Assalamualaikum. Kisah ini yang ingin saya sampaikan bukanlah cerita seram. Tetapi ini adalah suatu kejadian yang amat bermakna bagi saya. Ceritanya bermula…
Pada tahun 2017, kejadian dimana seluruh ahli keluarga di jemput ke rumah makcik saya. Khabar yang disampaikan adalah nenek sebelah mak tidak sedarkan diri dari pagi hingga petang. Doktor yang memeriksa nenek jugak disahkan nyawanya bergantung kepada alat mesin oksigen dan tidak ada harapan ketika itu. Ramai ahli keluarga datang berkunjung menanti pemergiannya disamping membacakan surah-surah tertentu. Siang hingga ke lewat malam nenek tidak jugak sedarkan diri. Yang hadir ada yang minta undur diri disebabkan hari sudah lewat malam. Aku yang ada disitu duduk melihat nenek tidak dapat berbuat apa-apa.
Giliran masing-masing untuk membisikkan syahada di telinga nenek. Jam hampir pukul 4 pagi, makcik pakcik semua kepenatan. Yang mana duduk disamping nenek jugak tertidur. Lalu salah seorang makcik ku (Mokteh)memanggil ku untuk membantu beliau mengucapkan syahada ditelinga nenek. Aku dengan keadaan masih segar ambil kesempatan ini. Sedih melihat wajah nenek ketika itu. Ketika semua sudah dilamun mimpi. Aku menulis ayat Alif Lam Lam Ha di dahi nenek sambil membaca 4 ayat al-quran yang pendek yang aku amalkan.
Tanpa henti membaca 4 ayat tersebut ditelinga nenek. Aku terdengar azan subuh telah dikumandangkan. Saat selesai sahaja azan, nenek tiba-tiba bangun duduk dari katil merenung wajah ku. Terejut aku tidak terkata dan jantungku berdegup kencang. Macam lihat hantu kalau nak tahu perasaan aku ketika itu. Mulut aku masih tak henti baca ayat tersebut. Mokteh terjaga dari tidur terus istighfar.
Bicaranya mereka begini..
Mokteh: Mak ok?
Nenek: Ok, kenapa ni?
Mokteh: Mak dari pagi tidak sedarkan diri.
Nenek: Mak okla. Mak tadi pergi dapur mak tengok ramai yang datang. Mak makan nasi lagi.
Aku di sampingnya diam tidak terkata. Yang lain terus bangun menghampiri nenek. Mokteh melihat ku dan menyuruh ku rehat. Suasana menjadi tenang saat itu.
Berapa bulan kejadi itu. Nenek telah pun pergi mengadap ilahi. Hari dimana ingin dikebumikan hati ku teringin sangat untuk menyambut jasad nenek di liang lahat. Aku tergesa-gesa kedepan untuk mengangkat setiap kali jasadnya ingin diiringi. Tiba ditanah perkuburan seperti biasa Ustaz akan memanggil 3 orang untuk kedalam lahat. Maka aku pun turun tanpa lengahkan waktu. Ikuti dengan 2 pakcik aku. Aku berdiri dibahagian tengah. Perasaan itu Allah s.w.t sahaja yang tahu. Apa yang diperintahkan oleh Ustaz semua aku lakukan. Alhamdulillah, akhirnya nenek selamat dikebumikan. Aku pun pulang kerumah disambut oleh isteri ku. Isteriku tidak ikut disebabkan hal tertentu. Disuruh aku mencuci kaki sebab kaki dan seluarku masih terlihat bekas tanah. Lepas itu aku menceritakan apa yang terjadi kepada isteriku.
Tahun berikutnya, ayah kepada bapa aku pula pergi mengadap ilahi. Disuasana yang sepi itu. Aku bersama abang dan adik ku duduk berbincang prihal siapa yang ingin ke liang lahat. Untuk mewakili bapa ku. Bicaranya begini…
Abang: Antara kita siapa yang nak sambut jenazah atok?
Aku: Korang pergi lah. Aku masa arwah nenek da sambut. Jadi aku mengalah.
AbangAdik: Bila masa kau sambut??
Aku: Laa…time arwah nenek kan aku sambut dibahagian tengah. Aku nampak sebelah aku Pak Lang dan sebelah lagi Pak Seman.
Abang: Yang tengah tu Pak Busu!
Aku pun cuak ketika perbualan itu. Terus memanggil mak aku. Alangkah kejutnya aku, mak pun cakap benda yang sama. Aku diam terus keluar untuk menelepon salah satu sedara ku di mana ketika arwah nenek dikebumikan dia lah yang menarikku keatas dari lahat tersebut. Maka diberitahu dia tidak ingat peristiwa tersebut. Hanya Allah s.w.t yang tahu perasaan ku ketika itu. Akhir sekali aku menelepon isteri ku dan bertanya tentang peristiwa yang lalu. Isteri hanya berkata dia masih ingat bila aku balik dari perkuburan aku telah menceritakan kepadanya. Walaupun demikian aku masih bertanya dengan diri ku. Sekiranya tidak ada siapa yang melihat ku walaupun ketika itu aku dapat merasakan bagaimana tanah yang aku genggam untuk menutup tepi keranda tersebut. Kalau roh aku yang ada didalam liang lahat. Dimanakah jasad ku?Siapakah yang melihat jasad ku?Hingga kini tiada jawapan. Maka aku hanya yakin…
Kun Faya Kun.
Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : “Jadilah! maka jadilah ia”. Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”
Surah Yassin : 81-83
Wallahua’lam…Sekian. Terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
menarik.tp xpuas baca..sbb mcm misteri persoalan yg tak terungkai…
cobe tanya pak busu betul ke dia ada turun dalam lahat….
Banyak ayat tergantung, tunggang langgang dan penggunaan perkataan yang salah.
“Doktor yang memeriksa nenek jugak disahkan nyawanya bergantung kepada….”
Nyawa doktor yang bergantung kepada…???
Apa-apapun, terima kasih diatas perkongsian saudara. Cerita ini penuh dengan misteri.
HAHAHAHHAHAAHHAHHAHAA, letih aku baca.. lawak siakk.. HAHHAHAHHAHAHHH
kena buat ig/fb story kot baru org perasan.. hehehe
apa benda ni..
tak faham aku cerita ni..kejap nenek bangun balik..kejap sambut jenazah, kejap roh liang lahad…
bnyk melihat movie ni…..