Misteri Banglo di dalam Hutan

Terima kasih admin sudi siarkan kisah ini. Harap pembaca berpuashati.
Nikman membaca surat yang baru di terimanya. Dia telah di jemput untuk bertemu seseorang yang bergelar atuk walhal dia sendiri tidak pernah mengenali lelaki yang bergelar atuk Khalid itu. Ibubapanya tidak pernah mencerita kisah lampau mereka.
“ Ina rasa macam mana.” Tanya Nikman kepada isterinya Zarina
“ Entah la bang. Dua tiga hari Ina rasa pelik. Seperti ada yang memanggil nama Ina padahal bila Ina toleh tiada siapa pun di sekeliling.” Kata Zarina. Nikman tertawa kecil.
“ Mungkin perasaan Ina kut. Yang abang dengar, Ina yang kerap panggil nama abang.” Gurau Nikman. Zarina tertawa bila Nikman berkata demikian. Dia pun tidak terlalu memikirkan apa yang di dengarnya. Mungkin benar apa yang di katakan Nikman

“ Jadi ke abang bertemu atuk Khalid seperti dalam surat tu.” Tanya Zarina
“ Insyaallah Ina. Abang pun tak sabar untuk mengenali secara dekat siapa atuk Khalid ini. Ina ikut abang sekali.” Pelawa Nikman dan isterinya hanya mengikut saja. Sedang Ina mengemas barang, tiba-tiba dia terdengar suara bisikkan di telinganya…
“ Zarina…Zarina….” Zarina terus mencampakkan pakaian dan berlari ke arah Nikman
“ Banggg….Suara tu memanggil nama Ina lagi. Ina takut bang. Zarina terketar-ketar mendapatkan suaminya.
“ Bang..Kita batalkan pertemuan dengan atuk Khalid. Semenjak abang menerima surat tu, Ina kerap di ganggu bang. Ina takut.” Kata Ina
“ Ina ni kerap sangat berkhayal. Tak ada apa la. Macam ni la. Ina tak payah pergi. Biar abang sorang yang pergi. Ina di rumah saja.” Kata Nikman tapi Zarina tetap ingin mengikut suaminya juga dari di tinggalkan keseorangan di rumah.

“ Bangg….Itu siapa di atas sofa.” Zarina menunjuk sesuatu kepada Nikman. Nikman juga terkejut bila melihat seorang wanita berambut gerbang tiba-tiba berada di atas sofa. Dari arah mana dia masuk. Wanita rambut gerbang hanya membatu saja tidak bergerak. Nikman memberanikan dirinya berjalan kearah wanita tersebut. Tiba-tiba wanita berambut gerbang memaling kearah Nikman dan Zarina lalu tersengih. Terserlah wajahnya yang menggerutu membuatkan Nikman mencapai tangan Zarina dan meluru keluar dari rumah mereka. Kereta meluncur laju keluar dari rumah. Mereka sendiri tiada arah yang hendak di tuju. Nikman menghentikan keretanya di tepi jalan. Fikirannya buntu. Masih terbayang wajah wanita rambut menggerebang yang memandang mereka sambil tersengih-sengih.
“ Abang bertenang dulu. Istighfar…” Pujuk Zarina
“ Ataghfirullah…astaghfirulllah…” Nikman beristighfar dan menenangkan dirinya.

“ Macam mana ni bang. Ina rasa ini ada bersangkutan dengan surat yang abang dapat. Kita batalkan niat kita bang.” Pujuk Zarina
“ Tidak Ina. Ini permulaan bagi semua ini. Abang nak tau apa kesudahannya.” Tegas Nikman. Dalam keadaan ketakutan, mereka pulang ke rumah lalu menyiapkan pakaian dan terus keluar mencari lelaki yang mengaku sebagai atuk Khalid. Bermacam-macam perkara yang terlintas di kepala Nikman. Siapa atuk Khalid yang sebenarnya. Kenapa ibu dan ayah tak pernah bercerita tentangnya. Apa rahsia atuk Khalid yang cuba di sembunyikan.
“ Apa yang abang mengelamun tu. Diam saja tak berbual.” Tegur Zarina
“ Abang sedang fikirkan siapa atuk Khalid yang menghantar surat kepada abang dan apa rahsia di sebaliknya.” Jawab Nikman
“ Ina pun terfikir juga macam abang fikir. Kita serah segalanya kepada Allah bang.” Kata Zarina. Kereta terus melincur laju. Sekali sekala Nikman menoleh kearah Zarina yang begitu nyenyak tidur.

Akhirnya mereka tiba di sebuah pekan kecil. Nikman membelek surat yang tertera alamat atuk Khalid.
“ Kita dah sampai ke bang.” Tanya Zarina yang baru tersedar dari tidur akibat keletihan.
“ Kalau ikutkan alamat yang tertera, kita dah sampai. Nanti kita tanya orang kampong.” Nikman terus memandu dan akhirnya bertemu dengan seorang lelaki yang sedang berbasikal.
“ Assalamualaikum pakcik.” Di jawab salam Nikman oleh pakcik Razak
“ Boleh saya tanya di mana saya boleh berjumpa alamat ini.” Tanya Nikman kepada pakcik Razak sambil menghulurkan surat. Kelihatan riak muka pakcik Razak berubah.
“ Khalid….Kamu ni siapa.” Tanya pakcik Razak
“ Entah la pakcik. Dia mengaku dirinya sebagai atuk saya tapi ibu dan ayah saya tak pernah bercerita tentang atuk.

“ Emak kamu nama Sufiah dan ayah kamu Muhsin betul ke.” Tanya pakcik Razak
“ Betul pakcik. Pakcik ni siapa.” Nikman bertambah semangat ingin mengetahui asal usulnya. Pakcik Razak terus memeluk Nikman. Terkejut Nikman dan Zarina kenapa pakcik Razak memeluknya.
“ Kamu cucu saudara aku rupanya. Atuk abang kepada atuk Khalid. Ayahmu itu anak kepada Khalid.” Menangis mereka berpelukan bila pertama kalinya mereka bertemu.
“ Macam ni la. Kamu ke rumah atuk dulu. Kita berborak. Nanti atuk tunjukkan rumah yang kamu cari.” Nikman dan Zarina akur pelawaan atuk Razak. Mereka bergerak ke rumah atuk Razak. Inilah peluang Nikman untuk mengetahui asal usulnya. Dia tidak sabar lagiMak Bedah isteri atuk Razak meghidangkan makanan di atas meja. Nikman dan zarina sudah menelan air liur bila melihat makanan kampong. Ulam-ulaman dari pucuk pokok yang tidak pernah mereka lihat sebelum ni. Selepas makan, mereka duduk di atas lantai. Rumah atuk Razak tidak ada sofa. Hanya berlapikkan tikar mengkuang. Nikman mula gelisah…

“ Atuk…Ceritalah serba sedikit tentang keluarga saya.” Kata Nikman. Atuk Razak terus membalut rokok daunnya. Agak lama dia mendiamkan diri. Mungkin mengimbas kenangan lalu.
“ Atuk dan atuk kamu hanya 2 beradik saja. Atuk ni adik kepada atuk kamu Khalid. Kami tinggal di hujung kampung. Moyang kamu memilikki sebuah rumah bungalo besar. Nanti kamu akan lihatnya. Kami boleh bermain di mana saja asalkan tidak menghampiri sebuah bilik kecil kepunyaan moyang kamu.”

“ Bilik itu berkunci. Moyang kamu tidak pernah memasukki bilik itu. Suatu hari ketika kami bermain, atuk kamu mengajak atuk pecahkan pintu bilik. Entah kenapa tiba-tiba saja atuk kamu berubah. Bilik yang tidak pernah kami hiraukan sebelum ni, tiba-tiba ingin di pecahkannya. Atuk pertahankan agar jangan di pecahkan tapi atukmu dengan cepat mengambil kapak lalu memecahkan kunci. Bila pintu di buka, kami dapat rasakan seperti angin kuat menyentuh kami. Atuk kamu tiba-tiba jatuh pengsan. Bila moyang kamu pulang, terus dia menerpa dan memarahi kami kenapa di buka pintu bilik. Kata moyang kamu benda itu sudah terlepas.” Cerita atuk Razak. Matanya terus memandang luar seperti menyesal.
“ Benda apa tu tuk.” Tanya Razak. Atuk Razak terus menghisap rokok daun. Matanya merenung jauh ke dalam hutan.
“ Itulah saka. Moyang kamu mewarisi dari keturunan. Walaupun bukan kehendaknya tapi ia terpaksa. Ayahmu kerap menasihati moyang kamu agar membuang saka tapi moyang kamu tak mengendahkannya. Bila ayahmu berkahwin dengan ibumu Sufiah, saka tu seperti dah suka dengan ibumu. Kerap kali ia mengganggu ibumu.” Zarina terus memandang Nikman. Adakah wanita hodoh rambut mengerbang itu mempunyai pertalian dengan saka moyang. Bisik hati kecil Zarina.

“ Ohh ya. Baru atuk teringat. Apa khabar ayah serta ibumu.” Nikman terdiam.
“ Ayah dan ibu meninggal setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya 2 tahun lepas.” Kata Nikman. Atuk Razak terus berkumat kamit membaca sesuatu.
“ Kamu rehatlah dulu. Esok atuk bawa kamu berdua berjumpa atuk Khalid.” Kata Atuk Razak.
“ Bang…Ina rasa tak sedap hatilah. Kita batalkan saja pertemuan esok.” Desak Zarina.
“ Ini saja masa yang sesuai abang dapat bertemu dengan atuk Khalid. Bila dah berjumpa kita boleh pulang ya.” Pujuk Nikman dan Zarina mengalah dengan pujukkan suaminya.

“ Zarina….Zarina. Datang la…hehe.” Zarina tiba-tiba tersentak dari tidurnya.
“ Kenapa ni Ina.” Tanya Nikman
“ Ina mimpi wanita rambut gerbang panggil Ina.” Kata Zarina
“ Tak ada apa la Ina. Tidur la. Esok kita nak jumpa atuk Khalid.” Namun Zarina tidak dapat memejamkan matanya. Dia asyik memikirkan wanita rambut gerbang
“ Zarina datang yaaa…” Zarina terus menekup telinganya bila terdengar suara di cuping telinganya. Suara itu terus memanggilnya.

Atuk Razak kelihatan sudah bersiap. Mak Bedah terus menyiapkan sarapan pagi. Nikman begitu ceria ingin bertemu buat pertama kalinya dengan dengan atuk Khalid. Dia tidak pernah melihat wajah atuk. Tidak juga pernah di ceritakan oleh ayahnya. Zarina pula bertambah resah bila ingatkan akan suara semalam namun dia lebih redho bila melihat dua pertemuan bersejarah ini. Nikman memandu perlahan mengikut kayuhan atuk Razak memasukki lorong yang di penuhi semak samun. Akhirnya mereka tiba di perkarangan bungalo usang. Terdapat pokok dan buaian yang masih lagi kukuh. Seorang lelaki keluar dari bungalo berjalan menuju ke arah mereka. Nikman terus memeluk atuk Khalid. Menangis mereka bila pertama kalinya bertemu.
“ Kamu apa khabar Razak.” Tanya atuk Khalid
“ Baik bang.” Ringkas jawapan atuk Razak
“ Masuklah dulu ke dalam rumah ini. Apa kamu sudah tidak suka lagi akan rumah ini.” Kata atuk Khalid. Atuk razak mengalah lalu masuk bersama Nikman dan zarina.

Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba Nikman tersedar Zarina tiada di dalam rumah. Mereka keluar rumah dan melihat Zarina sedang berada di atas buaian. Zarina tidak menghiraukan mereka. Dia begitu leka dengan buaian sambil menyanyi lagu kosong. Atuk Razak memandang wajak atuk Khalid yang kelihatan tersenyum.
“ Ina jom la masuk ke dalam dulu.” Kata Nikman
“ Abang masuk lah dulu. Ina seronok berada di luar. Nyaman. Ina suka rumah ni.” Nikman terkejut mendengar kata-kata Zarina. Sebelum ni dia yang banyak menasihatinya agar membatalkan hasrat ke sini tapi sekarang isterinya sudah jatuh cinta dengan bungalo usang ini.
“ Biarkan isteri kamu Nikman. Dia sedang biasakan dirinya tu.” Kata atuk Khalid
“ Kamu bermalam saja di rumah atuk. Banyak perkara yang atuk nak bercerita dengan kamu.” Nikman akur dengan pelawaan atuknya memandangkan isterinya sudah mulai suka akan rumah ini. Nikman ke kereta untuk mengeluarkan pakaian mereka. Tiba-tiba Nikman terkejut bila dia melihat wanita rambut mengerbang sedang berdiri di sebelah Ina.
“ Inaaa……” Nikman memanggil isterinya. Tiba-tiba wanita rambut mengerbang terus hilang.
“ Jom la masuk.” Kata Nikman sambil menggaru kepalanya. Dia sendiri tidak pasti adakah benar apa yang di lihatnya atau sekadar igauan
“ Hati-hati Man.” Bisik atuk Razak

Seusai makan malam, atuk Khalid memanggil Nikman dan Zarina. Nikman berdbar-debar menanti apa perkara yang atuk Khalid ingin bincangkan sehingga berutus surat. Atuk Khalid mula menghirup secawan kopi..
“ Begini…Atuk tidak ada lagi waris lain. Hanya kamu dan isteri kamu saja yang atuk ada. Atuk nak serahkan segala apa yang atuk miliki kepada kamu dan zarina sebelum atuk pejamkan mata. Kalau kamu bersetuju kita akan mulakan akad.” Kata atuk. Nikman terasa pelik kenapa harus di adakan akad. Seperti akad nikah pulak. Nikman teringat pesanan atuk Razak….
“ Hati-hati Man.” Kenapa atuk Razak berpesan demikian. Apa yang Nikman perlu berhati-hati.
“ Atuk berikan Man masa untuk berfikir.” Kata Nikman.

Zarina sudah mula gelisah. Dia menguis telinganya. Seperti ada sesuatu yang membisik di telinganya.
“ Zarina…Zarina…Marilah kita main buaian.” Terus Zarina bangun dan membuka pintu
“ Ina nak ke mana tu.” Tanya Nikman
“ Ina nak main buaian.” Jawab Zarina. Terdiam Nikman dan bertambah pelik dia. Dia terus mengikut isterinya keluar.
“ Bangg…Bulan mengambang. Cantikkan.” Terus Zarina duduk di atas buaian dan menyanyi. Sesekali Nikman seolah-olahnya melihat seperti wanita rambut mengerbang yang berada di atas buaian. Tersengih dia melihat Nikman
“ Kenapa abang melihat Ina seperti melihat jembalang. Haha….” Bertambah seram Nikman bila melihat Zarina tertawa. Belum pernah Zarina tertawa begini.

Nikman terus mengajak Zarina masuk ke dalam. Nampak ketara akan perubahan isterinya.
“ Bangg…Terima saja pemberian atuk tu. Rumah ni cantik. Ina suka sangat.” Kata Zarina.
“ Sebelum ni Ina takut sangat. Kenapa sekarang Ina suka sangat. Ina suka apa ni.” Usik Nikman
“ Ina sukaaa….sukaa…..Wanita rambut mengerbang….haha.” Terkejut Nikman bila Zarina menyergahnya. Zarina tidak pernah bergurau begini. Nikman asyik menjeling kearah isterinya yang sudah di ulit mimpi indah. Nikman terus berfikir adakah perlu dia menerima tawaran atuknya. Tersenyum juga dia bila mengenangkan rumah bungalo usang ini bakal menjadi miliknya dan isteri. Akan di ubah suai hingga ianya menjadi cantik. Itulah angan-angan Nikman hinggakan dia sendiri tidak menyedari terlelap. Bungalo usang tersergam indah di sinari cahaya bulan. Buaian bergerak dengan sendirinya tiada siapa yang peduli……

Baca di sini Episod 2

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 2.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.