Assalamualaikum ,
Helo pembaca fiksyen shasha. Saya nak kongsikan satu cerita fiksyen yang tak seberapa panjang… Harap korang boleh terima. Sebab saya masih baru dalam dunia penulisan ini..
” Ring ring ” telefon Mira berdering . ” Hello Mira , Mira balik kampung sekarang “. ” Tapi kenapa mak ?”.” Sudah kamu jangan banyak tanya ” terdapat tangisan di hujung panggilan .
Kereta sedang dipandu , Mira masih tertanya tanya apa yang berlaku.
Sampai saja di kampung , Mira terlihat bayak kereta dan terdengar bunyi bacaan yasin. Mira kaku , tahu apa yang berlaku sekarang. Air matanya jatuh berderai derai . ” To..k Ngg..ah” sebutnya sebaik melangkah masuk ke dalam rumah tok kesayangannya itu .
Selesai saja majlis pengebumian tok , Mira tidak dapat berbuat apa apa selain menangis teresak esak . Seakan tidak dapat mnerima apa yang telah berlaku
Selepas seminggu pemergian tok ngah , Mira masih lagi berada di rumah toknya itu , mengemas bilik toknya membuatkan rasa sedih membuak buak teringatkan kenangan bersama tok ngah. Mira ternampak satu tembikar usang yang telah berhabuk di bawah katil toknya . Malas hendak membuka dia lansung tidak mengendahkan tembikar itu .
Mira memasak nasi goreng kampung resepi toknya lalu dihidangkan , alangkah sedihnya dia teringatkan masakan toknya sewaktu dia kecil dahulu..
Dengan rasa sedih dia makan nasi goreng kampung itu , sama sahaja rasanya dengan masakan tok ngah .
Malam telah menjelma , Mira minum kopi buatan di luar rumah tok sambil melihat bintang teringatkan toknya dahulu . “Mira…..” suara lembut dari belakang membuatkan Mira takut , meremang bulu roma Mira . Setahunya dia seorang saja di rumah itu ! Mira toleh…tiada siapa pun ! “Ah , aku cuma berkhayal !” kata Mira seorang diri. “Tidak Mira….” suara lembut itu mengasar. Mira resah , takut lalu masuk bilik dan tidur.
Keesokan paginya , Mira bertanya “Tok Ngah buat apa tu ? ” kelihatan ‘Tok Ngah’ memasak di dapur . “Memasak” satu patah perkataan saja yang dijawab. “Masak apa tu ?” Mira menghidu bau masakan.”Masak kuey teow.” ‘Tok ngah’ jawab sambil senyum sinis .
“Ring ring” telefon Mira berdering.Mira menjawab.”Hello Mira , buat apa tu ?” mak Mira menelefon . “Tidak buat apa apa mak , berborak je dengan tok ngah” jawab Mira . “Apa?! “Maknya terkejut . ” Mira , jangan main main tok ngah kamu kan dah meniggal seminggu lepas , Amira ! ” . “Tapi……” “Sudah , balik biarkan rumah tok itu” belum sempat Mira menghabiskan ayatnya maknya sudah menyampuk . “To…Eh! mana tok ngah?.. “Baru Mira tersedar yang tok ngah telah meninggal”.. Mira kebinggungan…dan tiba-tiba rasa takut.. Mira bertanya pada diri sendiri dengan apa yang telah terjadi.. “habis tu siapa pula dia bercakap tadi ? Mira harus pulang Mira sudah tidak tahan .
Assamualaikum mak !!
Rumah banglonya kelihatan tidak terurus dia membuka pintu dan….kosong!! Tiada orang mana mak?
Dia tanya jirannya dan jirannya berkata “Mira…mak kamu….sebenarnya..da…h meeni..ngal sebab ke..mala…nga..n se..minggu.. le..pa…s huhuhu ” nangis jirannya teresak esak , Mira masih blur dengan siapa dia bercakap tadi dan….tembikar ituu? Mira kesedihan , dia sebatang kara . Permainan apakah semua ini Kata Mira sendirian.. Kesedihan yang teramat sakit Mira rasa saat itu. “Tu dia !!! ” jerit seorang polis . Rupanya Nur Amira itu gila orangnya . Terkejut jirannya , jirannya lari .
Mira ditahan anggota polis dan dibawa ke hospital sakit jiwa .
Namun sebenarnya Mira bukanlah gila tapi tertekan dengan keadaan sekeliling , wajahnya mirip seorang pesakit jiwa di hospital sakit jiwa .
=============
MAAF SALAH SILAP CERITA INI…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Huurrmmm..mcm ghase nk #MENCARUUTTT!!
Menarik.. kalau cerita di panjangkan lagi mesti lebih seronok..bagi ruang dkt pembaca utk berfikir.. tak sempat nak digest tiba2 dah the end.. however, its a good try. =)
cerita dah best tapi terlalu pendek. baru nak feel dah sampai ending haha. cerita pun mcm tergantung sikit.. . tapi okay best lah jugak. boleh perbaiki lagi .
Ok confuse baca cerita ni. Tiba2 mak m**i, tok m**i, tembikar misteri yang takde hujung pangkal, tau2 gila.
Ok baru nk layan.tetibe macam…aaaaa what??
Jd blur plk dgn story ni.
1 word only, merepek.