MISTERI BANTEN

Peraturan tidak boleh keluar lewat malam itu (lepas solat Isyak) dibuat oleh orang2 lama di desa itu. Sudah pasti ada sebab musababnya peraturan itu dibuat. Bukan suka2, ada yang sudah terkena dengan kejahatan puaka di desa itu yang terletak di daerah Banten.

Bazli , anak muda daripada kota Bogor , anak kota lah katakan. Yang indah2 saja hidupnya selama ini, tidak dikawal, tidak berdisiplin, degil tetapi baginya tiada masalah jika dia melanggar undang2 di desa Banten itu, undang2 kolot dan karut katanya.

“Ah, ga usah percayalah, zaman sudah modern kok masih percaya kayak gini loh”-
Lagaknya Bazli. Sudah 2 malam dia tinggal di rumah kakaknya di desa itu, selepas habis belajar sementara menunggu panggilan kerja. Teman sepupunya yang turut sekali berpesan ke Bazli , supaya menjaga tutur kata jangan buat kepala sendiri di desa itu.

Selepas mendapatkan kunci motornya, dia berkeras mahu keluar mahu membeli barang di sebuah kedai 24 Jam di bandar berdekatan. Sepupunya tidak mahu ikut kerana takut melanggar undang2 adat di desa itu. Bazli hanya menggeleng dan ketawa sinis ke arah sepupunya. Motor sekuter Yamaha Mio Z dihidupkan dan dia terus membawa motor itu laju memecah kesunyian malam desa Banten untuk menuju ke luar bandar yang jauhnya kira2 15km.

Dari kejauhan , Bazli melihat di tepi jalan kecil dihadapannya terdapat sisa bahan buangan daripada kerja2 pembinaan bangunan. Terdapat batu-bata yang dibuang dan dua bungkus plastik sampah putih yang besar. Bazli memberhentikan motornya kerana tertarik melihat plastik sampah putih ditepi jalan itu. Setelah merenung dalam dua minit, barulah dia terperasan salah satu plastik putih itu bergerak dan tiba-tiba berdiri tegak.

“Pocong!”- jeritnya. Dia terdiam dan terpaku sebelum kembali sedar semula. Tanpa membuang masa, dia memulas throttle minyak motornya meninggalkan puaka itu.

Malang sekali, kerana pada fikirannya dia telah jauh meninggalkan pocong itu dibelakang tetapi pocong itu muncul dihadapannya dengan melompat di tepi jalan (kawasan sekelilingnya hutan sebelum bertemu pintu gerbang desa). Bukan satu jelmaan pocong itu menjelma tetapi banyak!

Pergerakannya sama , melompat , menunduk (seperti rukuk) dan tegak kembali. Mujurlah dia berjaya mengawal motornya , jika tidak pasti kemalangan kerana kawasan yang agak berbukit itu.

Akhirnya, Bazli berjaya keluar daripada kawasan pocong itu, sehinggalah dia berhenti di kedai 24 jam untuk mengambil nafas dan mengumpul tenaga. Fikirannya tidak dapat memberikannya alasan yang logik kenapa sosok pocong itu mengganggunya , namun dia meneruskan hajatnya membeli barang2 keperluan di kedai itu. Setelah selesai , Bazli bersedia untuk pulang , dalam perjalanannya dia berhenti di simpang masuk ke desa itu, tujuannya untuk mengumpul tenaga dan membaca doa2 yang dia tahu supaya Tuhan memberkati dan melindunginya ketika itu.

Namun, Tuhan benar2 mau menguji Bazli , mungkin kerana sikapnya yang berani melawan cakap orang tua (supaya tidak keluar selepas Isyak), sosok puaka itu setia menanti di tepi2 jalan pulang Bazli. Dia membawa motornya dengan laju dan cuba mengelak pocong itu (bayangkan, sosok pocong itu melompat ke tepi jalan kecil itu dan tunduk (seperti rukuk), kepalanya hampir mengenai motor dan tubuh Bazli, sehingga dia terpaksa membelok sedikit). Bazli menyumpah dalam hati, apakah salahnya diperlakukan seperti ini.

Sampai di rumah, Bazli demam dan sakit2 badan seminggu, semangatnya hilang bersama tenaganya. Taubat dia daripada melanggar peraturan desa itu. Dia yang degil dan keras kepala, wajarlah setan2 itu mengajarnya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

#Perwira Agung

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.