Mukmin 2

Hening yang amat hening. Semua bola mata kami tertuju pada ayah Kelvin. Masih bersila di situ, masih seru sesuatu dalam bahasa ibundanya. Mukmin yang terlelap tiba-tiba tersedar. Meraung sekuat hatinya menjerit ” panas ” berulang kali. Kami semua terpaksa memegang Sofian. Jika tidak pasti dia sudah meluru ke depan.
” Sudah pakcik cakap kan? Jika rasa tidak boleh ikut arahan pakcik, kita berhenti di sini saja!!” Tiba-tiba ayah Kelvin bertempik tanpa memandang kami. Kelvin segera membalas dengan bahasa ibundanya yang bermakna teruskan…yang soal Sofian kami kendalikan…

” Selepas ini, kamu semua akan melihat lebih teruk dari ini, jadi bersiap sedialah. Jangan ada sesiapa yang lari tinggalkan tempat ini!! ” ayah Kelvin sambung bicara, masih tidak memandang kami. Bujang senang tetap di situ tidak bergerak. Mulutnya yang berhias taring terbuka luas betul-betul hanya beberapa inci saja dari kepala Mukmin. Kami telan liur. Saiznya? Sama saiz orang lelaki dewasa. Panjang lebih kurang 10 kaki. Tidaklah terlalu besar, tapi insha-Allah setakat baham Mukmin tu muat juga masuk perut. Ayah Kelvin bertentang mata dengan bujang senang. Kembali sambung bicara serunya. Bagaikan berbual dengan bujang senang. Kami masih terpaku di bawah pohon. Panas sudah tidak di hirau. Baju basah lencun. Entah basah peluh atau sebab takut hehehe…

Burung berterbangan di atas kami. Mulut burung mulut terbuka, bagai keluarkan suara tapi kami bagai berada dalam dimensi sendiri, kedap udara. Amat sunyi sepi. Perlahan buaya pusingkan badan, tiba-tiba ekornya menampar laju wajah Mukmin!! Kami semua terlopong!! Kepala Mukmin bagai patah pada pandangan kami. Mengucap panjang aku. Apakah semua ini? Ayah Kelvin masih duduk bersila di situ tanpa berbuat apa-apa pejamkan mata. Bibirnya masih terus seru sesuatu. Kali kedua di tampar dengan ekor buaya, Mukmin bagai betul-betul nyawa ikan. Sofian menjerit. Karl segera tekup mulutnya. Makin kejap kami menahan tubuhnya dari menerpa…

Selepas beberapa minit tidak bergerak, buaya tersebut akhirnya bergerak longlai ke gigi air. Perlahan…akhirnya lenyap. Tiba-tiba ayah Kelvin bingkas bangun, pergi ke arah kami, capai pelepah sawit, sepatutnya tapak tangan kita akan berdarah jika sentuh sebab berduri. Tapi ini tidak. Jantung kami berdetak boleh di dengar. Sebab teramat sunyi.

Pap!! Kembali kepala Mukmin di bantai dengan pelepah sawit!! Astaga!! Kenapa kejam sangat. Kalau bukan sebab arahan, memang kami semua akan meluru ke depan.
” Sabar!! ” bisik Kelvin.
Kami semua pandang dia. Wajahnya tanpa riak emosi. Kosong.
Entah sudah berapa kali kepala Mukmin menjadi mangsa pelepah sawit. Habis berdarah wajahnya. Sudahlah awal tadi kena penampar ekor buaya, ni pelepah sawit lagi. Kalau kita memang koma terus. Riak wajah ayah Kelvin bagai tiada sebarang belas kasihan. Sempat menjeling kami. Kami tundukkan kepala. Tak berani balas pandang. Selepas puas bantai Mukmin, ayah Kelvin buang pelepah sawit, kembali ke arah kami. Mencapai daun keladi besar, lipat bentuk segi tiga bulat.

Pergi ke arah sungai. Ceduk air. Mulutnya tidak berhenti kumat kamit. Ambil air, melangkah perlahan ke arah Mukmin yang sudah tidak bersuara. Dalam kepala kami, habis lunyai Mukmin. Perlahan jirus air. Sebaik terkena kepala Mukmin, berkepul asap. Kami semakin terkejut. Wah!! Apa lagi lepas ni? Tak semena mena, bau hanyir menyeliputi kawasan kami. Seiring hilangnya asap dari kepala Mukmin, bau tadi juga turut hilang. Kepala Mukmin tetap terkulai layu. Perlahan lahan suara burung, segala bunyian dalam hutan mula kedengaran. Aku cuba tepuk telinga dua tiga kali untuk pastikan. Semua lakukan perkara sama. Sebaik pandang Mukmin, kami semua terkesima. Wajah Mukmin normal saja. Tidak berdarah seperti tadi. Kami gosok mata. Sah!! Normal. Ayah Kelvin tepuk bahuku dari belakang. Aku terkejut yang amat. Entah bila masa dia berada di belakang…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

6 thoughts on “Mukmin 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.