MissT: Rupa-rupanya kau yang…

REPOST ALERT!
Aku pernah tulis kisah ni beberapa tahun lepas dan diterbitkan. Cuma edisi kali ni aku tambah baik dari segi bahasa, jalan cerita dan details. Siapa yang pernah baca boleh skip. Tapi kalau nak baca semula, silakan. Mohon maaf kalau tulisan dalam dialek tertentu yang kurang tepat. Aku tak boleh bakukan sebab akan hilang feel nak bercerita.

(BAHAGIAN I)

Nama aku Tasnim dan cerita ini merupakan kisah yang terjadi kepada diri aku pada zaman universiti. Ramai yang mengatakan aku cantik walaupun kulit aku agak gelap. Bukan nak bangga diri tetapi “kecantikan” itulah yang buatkan hidup aku sengsara sehingga hari ini.

2009 (SPM)

Aku kenal dengan seorang lelaki bernama Syed. Kami berkenalan dan mula berkawan rapat tanpa sebarang perasaan sayang atau cinta. Aku pernah tanya Syed sama ada dia pernah sukakan aku ataupun tak tapi Syed nafikan sebab dia anggap aku sebagai teman sejati. Aku akui, semenjak aku berkenalan dengan Syed, dia tak pernah ambil kesempatan pada aku dan sentiasa menyokong tindakan aku termasuklah dalam urusan mencari pasangan cinta.

Aku pernah bercinta monyet dengan beberapa lelaki namun tak kekal lama akibat perasaan cemburu. Aku gadis yang suka berkawan dengan lelaki sebab gadis macam aku tak disukai oleh gadis-gadis lain untuk dibuat teman. Mungkin mereka takut aku rampas pasangan mereka. Syed sering nasihatkan aku supaya tak berkawan dengan lelaki sebab dia risau aku akan susah kelak. Tapi, aku tak pernah endahkan nasihat Syed dan terus berkawan dengan lelaki.

Selepas keputusan peperiksaan SPM keluar, Syed dapat tawaran masuk ke UITM. Aku pula gagal dapatkan tempat kat mana-mana universiti awam. Jadi, aku ambil keputusan untuk sambung belajar di tingkatan 6. Sebab rasa malu dengan keputusan SPM yang kurang baik dan tak dapat masuk IPTA, aku putuskan hubungan dengan lelaki bernama Hisyam yang akan sambung belajar di matrikulasi.

2010 – 2011 (STPM)

Masa di tingkatan 6, aku pindah sekolah kat daerah lain tapi masih dalam negeri yang sama. Kali ni, aku mohon untuk duduk asrama. Dah lama aku tak hubungi kawan-kawan lelaki aku kat sekolah lama sebab rasa malu masih menebal dalam diri aku. Aku mulakan hidup baharu di sekolah baharu. Aku berkenalan dengan seorang pelajar perempuan bernama Munirah. Aku sangat selesa berkawan dengan Munirah. Cuma ada satu sikap Munirah yang buat aku kurang berkenan sebab dia suka pujuk aku untuk berkenalan dengan pelajar lelaki. Munirah juga suka jadi orang tengah kalau ada pelajar lelaki yang nak berkenalan dengan aku. Aku pernah minta Munirah berhenti kenalkan aku dengan mana-mana pelajar lelaki sebab aku tak minat dan memang niat aku untuk jauhi lelaki. Malangnya, niat aku gagal bila Munirah kenalkan aku dengan Jafni. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjatuh hati dengan Jafni yang kebetulan jiran lama Syed di kem askar sebelum keluarga Syed berpindah ke daerah aku lepas ayah dia pencen.

Oleh sebab Syed dan Jafni pernah kenal, aku pun cerita pada Syed perihal Jafni. Syed sokong kalau aku nak berkawan rapat dengan Jafni sebab setahu Syed, Jafni budak baik. Aku rasa lebih yakin nak berkawan dengan Jafni bila Syed sokong. Tapi tak pula Jafni atau Syed minta aku bawa mereka jumpa sebagai kawan lama. Mungkin dulu mereka tak rapat. Jafni merupakan teman lelaki aku yang keempat selepas Hisyam. Tapi hubungan aku dengan Jafni tak kekal lama. Kami terpaksa putuskan hubungan atas sebab-sebab tertentu.

Lepas keputusan STPM keluar, aku dapat tawaran masuk ke universiti awam. Syukur alhamdulillah.

2012 – 2015 (Terengganu)

Aku call Syed sehari sebelum daftar masuk. Aku makin jauh dengan Syed. Syed asyik pesan supaya aku jaga diri sebab Syed tahu aku akan disukai banyak lelaki. Tekaan Syed benar. Boleh dikatakan zaman universiti ialah zaman kegemilangan aku sebagai gadis yang cantik dan aktif bersukan. Banyak lelaki yang cuba dekati aku tapi aku cuba setia dengan Aiman, teman lelaki yang aku kenal sewaktu kami sama-sama mendaftar di kolej. Dipendekkan cerita, dengan Aiman pun aku tak kekal lama. Seingat aku hanya satu semester kami berkawan rapat sebab masuk semester kedua, aku mula jatuh sakit. Sebelum aku sakit, macam-macam kejadian misteri berlaku dan semuanya bermula pada malam itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam tu, aku pergi ke tandas untuk cuci muka dan kaki sebelum tidur. Lepas cuci kaki, aku balik ke bilik dan naik ke katil. Katil aku jenis double decker. Aku kongsi katil dengan roommate bernama Yuni. Lepas aku naik ke katil, aku terhidu bau hanyir macam bau d***h orang datang kotor (datang bulan/period). Aku abaikan bau tu sebab aku mengantuk sangat. Tak sampai seminit aku terlelap, aku dengar bunyi ketukan “TUK TUK TUK”. Aku terjaga dan tergamam sebab aku tahu bunyi tu datang dari tingkap kat belakang katil aku. “TUK TUK TUK”. Semakin aku amati, semakin jelas bunyi ketukan tu bukannya ketukan biasa daripada buku lima tapi ketukan daripada KUKU!

Aku masih bersangka baik. Aku fikir ada pelajar lelaki yang ceroboh masuk blok pelajar perempuan. Tapi sangkaan aku meleset bila aku terdengar suara seakan bunyi “haerrrrmmmmm” “haermmmmm” “haerrmmmmm”. Bunyi mendengus macam orang semput. Badan aku terus menggigil. Aku tarik selimut dan matikan diri. Aku terlalu takut. Itu kali pertama aku dengar bunyi yang buat aku kaku. Tiba-tiba, suara tadi mula berkata-kata. “Aku nak masuuukkkkkkkkkkkk… aku nak masukkkkkkkkk… haerrrmmmm… haermmmm.

Kali ini bunyi dengusannya agak kasar seakan marah. Aku buntu. Aku pun baca apa-apa patut. Ada juga terkeluar bacaan tak sepatutnya sebab terlalu takut. Aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni dan lebih malang lagi, aku yakin apa yang berlaku sekarang bukan mimpi. Aku beranikan diri toleh ke tingkap. Masa tu, aku akan hadap dua kemungkinan saja. Satu, aku lega. Dua, aku pengsan. Aku pun toleh ke tingkap. Belum habis kepala aku menoleh, ekor mata aku dah ternampak imej perempuan hodoh berambut panjang (mungkin pontianak) betul-betul kat luar tingkap. Kepala aku berhenti menoleh tapi hati aku suruh pandang tingkap tu lagi sebab macam ada sesuatu yang lain. Betul, ada yang lain. Ada imej sekujur tubuh berbalut kain putih di sebelah pontianak tadi. Dada aku sempit. Badan aku terasa berat. Mata aku sakit. Aku menjerit sekuat hati. Pap! Aku pengsan.

Aku sedar keesokan harinya. Tapi aku bukan kat kolej. Aku kat hospital. Aku pelik. Sungguh pelik. Kenapa aku kat hospital? Bukan ke semalam aku ternampak han**?

Nurse: Adik dah bangun?
Aku: Nurse, kenapa saya kat sini? Semalam saya kat kolej. Nurse: Eh, semalam lebih kurang pukul 12.30 felo adik hantar adik ke sini. Katanya adik tergelincir masa keluar dari bilik air. Tapi adik jangan risau. Adik tak cedera pun. Kejap lagi boleh balik.
Aku: Ha? Felo? Mana felo saya?
Nurse: Tu kat depan tu.
Aku: Nurse tolong panggilkan dia boleh?

~~~~~~~~~~~~~

Aku: Kak Mik, betul ke saya jatuh bilik air semalam?
Kak Mik: Kamu rasa?
Aku: Eh akak ni, saya serius ni. Semalam lepas saya keluar bilik air basuh muka semua saya tak jatuh kak. Elok saya masuk bilik dan tidur. Cuma…
Kak Mik: Cuma apa? Cuma kamu terjaga sebab nampak pontianak dengan pocong kan?
Aku: Hah! Macam mana akak tau?
Kak Mik: Syyyyhhhhhhhh. Jom kita keluar dulu dari sini. Nanti akak cerita. Packing barang kamu. Nanti kantoi akak menipu.
Aku: Tipu? Akak tipu apa dan tipu siapa?
Kak Mik: Nanti akak cerita. Cepat!

Kak Mik bawa aku ke rumah dia yang tak jauh dari kampus. Kak Mik janda. Janda yang tak ada anak. Jadi, dia tingal sorang. Hari bekerja, Kak Mik duduk kat kolej sebab senang nak buat meeting dan uruskan pelajar. Lepas makan, Kak Mik cerita balik apa yang dia nampak dan berlaku malam tu.

(Cerita Kak Mik)

Akak nampak kamu keluar dari bilik air. Masa tu akak baru habis meeting dengan felo lain. Waktu akak nampak kamu nak masuk bilik, pintu bilik akak dah separuh tertutup. Sebab tu kamu tak perasan akak tengok kamu kot. Kan akak boleh nampak korang semua keluar masuk bilik dari bilik akak ni. Sebenarnya Tasnim, sejak maghrib akak dah lalu lalang depan bilik kamu. Lepas tu akak turun sekejap pergi meeting. Bila akak naik nampak pula kamu nak masuk bilik. Akak terus la perhatikan kamu. Sebab… maghrib tadi akak nampak kelibat cik pon dan pocong tembus bilik kamu. Akak syak mesti kamu dengan yang lain akan kena kacau. Akak dah standby. Masa kamu jerit tu, akak terus keluar bilik dan pergi bilik kamu. Tak sempat akak sambut kamu, kamu dah pengsan. Akak tak sangka rupanya kamu sorang kat bilik.

Nasib baik budak lain tido m**i. Kalau ada yang dengar pun mesti buat-buat pekak. Bila akak nampak kamu rebah, akak buntu. Idea yang terlintas dalam kepala akak ialah bawa kamu ke hospital dan cakap kamu pengsan sebab tergelincir dalam bilik air. Akak buat macam tu sebab tak nak kes ni jadi kecoh dekat kolej.

Kak Mik: Tasnim, kamu tahu kan kat kolej kita ni belum pernah ada kes macam ni?
Aku: Manalah saya tahu kak. Tahun-tahun sebelum ni? Saya rasa normal kalau benda-benda macam tu ada kat hostel. Bangunan kolej kita ni pun bangunan lama.
Kak Mik: Akak rasa lain la Tasnim. Kalau ye pun normal, takkan sampai dua ekor? Selalunya yang datang kacau orang sekor-sekor atau sama jenis. Kenapa yang kacau kamu dua ekor lain jenis? Kamu ada buat salah dengan siapa-siapa ke?
Aku: Eh, kenapa Kak Mik cakap macam tu. Saya duduk sini tak pernah kacau orang kak.
Kak Mik: Sabar. Janganlah marah. Akak cuma hairan je. Dah la. Jom akak hantar kamu balik kolej. Tapi kamu kena rahsiakan benda ni. Jangan sampai satu kolej tau. Faham?
Aku: Hmmmm.

Aku dapat MC sehari. Aku habiskan masa untuk kemas bilik je. Dalam pukul 10.30 pagi, Yuni balik. Dia cakap kelas cancel dan nak kemas bilik sama-sama dengan aku. Aku pun senang hati sebab ada orang nak tolong. Masa mengemas, aku perasan Yuni pegang-pegang rambut aku. Bila aku mula rimas, aku tegur dia. Kenapa kau pegang rambut aku? Dia jawab, aku suka kau, kau cantik (sambil belai-belai rambut aku). Eh, dah la. Aku nak kemas ni. Nanti siap lambat. Aku teruskan mengemas sambil tangan dia merayap-rayap ke tengkuk aku. Tiba-tiba, dia bersuara lagi. Nim, kenapa semua lelaki suka dekat awak? Kenapa lelaki suka dekat awak? Kenapa lelaki suka dekat awak? Kenapa lelaki suka dekat awak? Ehehehehehehehe. Haermmmmm. Haermmmm. Dia mendengus sambil pandang tepat kat mata aku. Aku tekup telinga sebab suara dia berdengung. Dia pegang tangan aku. Allahuakbar, tangan dia sejuk macam mayat. Ada urat-urat hijau timbul sampai ke muka. Akhirnya urat-urat tu bertukar merah dan berselirat. Dia genggam tangan aku sambil warning “jauhi mana-mana lelaki yang suka kamu kecuali…” Pap! Dia hilang. Roommate aku yang baru balik tadi hilang! Aku tertanya-tanya. Kecuali siapa?

Aku termenung. Kata-kata yang “Yuni” cakap tadi macam pelik. Tiba-tiba… bluerkkkkkkkk. Bluerkkkkkkkkkk. Aku muntah. Lebih memeranjatkan, aku muntahkan bulu. Bulu ayam atau burung aku tak pasti. Ada la dalam 3 hingga 4 pelepah dan berlendir hijau. Aku terus sedar yang aku kena gangguan mistik. Lebih tepat lagi, aku kena sihir. Syed! I need to call Syed!

Aku: Assalamualaikum Syed. Kau sihat?
Syed: Waalaikumusalam. Aku sihat. Kau mimpi apa sampai call aku?
Aku: Hmmmm. I think I need to share with you something.
Syed: Yeah. What is it?
Aku: Aku rasa aku kena sihir la.
Syed: Ha? Sihir? Kenapa kau kata kau kena sihir?
Aku: Sebab aku muntah dan nampak benda pelik-pelik.
Syed: Woa. Woaaaaa. Baru muntah dan nampak benda pelik-pelik semalam dah terus kata kena sihir? Selidik dulu Nim. Aku takut jatuh fitnah.
Aku: Fitnah apa bendanya. Aku tak tuduh siapa-siapa pun kan? Eh, jap. Macam mana kau tau aku nampak benda tu semalam!
Syed: Kau tunggu aku datang sana.
Aku: Kau nak datang sini? Jauh la gila!
Syed: Aku ada kat KL. Kau tunggu je.

Tut! Tuuut! Tutttt! (Syed tamatkan panggilan)

Pukul 8:30 malam. Syed datang jumpa aku kat Terengganu. Aku jumpa Syed dalam keadaan lemah sebab sebelum tu aku muntah-muntah lagi. Syed tegur muka aku pucat. Dia nampak risau sangat. Aku cuba yakinkan Syed yang aku okay. Aku cerita pada Syed apa yang berlaku daripada A sampai Z. Syed setia mendengar. Selesai aku bercerita, Syed cuma ajukan satu soalan. Kau ada buat orang sakit hati? Aku jawab, tak dan aku tak tau kalau aku ada sakitkan hati orang secara tak sengaja. Kalau aku tau, aku cuma nak minta maaf dan jadi normal. Syed diam dan nasihatkan aku supaya bertenang. Dia akan bermalam kat Terengganu tiga hari untuk jaga aku. Syed hantar aku balik kolej dalam pukul 11.00 malam. Sebelum aku keluar dari kereta Syed,aku terdengar Syed cakap, tu la siapa suruh cantik sangat. Kau cakap apa Syed? Eh, tak ada apa-apa, kau naik la rehat.

*Suspek pertama: Syed si kawan baik

Pukul 11:50 malam. Aku siapkan diri untuk tidur. Nim, temankan aku pergi tandas. Yuni kejutkan aku untuk pergi tandas. Aku bangun dan temankan dia. Masa kami jalan dekat koridor, tiba-tiba Yuni tarik tangan aku supaya berhenti dan tekup mulut aku. Dia bisik. Diam, ada benda atas kepala kita. Dup dap! Dup dap! Dup dap! Jantung aku berdegup. Kami terpaku dalam seminit. Kemudian… benda tu merangkak ke depan tetapi membelakangkan kami. Yuni berbisik lagi. Dia tahu kita perasan dia ada. Pap! Lampu koridor m**i. Serentak tu juga benda tu berpusing dan menghadap kami. Waktu dan jantung seakan terhenti bila kami bertentang mata dengan seekor makhluk yang aku sendiri tak tahu nak sebut sebagai apa. Mungkin pontianak sebab mukanya hodoh, pakaiannya lusuh. Muka dia macam hancur. Pelan-pelan, benda tu merangkak ke arah kami tapi masih dalam keadaan tergantung di siling. Aku dan yuni menggigil. Kaki kami sekaan terkunci. Benda tu bersuara. Dikkkkkkk… boleh makcik masuk dalammmmmm…

Yuni tarik tangan aku dan kami berlari masuk ke bilik semula. Yuni yang kunci pintu. Aku terduduk. Dari dalam bilik, kami terdengar hilaian panjang heeeeeheeeheeeeeeeeheeeeeee. Nim! Nim! Nim! Jangan pengsan. Please jangan pengsan. Dalam keadaan separa sedar, aku terasa Yuni menampar-nampar muka aku supaya aku kekal sedar. Aku kuatkan diri untuk lawan kelemahan batin aku. Masa aku tengah lawan dan kawal diri aku supaya aku tak kerasukan atau histeria, aku ternampak muka Jafni!

Suspek kedua: Jafni, teman lelaki di tingkatan 6

Keesokan hari, aku call Syed lagi untuk berjumpa. Aku beritahu Syed yang aku nampak muka Jafni masa aku separa sedar.

Syed: Jafni? Member lama aku dekat kem dulu?
Aku: Haah. Kan aku pernah beritahu kau yang aku dengan Jafni bercinta dulu tapi sekejap je.
Syed: Ye, aku ingat. Tapi takkan la Jafni? Kau tau tak, ayah dia tu imam kat kem tau. Mak dia pula ustazah sekolah agama.
Aku: Habis kau ingat iman tu boleh diwarisi? Boleh bluetooth?
Syed: Takde la. Kau cakap macam kau tuduh dia. Lagipun kau pandai-pandai je cakap kau kena sihir. Mana la tau cuma gangguan je.
Aku: Syed, aku tak bodoh tau. Kau jangan samakan aku yang dulu dengan aku yang sekarang. Aku dah google ciri-ciri orang kena sihir. Almost 97% ciri-ciri tu ada pada aku. Kau faham tak. Aku dah mula jadi panas baran!
Syed: Okay relax. Cuba kau ingat betul-betul pasal Jafni. Pernah tak kau buat dia sakit hati? Kenapa kau dengan dia putus? Kalau betul kau kena sihir, mesti kau ada buat dia sakit hati. Selalunya, orang yang sakit hati je akan buat benda-benda macam ni.
Aku: ~~~

2011 (STPM)

Cikgu Nazrah panggil aku dengan Jafni masuk bilik kaunseling. Kami ditangkap berdua-duaan di dalam kelas selepas waktu sekolah. Sumpah, kami tak buat apa-apa cikgu. Ohhh tak buat pa pa. Entah-entah tangan dok meraba! Wooooaa cikgu. Mulut cikgu jaga sikit. Cikgu jangan fitnah, kata Jafni. Awat, hampa ingat hampa dok berdua-duaan dalam tu orang lain tak fitnah? Kami tertunduk.
Ya kami berdua masa tu tapi Jafni datang sebab nak bagi aku hadiah. Tu je. Tapi nak buat macam mana. Nasib kami agak baik sebab Cikgu Nazrah lepaskan kami dengan warning je. Sejak kejadian tu, aku mula menjauhkan diri daripada Jafni. Aku cuba renggangkan hubungan kami. Bukan niat aku untuk buat Jafni sedih tapi entahlah. Aku tak suka. Hari-hari Jafni call dan text aku tapi aku tak balas pun. Dekat sekolah, dia cari aku. Sampailah satu hari aku ajak dia jumpa untuk selesaikan masalah kami.

Aku: Jaf, lepas ni awak tak payah cari saya ye. Kita putus.
Jafni: Tapi kenapa? Takkan la sebab Cikgu Nazrah? Mana ada orang tau pasal tu.
Aku: Bukan. Bukan sebab tu.
Jafni: Habis tu sebab apa? Sebab kau dah bosan dengan aku? (Jafni menjeling)
Aku: Hmmm. Saya tak tahu. Tapi kita kan nak exam. Elok kita fokus study.
Jafni: Kepala otak kau study! Ohhh, sebelum ni tak fikir pun study? Menggelinjang dengan lelaki lain takpe pula!

Panggg!

Aku lempang Jafni sebelum aku lari tinggalkan dia. Sejak tu, aku terus jadi halimunan untuk Jafni. Aku taknak jumpa dia lagi. Nasib baik exam dah nak dekat dan masing-masing sibuk buat hal sendiri sampailah keputusan keluar dan aku di sini.

2012 – 2015 (Terengganu)

Syed: Hanya dengan satu pelempang dah cukup buat dia berdendam dengan kau, tau tak? Kenapa kau tak pernah cerita kau lempang Jafni? Baru hari ni aku tau sebab kau dengan dia putus.
Aku: Aku tak dapat kawal diri aku. Kata-kata Jafni tu melampau. (aku menangis)
Syed: Nim, aku takut Jafni…
Aku: Sihir aku?
Syed: Hmmm. Jangan tuduh dulu. Jom kita berubat untuk tau masalah sebenar kau.
Aku: Syed, bukan kau kan?
Syed: Astaghfirullahalazim. Gila apa aku nak sihir kau! Kenapa aku nak sihir kau? Kau rasa kau pernah sakitkan hati aku? Atau sebab aku suka kau? Nim, kalau aku suka kau, dari dulu aku cakap aku suka kau. Kau pun pernah tanya kan? Kalau betul aku sihir kau, kenapa aku beria-ria nak tolong kau? Kau yang ramai sangat kawan lelaki. Mana tau salah sorang tak puas hati bila kau putuskan hubungan. Aku pula yang kena.
Aku: Maaf Syed. Aku celaru.

*Tuduhan Syed sebagai suspek dibatalkan. Tinggal Jafni.

Syed bawa aku jumpa dengan seorang lelaki lingkungan umur akhir 40-an. Lebih tepat lagi, Syed bawa aku jumpa bomoh. Bomoh tu scan badan aku. Hmm. Muka molek macam awak ni memang ramai orang suka. Jin pun suka. Ada yang hantar ni. Aku cemas. Hantar apa tok? Siapa yang hantar?
Bomoh tu cakap dia tak boleh beritahu siapa yang hantar tapi dia boleh pulangkan balik benda tu pada tuannya. Aku tak setuju. Aku takut. Aku ajak Syed balik. Sebelum balik, aku nampak Syed senyum kat bomoh tu. Mungkin Syed memang dah kenal bomoh tu.

Sampai kat bilik, aku search FB Jafni. Cari punya cari, aku jumpa satu akaun “Ahmad Jafni Tawin”. Studied at Terengganu. Ya Allah, macam mana aku boleh tak tahu Jafni sama uni dengan aku? Aku add Jafni dan mesej dia. Aku ajak dia jumpa. Jafni setuju untuk jumpa aku. Aku tutup laptop dan tidur.

Pukul 2.20 pagi, aku terjaga sebab terasa nak buang air. Ahhh sudah. Aku teringat makhluk atas siling kelmarin. Sebab takut, aku nak minta tolong roommate aku temankan. Elok je aku jejak kaki dan pijak lantai, kaki aku terasa berbisa. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku tak dapat pijak lantai langsung. Aku nampak ada kesan lebam dan bertompok-tompok kat betis aku. Aku panggil Ika, roommate aku selain Yuni. Ika bantu bantu papah aku dan pakaikan selipar. Aku beritahu Ika yang aku rasa nak muntah. Nasib baik Ika sempat capai baldi dan tadah. Keluarlah segumpal rambut dari mulut aku bersama lendir. Rambut panjang. Rambut aku tak sepanjang tu. Ika tanya kenapa muka aku pucat dan bibir aku merekah sampai berdarah. Aku jawab aku keracunan makanan. Aku taknak Ika syak apa-apa. Tapi Ika bersuara lagi. Nim, teghuk mu Nim. Maghi kito gi sepita deh? Aku cakap aku okay dan terus minta Ika bawakan aku ke tandas.

Dalam perjalanan ke tandas, ika berhenti. Eh Nim, jak deh. Aku nok pi amek beruh gigi jak. Ale-ale teme mu gi tandah elok aku gi cuci muko. Aku cuma mengangguk dan tunggu tepi koridor bawah lampu kecemasan. Tak sampai beberapa minit, Ika kembali dan kami ke bilik air. Selesai buang air, aku keluar. Tapi aku perasan Ika tak ada. Aku panggil Ika berkali-kali tapi tetap senyap. Tiba-tiba…Nim, mu caghi aku ko? Aku terdengar suara dari belakang aku tapi suara tuuuu….bukan suara Ika! Aku mula menggigil. Aku takut. Aku taknak pandang belakang. Nim, mu pande sini Nim. Aku belake mu Nim. Zasssssss! D***h aku berderau dan naik sampai ke otak. Aku masih terpaku. Memang itulah tindakan refleks aku setiap kali terlalu takut diganggu. Nim, kalu mu tok pande sini, aku gi depe mu deh? Damn!

Aku kuatkan diri untuk menoleh. Tiba-tiba… Tasnimmmmmm!!! Ika jerit panggil aku dari koridor. Sah, benda belakang aku ni bukan Ika! Aku berlari keluar. Malangnya aku tersadung dan tersembam tepi koridor. Masa aku cuba bangun, aku nampak benda tu depan aku dan merangkak perlahan mendapatkan aku. Aku habiskan bacaan ayat kursi sambik tutup mata. Dada aku macam nak pecah! Kemudian, aku dapat rasa macam angin bertiup. Bila aku buka mata, benda tu dah hilang. Aku jerit panggil Ika. Ika datang dan bantu aku berdiri. Dia cakap puas dia cari aku lepas cuci muka. Semua pintu bilik air dia ketuk tapi aku tak ada. Padahal aku ada je dekat pintu ketiga. Tapi Ika kata aku hilang. Pelik.

Pagi tu aku tak berapa sihat. Muka pucat, bibir kering. Nak make up pun malas. Biarlah Jafni lihat keadaan aku supaya dia hentikan kerja terkutuk dia. Aku pun keluar jumpa Jafni.

Jafni: Tasnim, awak okay? Kenapa nampak lain sangat ni?
Aku: Awak tanya sebab awak nak tahu atau pura-pura tak tahu?
Jafni: Apa yang awak cakap ni?
Aku: Sudahlah Jaf. Awak sihir saya kan? Awak dendam dengan saya sebab lempang awak masa kita tingkatan 6 dulu. Lepas tu awak berdendam dengan saya sebab tinggalkan awak kan! (Aku tak tahu kenapa aku tengking Jafni. Aku tak dapat kawal perasaan marah, sedih dan letih)
Jafni: Astaghfirullahalazim. Punya lama kita tak jumpa, ni soalan yang awak tanya? Apa awak merepek ni? Awak sedar tak awak fitnah saya?
Aku: Kenapa Jaf? Besar sangat ke dosa saya pada awak sampai awak tergamak sihir saya? Saya lempang awak bukan ada orang nampak. Tak ada orang tahu. Sama macam awak pujuk saya masa Cikgu Nazrah tangkap kita. Tak ada orang tahu!
Jafni: Tak ada orang awak cakap? Habis awak bawa Syed sekali kenapa? Awak tau tak, sebab mulut dia, kawan-kawan saya tau awak lempang saya. Saya malu Tasnim.
Aku: Syed? Saya datang sorang jumpa awak masa tu. Syed kan tengah study kat UITM. Masa bila pula Syed…
Jafni: Syed masuk UITM? Tasnim, listen. Syed tu psiko. Dia boleh buat cerita apa-apa je untuk kepentingan diri dia. Dia tak dapat tawaran masuk mana-mana universiti pun. Apa yang saya pasti, dia selalu ikut awak. Masa kita jumpa tu pun dia ada. Takkan awak tak perasan?
Aku: Jaf, saya datang sorang. Sumpah. Saya tak nampak pun Syed!
Jafni: Dia ada datang jumpa awak dekat sini?
Aku: Ada. Dia memang ada dekat sini. Tapi hari ni dia balik KL. Dia stay sekejap sebab nak jaga saya.
Jafni: Hmmmm. I don’t know where he is. Tapi saya dapat rasa dia perhatikan kita Tasnim. Keluarga Syed bukan orang baik-baik. Ayah dia bomoh!
Aku: Ha? Bomoh? Berapa umur ayah dia?
Jafni: Tak pasti. Tapi tak la tua sangat. Late 40s I guess. Last saya jumpa keluarga dia pun masa diorang kena halau dari kem sebab ayah dia suka buat benda syirik.
Aku: 40-an. Bomoh yang dia bawa saya jumpa…
Jafni: Dia bawa awak jumpa bomoh? Sah! Itu ayah dia! Mungkin diorang ada dekat sini. Awak jaga-jaga Tasnim. Saya takut awak dah jadi mangsa dia dan keluarga dia.
Aku: Eh, wait. Keluarga dia kena halau? Maksudnya dia pindah dari kem kena halau? Bukan sebab ayah dia pencen awal?
Jafni: Ye, sayang.
Aku: Stop it, Jaf!
Jafni: Okay. Okay. Saya rasa Syed cuba manipulasi awak. Dia nak tutup rancangan dia, dia cuba buat baik dengan awak. Dia pernah cakap dia suka awak?
Aku: Tak pernah. I mean, saya pernah tanya tapi dia jawab tak.
Jafni: Habis tu, kenapa banyak gambar awak dalam kereta dia?
Aku: Ha? Kereta dia? Mana awak tau?
Jafni: Ingat tak ada satu malam awak jumpa dia? Actually, I saw both of you that night. I saw his unlocked and saya buka. Saya pun tak tahu kenapa saya buat macam tu. Hati saya tergerak untuk buat macam tu. And you know what, banyak gambar awak dalam dashboard dia Tasnim. Ada ke orang normal simpan gambar kawan baik dia macam tu sekali?
Aku: What! Rupanya awak tau kita sama uni? Kenapa baru sekarang awak cerita semua ni? Patut la Syed tak pernah kenalkan saya dengan keluarga dia walaupun kami amat rapat kat sekolah. Saya cuma pernah jumpa adik dia je.
Jafni: Saya minta maaf. Saya tak tahu awak dalam bahaya. Lagipun saya tak sangka Syed akan ikut jejak ayah dia. Setahu saya, Syed baik dulu. Bila awak mesej saya ajak jumpa, baru saya terfikir mungkin awak ada masalah. Saya minta maaf Tasnim. Saya takut nak muncul depan awak sebab saya tau awak benci saya. Maafkan saya.
Aku: Syed, rupa-rupanya kau yang…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(BAHAGIAN II)

Mungkin sesetengah orang akan menganggap aku miang, gedik dan sebagainya. Aku terima. Cuma perkara yang berlaku ni di luar kawalan dan jangkaan aku. Tak pernah sekalipun aku gunakan kecantikan yang aku miliki untuk main-mainkan lelaki. Apa yang boleh aku katakan, memang Syed yang sihir aku. Now, aku akan sambung permainan psikologi untuk berhadapan dengan Syed. Dia tak boleh syak yang aku sebenarnya dah tau perbuatan kotor dia.

Bagi aku, nak berhadapan dengan orang macam Syed ni tak mudah. Aku ambil pendekatan untuk tak menggelabah dan cuba bertenang sehabis baik. Itu juga nasihat daripada Jafni. Ohh ya, waktu tu aku masih belum beritahu ibu tentang sakit aku dan masalah aku sebab ibu masih bersedih atas pemergian ayah pada Mac 2015. Jadi, aku selesaikan masalah ni sendiri.

2015 (Terengganu)

Dua minggu sebelum peperiksaan semester akhir berlangsung, aku pulun study sebab aku jenis yang slow sikit bab-bab menghafal ni. Satu malam tu, semua ada di bilik untuk study. Ika si mek klate tu study selang satu meja dari aku. Dia ni jenis study mulut bercakap. Dia cakap English pun bunyi Kelantan aku dengar. Terhibur rasanya. Yuni pula study atas lantai. Meniarap, bantal tongkat dagu. Masing-masing tengah khusyuk. Tiba-tiba, pap!

Eh, korang! Kenapa lampu tiba-tiba m**i ni. Tolong suluh sekejap. Aduh, kipas pun m**i. Blackout la ni! Ika, Yuni tolong la suluh sekejap. Handphone aku atas katil. Tak nampak ni. Yuni, tolong capai torchlight dalam locker aku tu. Ish korang ni, kalau ye pun khusyuk, jangan la senyap je. Gelap-gelap bukan boleh nampak nota pun!

Aku pun meraba-raba meja nak ke locker ambil torchlight. Raba punya raba, sampai la ke meja si Ika ni. Kosong. Raba lagi dekat kerusi, kosong. Ish mana pula Ika ni. takkan la lari baring sekali dengan Yuni kat lantai. Aku pun mengundur ke belakang sikit sambil kipas-kipas kaki aku dengan harapan aku tersepak badan Ika atau Yuni. Sepak, kosong. Sepak lagi, kosong. Sepak-sepak lagi, cuma angin. Aku pun depakan tangan, kangkangkan kaki dan aku pusing 360 darjah. Satu objek pun aku tak terlanggar atau tersentuh atas lantai. Sah, bilik aku kosong! Zapppp! D***h aku berderau. Aku cepat-cepat ke locker dan ambil torchlight dengan tangan terketar-ketar. Tikk!

Aku nyalakan torchlight. Tempat pertama aku suluh ialah meja Ika. Seperti yang aku jangka, kosong. Aku suluh lantai. Kosong jugak. Yuni tak ada. Buku-buku dan nota dia pun tak ada! Aku buka pintu bilik dan jengah ke luar. Hanya lampu kecemasan yang menyala. Itupun hisup segan m**i tak mau cahayanya. Tapi aku pelik. Kenapa yang lain senyap je? Selalunya kalau blackout dah kecoh kat koridor. Aku pergi ke katil dan capai handphone. Aku send satu mesej dekat floor rep aku. Dia reply dengan satu imej.

Notis:

Dimaklumkan bahawa pada 12 Jun 2015, pihak kolej akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di bilik suis utama. Oleh itu, pihak kolej akan mematikan semua sumber elektrik bermula jam 10 malam hingga jam 2 pagi. Pelajar dinasihatkan supaya tak menggunakan apa-apa sumber cahaya yang berbahaya terutama lilin demi keselamatan warga kolej yang lain. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Earth Hour paling lama dalam rekod. 4 jam tanpa elektrik! Macam mana la aku tak perasan notis ni. Patut la budak-budak lain senyap je. Diorang dah prepare la tu. Tak pun pergi lepak kolej lain. Aduh, dah pukul 10:30 ni. Nak tunggu lagi tiga jam lebih masak aku dalam bilik panas ni. Zapppppp! D***h aku berderau lagi bila aku teringat ‘Ika’ dan ‘Yuni’ yang study sama-sama dengan aku tadi. Aku selitkan torchlight dekat kerawang katil. Aku buka buku Yasin. Kebetulan wudhuk aku masa Isyak tadi masih belum terbatal. Buku Yasin sebesar tapak tangan tu aku pegang kemas dan mulakan bacaan. Masa aku nak teruskan bacaan pada muka surat ketiga, aku ternampak cahaya handphone dekat katil Ika. Katil Ika bertentangan dengan katil aku dengan Yuni. Melihat pada cahaya tu, aku rasa macam ada orang yang pegang sebab cahaya tu terapung. Bukan terletak. Aku amati betul-betul cahaya tu. Memang nampak macam orang main handphone dalam gelap!

I i i i i ika dah dah dah balik? Bi bi bi bila ma ma ma masuk? (aku beranikan diri bertanya dengan suara terketar-ketar). Hmmmmmm, ika membalas. O o o orang cari Ika dengan Yuni tadi. Hmmmmm, sekali lagi Ika membalas. O o o orang sambung baca sikit lagi. I i i i i ika ti ti ti tido la dulu. (Allah, masih tak hilang ketarnya). Ika senyap.

Tapi, aku tak sambung bacaan Yasin aku. Aku capai handphone dan call Ika. Kalau betul Ika dekat dalam bilik ni. Mesti ada bunyi ringtone lagu ‘Give your heart a break’ nyanyian Demi Lovato. Tut tut. Tut tut. Tut tut. Ringtone ‘orang’ katil depan tak berbunyi. Aku matikan panggilan. Aku toleh katil Ika, masih ada cahaya tu. Aku dail semula. Tut tut. Tut tut. Tiba-tiba, panggilan aku dijawab. Hello, Nim. Mu gi mano aku call mu dai tadi mu senyak. Hok tut tut tut. Mu gi mano? Damn! Aku terkena lagi.

I i i i i ika ke tu? Ho la. Aku la roommate mu hok kalut sekali ni. Aku ni dai tadi call mu. Aku kek kolej Jannah ni. Male ni aku tido sini. Uuuuuu dok sangguk aku dok bilik paneh tu Nim. Blackout male ni. Mu kek bilik ko? Yuni ghoyak tadi dio tak balik jugok. Mu oke ko Nim? Panjang Ika membebel. Aku cuma menangis. Nim, mu nangeh ko? Kami mintak maah Nim. Kami call doh ke mu. Mu tak angkak. Gini Nim, mu call Kak Mik deh? Mu gi bilik dio ko. Mu jange dok bilik sore kalu mu takuk. Mintak maah deh. Aku cuma dapat balas pujukan Ika dengan tangisan. Aku tamatkan panggilan.

Aku menangis bukan sebab aku terkilan Ika dan Yuni tinggalkan aku dekat bilik sorang-sorang. Tapi, masa aku tengah dengar Ika explain sebab dia tak balik bilik tu, aku nampak benda tu bangun. Macam mana aku tahu? Sebab cahaya tu makin tinggi. Cahaya tu bergerak ke arah aku. Tapi aku tak nampak kelibat apa yang pegang cahaya tu sebab gelap sangat. Cahaya torchlight cuma cukup-cukup nak terangkan surah yasin yang aku pegang. Benda tu makin dekat. Masa tu jugak bau busuk menerjah hidung aku yang dah mula tersumbat dengan hingus sebab aku nangis. Aku tundukkan muka aku sambil toleh ke tempat lain. Surah Yasin yang aku pegang akhirnya jatuh dek tangan aku yang menggigil terlalu kuat. Benda tu berdiri sebelah aku. Aku rapatkan badan ke dinding menjauhi benda tu. Masa tu jugak tangan dia mula hinggap dekat rambut aku dan bersuara. Tasnim, mu buke soghe-soghe dale Ni. Aku ado kek sampeng mu. Ake menjerit. Allahuakbar! Tolong Syed, Stop it! Zasssssss! benda tu hilang! Bilik masih gelap. Aku berlari ke bilik Kak Mik.

Aku: Kak Mik, tolong saya kak. Ada benda dalam bilik saya.
Kak Mik: Eh, Tasnim. Masuk. Masuk. Kamu duduk dulu. Akak nak pasang lilin.
Aku: Eh, kan kolej tak bagi pasang lilin kak. Nanti terbakar.
Kak Mik: Habis tu kamu nak dapat cahaya dari mana? Tangkap kunang-kunang?
Aku: Hmmm. Torchlight saya pula tertinggal dalam bilik. Akak tak takut ke duduk dalam gelap?
Kak Mik: Akak dah biasa. Lepas cerai, hidup akak memang dah gelap.
Aku: Sorry, kak.
Kak Mik: Hahahahahahaha. Akak gurau je Tasnim.
Aku: Eee akak ni. Saya tumpang tido sini malam ni boleh tak?
Kak Mik: Boleh. Tapi akak pelik la. Kenapa kamu balik bilik dan duduk sorang-sorang? Akak rasa dekat floor ni kamu je yang ada. Yang lain pergi study kat kolej lain rasanya. Floor rep pun tak ada. Kamu tak baca notis ke?
Aku: Saya tak baca kak. Tak perasan pun. Roommate saya pun tak beritahu saya. Ika kata dia ada call saya tapi macam tak ada je.
Kak Mik: Aiiiiii, masa mesyuarat jawatankuasa, si Zulaikha tu beria-ria bagi cadangan buat penyelenggaraan malam ni sebab dia kata tak ramai yang ada dekat kolej sebab masing-masing nak study kat kolej lain. Ada yang dah habis kuliah, balik kampung sebelum minggu exam. Takkan dekat roommate sendiri dia tak beritahu?
Aku: Ika bagi cadangan tarikh malam ni?
Kak Mik: Iya. Sebab tu akak terkejut kamu ketuk pintu bilik akak. Akak ingatkan bilik kamu kosong. Ika cakap roommate dia pun balik kampung malam ni. Kamu tak jadi balik kampung ke?
Aku: Bila masa saya cakap dengan dia saya nak balik kampung?
Kak Mik: Manalah akak tau.
Aku: Akak, nak pinjam handphone. Nak call Yuni.

~~~~~~~

Aku: Hello, Yuni. Awak kat mana?
Yuni: Saya dekat luar ni. Tidur kat rumah kawan. Tak berani la duduk bilik sorang-sorang. Tasnim kat mana? Dah sampai kampung ke? Ni nombor telefon siapa?
Aku: Yuni, saya tak balik kampung dan saya tak pernah cakap nak balik kampung.
Yuni: Eh, Ika cakap Tasnim balik kampung. Lagipun minggu depan study week kan. Sebab tu Yuni tak balik bilik. Ika pun tak balik.
Aku: Hmmm. Saya ada kat kolej ni. Tak apalah Yuni. Jumpa nanti. Bye.

Aku dah dapat tangkap permainan Ika. Aku rasa Ika ada kena mengena dengan masalah aku. Aku dapat rasakan Ika orang tengah Syed. Apa yang menguatkan lagi andaian aku adalah setiap kali aku diganggu, mesti ada kaitan dengan Ika. Kalau benda tu tak menyerupai Ika, dia akan bersuara macam Ika. Dah banyak kali dah. Tapi aku abaikan Ika dulu. Aku nak jumpa Syed.

Aku: Kak Mik, saya nak tidur sekejap. Tolong kejutkan saya pukul 5 boleh?
Kak Mik: Boleh. Tidurlah.
Aku: Aaaaaa lagi satu kak, nanti pagi nak pinjam handphone lagi tau.
Kak Mik: Bolehhhhhhh.

Pukul 5.10 pagi, aku send satu mesej yang panjang dekat Syed guna handphone Kak Mik. Dalam mesej tu aku cerita dekat dia yang aku kena kacau lagi. Aku cakap aku takut dan aku nak jumpa dia pukul 9 pagi nanti. Kalau dikira betul-betul, Syed cuma ada masa 4 jam untuk datang jumpa aku. Kalau betul Syed dah balik KL, dia takkan sempat sampai jumpa aku tepat pukul 9. Mesej aku yang panjang berjela tu cuma nak konsentrasi dia tentang waktu. Syed balas dengan satu emoji thumbs up dan kami bertemu keesokan harinya tepat pukul 9 pagi!

Aku: Syed! Happynya aku dapat jumpa kau. Maaf la kalau aku susahkan kau. Datang jauh-jauh dari KL. Tapi cepat jugak kau sampai. KL-Terengganu 4 jam je. Laju gila kau bawa kereta. Hehehehe.
Syed: Aku dah biasa dengan jalan kat sini. Cepat la sampai.
Aku: Dah biasa dengan jalan sini? Kau cakap macam kau duduk sini je.
Syed: Kenapa kau ajak aku jumpa ni? Mesej pagi-pagi buta berjela-jela. Kau kena kacau semalam teruk ke?
Aku: Hmmm, teruk. Benda tu dah mula menyerupai roommate aku, Ika. Macam mana ni Syed?
Syed: Pergilah berubat. Risau aku tengok kau ni.
Aku: Ye. Aku memang kena berubat. Cuma aku nak siasat dulu siapa yang buat aku jadi macam ni.
Syed: Kau tak pernah pergi berubat, macam mana kau nak tau siapa yang buat? Lagi senang la dia nak kacau kau.
Aku: Yeke? Eh, kau nak tau satu benda tak?
Syed: Ha, apa?
Aku: Aku jumpa Jafni dekat sini. Rupa-rupanya aku dengan dia sama uni. Tak sangka betul la. Aku ingatkan takkan jumpa dia lagi.
Syed: Jafni ex kau masa tingkatan 6 dulu ke?
Aku: Haah, dia la. Kawan kau masa kat kem dulu. Dia dah cerita punca sebenar kau terpaksa pindah dari kem.
Syed: Hah? Dia cerita kenapa family aku pindah? (Syed nampak terkejut. Daripada duduk macam orang malas, terus tegak)
Aku: Haah. Aku pun tak sangka sampai macam tu sekali. Terkejut aku dengar cerita Jafni.
Syed: Dia cerita apa dekat kau? Kau jangan percaya la. Dia reka cerita tu.
Aku: Laaaaa, takkan la aku tak percaya. Dia cakap family kau kena sihir dengan orang dekat-dekat situ jugak. Sebab tak tahan sangat la family kau pindah. Takkan Jafni nak reka cerita. Kalau dia cakap family kau yang sihirkan orang barulah dia reka cerita. Hehehe.
Syed: Ohhhhh… aaaaa… haaaaaa betul la tu.
Aku: Kesian kau Syed. Tapi kenapa kau tak pernah cerita perkara sebenar dekat aku? Kita kawan rapat tapi aku tak pernah tau latar belakang keluarga kau. Orang lelaki memang suka berahsia ke?
Syed: Kau tu pernah ke nak dengar cerita aku? Sibuk dengan kawan-kawan lelaki kau.

Perbualan kami terhenti. Aku tersentak dengan kata-kata Syed. Mungkinkah sebab aku kurang beri perhatian pada Syed dan itu jadi alasan dia sihir aku? Aku kena cari lagi puncanya. Mustahil sebab tu saja. Lepas beberapa minit kami diam, aku mulakan semua perbualan.

Aku: Syed, jom kita pergi short vacay! Alang-alang kau ada dekat sini. Aku tak faham sangat jadual UITM ni. Sekarang tengah cuti ke?
Syed: Aaaa… haah cuti. Aku cuti lama jugak. Boleh la kalau nak bercuti sekejap. Nak pergi mana?
Aku: Kita pergi pulau je. Tak jauh sangat. Tapi tak nak la kita berdua. Aku ajak Ika. Kau ajak la Jafni. Dia pun mesti dah lama nak jumpa kau.
Syed: Kau arrange la. Aku ikut je.
Aku: Okay, set!

Hari yang aku rancang dah tiba. Kami ke pulau untuk ambil angin. Tapi niat aku lebih kepada nak menguji Syed dan Ika. Aku nak tahu sama ada Syed dan Ika kenal ataupun tak. Waktu tu, exam dah nak dekat tapi aku tetap teruskan rancangan aku memandangkan aku rasa tak tenang. Aku tak tahu kenapa Ika tak tolak ajakan aku untuk ke pulau. Padahal kertas dia mula awal dari aku. Dia pun tak tanya kami akan ke pulau dengan siapa. Mungkin dia pun ada agenda dia sendiri. Atau dia dah tahu apa akan jadi?

Aku dan Ika pergi ke jeti. Kami sewa kereta. Aku taknak pergi dengan Syed sebab kalau jadi apa-apa, aku boleh balik sendiri. Syed pula, aku suruh ambil Jafni dekat kolej. Tapi, baru aku perasan Jafni tak balas mesej aku dari semalam. Sampai di jeti, aku nampak kereta Syed. Tap Jafni tak ada. Aku tanya Syed mana Jafni. Syed cakap Jafni nak gerak sendiri. Dia tak bagi Syed ambil dia. Aku syak Jafni pun fikir Langkah keselamatan yang sama macam aku. Masa Ika turun dari kereta, aku pandang muka Syed. Dia tengok Ika dalam dua tiga kali lepas tu dia tunduk sebelum pandang aku. Aku tak kenalkan Ika pada Syed pun. Kami pun gerak ke pulau tanpa Jafni.

Syed: Nice gila view kat sini! Kau dah booking bilik ke?
Aku: Eh, aku tak cakap aku nak stay sini malam ni.
Syed dan Ika: Hah! (sambil pandang muka aku)
Aku: Laaaa. Korang terkejut sangat kenapa? Kan aku dah cakap short vacay. So, let’s make it short okay! Kita lepak-lepak sini sekejap lepas tu kita balik.

Aku bergerak ke depan tinggalkan Syed dan Ika kat belakang. Sambil tu, aku keluarkan handphone konon-konon nak selfie. Tapi sebenarnya aku nak tengok reaksi Syed dan Ika kat belakang aku. Seperti yang aku jangka, aku nampak Syed dan Ika bercakap-cakap. Tangan Ika ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan macam orang tengah berkempen. Aku pun sergah Syed dan Ika supaya teruskan berjalan. Jujur aku katakan, moment di pulau waktu tu semuanya FAKE. Aku bertahan untuk selesaikan misi aku je. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Jafni pula masih belum dapat dihubungi. Call tak angkat. Mesej tak balas. Aku risau. Dalam masa yang sama aku risau nak keluar dari pulau waktu malam. Tapi orang tu dah janji dengan aku. Dia akan bantu.

Aku: Bluerkkkk! Bluerkkkk! (Aku pura-pura nak muntah)
Ika: Nim, mu oke ko? Mu nok muntoh ni. Syed, gi cari plastik ko gapo dio jola.
Syed: Okay, okay.
Aku: Macam mana Ika tau nama Syed? Saya tak pernah kenalkan Ika dengan dia.
Ika: Aaaaaa. Eh, mu ni! Tadi mu ghoyak namo dio Syed? Lupo mu ni.
Aku: Bluerkkkkkkkk! (kali ni aku betul-betul rasa nak muntah dengar jawapan Ika. Takkan la aku nak gagalkan rancangan aku by mention his name. Aku memang tak sebut langsung nama Syed atau panggil Syed.
Ika: Nim, mu gi toilet hujung tu. Cepak!

Aku pun berlari ke toilet yang agak jauh. Memang tak logic kalau orang yang nak muntah boleh tahan sejauh tu. Perasaan aku luluh. Hati aku sebak. Aku semakin takut. Lepas aku fikir dalam-dalam masa kat toilet, aku jumpa balik Ika dengan Syed. Hari dah nak senja. Aku cakap aku muntah lendir hijau hitam dengan rambut. Muka Syed dan Ika tiba-tiba berubah macam tak percaya. Waktu tu, aku mula syak sesuatu. Mungkin Syed dan Ika hairan bila aku muntah benda tu sedangkan diorang tak hantar pada aku waktu tu. Entahlah. Aku mula kecewa dengan Ika. Lebih tepat lagi, aku mula menyampah dengan Syed dan Ika.

Aku: Dah la. Dah nak senja. Kita solat dulu lepas tu kita makan. Malam sikit kita balik. Ada orang dah tunggu. Jafni pun takkan datang kot.
Ika: Okay, Nim.
Syed: Sure tak nak tido sini malam ni? Bahaya keluar dari pulau ni malam-malam.
Aku: Tak nak. Aku lebih risaukan Jafni. Lagipun aku dah janji dengan orang tu.
Syed: Okay.

Sampai kat darat, kami cari surau untuk solat Isyak. Syed minta aku dengan Ika cari dia dekat Kawasan parkir bila kami dah selesai solat. Lepas aku siap solat, aku duduk sekejap. Aku diamkan diri. Ika ada sebelah aku. Tiba-tiba, badan aku rasa sejuk. Kepala aku berpinar-pinar. Kali ni aku tak pura-pura. Mungkinkah aku mabuk laut? Mustahil, sebab waktu pergi tadi aku okay. Dalam samar-samar, aku terpandang tingkap surau. Allahuakbar! Allahuakbar!

Aku menjerit sekuat hati macam orang histeria. Aku ternampak pocong tengah melompat-lompat. Kepala aku sakit. Rasa nak pecah. Ada beberapa orang cuba tenangkan aku sampai la pocong tu hilang bila ada seorang makmum laungkan azan. Ada seorang makcik lapkan peluh aku. Aku perasan sesuatu. Ika hilang! Aku terus keluar cari Ika dekat kereta. Aku tak nak Ika lari. Apa nak jadi malam tu, jadi la. Aku nekad berdepan dengan diorang.

Tapi… Ika dengan Syed tak ada dekat kereta.

Tiba-tiba, zappppppp! Ada benda melintas laju depan aku. Belum sempat aku fikir benda apa yang lalu, zapppp! Dia melintas lagi. Lepas tu, bukkkkk! Bahu aku ditolak dari belakang dan aku jatuh tersungkur. Kepala aku terhantuk dekat rim tayar. Tiba-tiba aku ternampak Syed melambai-lambai tangan panggil aku. Masa tu Syed ada depan kereta selang dua kereta dari aku. Tapi masalahnya…Syed atas bumbung kereta.

Aku tahu tu bukan Syed. Aku unlock kereta dan masuk. Aku capai buku surah Yasin dalam dashboard dan aku baca. Sambil aku baca, aku jeling ke tingkap. Itu tindakan refleks aku. Macam aku tau ada benda akan muncul dekat tingkap. Tekaan aku betul. Ekor mata aku nampak bayang dekat tingkap tepi aku. Aku pejam mata dan sambung bacaan. Nasib baik aku dah hafal separuh daripada surah tu. Ktakkkk! Macam ada orang cuba buka pintu kereta. Aku teruskan bacaan dan pejam mata. Tapi benda tu tak takut. Ktakkkkk! Ktakkkkk! Ktakkkk! Tiga lagi pintu dia buka. Aku tak tahu siapa atau apa. Aku menggigil.

Tasnimmmmmm…immmm…immmmm…Tasnimmmm….immmmm…immmmm

Ada suara yang memanggil. Aku beranikan diri buka mata. Allahuakbar. Benda tu bertenggek atas boot depan. Mencangkung, bergoyang ke kiri ke kanan. Aku menjerit Allahuakbar tiga kali. Benda tu hilang. Tapi, ada suara yang masih memanggil.

Tasnimmmmmm…immmm…immmmm…

Serentak tu, aku dapat rasa ada tangan yang cuba rangkul leher aku. Tangan yang sejuk dan kasar. Yang pasti bukan tangan manusia. Aku hantuk kepala aku dekat stereng untuk lepaskan diri. Zappppp! Kelibat tadi melintas lagi. Aku cuba hidupkan enjin untuk lari. Dalam aku terketar-ketar nak hidupkan enjin, tiba-tiba pintu kereta terbuka dan ada orang pegang tangan aku. Syed!

Aku: Tolong la Syed, lepaskan aku. Apa dosa aku dekat kau! Kalau aku berdosa sekalipun, tolong la maafkan aku. (aku menangis sambil merayu pada Syed)
Syed: Aku sayang kau Tasnim. Sumpah aku sayang kau. (Syed genggam tangan aku. Aku rasa pedih sangat)
Aku: Kenapa kau tak pernah cakap kau suka aku! Aku pernah tanya kau dulu setan!
Syed: (rentap kepala aku) Kenapa kau sibuk dengan lelaki lain sedangkan aku ada dengan kau! Kenapa kau perlukan lelaki lain sedangkan aku mampu jaga kau! Kenapa kau asyik bercerita pasal lelaki lain tapi kau tak pernah fikir perasaan aku!
Aku: Sebab aku anggap kau kawan aku Syed. Aku anggap kau kawan.
Syed: Pergi mampus dengan kau punya kawan! Aku korbankan macam-macam untuk kau! Kau anggap aku kawan je?
Aku: Kau yang bacul! Kau yang tak berani luahkan perasaan kau! Jangan disebabkan kelemahan dan kebaculan kau, kau buat orang macam ni setan!

Syed lepaskan kepala aku. Syed tunduk. Seolah-olah ada sesuatu yang menenangkan dia. Aku ambil kesempatan tu untuk tendang dia, tutup pintu dan hidupkan enjin. Aku kesat air mata aku dan aku drive keluar dari kawasan tu. Dalam kepala aku cuma satu, balai polis. Waktu aku nak keluar. Aku ternampak Ika tepi jalan. Dia cuma berdiri kaku. Aku tak pedulikan dia. Bagi aku, Ika bukan kawan aku lagi. Aku buat laporan polis tentang kekasaran Syed. Walaupun aku tau Syed mungkin akan bertindak lebih ganas, aku tetap buat laporan demi keselamatan aku buat sementara waktu.

Sejak kejadian malam tu, aku jadi trauma. Setiap sentuhan daripada orang, aku rasakan macam ancaman. Oleh sebab tu, aku dimasukkan ke hospital. Waktu tulah ibu aku dapat tahu semua yang terjadi pada aku. Aku tak dapat ambil exam. Aku extend pengajian. Aku reda. Semua yang berlaku atas kemahuan aku sendiri untuk bertindak. Syed? Aku tak tahu dia kat mana. Apa yang pasti, sihir yang dia hantar makin menghilang dalam proses aku berubat. Jujur aku masih tak percaya Syed sanggup buat semua tu. Kadang-kadang manusia tak perlu ada alasan yang kukuh untuk sakitkan orang lain. Ada je manusia yang suka buat dosa untuk kepuasan diri dia yang gila. Dia bukan sakitkan orang sebab orang sakitkan dia tapi sebab diri dia sendiri yang sakit. Orang tu ialah Syed dan akulah mangsa dia. Aku mungkin random person yang dia pilih untuk teruskan dosa besar keluarga dia. Ika? Dia ada datang hospital melawat aku. Dia minta maaf sebab bersubahat dengan Syed. Ika ada cerita dia sendiri. Aku ceritakan dekat Bahagian III.

(Sehari sebelum ke Pulau)

Polis: Jafni?
Jafni: Ye, saya. Kenapa encik?
Polis: Awak kenal Syed Ghimam?
Jafni: Kenal encik.
Polis: Dia buat laporan awak pecah masuk kereta dia dan curi barang dia. Awak kena ikut kami ke balai buat kenyataan. Malam ni tido lokap dulu. Kes curi ni.
Jafni: Allahuakbar. Saya tak curi apa-apa pun encik.
Polis: Jadi betullah awak pecah masuk kereta dia?
Jafni: Hmmmmmm.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(BAHAGIAN III)

2015

#reda
#warded
#extend
#kurangajarkauSyed

Aku trauma. Nurse pegang pun aku tepis-tepis sebab aku trauma dengan Syed. Masa aku dalam wad, aku selalu terbayang muka Syed. Emosi aku tak stabil, kadang-kadang aku marah. Kadang-kadang sedih. Kadang-kadang takut. Yang peliknya, aku rasa menyesal tendang Syed malam tu. Aku rasa aku tak patut buat kawan baik aku macam tu walaupun Syed sebenarnya yang tak patut buat aku macam ni. Entahlah. Aku keliru.

Ibu: Anim, ada orang datang tu. Bangun sekejap. Ibu tak kenal.
Aku: Oh, tu la Kak Mik, bu. Dia felo kolej. Ibu jangan tanya suami dia kerja apa tau sebab dia janda. (Ibu aku bukan boleh percaya. Sat lagi dia tanya suami kerja kat mana hahahaha)
Ibu: Ohhhhh faham. Faham. Hehehehe.
Aku: Ibu, Anim nak cakap dengan Kak Mik sekejap boleh?
Ibu: Alaaaa…ada rahsia ke?
Aku: Nanti Anim cerita ya.
Ibu: Okay.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku: Akak! Assalamualaikum Kak Mik.
Kak Mik: Waalaikumusalam Tasnim. Ceria je kamu? Sakit ke tak ni? Kalau dah tak sakit, pergi jawab exam sana.
Aku: Ish, akak ni! Fizikal saya memang tak sakit kak tapi mental saya…
Kak Mik: Iya, iya akak faham. Akak bergurau je. Kamu okay ke nak sembang ni? Akak ada benda nak tunjuk ni.
Aku: Tunjuk apa kak?
Kak Mik: Kamu baca ni. Mesej ni akak dapat lepas kamu call Yuni guna handphone akak. Yuni yang mesej ni. Masa tu akak nak bagi kamu baca tapi kamu tidur. Masa kamu pinjam lagi pagi tu, akak tak ingat langsung pasal mesej ni.
Aku: Bagi saya baca.

(Mesej Yuni)

Tasnim, betul ke awak tak balik kampung? Kalau saya tau, saya balik bilik malam ni. Ika yang suruh saya jangan balik sebab dia kata bilik kosong. Tasnim, alang-alang nak exam ni kan, saya nak minta maaf dengan Tasnim kalau saya ada buat salah dengan Tasnim. Saya ada juga mengumpat Tasnim belakang-belakang. Lepas apa yang Ika cerita, saya jadi takut dengan Tasnim. Tapi saya pun tak tahu apa yang Ika cerita tu betul ke tak. Cuma, Tasnim ubah la perangai ye. Tak baik main-mainkan lelaki. Tak baik mensyirikkan Tuhan. Takut makan diri sendiri. Maaf la Yuni cakap macam ni mungkin jatuhkan mood Tasnim nak study. Yuni minta maaf ye. Mungkin kita tak jumpa dah lepas exam ni sebab Yuni stay rumah sewa kawan Yuni. Take care roommate.

Aku: Kak, kenapa Yuni cakap macam ni? Apa yang Ika cerita dekat dia kak?
Kak Mik: Tasnim, saya sebagai felo, saya berhak ambil tahu masalah penghuni-penghuni kolej. Tapi kalau awak tak nak beritahu, saya tak boleh paksa. Lagipun hal peribadi ni tak melibatkan kolej. Akak tak tahu apa masalah korang satu bilik tu. Tapi akak dapat rasa ada orang tak puas hati dengan kamu.
Aku: Akak rasa, patut tak saya contact Yuni?
Kak Mik: Patut. Itulah yang sepatutnya. Kamu kena tahu kenapa Yuni cakap macam tu. Kamu rehat la dulu. Akak ada meeting kejap lagi. Student baru nak masuk nanti banyak fail nak kena tukar. Kalau ada apa-apa, kamu call akak ye.
Aku: Terima kasih Kak. Ohh ye akak, kalau akak dapat mesej apa-apa atau call ke, akak beritahu saya ye. Tapi akak jangan reply cakap tu nombor akak. Just pretend like your number is my number. Boleh kak?
Kak Mik: Eh, suka hati kamu je.
Aku: Heheheheh.

Aku serabut fikirkan kata-kata Yuni. Patutlah Yuni macam mengelakkan diri daripada aku. Diorang jarang balik bilik. Kalau Yuni ada pun, dia tak bercakap dengan aku. Dia lebih suka bersembang dengan Ika. Yang paling aku marah, kenapa Yuni sebut pasal syirik? Jadi, aku ambil keputusan untuk tanya Yuni apa yang Ika cakap dengan dia.

(Mesej dengan Yuni)

Aku: Assalamualaikum Yuni. Yuni busy ke?
Yuni: Hai, roommate. Acah-acah busy je. Hehehe.
Aku: Untung la exam. Hehehe.
Yuni: Eleh, macam la dia tak exam. Satu uni tengah exam kan.
Aku: Tak, saya tak ambil exam. Saya dekat hospital ni. Warded.
Yuni: Ya Allah Tasnim. Awak kemalangan ke? Kenapa tak beritahu? Ika tahu? Semalam Yuni nampak dia dekat dewan exam. Tapi tak sempat sembang.
Aku: Aaaaa. Bukan kemalangan. Cuma tak sihat je. Anyway, saya nak tanya Yuni tentang mesej yang Yuni hantar dekat saya lepas saya call Yuni malam yang kolej kita blackout tu.
Yuni: Oh, that one. Yuni minta maaf. Yuni tak ada niat nak kecilkan hati Tasnim. Tapi, kita ni roommate. Yang salah Yuni tegur. Maaf.
Aku: No, no, no. It’s okay. Cuma, kenapa Yuni sebut tentang syirik? Maksud saya, macam mana Yuni tahu saya buat benda-benda syirik?
Yuni: Ika yang beritahu. Ika ada tunjuk mesej-mesej Tasnim ugut dia pada Yuni.
Aku: WHAT! Mesej ugut apa ni? Masa bila saya ugut dia?
Yuni: Ada. Tasnim cakap jangan beritahu Yuni tentang perbuatan Tasnim. Kalau tak, Tasnim bomohkan Ika. Ada juga mesej Tasnim cakap ‘seronok tak kena kejar pocong’. Tasnim cakap kalau Ika buka mulut, Tasnim nak kacau Yuni pula. Sebab tu Yuni takut dengan Tasnim. Yuni dah tahu sebenarnya. Yuni takut Tasnim kacau Yuni. Sebab tu Yuni diamkan diri.
Aku: Habis tu, Yuni cakap sekarang ni Yuni tak takut kena kejar pocong? Yuni tak takut saya bomohkan Yuni? Yuni, look. SAYA SUMPAH SAYA TAK BUAT BENDA-BENDA KHURAFAT MACAM TU!
Yuni: Tapi…mesej-mesej tu? Tasnim sendiri yang hantar pada Ika.
Aku: Ya Allah, Yuniiiiii. Mesej macam tu boleh tipu la. Yuni percaya mesej-mesej tu sebab nama ‘Tasnim’ yang hantar? Yuni pernah terfikir tak kalau kita simpan nombor siapa-siapa dalam handphone, kita boleh letak apa-apa nama pun? Tak mustahil la Ika simpan nombor dia yang lain guna nama ‘Tasnim’. Lepas tu dia hantar mesej- mesej tu dekat nombor asal dia yang kita ada, dia suruh Yuni baca. Lagipun, Yuni check tak nombor pengirim mesej-mesej tu? Betul ke nombor saya?
Yuni: Hmmmm. Yuni tak check pun nombor penghantar tu sama tak dengan nombor Tasnim ni. Sebenarnya, Yuni tak terfikir langsung nak check masa tu.
Aku: See! Yuni percaya bulat-bulat je. Sedih saya bila orang tuduh saya macam ni sekali.
Yuni: Tapi…ada satu malam tu…Aaaa tak ada apa-apa la. Yuni salah pandang kot.
Aku: Malam apa? What happened? Yuni, angkat call. Saya nak tahu apa yang jadi malam tu.

(Cerita Yuni)

Ada satu malam tu Yuni demam. Tak larat sangat nak bangun. Tasnim belum balik. Ika offer nak turun koperasi belikan panadol. Masa Ika turun, Yuni nampak Tasnim balik. Tapi muka Tasnim pucat je. Macam yang Yuni cakap sebelum ni, Yuni takut dengan Tasnim. So, Yuni pura-pura tidur masa tu. Masa Yuni tengah pura-pura tu, Yuni dengar Tasnim marah-marah. Tasnim sebut siap kau! siap kau! Yuni takut sangat masa tu. Tiba-tiba, suara Tasnim senyap. Yuni beranikan diri bukak mata. Tapi gelap.

Bilik kita gelap dan suara Tasnim pun senyap. Yuni bangun nak hidupkan lampu. Tiba-tiba Yuni nampak Tasnim duduk sambil pegang lilin dekat katil atas. Tasnim senyum dekat Yuni. Bila Yuni tanya bila masa Tasnim panjat katil sebab Yuni tak rasa pun katil bergoyang, Tasnim makin tersenyum. Bila Yuni nak hidupkan lampu, Tasnim mendengus macam marah. Yuni tak jadi hidupkan lampu. Yuni decide nak baring balik sebab Yuni dah takut sangat masa tu. Masa Yuni nak baring tu, Yuni rasa ada something dekat tilam Yuni.

Benda tu panjang berbungkus. Yuni tengok rapat-rapat benda tu dan teraba-raba sebab samar-samar je dengan cahaya lilin yang Tasnim pegang. Masa Yuni raba-raba badan benda tu, benda tu tak bergerak. Masa Yuni raba muka dia, dia buka mata. Allahuakbar! ada pocong tengah baring atas katil Yuni! Lepas tu benda tu bangun dan duduk tegak. Yuni lari pergi katil Ika. Dari katil Ika, Yuni nampak Tasnim senyum je dan masih pegang lilin. Pocong tu masih duduk tegak. Bila Yuni jerit Allahuakbar tiga kali baru benda tu hilang. Tapi yang Yuni pelik, Tasnim pun hilang!

Lepas tu Ika masuk buka lampu. Yuni terus cerita dekat Ika. Ika peluk Yuni. Dia cakap pocong tu Tasnim bela. Tasnim sengaja nak takut-takutkan Yuni. Sejak kejadian tu, Yuni memang percaya yang Tasnim ada membela.

Aku: Habis tu, benda yang merangkak atas siling masa saya temankan Yuni pergi tandas hari tu, saya bela jugak? Kalau saya bela, kenapa saya takut?
Yuni: Yang tu…Yuni tak tahu. Entah la. Yuni tak tahu. Apa yang Tasnim nak beritahu sebenarnya?
Aku: Yuni, saya memang bukan perempuan yang baik. Mungkin Yuni nampak saya berkawan dengan lelaki, Yuni fikir saya guna ilmu hitam supaya lelaki suka saya. Tapi, saya nak Yuni tahu yang saya tak pernah sama sekali buat macam tu. Ika dah tipu Yuni. Ika nak buruk-burukkan saya. Dia yang buat semua tu. Saya tak tahu macam mana dia buat, tapi yang saya tahu dia boleh duplicate orang guna ilmu hitam.
Yuni: Kenapa Ika nak buat macam tu?
Aku: Saya pun tak tahu. Saya masih siasat. Saya harap Yuni dapat lupakan semua ni. Study macam biasa. Biar saya selesaikan hal ni dengan Ika.
Yuni: Kalau betul Ika tipu, maksudnya Syed tipu Ika la.
Aku: SYED? Yuni kenal Syed?
Yuni: Aaaaa tak kenal pun. Ika je yang selalu cerita tentang Syed. Ika cakap Syed tu kawan baik Tasnim. Syed beritahu Ika yang Tasnim guna ilmu hitam untuk dekat dengan lelaki.
Aku: Astaghfirullahalazim! Kenapa baru sekarang Yuni beritahu saya? Macam mana pula Ika boleh kenal Syed niiiiiiiii!!!!
Yuni: Yuni minta maaf. Yuni takut. Yuni tak tahu macam mana Ika kenal Syed. Tapi kalau semua ni tipu, Yuni minta maaf sangat-sangat dengan Tasnim.
Aku: Hmmm. Tak apalah Yuni. Saya faham. Bukan salah Yuni. Good luck for your upcoming paper.
Yuni: Terima kasih Roommate. Take care.

Aku hantar satu mesej ringkas pada Ika. Aku minta dia datang jumpa aku lepas dia habis exam. Kalau betul dia termakan kata-kata Syed, aku perlu betulkan keadaan. Boleh jadi Ika pun mangsa Syed. Hari yang aku tunggu tiba. Ika datang jumpa aku sehari sebelum aku discharge. Waktu Ika datang, aku perasan muka ibu mencuka. Dia tak izinkan aku bercakap dengan Ika tapi lepas aku pujuk, dia benarkan. Aku ni kalau boleh pandang muka Ika pun aku tak nak. Tapi aku tahu Ika mesti ada alasan dia sendiri. itu yang aku kena tahu.

Ika: Tasnim.
Aku: Hmmm. Terima kasih datang.
Ika: Nim, huuuuuuuu…huuuuuuuuuuu…huuuuuuuuu.
Aku: Ika, Ika. Relax. Nanti orang pandang. Relax. Saya cuma nak tahu beberapa hal je. Lepas tu, Ika boleh balik.
Ika: Nim, aku bedoso ko mu Nim. Aku tau mu baik Nim. Aku yang sokmo jeles ko mu. Aku sokmo caghi saloh mu. Aku hasuk Yuni benci mu. Aku subahak denge Syek bio mu punoh.
Aku: Kenapa sampai macam tu Ika? Apa sa;ah saya pada Ika?
Ika: Senarnyo, aku suko Aime. (Aiman: Baca Bahagian I)
Aku: Aiman? Ya Allah! Sebab jelaous je Ika? Sanggup Ika buat benda-benda khurafat ni sebab jelous?
Ika: Tok, tok! Aku sumpoh aku tak buak benda syirik gitu. Syek yang buak. Aku tulung dio ja. Sejak mu ghapak denge Aime, aku jeles ko mu. Aku pakak denge Syek sihir mu. Aku cumo nok mu putuh nge Aime.
Aku: Macam mana Ika kenal Syed? (Haaaaa ni soalan yang paling aku tunggu nak tanya)
Ika: Mu lupo Nim. Mu ado ghoyak kek aku pasa Syek. Mu ghoyak dio kawan baik mu. Mu penoh pinje handphone aku buak call Syek. Aku simpe nombo dio. Mulo-mulo, aku mesej Syek sebak aku cumo nok tau pasa lelaki-lelaki hok suko mu dulu. Aku nak ghoyak ko Aime yang mu ni miye (miang). Ghamei jate. Tapi, Syek dapak tau niak aku ko mu. Syek cito dio pun dende denge mu. Sebak tu aku plan denge Syek sihir mu. Tapi buke aku yang buak. Sumpoh, aku dok reti benda-benda gitu Nim. Syek denge bapok dio yang hantar bende kaco mu. Aku sendiri tok penoh napok bende yang Syek hantar ko mu sampai la male kito gi pulau hari tu.
Aku: Ika nampak apa?

(Cerita Ika)

Sejujurnya, aku cuma tahu bila waktu Syed hantar benda kacau Tasnim. Tapi aku tak pernah tahu benda itu apa dan rupanya macam mana. Setiap kali Syed rancang nak kacau Tasnim, aku akan cari alasan untuk ajak Yuni keluar bilik dan tinggalkan Tasnim dalam bilik sorang-sorang. Tapi ada jugak beberapa kali yang Syed buat kerja tu sorang-sorang tanpa pengetahuan aku. Syed buat semua tu sebab nak Tasnim sakit dan pergi dekat dia. Bila Tasnim sakit, tak ada lelaki suka dekat Tasnim dan Syed boleh dapat Tasnim. Itu plan Syed. Aku pula, bila Tasnim sakit, aku akan dapat Aiman. Mudah.
Berbalik kepada benda yang kacau Tasnim, malam tu merupakan kali pertama aku nampak benda tu.
Ya, malam masa dekat parkir kereta di surau. Syed suruh aku menyorok dan pastikan Tasnim tak nampak aku. Aku menyorok dekat celah-celah kereta. Aku mengintai Tasnim. Bila Tasnim pergi dekat kereta, aku tundukkan kepala. Bila aku dengar suara Tasnim menjerit, aku sambung mengintai. Aku nampak Tasnim jatuh terhantuk dekat rim tayar. Aku nampak Tasnim masuk kereta tapi aku tak nampak dia buat apa. Dalam aku terjengah-jengah, aku rasa ada sesuatu yang rapat ke badan aku. Tiba-tiba bulu roma aku meremang seremang-remangnya. Ada bau busuk. Aku toleh, tapi tak ada apa-apa. Aku sambung mengintai. Benda tu datang lagi dan rapatkan badan dia ke sebelah aku. Bila aku toleh, aku nampak kain putih.

Bila aku dongak, aku nampak muka dia! Muka dia bengis menggerutu dan berdarah. Mata dia tenung tepat ke mata aku. Itu pertama kali aku nampak makhluk bernama pocong. Tinggi, berbungkus, busuk, dan hodoh. Aku menggigil. Mulut aku terkunci. Aku cuba lari tapi kaki aku terpaku. Akhirnya aku pengsan. Masa aku sedar, aku dah ada dalam kereta dengan Syed. Waktu tu dah nak subuh. Syed hantar aku balik kolej. Syed cakap ‘lepas ni aku tak kenal kau. Kau nak cerita apa-apa dekat Tasnim, terpulang. Jangan cari aku’.

Aku: Ika pengsan? Habis yang saya nampak berdiri tegak masa saya drive keluar tinggalkan parkir tu siapa?
Ika: Aku tok tau Nim. Mungke hantu Syek.
Aku: Kenapa benda tu suka sangat menyerupai Ika, eh?
Ika: Menyerupai aku? Maksuk mu?
Aku: Dah banyak kali saya nampak benda tu menyerupai Ika. Malam tu kali terakhir la saya nampak. Patut la berdiri tegak je. Ni yang depan mata saya ni harap-harap manusia la. Hmmmm.
Ika: Hmmm. Sebak tu aku maghi caghi mu Nim. Aku nok mitak maaf denge mu. Aku sumpoh aku tok dende lagi ko mu. Mu nok dende denge aku, aku pahe.
Aku: Jadi betul la Ika tak tahu apa-apa tentang sihir dan benda yang kacau saya?
Ika: Hok tu aku berani sumpoh. Meme Syek.
Aku: Dah la. Ika balik la. Saya akan cuba maafkan Ika. Jangan cari saya lagi.
Ika: Aku pahe kalu mu tok leh nak maahke aku. Aku pahe. Maah Tasnim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu: Anim okay?
Aku: Okay, ibu.
Ibu: Yang datang dengan Ika tu Yuni ke?
Aku: Ha? Mana ada Yuni ibu ni. Ika datang sorang la.
Ibu: Laaaa…Ibu nampak Ika masuk dengan sorang budak perempuan. Cantik budaknya. Ika tak nampak ke?
Aku: Ibu jangan main-main dengan Anim boleh tak? Anim kan tengah sakit ni.
Ibu: Sumpah, ibu nampak budak tu.
Aku: Sekejap! Budak ni ke? (aku tunjuk gambar Yuni pada ibu)
Ibu: Eh, bukan. Budak tadi kurus je. Si Yuni ni gempal sikit.
Aku: Kurus, rendah-rendah ke ibu? Kulit putih, rambut dia lepas paras pinggang? Muka dia bujur sirih?
Ibu: Haaaaa, lebih kurang macam tu la.
Aku: Damn! Anim rasa itu Atikah. Arwah adik Syed yang meninggal masa kami tingkatan lima dulu. Ibu ingat tak Syed pernah bawa Atikah datang rumah. Tapi rasanya itu la kali pertama dan kali terakhir kita jumpa arwah Atikah. Ibuuuuu, tak ingat ke macam mana arwah adik dia m**i? (aku berbisik dengan ibu)
Ibu: Astaghfirullahalazim. Baru ibu teringat. Ya Allah, meremang bulu roma ibu ni Animmmmmmmmmmmmmmm.

2009 (SPM)

Kecoh satu kampung kes kematian mengejut Atikah. Atikah gadis cantik tingkatan 2. Adik bongsu Syed. Kematian Atikah sangat menyayat hati. Betul kata orang, kalau dah ajal, dekat mana-mana pun boleh berlaku. Atikah meninggal di tanah perkuburan di kampung. Saksi kejadian waktu tu satu-satunya kawan baik Atikah merangkap jiran Atikah dengan Syed iaitu Nani.

(Cerita Nani)

Pada Jun 2009, Atikah mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan aku. Dia selalu tanya apa akan jadi kalau dia m**i, jadi hantu dan kacau aku? Selamba aku jawab ‘kalau kau jadi hantu, jangan jadi yang lompat-lompat tu ye’. Atikah pandang aku sinis. Dia ada cakap ‘nanti tolong dia’. Masa tu aku pun tak faham apa maksud dia.
Tapi yang pasti, dia macam dah tahu ada benda buruk nak jadi dekat dia. Selang beberapa hari lepas perbualan tu, dia tunjukkan sesuatu pada aku. Aku terkejut bila nampak satu bungkusan. Dalam bungkusan tu ada kain putih berlipat dengan nota ‘kalau kamu degil, mak bungkus dengan kain ni’. Patut la Atikah ni senyap je dekat sekolah. Boleh kata budak baik la. Rupa-rupanya, dia kena ugut. Apa motif mak dia buat macam tu?

Ogos 2009. Tarikh yang takkan aku lupa. Itu kali terakhir aku bercakap dengan Atikah. Waktu tu, aku dengan Atikah baru balik dari sekolah agama. Kami kayuh basikal masing-masing. Kayuhan Atikah agak lambat.

Aku: Wei, Tikah. Cepat la sikit. Aku nak buang air ni.
Atikah: Tak apa. Kau jalan dulu.
Aku: Ish, budak ni. Tengah-tengah kubur pun nak kayuh lambat-lambat.

Aku berhenti tepi jalan untuk tunggu Atikah. Aku toleh belakang. Aku nampak Atikah kayuh macam tak berdaya. Tiba-tiba, krakkkkkkkkkkkk! Bunyi dahan patah. Elok je Atikah melintas bawah pokok durian tu, pappppppppp! Dahan yang patah tu jatuh dan hempap Atikah. Waktu tu juga dua biji mata ni terbeliak nampak d***h tersembur dari kepala Atikah. Longlai kaki aku nak mendekati Atikah. Aku rasa macam tulang kaki aku hilang. Aku pun menjerit sekuat hati panggil orang kampung untuk selamatkan Atikah. Sikit pun aku tak berganjak dari tempat aku saksikan kemalangan ngeri tu. Aku takut lihat badan Atikah yang terkulai dengan d***h yang meleleh-leleh. Masa orang kampung sampai, Atikah dah meninggal dunia.

Seingat aku, mayat Atikah dibedah siasat sebelum keluarga dia tuntut untuk kebumikan dia keesokan harinya. Aku tak pergi pun rumah Atikah waktu jenazah belum dikebumikan sebab aku sangat takut dengan kain kafan. Aku cuma tunggu dekat rumah je. Rumah Atikah betul-betul sebelah rumah aku. Dalam rumah, aku asyik terfikirkan Atikah. Apa-apa yang berkaitan dengan Atikah. Satu, kalau dia nakal dia akan kena bungkus. Sekarang Atikah dah dibungkus. Dua, kalau dia m**i dan jadi hantu…

Petang tu ada kenduri tahlil arwah Atikah. Aku ikut mak ke rumah Atikah. Tapi, aku perasan sesuatu. Mak Atikah tak ada. Aku fikir mungkin mak dia dalam bilik. Maklum la kehilangan anak. Mestilah sedih sampai tak kuat nak jumpa orang kampung yang datang bertahlil. Masa tu Abang Syed dengan ayah Atikah ada. Selesai majlis, aku pun balik. Aku tidur dengan mak macam biasa. Ayah aku pun dah meninggal dunia.

Tolongggggg…onggggggg…onggggggg. Toooooooooolonggggggggggg…huuuuuuuuu…huuuuuuuuu.

Aku: Mak, bangun mak. Dengar tak?
Mak: Ish, kamu ni. Diam. Buat-buat tak dengar.

Tolongggggg…onggggggg…onggggggg. Toooooooooolonggggggggggg…huuuuuuuuu…huuuuuuuuu.

Aku: Mak, bunyi apa tu mak.
Mak: Jangan tegur. Tutup mata.
Aku: Suara Atikah, mak.
Mak: (Tekup mulut aku, tarik selimut)

Keesokan hari, berkumpullah jiran-jiran bermesyuarat dekat rumah aku. Topiknya, dengar tak suara budak menangis semalam? Mak aku pun buka cerita tentang apa yang kami dengar semalam. Dipendekkan cerita, semenjak tu, ada la orang kampung yang terserempak dengan arwah Atikah merayau-rayau keliling kampung tengah malam. Tempat biasa orang nampak ialah laluan kubur tempat kejadian yang meragut nyawa Atikah. Cerita kononnya arwah Atikah balik rumah ni kecoh sampai ke kampung sebelah. Bila dah tersebar, penghulu kampung pun ambil keputusan untuk pergi jumpa keluarga Atikah. Masa perjumpaan tu, aku dan mak ada sekali.

Tok Jusoh: Kami datang ni bukan nak cakap benda tak elok. Tapi kamu ada dengar tak cerita pasal arwah anak kamu?
Mak Atikah: Cerita apa?
Tok Jusoh: Jangan dalih-dalih. Kita datang nak selesaikan masalah! (penghulu kampung aku memang garang. Aku nak minta cop mohon biasiswa pun tak berani).
Mak Atikah: Anak saya dah selamat ke bumi dah. Apa masalahnya lagi? Yang orang kampung nampak tu bukan dia. Syaitan!
Tok Jusoh: Aku rasa mesti ada yang tak ken ani. Baju dia masa kejadian hari tu kamu letak mana? Basuh? Bakar?
Mak Atikah: Basuh.
Tok Jusoh: Basuh guna apa?
Mak Atikah: Limau nipis.
Tok Jusoh: Astaghfirullahalazimmmmmmm…d***h orang m**i jangan dibasuh dengan asam limau! Dibakar je! Patut la budak tu mengadu pedih! Tak ada otak betul!
Abang Syed: Maaf, tok. Maaf semua. Mak saya tak tahu. Kami tak tahu.
Tok Jusoh: Aku nak kamu satu keluarga selesaikan masalah ni. Panggil orang tolong. Jangan pandai-pandai.
Abang Syed: Baik, tok.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku: Cerita pasal kematian arwah Adik Syed kan kecoh sampai ke kampung kita, ibu.
Ibu: Ibu baru teringat.
Aku: Habis la Ika. Anim dah agak. Syed takkan lepaskan kami macam ni je ibu. Ibu dah beritahu Ustaz Ghani kita nak datang esok?
Ibu: Dah. Dah. Tapi ibu ada sesuatu nak cakap pada Anim.
Aku: Cakap la ibu.
Ibu: Sebenarnya, lepas Anim masuk hospital, ibu pergi tarik balik laporan polis yang Anim buat tu. Tapi Anim jangan salah faham. Bukan sebab ibu menangkan Syed. Tapi ibu risaukan keselamatan Anim. Ibu takut kalau Syed kena tangkap, dia makin berdendam dengan Anim. Kalau bukan dia, mungkin mak ayah dia. Ibu minta maaf. Ibu harap Anim faham kenapa ibu buat macam ni ye.
Aku: Hmmm. Anim faham, ibu. Patut la Syed boleh hantar benda yang menyeruoai arwah adik dia ikut Ika. Ibu rasa Syed akan kacau Anim lagi tak?
Ibu: Ibu harap taklah. Kita cuba buangkan segala sihir yang Syed hantar ye. Nanti Ustaz Ghani tolong. Yang penting, kita balik rumah dulu. Ibu takut Syed tahu keadaan Anim masih lemah dan Anim masih dekat Terengganu.

Dah setahun lebih kejadian tu berlaku. Ustaz Ghani tolong ubatkan aku dan pulihkan semangat aku sebelum aku sambung pengajian sampai sekarang. Aku masuk lewat sikit sebab belum ada kekuatan masa awal tahun 2016 tu. Jenuh juga nak terangkan masalah paranormal aku ni dekat dekan. Gangguan-gangguan sihir tu dah tak ada. Syed dah insaf kot. Aku doakan dia kembali ke pangkal jalan. Jafni? Dia dari awal dah surrender dengan masalah aku. Lepas kena tahan lokap, dia cuma hantar satu mesej cakap tak nak ada kena-mengena dengan aku. Tak apalah. Aku tak salahkan dia.

Maaf pada orang Kelantan tentang dialek yang aku tulis. Ika cakap laju sangat. Sikit-sikit bunyi pertuturan dia tu aku dapat la tangkap. Nasihat aku, jangan terlalu percayakan orang. Buat gadis-gadis di luar sana, jagalah diri dan tertib. Berpada-padalah berkawan dengan lelaki. Satu lagi, padamlah apa-apa mesej atau call log yang pernah kita buat guna handphone orang lain sebab ada kemungkinan untuk disalah guna. Hati manusia, kita takkan dapat nak teka. Dan seperti yang aku cakap sebelum ni, ada sesetengah orang yang tak perlukan alasan yang kukuh untuk jatuhkan kita. Dia hanya ikut hati hitam dia. Tapi, bila aku fikir balik, keluarga Syed ada sejarah hitam. Adakah Syed seorang pemangsa yang dicipta? Atau Syed dan Atikah ialah mangsa yang akhirnya memaksa Syed untuk jadi pemangsa? Pasti ada kisahnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Dalam kereta lepas discharged)

Aku: Eh, ibu. Apa bau busuk ni.
Ibu: Jangan tegur.
Aku: Ibu, kenapa bulu roma Anim meremang ni ibuuuuu.
Ibu: Anim ingat tak ibu cakap ibu nampak Atikah ikut Ika dekat hospital?
Aku: Ingat.
Ibu: Tapi ibu tak nampak Atikah keluar ikut Ika balik tau.
Aku: Mak mak mak maksud i i i i i ibu, dia ikut Anim ke?
Ibu: Dia ada dekat belakang.
Aku: Allahuakbar.

Halwa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 114 Average: 4.7]

2 thoughts on “MissT: Rupa-rupanya kau yang…”

  1. Cerita ni saya habis kn dlm 2 jam je HAHAHA. Best and meremang yg pastu wktu part ketukan betuk ii tingkp kitrng kne ketuk pastu wktu pasl kak pon barng ktrng smua jatuh overall this cerita 10/10 yg pasti cerita dai sngkut hm mana dmbungn nk baca heheh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.