Mimpi

Satu mimpi yang berlarutan setelah kematian ayah dan ahli saudaranya yang lain.

Mimpi. Ada yang boleh percaya ada yang tidak. Tapi mimpi apa yang boleh membuatkan budak perempuan yang berumur 10 tahun menanggung rasa sakit dan sering ketakutan setiap malam? Dan mimpi telah menjadi tanda tanya sehingga kini.

Semua berlaku selepas kematian sang ayah pada tahun 2007. Menjelang malam pada hari kematian, tiba masa untuk ahli keluarga si m**i berehat dan menenangkan jiwa mereka. Si ibu yang lagi bersedih sepanjang hari terlihat lena di atas katil sendirian. Si anak sulung menyendiri di dalam bilik cuba untuk menerima takdir yang tertulis. Anak ke-2 cuba untuk menguatkan semangat untuk terus menjalani kehidupan dengan rasa rindu yang terpahat di hati. Si bongsu, cuba untuk mamahami situasi yang berlaku sepanjang hari itu. Pelik bagi ahli keluarga kerana tiada satu pun pertanyaan yang ditanya oleh si bongsu yang berumur 5 tahun. Kemana ayahnya pergi? Mengapa ayahnya ditutupi kain putih. Si bongsu tidak menghiraukannya dan bermain seperti biasa pada siang hari kematian.

Anak ke-2 merupakan anak perempuan yang berumur 10 tahun. Pada malam itu sedang dia terlena tidur, satu mimpi menjelma. Si anak melihat dua orang lelaki berjubah hitam dan di tengah diantara lelaki berjubah hitam itu, terlihat seorang lelaki berpakaian putih datang ke arahnya. Semakin dekat semakin nampak wajah lelaki yang ditengah. Alangkah syahdunya, lelaki berjubah putih itu merupakan ayah yang telah meninggal pada siang hari tadi. Wajah ayahnya sangat menyenangkan dan tersenyum manis melihat anak perempuannya. Mimpi yang hanya diberikan pesanan, “abah pergi dulu, jaga mak dan keluarga” sambil tersenyum lebar. Hanya itu yang dipesan lalu mimpi itu hilang bagaikan kabus di pagi hari. Budak perempuan itu terjaga dari tidur dan menangis sendirian kerana merasa mimpi itu seolah nyata. Tapi ini hanyalah permulaan mimpi yang perlu ditanggung oleh anak itu.

Anak ke-2 percaya kematian ayahnya bukanlah dari sakit semata. Kerana, ada rahsiah yang di simpan oleh ibu bapanya. Sehingga kini anak tersebut yang berumur 25 tahun masih tidak mengetahui isi rahsia itu.

Sambung hari ke dua kematian ayahnya. Sekali lagi anak ke-2 mendapat mimpi. satu mimpi yang sangat tidak menyenangkan. Si anak bermimpi di dalam kediaman rumah mereka. Terlihat satu akuarium yang sederhana besar terletak di dapur. Si anak melihat di dalam akuarium terdapat sekumpulan ular hitam yang sedang berenang. Ada ular yang ganas, mengetuk-ngetuk akuarium tersebut. Ada ular yang diam memandang si anak, ada ular yang berenang seperti biasa dan ada ular berkelahi sesama sendiri lalu m**i. Namun kesemua ular itu hanya berada di dalam akuarium tersebut. Tetapi, bagi seorang budak yang berumur 10 tahun, apa yang boleh di rasa ketika itu? Selain rasa takut. Mimpi itu sekali lagi seolah sangat nyata dan menyebabkan anak itu tersedar dari tidur.

Anak itu cuba untuk tutup rasa takut dan disimpan rahsia mimpinya itu. Cuba untuk memahami maksud mimpi tersebut tapi tidak boleh. Sehingga hari ke-4 kematian ayahya, mimpi yang sama berulang kembali. Tidak tahu dari mana datangnya kekuatan si anak untuk cuba memberi tahu ibunya. Namun ibunya gagal untuk memahami si anak. “jangan macam-macam lah kak, mimpi? semua orang boleh mimpi, jangan percaya! Jangan takut!” bukan cuba untuk tenangkan si anak malah makin ditinggikan suaranya. Mungkin si ibu masih lagi bersedih. Lalu, si anak itu membawa diri dan cuba bersendiri.

Sang ayah berasal dari Muar, Johor dan tinggal di kawasan pendalam kampung. Kampung ayahnya merupakan yang terhujung di dalam lorong Hj.K****. Banyak cerita yang didengar oleh si anak selepas kematian ayahnya. Paling terkesan dia mendengar perbualan ibu dan pakciknya menyatakan ayahnya meninggal akibat santau. Sukar untuk percaya sebenarnya.

Sambung…
Selepas kejadian mimpi sekumpulan ular di dalam akauarium, Dalam beberapa hari si anak tidak bermimpi yang pelik. Tapi! Dia melihat benda yang pelik di alam nyata. Sedang si anak ke-2 mempersiapkan diri untuk ke sekolah, Dia ternampak satu lembaga hitam yang sedang melihatnya di tingkap dapur. Sungguh dia terkejut melihat lembaga tersebut sehingga tidak boleh berkata-kata malah bersuara juga tidak boleh. Lembaga hitam yang tiada mata melihat si anak lalu pergi dengan sepantas kilat. Apa sebenarnya tanda-tanda ini? Denga mimpi! Dengan lembaga hitamnya! Tidak tahu dari mana datangnya kekuatan si anak ini.

Hari berlalu dengan sangat pantas. Si anak lega kerana tiada mimpi yang menghantuinya dalam beberapa minggu ini. Kelibat juga tidak terlihat. Nasib baik hanya sekali itu sahaja. Namun, tiada apa yang boleh menolak selain dari keizinan Allah S.W.T. Si anak mendapat lagi satu mimpi. Ular lagi! Kini bersaiz besar. Mimpi berada di dalam hutan, terdapat 2 ekor ular. Satu hitam manakala satu lagi berwarna kekuningan dan mempunyai sedikit warna putih di garisan atas badan ular tersebut. Dua ekor ular itu berkelahi kerana si hitam mahu menerkam sang anak tetapi dilindungi oleh ular kuning tersebut. Dua ekor ular besar berkelahi sehingga si hitam m**i bedarah. Sang anak tetap tenang di dalam alam mimpi itu. Ular kuning yang cedera akibat bergaduh melihat sang anak lalu pergi ke semak hutan. Dan! mimpi itu seperti biasa, hilang bagaikan kabus. Sang anak terjaga dan berpeluh, sepeluhnya. Dugaan dan petanda apa yang dia berikan kepada si anak ini sebanrnya? Sungguh kuat semangat si anak.

Keesokan paginya. Keluarga si m**i mendapat berita bahawa ada ahli keluarga si m**i di Muar meninggal dunia. Almarhum merupakan ayah kepada si m**i (datuk kepada anak ke-2). Betul selepas 40 hari kematian ayah si anak, kini sang datuk dijemput ilahi. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah tanda dari mimpi-mimpi ini? Kematian sang datuk begitu mengejut. Namun, kematian arwah diklasifikasikan sebagai sakit tua.

Di kampung muar, ada satu jiran berhadapan dengan rumah. Perkara yang dinyatakan ini tidak begitu sahih. Si penulis juga tidak ingin membuat andaian. Namun, keluarga si m**i di Muar percaya kematian yang berlaku disebabkan oleh jiran mereka. Hal ini kerana salah seorang pakcik di Muar merupakan orang perubatan islam dan mempunyai beberapa ilmu. Penulis, tidak begitu pasti bagaimana sang pakcik dapat informasi tersebut kerana penulis percaya ada ilmu dan perkara yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.

Sambung…
Malam kematian sang datuk. Sedang ahli keluarga bersama dan berehat kerana penat dengan majlis tahlil dan kebumian. Dengan tiba-tiba lampu rumah terpadam sepenuhnya. Sungguh gelap waktu itu, hanya ditemani cahaya bulan dan lampu jalan sahaja tetapi malap. Kesemua yang di situ berasa sangat cemas dan ada yang menjerit ketakutan. Termasuk anak ke-2 ini. Menjerit kerana rasa takut, tetapi bukan takut akan lampu yang terpadam. Tetapi tekejut dengan lembaga hitam berambut panjang tiada badan hanya kepala sahaja bertebangan di ruang tamu. Kepala itu bertebangan hanya sekejap dan hilang keluar pergi ke arah rumah jiran. Namun, si anak tidak pasti samada betul ke rumah jiran atau ke semak menghala rumah jiran tersebut. Selepas itu, lampu kembali ada dengan sendiri tanpa sempat ahli keluarga cek litar utama rumah. Kejadian yang pelik dan seram. Akan tetapi, kejadian ini bukan sahaja sang anak seoarng yang nampak lembaga tersebut, malah si pakcik yang ‘berilmu’ itu turut melihat.

Waktu dan tahun makin berlalu. Tanda dan sebab mimpi yang menghantui sang anak masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Tiada satu mimpi pun sang anak bercerita atau memberitahu sesiapa kecuali mimpi ular akuarium itu.

Lima tahun berlalu..
Selepas kematian sang datuk, kini sang pakcik pergi menghadap ilahi. Punca kematian, penulis tidak ingat. Tetapi pemergiannya sangat tidak di sangka. Lima tahun juga berlalu, sang makcik pergi menghadap ilahi akibat sakit. Lima tahun juga berlalu, anak kepada sepupu anak ke-2 meninggal dunia akibat jatuh tangga di rumah pengasuh. Kini.. si anak ke-2 takut dan cemas kerana sepanjang pemergian datuk dan ayahnya pada 15 tahun yang lepas pasti akan ada kematian sanak saudara sepanjang 5 tahun sekali. Kini pada tahun 2022 penulis tidak pasti siapa yang akan pergi menghadap ilahi.

P/S:
Cerita ini bedasarkan pengalaman penulis. Tetapi ada juga yang dikarang bagi menyedapkan rasa. Penulis tidak boleh cerita sepenuhnya tentang perihal keluarga. Cukup mana yang ada di sini. Tentang mimpi, ia pergi begitu sahaja. Dalam proses sang anak ke-2 membesar ada juga mimpi yang dia hadapi tapi lebih baik diam dan berfikiran positif. Kematian lima tahun sekali itu semua sanak saudara dari Muar,Johor. Kita sebagai muslim perlu percaya bahawa jodoh, ajal dan cara kematian semua telah tertulis. Kita yang hidup terus kan bertaubat dan sujud kepada Ilahi. Sekian dari saya, Penulis.

Sofi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 3.5]

1 thought on “Mimpi”

  1. Assalamualaikum. Saya xpenah comment dkt FS ni tapi disini tergerak hati nak comment dkt cerita awak ni, gerakkan hati tu kuat. Saya harap awak cuba la ikhtiar carik perawat utk minta bantuan. Ni based on pengalaman saya jugak. Byk kali mimpi ular, bila saya selidik dan bertnya mimpi ular ni mimpi org cuba hantar sihir. Jangan biarkan bahaya, lagi bahaya klau ular tu dah patuk kita bermaksud sihir tu dah masuk dalam badan kita. Akhir zaman ni, sihir santau penyakit ain berleluasa, Nabi dah pesan hal akhir zaman ni ye dan mimpi akhir zaman adalah mimpi benar. Bersyukur Allah bantu kita dlm sesuatu hal yg kita tak sangka, boleh jadi Allah bantu kita dgn datangnya mimpi, jgn amik lewa, mungkin awak ni penyelamat ahli keluarga awak. Ikhtiar carik perawat islam utk bantu dan bykkan menuntut ilmu yg melibatkan hal2 ghaib. Tiktok skrg ramai ustaz2 / perawat islam yg share ilmu (nmpk tak berapa teruknya sihir/ilmu hitam ni berleluasa). Perbanyakkan ilmu2 pendinding diri. Semoga urusan awak dipermudahkan. BarakaAllah Fik

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.