Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca. Mula-mula sekali nak ucapkan ribuan terima kasih andai kisah ini disiarkan oleh pihak Fiksyen Shasha.
Aku mula mengenali Fiksyen Shasha ni pada tahun 2016, sebab masa tu boleh dikatakan page ni tengah famous sebab siarkan cerita-cerita seram yang real punya mengikut pengalaman orang la. Long story short, setelah lama ikuti beberapa cerita di sini, terbaca la beberapa cerita yang tengah top masa tu, Berjanji dengan Jin, Awek Bermata Bundar, dan juga pasal Ajaran sesat(tak ingat tajuk) yang pernah disiarkan oleh page ni. Semoga mereka semua baik-baik sahaja dan berada dibawah lindungan Allah SWT. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dan kalau tak seram, sorry naaa.. Yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri.
Nak dijadikan cerita, lepas je baca cerita di atas tu, secara tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Waktu tu baru pukul 12 tengah hari, hari khamis dan semua orang keluar untuk pergi kerja. Secara logiknya, tiada siapa yang boleh masuk ke kawasan rumah untuk mengetuk pintu rumah sebab pagar rumah jenis automatic dan ia masih tertutup dan hanya boleh dibuka menggunakan remote sahaja. Setelah diketuk beberapa kali, bunyi ketukan itu hilang. Aku mengintai disebalik tirai dibahagian pintu sliding. Namun aku cuak kerana apa yang aku nampak disebalik tirai itu bukan seperti yang aku pernah bayangkan selama ini.
Keadaan diluar sangat kelam kabut. Seolah-olah terdapat peperangan yang tengah terjadi. Dan terdapat makhluk yang mengerikan sedang berdiri di depan pintu. Makhluk tersebut berwajah kambing, bertanduk, bermata merah, berbadan manusia, dan berkaki kambing dan membawa sebilah kapak yang sangat besar. Secara logiknya dia boleh sahaja membelah pintu menggunakan kapaknya hanya dengan sekali hayunan sahaja. Dengan secara tiba-tiba, tiga orang (1 lelaki dan 2 perempuan) muncul dari pintu belakang dan mengajak ku berlari untuk menyelamatkan diri bersama-sama. Dengan sekuat hati kami semua berlari, dan entah macam mana kami terperangakap dalam satu jalan yang seolah-olah tiada penghujung.
Setelah sekian lama berlari kami berhenti untuk rehat sebentar setelah tiba di kawasan yang kami fikir selamat. Kawasan tersebut dikelilingi dengan rangka-rangka rumah yang telah musnah dan bau busuk hanyir d***h yang menusuk. aku ingat waktu itu segalanya telah selesai, namun jangkaanku meleset sama sekali apabila terdengar bunyi besi yang sedang diseret . Kami semua menjadi gemuruh dan hanya berfikir untuk memulakan larian sekali lagi. Namun, kami diperangkap apabila makhluk tersebut muncul dihadapan pintu masuk tempat kami bersembunyi.
Dengan lantangnya dia terpekik,
“Aku adalah tuhanmu. Dan kalau kamu mengaku aku adalah tuhanmu, aku akan lepaskan kamu semua hidup!”
Atas sebab ketakutan, dua orang perempuan itu mengaku makhluk itu tuhannya, dan mereka dibebaskan dari situasi yang ngeri itu. Dan apabila makhluk itu bertanya pada lelaki, dengan tegasnya lelaki itu ,menjawab
“Tuhanku hanya ada satu dan Dia adalah Allah yang satu. Kau hanya makhluk yang…”
Tak sempat lelaki itu habiskan ayat dan kepala lelaki itu d*******l dan yang paling sadis nya kepala lelaki itu dicampak kearah aku yang masih kaku melihat kejadian tersebut. Sekali lagi makhluk itu terpekik sambil menghunuskan kapaknya kearah aku, “Kau! Aku adalah tuhanmu, dan kau kena taat padaku sahaja!”
Pada waktu ini, dalam minda aku, “matilah aku, dia nak b***h aku dah”. Tiba-tiba aku terdengar ada satu suara berbisik padaku, “ Jangan pernah mengaku makhluk lain adalah tuhan selain Allah SWT yang satu. Lebih baik kau m**i di tangan makhluk tersebut sebagai seorang islam dari kau m**i dalam keadaan kau murtad dari islam!”
Sesudah bisikan itu, timbul satu perasaan marah yang membuak-buak terhadap makhluk itu, dan dengan lantangnya aku bersuara “ hei Iblis laknatullah, Tuhan aku hanya ada satu, dan Dia ialah Allah SWT. Hanya dia yang dapat mematikan aku dan bukan kau! Hanya Allah Tuhanku!!”
Sesudah je aku habiskan ayat aku, secara tiba-tiba angin bertiup dengan kencang. Dengan saki baki tenaga yang aku ada, aku berlari sekuat hati mengikut arah tiupan angin. Aku tahu makhluk itu tengah mengejarku, kerana bunyi besi diseret kedengaran dan tanah bergegar. Aku berlari sehinggalah aku berada dihujung jalan, yang hanya ada jalan dimana makhluk itu di belakang aku, dan yang lain dikelilingi ngan curam yang gelap. Aku tidak berfikir panjang dan terjun kearah curam tersebut apabila melihat makhluk itu berlari dengan pantas ingin menerkam aku.
Mata aku celik, mengejut. Mulutku mengucapkan kalimat ALLAH. Aku perhatikan keadaan sekeliling. Jantung aku masih berdegup pantas. Badan aku berpeluh seperti baru habiskan larian marathon. Sayup-sayup aku dengar azan berkumandang. Aku lihat jam di dinding telah menunjukkan masuk waktu solat fardu zohor. Mulutku tak henti-henti mengucapkan kalimat Alhamdulillah kerana masih bernafas ketika itu dan ia adalah sebuah mimpi sahaja.
Aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat zohor. Tiba-tiba aku berasa pedih di bahagian belakang badan. Aku lihat di cermin terdapat beberapa calar dibahagian tersebut dan beberapa tanda lebam muncul di betis dan peha.
mimpi je
2 perenggan pertama tu panjang sangat.
tu la sapa suh tido time matahari naik.. wakakakkakak