Hai. Assalamuaikum semua! Ni penulisan pertama aku. Kalau FS approve, tak sia-sia aku type dalam keadaan demam2 pening kepala ni . Ermm, aku pun tak tau nape rajin pulak aku nak buat bende alah gini. Masa sekolah karangan BM asyik tak siap je. Bila cikgu tanya cakap buku tertinggal. Nasib dapat cikgu baik, takde sampai nak denda sebab tu naik lemak kot . Okay korang boleh panggil aku Yong je. Aku memang peminat setia Fiksyen Shasha. Sebelum tido mesti kena baca dulu and masa ngantuk kat tempat kerja pun aku galak curi-curi baca, kang kantoi dengan bos nahas aku . Jom kita mulakan untuk kisah pertama ni! Btw, aku tak rasa seram pun cuma banyak persoalan je lepas kejadian ni .
So untuk kali ni aku nak story kisah masa aku masih belajar di sebuah IPTS. Aku masa tu aktif persatuan silat dan balik latihan selalu dah lewat, dah tengah malam. Roomate aku pun biasanya dah tido bila aku balik. Satu malam ni, macam biasa aku balik lewat masa tu dah dekat pukul 1 pagi kot. Aku balik mandi ape semua sebab dah berpeluh masa latihan kan. Selalu lepas mandi aku pekena maggi sebungkus dua tapi tidak malam itu sebab aku rasa terlampau penat. Esoknya pulak kelas pagi.
Aku dah siap2 nak tido, dah bukak tingkap luas-luas bagi angin masuk sebab bilik tu sumpah bahang tiap masa. Aku pun tak paham kenapa so memang setiap malam tingkap akan dibuka. Maka tido lah aku dalam kegelapan sebab lampu tido kitorang masa tu rosak malas nak beli baru.
Jadi, aku dah bergumpal dalam selimut tapi kaki sebelah biar keluar dari selimut. Pelik kan aku kata selalu panas tapi berselimut. Aku buat macam tu baru rasa selesa nak tido. Sapa tido macam aku? kita geng! Dan aku pun melelapkan mata sebab badan dah terlampau letih. Tido punya tido tiba-tiba aku terjaga, dikejutkan dengan satu bunyi benda besar jatuh. Aku curious tapi rasa penat mengantuk lebih menguasai so aku lelap balik sebab kan memang gelap takde lampu.
Aku ingat esok pagi baru nak check. Baru je lelap mata balik, tetiba lampu di on. Rupanya roomate aku pun dengar dan terjaga jugak so dia bukak lampu sebab suis dekat sebelah katil dia. Aku pun celik mata jugak lah bila dah terang-benderang macam tu dan tengok jam kat fon, pukul 3 pagi.
Ohhh bunyi gedebuk tu rupa-rupanya kipas duduk kitorang jatuh atas lantai. Pelik dah macam mana boleh jatuh sebab kalau ikut logiknya, kalau orang langgar baru berpotensi untuk rebah menyembah bumi. Kitorang pun turun katil, pegi tengok kipas tu. Belek semua tengok macam okay, kitorang try on balik.
Tapi tak hidup pun. Nape pulak tak gerak? Tengok balik dengan lebih teliti rupanya semua bilah kipas tu patah. Padanlah x berpusing kipas tu. Kitorang carik lah mana bilah kipas tu, jumpa 2 bilah kat bawah katil roomate. Lagi satu tak jumpa so kitorang decide biar jela sebab memang dah xdapat pakai pun lagipun mata memang berat kol 3 pagi kot, bangun pun masih mamai. So kitorang sambung tido, switch off lampu balik.
Esok pagi nya, bersiap lah kitorang nak pegi kelas. Aku tengah kemas buku atas meja nak letak dalam beg tetiba bilah kipas yang lagi satu tu terselit antara buku aku wehh! Aku dengan excitednya jerit cakap kt member, aku dah jumpa bilah kipas tu.
Tak lama lepas tu kitorang berpandangan! Wehh macam mana bilah kipas tu boleh ada atas meja aku? And lagi pelik, macam mana bilah boleh keluar sedangkan penutup kipas tu tertutup rapat, siap lock lagi. Sel otak baru berhubung pagi tu. Ohhh sebelum tu, aku lupa nak describe posisi bilik kitorang.
Bilik kecik je muat 2 orang. Masuk pintu, terus katil roomate aku di sebelah kiri, sebelah kanan meja belajar dia. Tp kitorang ni selalu tak belajar kat meja pun, so kerusi belajar roomate tu kitorang guna letak kipas, so memang stable kan? And all this while memang helok je kipas tu kat situ. While meja belajar aku pulak dekat kaki katil aku. So ada jarak dari meja roomate. Korang dapat imagine tak posisi bilik?
Okay now, aku nak korang tolong pikir k bagi jawapan. Sebab sampai sekarang aku masih musykil ni.
Persoalan nya adalah seperti berikut:
Macam mana kipas boleh jatuh padahal bukan kat hujung kerusi, and memang dok stable je situ selama beberapa sem.
Macam mana bilah kipas boleh patah elok, cantik je semua nya? Semua patah wehh sedih kitorang kepanasan.
Macam mana bilah kipas terkeluar sedangkan penutup tertutup rapat takde tanda2 terbukak pun. And memang lock yee. 2 bilah jumpa bawah katil member, 1 jumpa atas meja terselit antara buku. Terselit k kawan kawan.
Kipas tu atas kerusi, ada ruang lagi kat kerusi tu. Kitorang susun botol air minuman dalam 6 botol kot masa tu sekeliling kipas tu sebab tgk situ cam luas. Kipas jatuh, botol semua pun atas lantai. Yg peliknya, semua botol helok berdiri semua atas lantai macam kena susun wehh. Pagi tu baru sedar kot
So, tolong bagi aku jawapan yang logik macam mana semua tu boleh berlaku. Sapa boleh jawab wehhh? Jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri hihihi
#KisahYong
-TAMAT-
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Jawapan logiknya jin itu wujud & tiada yg mustahil. Kun faya kun
cerita ni sma jugak jugak mcm kawan aku accident selepas dia hantar mak dia pegi airport klia2. hujan lebat so jalan mesti licin kan. then kawan aku ni terlibat kemalngan kecil dekat lebuh raya(lupa) menyebabkan bumper depan kereta teruk hancur. nasib baik dia tak apa2 dan cuma kecederaan kecil sahaja. cuma yang peliknya, laptop kawan aku ni dia letak dkat seat back sbb before dia hntar mak dia, kitorang ada class and mmg dia sllu letak dkat seat back. after accident tu dia check lah kereta dia, tiba2 laptop dia ada dalam belakang bonnet kereta. hahahaaa
yamg ni tak seram tapi lawak….agaknya laptop ada kaki tu..nk selamatkn diri sendiri jugak..haha
Botol tersusun dgn bilah terselit kat buku mgkin kawan awak yg bangun awal buat.
pelik2..tp natanglah tu punya keje..
wah.. mmg pelik.. aku rasa yg tu sjenis prank glongan jin kategori rmja bbnu yg hawaq2 ni.. contoh klu mnusia kn ada geng suka lepak simpg, buat willy xketahuan, main gitar rmai2 pg2 buta bagai kn. haa ni cm sama geng la tu cuma beza spesis ja
maybe ade yg tlg kemas. tp mls nk mengaku sb saje nk kehidupan korang diselubungi misteri. hihi
maybe kwn dia yg terjatuhkan kipas tu..tp buat2 tak ngaku..kang kena byr ganti rugi
Kita geng…aku pon tido camtu gak..
Tapi kes ko ni mmg misteri laa…pening aq pikir nk bagi jawapan