Mertua

Assalamualaikum. Hai, terima kasih admin jika kisah aku disiarkan kali ni. Untuk kisah kali ini aku nak kongsi pasal sihir yang terjadi dalam kalangan keluarga besar sebelah ibu aku. Sebelum aku mula, kisah yg aku tulis ni adalah short form (but still panjang) dari kisah sebenar yang mana sangat panjang dan terlalu banyak benda-benda pelik terjadi. Aku ceritakan yang mana paling obvious saja.,

Ibu aku anak sulung dari 5 adik beradik. Salah seorang daripada adik ibu yang aku panggil MakTeh iaitu mak sedara yang paling aku rapat. Dipendekkan cerita, MakTeh dijodohkan dengan sedara bau-bau bacang. Bila sebut dijodohkan ni maksudnya, supposedly kedua-dua orang tua untuk dua-dua belah pihak mestilah ‘kamcing baik punya’ pada fikiran korang kan. Tapi tidak. Semuanya indah khabar dari rupa.

Tahun pertama MakTeh kahwin, dia diuji dengan lambat dapat zuriat. Then, bermulalah onar mertua dia ni. Dia canang merata kata MakTeh ni mandul. Bila ditanya, eh dia kata orang kampung saja buat cerita. Padahal bila tanya orang kampung, ramai yang cakap dia orang tau semua tu dari mertua MakTeh. Next, masa ni MakTeh still stay dengan mertua dia. MakTeh kalau masak dia akan asingkan makanan siap-siap untuk PakTeh makan since dalam rumah tu ramai yang tinggal sekali. So, bila PakTeh balik kerja lambat common sense lah kan, mana mungkinlah MakTeh nak hidangkan balance makanan yang ipar duai dia yang lain dah makan kan. And then, kat situ mertua dia cakap MakTeh letak ‘guna-guna’ untuk PakTeh lebih sayangkan MakTeh. Dah dia yang setuju anaknya dijodohkan dengan Makteh kenapa dia beria nak burukkan Makteh?? Input kepala otak aku betul-betul tak bersambung bila fikir pasal orang macam ni.

Typical sangat mertua macam tu of course selalu membanding-bandingkan dengan PakTeh ni dgn anak-anaknya yang lain. Padahal Pakteh tu pon anaknya juga just tak kerja besar. Pakteh kerja kampung saja. Kalau Pakteh hulur duit tak sebanyak anak-anaknya yg lain katanya. Cannot brain people like this. Bukan dengan Pakteh saja layanan dia gitu, tapi yang mana anaknya yang kerja biasa dia akan laga-lagakan dengan anak yang dia banggakan yang kerja besar-besarlah gitu. Then bergaduhlah si adik-beradik tu semua membawa sampai tak bertegur sapa berbulan-bulan lamanya hanya disebabkan adu domba si mak nye.

Dipendekkan cerita, masa MakTeh pregnant anak kedua dia berpantang di rumah dia orang. Pakteh and Makteh pindah rumah sendiri masa first pregnancy Makteh. Area rumah mertua tu juga. Everything seems smooth sampailah lagi dua minggu nak habis berpantang tu Makteh berubah total. Orang berpantang ni biasalah badan lemah kata orang tua-tua. Aku tengah cuti semester masa tu. Pakcik aku (adik ibu juga) ambik dari kolej stay rumah dia kejap sebelum nak hantar aku pergi rumah Makteh pagi sebelum kejadian sebab Makteh ada minta aku jagakan dia masa berpantang sekejap tapi dah terlambat.

Janji nak gerak pagi, tapi Pakcik aku ni dah kalau tidur memang tak ingat dunia. At the end, lepas zohor baru gerak. Around 1pm, dapat call dari PakTeh cakap MakTeh warded sebab demam panas. Aku, Pakcik and Makcik terus gerak. Dalam kepala aku, serabut dok fikir Makteh tak pernah sakit sampai warded. Kalau demam ke apa dia pulih sendiri gitu je. Aku sangat tak sedap hati. PakTeh bagitahu tu je. Dia tak ada cakap lebih. Sampai je hospital Pakteh cakap Makteh masuk ICU. Lagi la aku terkejut and rasa hairan sangat. Aku masuk melawat Makteh dengan Pakcik. Perasaan aku ya Allah sangat tak sedap sebab cara dia orang (doctor and nurse) treat Makteh tak macam untuk orang demam. Dengan wayar berselirat sana-sini, monitoring machine and Makteh masa tu bernafas bergantung sepenuhnya kat ventilator machine. Aku dah peluk Pakcik sambil menangis macam budak-budak sangat. Kalau aku cepat pergi rumah Makteh mesti Makteh tak jadi macam tu.

Kita orang semua balik bermalam di rumah PakTeh. Around 11 malam gitu ibu, nenek, atok and ada lagi sedara mara yang lain sampai dari kampung. Once aku nampak semua tu datang, aku fikir ni memang benda serious and besar. “Kenapa sampai macam ni jadinya”-nenek tanya PakTeh. PakTeh macam tengah tahan sebak masa tu dia cakap “saya pon tak tau macam mana nak ceritakan mak. Tak masuk akal dan kejadian tu jadi sangat cepat”. Aku malas nak duduk sekali dengar dia orang borak takut nanti aku plak yang meraung sekali lagi. Aku mandi dan nak solat.

Masa keluar dari toilet, aku nampak ada orang dekat peti ais. Dari belakang nampak macam PakTeh tapi peliknya yang aku nampak ni kepala botak licin. Pak Uteh tu tak ada lah botak tapi ada lah juga rambutnya. Aku panggil PakTeh 3 ke 4 kali macam tu, dia senyap je sambil termenung tengok peti ais. Pakai baju pagoda putih and kain pelikat putih petak-petak hijau. Aku malas layan aku masuk bilik tetamu tengah nak solat. Btw, peti ais tu kat sebelah bilik tetamu je. Bilik tu Pakteh and Makteh jadikan macam pantry la gitu.

Makcik ada sekali tengah duduk-duduk atas katil. Selesai solat, aku tengok Makcik aku ni termenung je. Tengah hadam kejadian dari siang tadi mungkin. Aku duduk tepi dia tanya “senyap je kat luar Makcik, dah tidur ke semua?”. “Pakteh bawa dia orang pergi hospital jengok Makteh”. “Eh, boleh masuk ke ICU malam-malam ni?”- aku tanya balas kat Makcik. “Tak pastilah, try nasib mungkin guard baik hati bagi masuk”- Makcik jawab. Then tiba-tiba, jantung aku laju je degup nye. Baru teringat kejadian aku panggil ‘Pakteh’ yang depan peti ais tadi. Allahuakbar. Maknanya dari tadi aku berdua je dengan Makcik kat rumah ni. Tadi tu, siapa?? Aku dah agak mesti ada benda yang tak kena.

Malam tu aku betul-betul tak boleh lelapkan mata. Terkebil-kebil tengok kipas lah main bucu bantal lah kibas-kibas langsir lah macam-macamlah aku buat nak bagi rasa mengantuk. Handphone pon sampai tak tau nak buka lagu apa dah. Pusing kiri kanan semua tak kena. Aku tidur sekatil dengan Makcik, ibu and nenek tidur bawah kat bilik tetamu tu. Pintu bilik tak tutup since nak bagi cahaya lampu luar masuk, just tutup dengan langsir je. Tak ada lah teraba-raba dalam gelap tu kalau-kalau ada yang nak pergi toilet kan. Dalam fikiran aku still tengah brain pasal semua benda yang terjadi. Dengan keadaan MakTeh yang terlantar kat ICU macam orang accident or sakit kronik.

Tengah aku hanyut dengan fikiran sendiri, aku nampak ada orang lelaki botak tengah mundar-mandir dekat luar tingkap. Katil saiz queen bilik tetamu ni letaknya tepi tingkap. Lampu jalan kat luar tu betul-betul terletak tepi bilik tetamu, so if kalau siapa-siapa pon lalu dari luar tingkap of course akan nampak bayang-bayangnye. Mundar-mandir orang tu slow motion je and betul-betul depan tingkap bilik tetamu. Gigil satu badan aku. Muka badan aku terus rasa panas. Rasa macam kalau toreh muka aku ni dah tak ada d***h lah rasanya. Aku tengok Makcik, ibu and nenek semua dah nyenyak tidur. Aku terus pejam mata, buat-buat tidur. Dalam 30minit gitu aku rasa, aku buka mata balik nak tengok if benda tu still ada ke tak. Guess what?? Benda tu berdiri betul-betul depan tingkap. Dia tak mundar-mandir dah. And aku boleh nampak dia try nak buka tingkap tu. Tingkap tu just macam sliding gitu je. Aku pusing ke Makcik peluk lengan dia sambil baca doa apa-apa yang aku ingat. Berterabur semua bacaan aku. Berpeluh sampai basah baju and bantal aku.

Hari ketiga kami kat rumah PakTeh, ada lagi adik-adik ibu baru sampai. Tiap-tiap hari kita orang semua pergi hospital melawat MakTeh even tak ada apa-apa perubahan pon. Aku bagi tahu ibu pasal kejadian tu ibu diam saja. Tak respon apa-apa. Then masa MakNgah (adik ibu) dah ada sekali dekat rumah Pakteh tu baru ibu start buka cerita kat MakNgah sekali. MakNgah ni boleh nampak ‘that thing’ and boleh juga ubatkan orang sikit-sikit. Ibu and aku cerita semua yang aku nampak yang instinct aku rasa. Masa ni yang ada kat rumah tu aku, ibu, MakNgah, nenek and Makcik. Yang lain semua tengah berborak kat luar. MakNgah cerita kan part dia plak. Seminggu sebelum MakTeh warded, boleh dikatakan setiap hari MakNgah mimpikan MakTeh. MakTeh datang dalam mimpi MakNgah dalam keadaan menangis and luka tersiat sana-sini di badan dia. Dalam mimpi tu MakTeh seolah-olah minta tolong.

Malam tu, ramai-ramai buat solat hajat and tahajjud. Semua adik-adik ibu ada kecuali MakTeh lah. Then, borak kejap dalam 15 minit macam tu and ada yang tidur balik ada yang stay berzikir mengaji al-quran sampai subuh. Aku and Makcik tidur balik. Pagi esok ibu ajak pergi pasar awal. Otw mata aku nak terlelap tu, eh perut nih rasa nak membuang plak. Kes makan malam banyak lah ni. Aku keluar toilet tengok MakNgah still tengah berzikir. Yang semua dah tertidur. Dari toilet tu aku nampak samar-samar orang dekat gate depan. Rumah PakTeh ni tidaklah sebesar mana. Pintu utama tu macam cermin sliding door gitu. So, if ada anything boleh nampak directly. Aku rasa macam ada lagi lah kot sedara-mara yang tengah lepak dekat laman depan. Tapi sliding door tu dah tutup siap kunci lagi.

Orang tu tak duduk atas kerusi ke ape, tapi dia stay statik je berdiri depan gate. Dengan pakai baju pagoda putih and kain pelikat petak-petak hijau nya. Aku nak masuk bilik terus, tapi instinct ni gedik nak juga cari pasal pergi tengok siapa yang kat depan gate tu. Aku jalan slow-slow sebab ramai tengah tidur dekat depan tu. Tiba-tiba masa dah nak sampai dekat sliding door tu, ada tangan pegang kaki aku kuat tak bagi aku melangkah. Eh aku la. Rasa macam nak menjerit sekuat alam. Gugur jantung aku. Rupa-rupanya MakNgah yang pegang kaki aku. Aku tundukkan badan nak cakap dengan MakNgah. “Kenapa MakNgah tak tidur lagi? Nak tunggu subuh ke?”. Mak Ngah tak jawab tapi dia plak tanya aku “Cek nak pi mana? Pi masuk tidur. Tak payah tengok, tu bukan orang.” Aku speechless sangat masa tu. Membutang juga la mata aku sambil tengok MakNgah yang tengah zikir sambil baring. Mata aku dah tak tengok dah kat gate tadi. Laju kaki aku langkah masuk bilik.

Pejam celik sekejap saja masa, dah seminggu lebih MakTeh di ICU. No positive progress at all. Tapi aku masih lagi berharap untuk Makteh pulih macam sediakala. Aku duduk di pondok dalam kawasan rumah Pakteh sambil mencari line handphone nye yang dah berhari-hari hilangnya. Kadang-kadang sampai no signal. Ibu and MakNgah datang join aku duduk. Termenung jauh aku tengok MakNgah. “Sampai bila nak macam ni kak? Kita bawak balik adik ke Kedah lah. Kita berubat di sana plak. Mana tau makin pulih ke kan.” -MakNgah bersuara. Sayu aku tengok riak wajahnya. “Kita boleh nak bawak balik adik, tapi kalau suami dia tak izinkan tak boleh juga”- ibu balas. Serta-merta air muka MakNgah berubah seolah-olah geram marah sakit hati bercampur sekali. “Aku nampak muka mak mertua adik sekali dengan kak ipar dia dalam mimpi aku. Datang duduk bersila depan aku and mengaku yang semua ni dia orang yang buat. Senyap-senyap dia datang rumah dia orang (Makteh & Pakteh) letak benda kotor dalam peti ais lepas tu buat-buat baik plak. Itu yang aku selalu nampak lepas 5 hari kita tahajjud semua sekali tu. Mak pon dapat juga mimpi gitu. Allah Maha Besar kak. Dia tak pernah menipu.”-MakNgah balas lepas lama diam.

Malam tu, aku duduk-duk depan tv sambil main phone. Ibu, nenek, dan yang lain di luar berborak dengan sedara mara yang datang melawat. Aku duduk depan tv dengan Makcik and MakNgah sekali dengan anak sulung Makteh, Ad. Around 10pm gitu aku masuk bilik jap charge phone. Then rebah lah kejap kat katil sambil urut kepala aku slow-slow. Menyucuk-nyucuk sakitnya dah 2 hari dah. Dari katil aku baring tu, aku nampak anak sulung Makteh tu berlari laju dari dapur and serentak dengan tu bunyi pintu dapur dihempas kuat macam kena tolak dengan angin. Ad lari ke Pakteh yang tengah borak dengan sedara semua di depan sambil menangis macam kena pukul. Ad ni dia tak berapa ngam sangat dengan sedara ke or orang-orang yang jarang jumpa, but dia pon taklah lasak sangat sampai nak berlari sana sini ke ape. Aku hairan. Aku jengah kepala aku keluar bilik. “Dah kenapa tu Makcik?”- Aku tanya Makcik. Makcik geleng sambil bagi isyarat mata ke arah dapur. Sepatah apa pon tak keluar dari mulut Makcik. Blur kejap aku. Aku ni kadang-kadang loading tu Nauzubillah.

Malas ambil pusing, aku pergi dapur cari air kosong sebab nak makan panadol tak tahan sakitnya kepala. Pintu dapur yang berdentum tadi aku nampak terbuka sikit. Aku tutup rapat dan kunci. Pergi pantry ambil cawan datang dapur balik tengok pintu dapur terbuka lagi. Dengan bunyi engsel nye ‘oookkk eeekk oookk eeekk’ ditolak angin dari luar seram plak rasanya. Laju aku jalan pergi dekat pintu dapur nak tutup selepas letak dulu cawan di tepi singki. Terkumat-kamit mulut aku membebel “eee sape lah yang gatal-gatal tangan sangat buka pintu malam-malam buta ni. Dah buka tu, pandai-pandailah tutup balik. Nak bagi penyangak masuk ke ape entah”. Sakit hati aku. Masa dah tutup tu, tiba-tiba angin kuat sangat tolak pintu sampai bergegar-gegar. Aku ignore je. Lepas makan ubat, aku terus ke pantry nak simpan cawan tadi.

Baru selangkah kaki menjengah ke pantry, aku nampak kelibat yang sama selama berhari-hari aku stay rumah Makteh Pakteh ni. Tersangat tinggi, kepala botak, pakai baju singlet pagoda, kain pelikat putih petak-petak hijau dan TAK ADA MUKA. Benda tu tengking ke menjerit panjang ke aku tak pasti. Kuat bunyi suara garau. Berdesing telinga aku even beria tangan aku tekan-tekan telinga. Pecah cawan yang aku pegang. Allahuakbar!! Last ayat aku sebut yang makin lama makin perlahan then senyap. Esok aku tersedar, aku terbaring dalam bilik atas katil sambil ibu terbaring sekali. “Mana yang lain”-aku tanya ibu. “Nenek, Atok and Pakteh pergi hospital melawat Makteh. Pakcik Makcik balik rumah dia orang sekejap sebab Pakcik duty. MakNgah di dapur”. Aku bangun duduk. Berpusing-pusing rasa kepala ni. Macam ada lori seketul beratnya. “Di nampak apa semalam?”-ibu terus tanya lepas lama diam.

“Benda yang sama ‘kacau’ adik. Benda tu yang Di nampak semalam kan?”- MakNgah menapak ke bilik sambil bawa air bacaan Yassin ke aku. Aku angguk sambil sambut air dari MakNgah. “Benda ni kuat. Kita kalau nak lawan kena lawan dengan cara Allah. Tak boleh ikut cara depa.”- MakNgah bersuara lagi. “MakTeh and PakTeh disantau untuk berpisah dengan cara salah seorang daripada pasangan tu m**i bukan berpisah cerai hidup. Orang yang buat orang terdekat saja dan dia perempuan. Dia tak suka tengok si suami sayang sangat kt si isteri.”- Ustaz/Imam area situ suarakan semasa Pakteh, Atok dan Abah pergi berubat bagi pihak Makteh. Dua minggu Makteh di ICU, Alhamdulillah hari ke-15 Makteh sedar. Tapi dia tak sama langsung macam dulu. Cara bercakap, kadang kenal orang kadang tak, cara makan, cara mandi, banyak termenung dan semualah. Berubah total. Even dia langsung tak ingat yang dia ada second baby yang still tengah breastfeeding.

Tepat hari ke-17, Makteh meninggal. Makteh pergi masa arwah still dalam fasa berpantang. Arwah sedar dari koma after 2 weeks mungkin sebab nak ucap ‘selamat tinggal’ untuk ahli-ahli keluarga. Doctor ada cakap, dia hairan dan pelik kenapa d***h Makteh still bertoxic since dah keluarkan toxic tu (berkali-kali) dan organ Makteh semua dalam keadaan baik. No denggi, no kencing tikus. Last day Makteh, doktor cakap badan Makteh taknak terima d***h at the same time d***h keep on keluar dari telinga hidung semua. Sampai hujung nyawa arwah pon doctor still cannot detect punca kuman(‘toxic’) dalam badannya berpunca dari mana. Sayu sedih terkilan sangat. No words can describe the pain.

Sehari sebelum Makteh pergi. Aku borak dengan arwah. Aku tanya apa yang sebetulnya terjadi masa hari kejadian. “Makteh nak masak, tapi barang basah tak cukup. Then Pakteh keluar dengan Ad pergi kedai. Tinggallah Makteh and Ha(2nd baby) tengah tidur. Makteh pergi dapur buka peti ais then tiba-tiba keluar lelaki tinggi kepala botak pakai baju pagoda dan kain pelikat putih petak-petak hijau tengking Makteh kuat. Making lama makin mendekat ke Makteh. Makteh menjerit Allahukbar Allahukbar sekuat tenaga yang ada masa tu sampai benda tu tiba-tiba hilang. Lepas tu Makteh terus call Pakteh suruh balik cepat. Aaaa.. Makteh tak ingat dah apa jadi lepas tu”- tersekat-sekat Makteh nak habiskan cerita. Dengar dia nak habiskan ayatnya tu rasa macam seksa sangat. Tersayat teruk hati ni. Sampai hatinya ‘mereka’. Bermuka-muka bila di depan. Banjir air mata ni even after 11 years. Still remember her smile.

Allah ada. Kifarah tu ada. Tak cepat tak lambat. Tapi tepat waktunya. Kalau ikut sakit hati nak saja balas dengan cara syirik sama dengan perbuatan ‘mereka’. Abah cakap iman lah yang membezakan kita dengan ‘mereka’. Tak ada iman hilanglah arah tuju pegangan kepada Allah swt. Biarlah Allah saja yang membalas perbuatan ‘mereka’. Dan ‘mereka’ dah terima pon balasan-Nya dengan sangat seksa. Setakat tu saja lah yang aku boleh kongsikan. Banyak part yang terpaksa p****g demi menjaga ‘sensetiviti’ banyak pihak. Terima kasih sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

MrsTulip

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 68 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.