Assalamualaikum.
Hai korang.
Thanks FS kalau publish kan post aku yang ini. Kali ni aku tak ada nak share kisah seram ke apa. Aku just nak share pasal mimpi-mimpi pelik yang aku alami. Bagi aku mimpi ni semua misteri yang sampai sekarang, saat aku menulis ni, aku tak tahu maksudnya. And aku harap kalau ada yang di antara readers ni pandai tafsir mimpi, boleh share kan dengan aku maksud-maksud mimpi tersebut. Aku hargai sangat-sangat. And sorry kalau tak memenuhi piawaian admin and readers.
PERINGATAN : INI MIMPI YANG AKU SENDIRI TAK MAMPU JANGKA AND MAMPU KAWAL. BUKAN AKU YANG MINTA MIMPI SEBEGINI.
Mimpi 1 :
Dulu masa aku bujang and remaja, aku ni macam huru hara sikit. Ikut suka kepala sendiri je untuk semua benda. Sampai lah aku mimpi pasal satu hal ni.
Aku mimpi aku berada dalam satu kelas/bilik darjah. Masa tengah P&P, ada perompak masuk kelas tu ada tembak semua orang. Aku pun tak terkecuali. Kepala aku berlubang kat dahi, tembus ke belakang. Yang ajaibnya, aku tak m**i pun. Aku boleh lagi bersembunyi bawah meja sambil menggigil-gigil.
Suddenly aku dapat satu SMS. Aku pun buka and baca. Guess who yang hantar? ALLAH yang hantar. Ayat tu lebih kurang macam ni; “AKU TAK CABUT LAGI NYAWA FARA SEBAB AKU NAK FARA BERTAUBAT.” Aku terbangun dari tidur and stil gigil sakit kat bahagian kepala aku sambil berpeluh-peluh.
Mimpi 2 :
Aku berarak beramai-ramai menuju ke Makkah. Siap berpakaian ihram putih suci. Sampai lah satu simpang yang bercabang dua. Kanan, menghala terus ke Kaabah. Kiri, ke arah shopping mall.
Dengan selamba aku tukar arah aku ke shopping mall tu. And bukan aku seorang je. Berbondong-bondong lagi manusia yang tukar arah perjalanan. Just a few person je yang masih kekal ikut haluan ke Makkah.
Mimpi 3 :
Aku berada di tengah-tengah jalan dari Bentong ke Karak. Lebih tepat lagi, aku kat Sungai Dua masa tu. Orang Pahang maybe tahu lah area ni kat mana. Aku berjalan kaki masa tu.
Tiba-tiba entah dari mana, api keluar dari kiri and kanan bahu jalan. Aku kat tengah-tengah. Menjulang-julang tingginya. Makin lama makin besar. Aku lari tapi api tu still ikut mengejar sepanjang jalan tu. Tapi api tu tak menyambar aku. Tak kena tubuh badan aku pun. Just aku memang dapat rasa bahang panas tu. Ye lah, api besar.
Aku terbangun bila rasa perit kat muka. And guess what, aku terasa bahang tu even lepas bangun. Berpeluh-peluh.
Mimpi 4 :
Aku dihadapkan dengan dua kematian. Yang kuburnya just bersebelahan. Satu jenazah tu, pemimpin besar. Aku rasa kalau aku sebut nama, confirm semua kenal. Satu jenazah lagi, orang lelaki biasa je. Masing-masing dikapankan dengan kain yang sama. Then mereka dikebumikan.
Selang beberapa minit dikebumikan, bumi bergoncang kuat. Semua yang ada kat situ bertempiaran lari. Tapi aku macam bongok je kat situ tak tahu apa nak buat. Tiba-tiba jenazah-jenazah berdua tadi tu terkeluar dari kubur. Terpelanting secara spesifiknya.
Jenazah lelaki biasa tadi tu masih elok. Sama macam sebelum dikebumikan. Tapi jenazah pemimpin tu tadi teruk. Kain kapan terkoyak rabak. Muka macam menanggung derita sangat. Keadaan macam dah lama sangat dikebumikan. Padahal sama time je dengan yang sorang lagi.
Lepas aku nampak semua tu, aku lari. Aku lari tak tentu arah. Sebab keliling aku tanah gersang and tandus semata. Panas. Aku nampak ada manusia yang turut sama berlari-lari tapi aku tak tahu dorang lari daripada apa. Aku start menangis. Aku jerit kuat-kuat cakap aku nak keluar dari sini and nak balik. Aku macam orang hilang akal. Aku tanya apa aku perlu buat? Then suddenly ada suara yang garau bergema jawab soalan aku. Dia jawab – “BUAT TAUBAT NASUHA. KAU AKAN PULANG.”
Mimpi 5 :
Suasana and tempat mimpi ni macam kat area Bukit Bintang. Bangunan kiri kanan jalan. Masa ni aku berdiri di bawah bangunan, tepi kaki lima. Tengah-tengah jalan tu ada dua kelompok ; 1 kelompok baik, 1 lagi kelompok jahat. Setiap kelompok ada leader masing-masing. Situasi tu macam situasi geng Shark nak berlawan dengan geng Tailong. Gittew.
Aku nampak leader masing-masing. Kalau aku cakap ni, mesti korang tak akan percaya then sumpah seranah aku plus korang kata aku gile iseng. Hahahaha. Tapi ini serius. Leader kelompok baik, Nabi Isa a.s. Belakang Nabi Isa berdiri gagah Imam Mahadi. Nabi Isa yang dalam mimpi aku, seorang pemuda yang sama gagah, raut wajah tenang. Tapi aku dah tak boleh nak gambarkan secara details mukanya. Aku lupa sebenarnya. Imam Mahadi, agak berumur. Setia bagi sokongan.
Kelompok jahat diketuai oleh Dajjal. Berbadan besar, bermata sepet, rambut panjang. Pernah tengok cerita cerita Moana? Yang dewa nakal tu. Lebih kurang je. Berpakaian macam pahlawan England dolu-dolu, yang King Arthur tu. Dia tak sudah-sudah bertempik. Sombong lagaknya.
Nabi Isa mulakan dulu. Nabi Isa berjalan tenang, berdiri depan Dajjal. Dajjal tak sempat nak buat apa-apa. Sekelip mata dia varnish, macam debu. Ghaib terus dari pandangan mata.
Kami yang netizen ni, diarahkan oleh satu suara yang kuat bergema untuk duduk dalam satu bulatan di tanah lapang. Suara tu suruh kami jangan berhenti berzikir dan mengaji. Tapi kami semua macam blur, kaku. Tiba-tiba bangun seorang lelaki, menjerit ke arah kami yang terpinga-pinga ni. Dia cakap – “IKUT APA YANG ALLAH SURUH TU. JANGAN INGKAR.” Terus kami buat.
Aku terbangun dengan perasaan yang gila seram and takut. Perasaan kecut perut macam kau tak siap kerja sekolah Fizik and cikgu Fizik kau garang bak naga. Terus aku selak langsir tingkap and pandang keliling. Okay, masih normal macam biasa. Lega sikit rasa hati.
PERINGATAN AKHIR :
MACAM AKU CAKAP, MIMPI NI BUKAN AKU YANG MINTA. AKU TAK JANGKA AKAN DAPAT SEMUA MIMPI PELIK MACAM NI. AKU TAK MAMPU NAK KAWAL SETIAP SATUNYA. JADI KALAU KORANG RASA KORANG BOLEH BANTU AKU TAFSIR SETIAP MIMPI, THANKS SANGAT-SANGAT.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ingat satu je, yg mimpi tu hanya mainan syaitan semata ii yg duk nk menggangu kita
Selalu juga pesan dengan diri sendiri macam tu tapi takut tu tetap ada. Kemurungan berhari-hari lepas dapat mimpi macam ni.
X semua mimpi dari syaitan ye. Sekian.
Aku tertanya-tanya juga. Takut gila je aku ni nanti. Hahaha
Tidak semua mimpi adalah mainan syaitan. Mimpi boleh dikategorikan kepada beberapa kategori. Untuk lebih kepastian sila rujuk ulama. Jangan memandai.
Pernah tanya yg arif agama. Kena heh je. Maybe lah dia anggap soalan and penceritaan tu mengarut. And dia suruh kita gali jawapan sendiri. Okay lah, biarlah begitu sahaja.
Hmm.. kalau ikut jln citer dlm mimpi2 ko ni, ada azab, ada pilihan semua bagai… aku rs ko tk perlu nk tafsir2 apapa lagi.. makna cakap, balik ke jalan yg lurus je lah.. jln org2 yg Allah kurniakan nikmat dgn nikmat yg bnyk.. bkn jln org2 yg Allah murkai dn bkn pula jln org2 yg sesat lagi menyesatkn… nk describe secara detail aku tk reti.. ko carilah guru2 yg muktabar.. tuntutlh ilmu agama dgn diorang.. sdgkan cara nk buang air lagikan Nabi saw ajar.. apatah lagi la cara2 nk hidup dlm dunia ni..
InsyaAllah. Masih belajar setiap masa. Thanks. Tapi biasa lah, terkadang leka hadap dunia. Buat sekadar melepas yang wajib. Thanks sekali lagi.
subhanallah..Mungkin teguran daripada yg maha kuasa
Dan ianya menakutkan.
Dan ingat… ‘vanish’ = hilang, lenyap… ‘varnish’ = barnis, cecair sapuan pada kayu… hee3… maaf laa x sengaja…
Maaflah. Kalau BM pun kekadang aku ter typo, BI apatah lagi. Hahahaha. Thanks.
Huhu srs ak tkut na tido skrg hahaha…
Tidur tidur. Hahaha
hmmm. Allahu. aku xtau nk ckp.
Huuuuu. Berhuhuhu je makcik, dont say a word 😂
Mcm ditegur oleh Nya… Anda insan yg trpilih… Masyaa Allah
Mudah-mudaha. InsyaAllah.
Mimpi ade dua 3, mainan tido, dri syaitan dri allah swt. Mgkin tu teguran dri allah swt.. Masha allah moga adk dlm rahmat nya selalu.. Aminn
InsyaAllah kak 😊
eh tetiba teringat kisah mimpi arwah Yasmin Johan sekitar tahun 2012.
Apa mimpinya?
Ambik yg positif jer. Mungkin itu petunjuk juga untuk awak… Allah rindukan awak. Maybe awak dah lama tak sujud denganNya. Dah lama x berdoa kepadaNya… dia nak awak bertaubat. Ambik yg positif dia jer.
InsyaAllah. Thanks 🤗
Betul tu…ambil yg positif saja!!Setuju sangat kata2 awak RINA
InsyaAllah.
bestnye dpt mimpi camni
Tapi perasaan ghiau tu ada.
Insa’alloh jadi tabib
Mimpi bertemu Nabi isa Alaihisaalam insa’alloh tanda bahwa kita Akan dianugerahi ilmu pengobatan atau jadi seorang tabib,Syukuri dan jangan sombong karena semua hanyalah titipan,gunakan untuk menolong orang dengan ihlas jangan hanya menghisap uangnya saja..kwekk..
Dianugerahi sifat zuhud
Nabiyulloh Isa alaihisalam juga bisa ditafsiri sebagai bahwasanya kita akan dianugerahi sifat zuhud/topo dunyo karena Nabiyulloh Isa as juga termasuk Nabi yang Zuhud,beliau dengan ibunya pernah dihutan hanya makan rumput atau daun daunan,@,waullohualam.
Jadi tabib?
Tak tahu lah nak gelak ke nak apa ni. Saya yang memerlukan tabib ni adalah.
Btw thanks.
TAK SEMUA MIMPI TU MAINAN SYAITAN…!
Ada terbaca juga. Tapi yang ni? Huuuu.
Mimpi pergi menuju Makkah untuk urusan perdagangan, bukan untuk menziarah ke sana, bererti amat berminat sekali dengan kesenangan diniawi, atau bererti bertambah rezeki dan kenikmatannya.
Dalam mimpi tu memang saya nak pergi Makkah untuk urusan umrah/haji tapi ter-alih perhatian ke tempat lain.
sampai skrg pun still dpt lagi ke mimpi2 yg pelik cmni fara?
Yang mimpi Nabi Isa a.s ni, baru je lagi. Awal bulan February hari tu. Tapi dua tiga menjak ni, tak ada yang pelik extreme macam ni.
yeke? mybe awak org yg terpilih kot nak dpt mimpi2 cmtu..tp lps dpt mimpi cmtu mesti x lena dh nak tido kan..
Mimpi last tu memang buat rasa takut. Murung sepanjang hari, rasa sebak je. Kejap-kejap jenguk luar. Hahaha.
yelahkan..mesti teringat2..ape2 pun sebelum tido baca ayat pendinding utk jauhi gangguan syaitonnirrojim..
Pernah mimpi tgk diri sendri kena kafan siap masuk liang lahat.
Mesti takut kan?
pernah dulu byk kali mimpi jatuh dr tempat tinggi…
Orang kata kalau mimpi jatuh tempat tinggi, gangguan jin.
Mungkin allah nk bgy petanda spaya kau taubat…mungkin kau tlah buat slh tpy allah still nk tlg kau n bgy hdayah agar kau ke jln yg bnar…
InsyaAllah.
Ambik yang baik.Bagus jg mmpi farah ne,sbb bila farah share sini ramai yg dpt pengajaran. Kan..
InsyaAllah, mudah-mudahan.
mungkin petanda yang allah suruh bertaubat…kembali pada ajaran nye…kiamat hmpir tiba…beruntung kau sebab dpat tnda dari mimpi…daripada org2 yg m**i mengejut tnpe sempat taubat……
tapi sejak akhir2 ni aq asik mimpi dipatuk ular…ular tedung…dalam 1 mimpi tu hampir setiap mase kene patuk ular
InsyaAllah, mudah-mudahan.
Orang kata kalau mimpi ular or binatang berbisa, ada gangguan jin. Aku dulu selalu mimpi macam tu. Paling teruk aku mimpi menyusukan baby. Then nah, memang ada gangguan saka. Better kau pi berubat.
guess what…mlm tdi aku still mimpi ular ….mcm mane nk ckp ea…dlam mimpi tu aku naik motor dengan “kawan” tapi aku xkenal sape…then kitorg terjatuh kat sisi parit yg penuh ular…mcm biase…ular tu merayap2 kat bdan kitorang…ada yg menyambar nk patok tapi sempat elak…lepas je tu aku berjalan kat tepi parit tu then selamatkn 1 ibu n 2 ekor anak kucing dari kene baham ular tu…sampai sekarang aq fikir ape kaitan ular yg lepas2 tu..then dgn ular n kucing dlam mimpi aku mlam tadi…
Kau tengok video ustaz sharhan syafie. Dia ada terangkan. Masa aku mula-mula kena gangguan dulu, aku called on of his staff and tanyakan pasal mimpi2 aku tu. And dia terangkan satu persatu. Sebab dia memang pakar bab jin makhluk halus ni. Memang kalau mimpi uar, jatuh tempat tinggi, benda kotor, baby, itu petanda gangguan or ada orang dengki nak khianat. Pi lah kau berubat or tanya pakar.
ok…nnti aku cube cari n berjumpa ustaz tu…malam rabu tu aku try buka rukyah kat hp aku…baru download kan…lepas je running rukyah dalam 15minit mcm tu…aku terus rase sejuk sampai tulang…then blakang aku sakit sangat…baring mcm2 gaya still xselesa…then aq trus demam…muntah2…nk bgun xlarat…aku nk try g darul syifa…ni baru ok sikit…tapi bdan still xlarat sngt…
PERMAINAN AGEN DOMINO 99 TERBESAR DI INDONESIA
Terbaik dan Terpercaya Di Indonesia.
Minimal Deposit Rp 20.000,-
Memiliki 8 game dalam 1 user id
Bonus Cashback 0.3%
Bonus Referral 15%
Bonus Extrak Refferal 5%
Contact Us
Fanspage FB : Sahabat QQ
Pin BB : 2BCD6D81
Pin BB : 2BD6A2E3
WA : +855-81734021
LINE : SAHABATQQ
WECHAT : SAHABATQQ
YM : [email protected]
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop
#domino99 #pokeronline #gamesonline #pokeronlineindonesia #pokeronlineterpercaya #pokeroblineterbesar #pokeronlineterbaik #gamesonlineterpercaya #agendomino #agenpokeronlineterpercaya #agenpoker #7gamesdalam1id #sahabathoki #sahabat9988 #sahabatqq
nak tanya selepas dapat mimpi mimpi tu semua apa awak buat?? awak bertaubat ke atau awak tau buat??..n terima kasih kerana berkongsi..sangat sangat membantu.
Alhamdulillah. Even tak lah berubah drastik, tapi tetap ada berjalan di laluan Tuhan. Dan semoga istiqamah sentiasa.
ada soalan untuk beberapa mimpi.
mimpi 1.
Macam mana kamu tahu yang sms tu Allah yg hantar?
mimpi 5.
macam mana kamu tahu yang leader tu Nabi Isa a.s?
macam mana kamu tahu yang pengikut tu Imam Mahdi?
sedangkan dua2 nie xpernah di lihat atau disaksikan umat manusia?
jaga2. kalau mimpi mcm tu boley datang sesat risau kalau tu Syaitan yang nak sesatkan umat manusia. Jangan percaya dengan semua mimpi. Ambil yang baik2 saja mcm bertaubat. nah? tu pesanan saya dan minta jawab soalan di atas. TQ 🙂
Jawapan :
1. Pernah terima sms kan? At the end of the text, sender yang tertera memang Allah. Wallahualam. Ini yang muncul secara diluar logic akal manusia hamba macam aku.
2. Macam mana nak cakap eh. Sebab bukan aku yang control mimpi-mimpi ni. Dia macam — kau tahu siapa yang kau dibagi tahu dalam mimpi tu. Aku nak terangkan pun payah.
Aku pun sampai saat aku membagi jawapan yang kau perlukan, aku cuma tahu dan dibagi tahu, siapa setiap satu yang penting dalam dua kelompok tu. And aku sendiri payah nak percaya. Mungkin esok lusa dibagi gila tiba-tiba. Hahahaha.
Thanks for asking. And sorry kalau tak dapat jawapan yang tepat. Sebab aku sendiri payah nak terangkan.
menakutkan tp pada masa yang sama sy cemburu dkt awk Farah . kblkangan ni pun sya rasa Allah byk menjawab direct pada sya . bru trjadi brpa jam lps . sy tgh stress serabut scroll fb bkk link cerita surah ad-dhuha . rupanya surah ni merupakan surah yg diturun selepas sekian lama Baginda Rasullullah xmenerima apa2 whyu dr Allah. Surah ini diturunkan saat bginda tgh tdetik dlm hati yg Allah xsyg baginda dah ke . bila bca tu mmg kena sgt dengan batang hdung skrng ni. sy cemburu sgt2 dgn awak.
Banyak lompong dalam diri, dalam jiwa. Sebab tu Dia jentikkan peringatan melalui mimpi. Yang mungkin sesetengah orang anggap saya gila. Tapj mimpi — siapa yang mampu duga bemar setiap kejadiannya. Masing-masing punya cara untuk ditiup kesedaran. Semoga kita semua dilindung Tuhan setiap masa. Semoga setiap jiwa yang ada merasa nyaman di jalan Tuhan. InsyaAllah.
Selalunya petanda tu
Macam contoh?
petanda m**i mungkin??
Oh. Okay takut pula.
cerita ni menarik.
semoga fara bertemu jawapan. sama2lah kita muhasabah diri.
Thanks.
InsyaAllah, amin.
Pernah lalui ala2 Sis Fara ni, selalunya akan jd bila time banyakkan amalan sunat.
So memang confuse, adakah mimpi tu gangguan atau petunjuk.
Pernah mimpi berkaitan bencana alam ; tuptup.. hari yg sama rupanya Kebetulan Dunia dilanda Tsunami
Pernah mimpi seolah-olah kiamat; langit merah, duduk sorang2 dirumah, dentuman bunyian kuat dari langit. Bangun dgn perasaan nak nangis.
Pernah mimpi luar terlampau banyak dlm bilik darjah sampai atas2 wire electric, larikan diri naik basikal.. sipi2 nak kena patuk (ni zaman sekolah) – bangun dgn keadaan confuse dan trauma.
Adalah a few more kut, lagi satu kalau banyakkan ibadat.. akan perasan mcm ada ‘dejavu’,
Bila bab mimpi ni, tak boleh sebarang tafsir. So usually bila mcm ni mmg mengadu ke Allah.. minta perlindungan etc.
Thanks for sharing btw, there are times rasa taknak share w people sbb mereka tak percaya pula kan.
Kadang pun tertanya, mainan syaitan or memang Allah nak kasi tunjuk secara dalam mimpi. And betul, tak semua percaya apa yang kita alami.
Selain mimpi-mimpi ni, kerap sangat mimpi orang yang dah meninggal. Terlalu kerap.
Entah lah. Perkara ghaib macam mimpi ni, rahsia Allah kan.
Subhanallah. Daripada mimpi sis,aku dpt tahu satu benda. Sis kena bertaubat sebelum terlewat, cukup dgn berahi nafsu sis ke atas lelaki2 lain. Allah berikan peluang kpd sis. Sis terlalu ramai teman lelaki yg dibawa ke atas katil.
Saya dah nikah bro. Hahaha. Sebelum nikah pun saya tak ada bawa lelaki masuk rumah apatah lagi atas katil. Nanti abah saya pepah pakai pelepah kelapa.
Amir ni aku ada nampak comment dia kat story lain… Dia comment memang semua tak senonoh