Misteri Asrama Blok J

Assalamualaikum dan hai kepada semua warga pembaca Fiksyen Shasha…
Harini, aku ada satu cerita benar yang aku sendiri lalui… Tajuknya, Asrama…

Aku, Nayla(bukan nama sebenar) belajar di sebuah sekolah yang agak terkenal di daerah Bentong, Pahang. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertua di daerah Bentong ini… Iya la, sekolah ni ditubuhkan pada 1912 kot? Nak dijadikan cerita ada satu blok ni, yang amat terkenal sebagai blok paling keras di sekolah ini iaitu Blok J… Blok ni digunakan untuk kelas-kelas Tingkatan 2 dan 3… Blok ni terletak bersebelahan Dewan Sekolah.

Nak dijadikan cerita, waktu ni umur aku baru Form 1, budak-budak baru masuk sekolah lah kan… Aku dapat tawaran masuk asrama sekolah ni… Satu hari tu, pihak sekolah buat Hari Orientasi Tingkatan 1 dan aktiviti terakhir ialah Malam Kebudayaan…

Malam tu, kami semua pelajar asrama berkumpul di dewan untuk menonton persembahan pelajar Tingkatan 1 dan fasilitatornya. Waktu semua persembahan dah habis, pelajar Tingkatan 5 pula nak buat persembahan nyanyian sebab dah last year kan? Diorang dah naik pentas ramai-ramai, pegang microphone, lagu dah set up… Tiba-tiba…

” Bummm!!” kami segera mencari punca bunyi tersebut.

Kelihatan seorang rakanku yang juga merupakan pelajar Tingkatan 1 yang bernama Amna (bukan nama sebenar) berdiri di luar pintu sliding kaca yang sudah hancur berderai dengan mukanya yang kelihatan kosong. Tapi, tak ada langsung d***h kat mana-mana kecuali dekat tangan dia itupun sikit. Ada la sikit deraian kaca kat atas kepala dia. Macam mana dia boleh pecahkan sliding door tu? Semua dah pelik dah. Waktu tu, semua dah mula panik. Kenapa ni?

Aku yang duduk depan sekali pun terkejut, ye la dia duduk belakang aku kot tadi. Kawan-kawan aku yang lemah semangat ni dah mula peluk aku sebab takut. Aku pun biarkan je la sebab aku pun ada juga rasa seram tapi aku masih mampu mengawalnya..

Ingatkan, dah tak ada apa-apa dah. Tapi, secara tiba-tiba, kami terdengar bunyi orang menjerit pula… Dua orang pula tu… Budak Aspuri ramai dah mula menangis, takut. Budak Aspura pula acah-acah berani tapi muka dah cuak.

Waktu malam tu, tak silap aku ada 2 ke 3 warden yang jaga. DAh kurang ingat sebb masa tu keadaan tersangat kucar kacir. So, sorang warden ni dia tolong kawal 2 orang yang histeria tadi dengan bantuan rakan-rakan mangsa tadi.

Kitorang yang tak buat apa ni, disuruh untuk baca surah-surah dari Al-Quran untuk perlindungan masing-masing. Waktu ni la, famous pulak statement jangan baca Ayat Quran sebab nanti ‘benda’ tu akan serang kita pulak. Kononnya kita macam nak cabar ‘dia. Aku tak pedulikan statement tu, aku baca As-Sajdah, Al-Mulk, Yasin dengan Ayat Kursi. Nasib baik aku hafal. Sambil-sambil tu aku tolong tenangkan kawan-kawan aku yang dah menangis teruk sebab takut. Jelas sangat kelihatan muka pucat dan menggigil..

Disebabkan kawasan dewan tu tak berapa nak selamat, so, kitorang yang Aspuri ni diarahkan pergi Dewan Makan (which kitorang panggil Dema) dan tinggalkan barang-barang kitorang dekat situ.

Dalam perjalanan tu, memang bising dengan suara menangis, meraung, suara menggigil ketakutan, suara bacaan Ayat Quran, dan suara-suara mereka yang menenangkan rakan-rakan mereka… Panik gila waktu tu.

Sampai je dekat Dema, kitorang buat bulatan besar, yang uzur semua duduk dalam. Surah Yasin diedarkan kepada yang tak uzur. Kami baca beramai-ramai dengan suara yang tak berapa nak kuat. Masing-masing takut, tapi kena beranikan diri , takut nanti diri sendiri yang kena. Cawan-cawan yang berisi air kosong dibacakan dengan surah Yasin. Habis je baca, cawan-cawan tu diedarkan untuk siapa yang haus. Aku pun teguk dua tiga kali jugak. Keadaan tenang semula tapi perasaan takut masih bermain dalam diri setiap pelajar.

Habis je baca Yasin kitorang diarahkan untuk balik bilik masing-masing. Tapi, disebabkan perasaan takut yang amat, maka masing-masing mula la mencari kawan-kawan rapat mereka dan tumpung tidur bersama. Dalam Dorm aku pula, 4 orang Form 1 tidur menumpang. Waktu tu la, teringat kunci loker aku tinggal dalam beg aku dekat Dewan. Nak pergi ambil tak berani. seram dan menakutkan. Aku pun dengan murungnya kopak sikit pintu loker tu untuk ambil barang yang diperlukan. Selepas tu, kitorang solat jemaah dalam bilik sesama kitorang yang diimamkan sendiri oleh aku. Senior bilik aku pula dah hilang ke bilik kawan masing-masing . Bilik ni ada 8 orang, so senior 3 orang kat bilik sebelah, kawan aku Maira (bukan nama sebenar) pergi bilik kakak dia sebab takut. Kitorang tinggal 4 orang lagi dicampur dengan 4 orang lagi bilik lain turunkan 4 tilam tidur reramai kat bawah dengan letak surah Yasin dekat bawah bantal masing-masing. Yang uzur kitorang bagi tidur dekat tengah-tengah. Aku pulak duduk dekat hujung sekali dekat tempat yang creepy sikit. Diorang semua tak nak tidur situ, so, aku mengalah je la… Diorang kata lagipun aku punya semangat kuat sikit.  Malam tu kitorang tidur hampir pukul 2 dengan lampu bilik dan bilik air yang menyala terang. Keadaan memang senyap sunyi. Tak ada siapa pun yang berani buka mulut cerita pasal benda tadi tu. Semua diam membisu.

Esoknya, aku bangun dalam pukul 6 macam tu lalu kejut diorang semua solat Subuh. Yang menumpang bilik aku tadi pun ikut solat jemaah Subuh.

Dalam pukul 8 pagi macam tu, AJK announce ambil barang masing-masing yang kitorang tinggalkan di dewan dekat bawah. Aku la orang paling laju pecut ke bawah nak ambil beg aku sebab kunci loker aku dalam tu… Nak mandi macam mana kalau tak lepas nak ambil baju kan? Dah habis mandi bersiap semua. Kitorang lepak-lepak dalam bilik. Pastu ada kawan aku ni nama dia Amni(bukan nama sebenar) dia cerita yang dia ada nampak waktu kejadian kawan aku yang Amna tadi. Dia kata, Amna ada ajak dia pergi tandas waktu tu. Dia pulak waktu tengah buat apa entah, so, dia suruh Amna pergi dulu. Kejap lagi dia dah selesai semua tu dia cari la Amna kot-kot dia tak pergi lagikan? Tiba-tiba, dia ternampak satu lembaga putih lalu laju gila menuju ke sliding door belah kiri dia, yang akhirnya dia nampak satu susuk tubuh yang memakai baju berwarna hitam. Dia pun terkejut la!

“Bukan Amna ke tu?” dia kata.

And, itu memang Amna.

Punca berlakunya kejadian ini, korang ingat kan, aku ada cakap dewan ni dekat dengan satu blok iaitu Blok J kan? Malam tu, sebelum persembahan bermula, kitorang diberi masa untuk berlatih,so, group Amna ni pergi berlatih dekat tingkat bawah sekali blok ni yang memang mak cik jaga bukak lampu waktu petang tiap-tiap hari. Mulanya, group aku pun nak berlatih kat situ, diorang dah sampai dah kat blok tu kecuali aku. Sebab waktu dalam perjalanan nak ke blok tu aku patah balik sebab nak ambil draft persembahan kitorang yang ada dekat beg aku which aku pegang sebab aku ketua. Aku dah ambil draft tu, tiba-tiba diorang termasuk group Amna dah kena marah sebab berlatih dekat situ. So, kitorang tukar tempat berlatih, that’s why kitorang satu group tak kena. Tapi, group Amna, duduk situ lagi.

Second, aku ada sebut pasal 2 orang yang kena histeria kan tadi? Sorang daripada diorang tu form 3 dia naik blok tu pergi kelas dia sebab nak ambil barang yang dia tinggal. Sorang lagi memang lemah semangat sebab tu dia berjangkit histeria.

Lepas je kitorang borak-borak tu, ada roll call pulak kat bawah. Kitorang pun cepat-cepat pergi rollcall takut kena marah dengan warden. Warden pun ambil nama semua yang pergi blok J malam tu. Nasib baik aku tak sempat jejak lagi. Nama yang dia ambil tu kena tindakan disiplin. Aku bertuah sebenarnya.

Okay, so, moral of the story, kalau korang dah tahu tempat tu memang keras or seram dan sebagainya, jangan la cari pasal pergi tempat tu. Karang korang yang jadi mangsa, payah lah… Second, malam-malam tak elok galak sangat, kitorang jadi macam tu pun sebab kitoraang terlampau seronok dan leka dengan keadaan sekeliling. ‘Benda tu’ pun nak senang jugak bukan korang je.

Itu je daripada aku. Harap korang ambil yang jernih buang yang keruh. Terima kasih sebab sudi baca pengalaman aku ni. Sekian.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]
Nayla

2 thoughts on “Misteri Asrama Blok J”

  1. asal macam kenal ni spe . aku senior kau. tak silap aku waktu aku terpaksa tenang kan korang haritu ada dua ketul je form1 yg tak nangis. hebat eh kau hafal ayat quran haritu yg aku dengar msing” nak balik jumpe mak😏

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.