aman.lupak pulak…Best ,yg penulis hmpir bejodoh ngan org bunian ea…suka kamek baca penulisan sis.
mun ada lagi ,boleh share sis,
Kalau dalam cerita seram komedi memang watak engkaulah yg akan mamposs dahulu desireenngg.