Mulut Capul vs Histeria

Hi Assalamualaikum. Aku Saloma. Aku saja nak bercerita. Teringat peristiwa yang beri pengajaran dalam hidupku. Terima kasih jika admin siarkan. Cerita ni agak panjang.

Sebenarnya kisah aku ni aku pernah publish di page sebelah. Tetapi aku buat sambungan (EPISOD). Dan EPISOD 1 mendapat sambutan berdasarkan komen komen yang aku baca. Jadi aku semangat habiskan cerita sampai habis. Kemudian bila aku submit. Cerita aku tak diterima. Kerana tidak dipublish selepas beberapa hari disubmit. Mungkin admin page itu berfikir cerita aku hanyalah rekaan. Tetapi inilah cerita sebenar dari side aku sendiri. Jadi kali ini di FS aku cuba ringkaskan dan habiskan cerita. Tiada episod. Semoga diterima.

Ok berbalik pada tajuk. Mulut capoi (utara) atau membawa maksud mulut tiada insurans atau cakap lepas. Korang semua tahu. Kadang disebabkan mulut tiada insurans ni laa akan ada kejadian buruk jadi dekat empunya diri yang bercakap.

Kisah ini bermula pada zaman sekolah menengah aku. Pada waktu itu, memang riuh kejadian histeria. Puncanya ada beberapa pelajar bermain “spi*it o* de *oin”.

Sekolah aku ni ada dua sesi. Sesi pagi dan sesi petang. Hasil risikan aku mendengar cerita. Rupanya kedua dua sesi bermain permainan ni. Jadi bayangkan berapa ramai yang kena.

Kejadian ini berlarutan. Ustaz, Jpam, Bomba semua datang membantu. Pelajari tidak diberi cuti. Tetapi selalunya kejadian akan berlaku pukul 10 pagi dan kemuncak makin ramai pukul 12 tengahari. Datang ke sekolah macam biasa. Pada waktu pagi akan diadakan bacaan yassin. Nak ke tandas berteman.

Waktu tu pula musim peperiksaan awal tahun. Nak dijadikan cerita. Aku datang ke sekolah macam biasa. Jam 12 tengahari dengarlah pengunguman cikgu memberi pelepasan pulang awal. Disebabkan terlalu ramai pelajar perempuan kena histeria.

Memandangkan minggu peperiksaan dan pulang agak awal. Aku pun beri cadangan kepada kawan baikku. (Salmah) untuk ulangkaji di rumahnya. Jadi aku, Saleha dan Salmah pun naik bas ke rumahnya.

Sampai sahaja dirumah Salmah. Terus kami melantak nasi. Selesai makan. Niat untuk ulangkaji hanya tinggal kenangan. Kami bertiga hanya leka membincangkan topik kejadian histeria di sekolah. Bermacam aneka teori kami rungkaikan. Mengalahkan pakar metafizik dan alam sebalik mata. Tanpa kami sedar. Jam sudah menunjukkan lewat petang.

Adik kepada si Salmah ni satu sekolah dengan kami tapi sesi petang. Dia baru pulang. Menangis nangis masuk bilik. Mula bercerita. Kawan baik sebelah mejanya kena histeria. Habis dengar cerita. Lihat jam tangan. Wahhhh. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Aku dan Saleha pun hendak pulang.

Rumah aku dan Saleha berdekatan. Tetapi dia dahulu. 5 minit perjalanan naik bas. Barulah sampai di perhentian rumahku. Ok inilah permulaan mulut capoiku vs histeria.

Di perhentian bas. Sambil menunggu bas datang. Aku dan Saleha berborak lagi tentang kejadian yang berlaku disekolah. Kenapa kami asyik borak tentang kejadian ni? Kejadian agak beri impak sebab pelajar yang terkena histeria bukan seorang dua. Tapi ratusan.

Aku “Macam mana lah eh orang yang kena tu. Diorang rasa apa. Tak sedar ke. Diorang tak boleh kawal diri ke? AKU TERINGIN NAK KENA. NAK TAHU DIORANG RASA APA”

Saleha *menelan air liur. Termenung* Hanya memberi senyuman kelat. Mungkin sedang berfikir kata-kata aku sebentar tadi.

Pukul 8 malam, Tibalah aku dirumah. Sambung bercerita kepada keluarga pula tentang kejadian berlaku. Tanpa sedar aku keletihan. Dan tidak mandi. Lalu tertidur. Aku bermimpi…..

Di dalam mimpi, kejadian pada waktu rehat. Tandas pula berdekatan dengan kantin sekolah. Nak dijadikan cerita. Diri aku pada ketika itu di dalam tandas dan kelihatan ramai pelajar perempuan. Macam suasana biasa waktu rehat.

Selepas aku keluar sahaja dari tandas. Tiba tiba muncul seorang budak lelaki. Kepala botak. Tidak mempunyai seurat benang pun di badannya. Dari atas kepala sehingga bawah kaki kulitnya berwarna hitam. Umur lingkungan 2-3 tahun. Dia mengikut aku keluar dari tandas sambil memegang tanganku meminta minta aku mandikan dia. Aku rimas. Lalu aku menolak dia jatuh kebelakang.

Elok saja kaki melangkah masuk kantin. Tiba tiba aku dapat rasakan ada satu lembaga hitam besar dari arah belakang dengan pantas terus masuk dalam badan aku.

Menjerit jerit aku. Aku meronta. Guru-guru datang memegang kaki dan tangan aku. Situasi jadi kacau bilau. Pelajar menjadi takut. Berlari menjauhkan diri. Badan aku terasa berat.

Tiba tiba aku terjaga dari tidur secara mengejut. Nafasku turun naik dengan laju. Penat seperti memikul bebanan yang berat. Mula pada saat itu aku mula merasakan seram sejuk. Terasa ada sesuatu bermain di kaki.

“Sesuatu” itu bermain dari tapak kaki. Ke betis. Ke lutut. Turun ke bawah semula. Berulang. Aku cuba pejamkan mata. Tapi terasa segar saja mata ini. Mimpi itu terngiang ngiang di fikiranku. Tanpa sedar aku terlelap kembali.

Pagi itu, aku bangun bersiap nak ke sekolah seperti biasa. Niatku hendak mandi wajib. Kerana baru habis. Orang kata badan kotor. Benda itu senang masuk. Disebabkan takut dengan mimpi tadi. Aku mula menjadi penakut. Jadi hanya mandi kerbau sahaja. Cermin pun hanya sekilas pandang.

Pelbagai petanda telah diberi untuk menghalang aku pergi ke sekolah. Selalunya aku akan ke sekolah dengan sepupu aku. Sedang aku berjalan ke rumah dia. Aku mula rasa seram sejuk. Rasa ada sesuatu mengikuti dari belakang. Padahal jam sudah menunjukkan pukul 630 pagi.

Sampai sahaja di rumah sepupuku. Maknya memberitahu aku, anaknya kurang sihat. Aku pun patahbalik pulang ke rumah. Dalam rasa tak sedap hati. Rasa berdebar. Rasa macam mahu demam. Rasa berat nak ke sekolah. Aku cuba juga meminta tolong ayahku untuk hantar.

Dalam perjalanan ke sekolah. Aku termenung teringat mimpi semalam. Tanpa sedar. Ayahku yang tidak pernah terlajak dari sekolah. Tiba tiba hari kejadian boleh pula dia terlajak. Nasib aku sedar. Aku pun memegang bahu ayahku “abah. Terlajak dah ni. Takpa takpa Saloma boleh jalan kaki sikit”. Selesai menurunkan aku, abah pun pulang.

Sampai sahaja di pagar sekolah. Tapak kaki aku seperti dicucuk cucuk. Terasa ada yang main di kaki. Seluruh badan jadi seram sejuk. Terasa ada sesuatu di belakang. Habis sahaja perhimpunan pagi. Aku masuk ke kelas. Seperti biasa berborak bersama kawan yang lain. Hari ini ada peperiksaan subjek sains. Tetapi selepas rehat.

Waktu rehat. Aku jadi tidak lalu makan. Aku beritahu kepada kawan ku. Rasa tidak sedap hati. Kawan ku menegur. “Sejuk tangan hang”. Aku membalas “Mungkin nak demam”. Ketika berjalan ke kantin. Ada seorang lelaki mengatakan sesuatu pada ku. Seperti menyindir. Yang menyebabkan aku berasa amat marah.

Perasaan marah bercampur rasa tidak selesa selepas mimpi tu menyebabkan aku jadi gelisah. Aku tidak makan pada hari itu. Selera ku hilang entah kemana. Sebelum masuk ke kelas.

Aku ingin ke bilik guru. Seorang diri. Sambil berjalan naik ke tangga. Aku ternampak seorang pelajar perempuan. Tersenyum senyum depan cermin sambil perbetulkan tudungnya. Aku abaikan. Mungkin tengah fikirkan sesuatu. Jadi ini adalah kemuncaknya.

Peperiksaan pun bermula…

Kedudukan meja aku di belakang sekali. Sebelah adalah kawan aku. Sebelah dia memang pintu belakang kelas. Semasa menjawab soalan sains. Aku dapat rasa ada sesuatu bermain di kaki aku. Itulah yang aku rasa sejak tersedar dari mimpi.

Kadang “sesuatu” ini naik sampai ke leher. Meriding. Haba panas di muka. Walaupun dengan rasa bermacam macam. Aku sempat lagi memanggil kawan aku kerana mahu jawapan. Dia memberi respon dan memberi jawapan.

Tepat pukul 12 tengahari. Terdengar suara pelajar perempuan menjerit. Sambung menyambung. Semua kelas mula bising antara satu sama lain.

Cikgu Zaitun, “Kamu abaikan sahaja. Zikir dalam hati. Jawab sahaja soalan sains tu. Baca ayat apa apa yang kamu tahu”. Waktu itu jugalah aku mula rasa lain. Takut, gelisah bercampur “benda” bermain di kaki dan dapat rasa ada lembaga hitam besar di belakang aku.

Aku cuba tulis jawapan. Tapi tanganku seperti baru dicucuk pelali. Susah dikawal. Rasa kebas. Tulisanku mula jadi buruk. Disebabkan perasaan takut aku. Aku cuba memanggil kawan sebelah aku. Tapi sayang. Dia seperti tidak mendengar panggilanku.

Dia berborak bersama kawan dihadapannya. Padahal jarak antara kami tidaklah jauh. Seperti susunan meja ketika peperiksaan. Muka dia seolah olah seperti tidak mendengar aku memanggil. Aku berusaha hendak “cuihh” bahunya menggunakan tangan. Tapi malangnya tidak boleh bergerak. “benda” ni pula bermain di kaki.

Dah rasa macam dunia sendiri sahaja. Tibaaaa tibaaaaa… Benda yang bermain di kaki. Zupppppppp!! ke atas. Muka aku rasa panas. Aku menangis. Menangis secara automatik tanpa dipaksa.

Cikgu pun mula mendekat. Menyuruhku berzikir. Ingat Allah. Zikir dalam hati. Aku pun zikir. Benda tu turun ke kaki balik. Kawan kawan yang lain mula memandang aku. Aku faham. Kalau aku pun takut.

Tibaaa tibaaa….

Seorang pelajar lelaki di dalam kelas aku mengeluarkan suara garau. Heermm!! Herrmm!! Mata merah. (aku dalam tengah gelisah dengan diri sendiri ni. Sempat juga melihat) Seperti marah. Dia mula semacam nak mengamuk. Satu kelas jadi kecoh.

Dalam kekecohan itu. Terdengar pula pengunguman arah pelajar pulang. Disebabkan suasana tak terkawal. Semua pelajar bersiap dengan pantas untuk pulang. Yang agak kelakar. Aku dah macam dunia aku. Rasa telinga jadi berdesing dan bengang. Mulut terasa berat untuk bercakap.

Zuppppppppppp!! LAGI SEKALI. “benda” tu dari kaki terus naik ke muka. Rasa panas sahaja muka. Mulut berat. Kaki tak boleh bergerak. Dan tiba tiba juga aku menangis. Air mata keluar laju sahaja. Padahal diri aku ni. Terfikir fikir. Kenapa aku menangis.

Mesti pelik. Kenapa lelaki pun kena. Jarang la kan. Sebab kawan laki aku tu jenis orangnya lembut. Bukan lembut sotong. Jenis percakapan lembut. Orangnya jenis lembut laa. Alaa. Tak tahu laa nak hurai dia macam mana.

Dalam aku sibuk menangis. Kawan yang lain mula menjauh dah. Haa waktu ni laa hang boleh nampak mana kawan betoi hg. Tapi tula bila fikir balik. Kalau aku pun lari. HAHAHAHA.

Pelajar lelaki masih lagi dengan heermm!! hermm!! dia tu. Aku boleh laa nampak samar-samar kawan kawan lelaki lain bawa dia ke dewan. Kenapa samar-samar? Sebab aku terlalu menangis. Aku sendiri tak tahu punca. Mata seperti berkaca sahaja

Sekarang aku baru faham. Aku tak tahu laa kalau orang lain. Macam aku. Aku kena. Dalam adalah diri aku. Aku sedar. Aku boleh berfikir. Rasa diri macam dalam kotak. Tapi aku tak boleh bercakap. Aku tak boleh buat apa. Diri aku macam orang lain kawal.

Disebabkan aku menangis tak berhenti. Cikgu pun suruh pelajar perempuan 2 orang memegang aku bawa ke dewan. Aku menangis lagi kuat. Waktu tu aku masih keliru lagi. Kenapa dengan diri aku ni. Takut pun sama. Entah dimana aku dapat kekuatan memaksa diri aku untuk bercakap walaupun sambil menangis. “aku tak boleh berjalan”. Kaki aku rasa macam kebas. Ibarat seperti lumpuh separuh badan. Jadi dengan pertolongan kawan aku 2 orang. Aku dipapah. Jalan seperti sotong menuju ke dewan.

Sepanjang berjalan di kaki koridor tu. Semua orang memandang aku. Wahhh dah macam retisssss. Ketika dalam perjalanan ke dewan. Dengan mata samar samar aku ni. Anggaran 5 atau 6 langkah dengan kawan aku si lelaki ni. Rupanya diorang agak susah nak bawa dia. Disebabkan badan dia agak besar dan tinggi. Dia pula jenis semacam yang meronta-ronta. Kami berselisihan sebelah-menyebelah.

Tibaaaaaaaa tibaaaaaa……

Dia menjerit. “arghhhhhhh” Aku yang dengar ni yang tidak tahu apa-apa ni. Automatik menjerit sekali. Menjerit tak ingat dunia. “aaarrghhhhhh” Nyaringggg!! Sampai aku perasan ada yang tutup telinga dek kerana terkejut.

Tibaaa tibaaa…

Antara moment aku tak boleh lupa. Muka bekas cinta monyet aku. Tiba tiba sahaja lalu depan aku. Terkejut dia. Selalunya aku ini di depan dia ayu ayu sahaja. Hari kejadian menjerit seperti tiada hari esok. Haih. Jadi suami orang sudah. Moga bahagia ke anak cucu. Ok fokus.

Jerit punya jerit. Sampailah ke dalam dewan. Diorang baringkan aku. Aku sudah mula menjerit dan meronta. Yaa luaran sahaja. Dalaman aku. Masih aku yang keliru. Apa yang dah jadi ni.

Dengar orang menjerit. Aku menjerit. Automatik. Tidak boleh dikawal. Cikgu cikgu dan pelajar perempuan memegang kaki dan tangan aku. Persis di dalam mimpi aku. Cuma aku tak kena di kantin. Tapi di dalam kelas. Cara kena pun sama. Dari arah belakang.

Ketika sedang menangis bersilih dengan menjerit. Dapat la juga aku tengok keadaan sekeliling. Yang kawan aku ni menangis tengok aku. Mungkin sebab kesian dan tak jangka benda ni akan berlaku. Dia memanggil aku dengan tersedu-sedu “Saloma! Saloma!”. Aku ni kalau boleh bercakap. “ehh kauuuuuuu nii. Aku okay saja laa” kadang ketawa sendiri. Tengok telatah manusia. Sebab aku sedar. Cuma tak boleh mengawal diri.

Yang sebelah aku ni. Tak tahu laa. Spesis apa yang masuk. Berlari kesana ke sini. Aktif betul. Gedebushhh!! Rupa rupanya dia dah langgar pintu kayu dalam dewan tu. Dewan aku ini jenis setiap bahagian ada pintu. Macam dewan lama. Aku ni nak gelak tak gelak. serius lawak. Tapi tula. Aku hanya dalam dunia aku jela.

Tak ingat ustaz atau JPAM (mungkin ada ilmu kes ni) cakap dengan perempuan tu “keluar kauuuuu. Aku kata keluarrrrrrrr”. Kesian aku tengok. Selepas aku amati dengan ekor mata aku ni. Rupanya dia tu perempuan yang aku jumpa tersenyum depan cermin tadi. Haishhh.

Seorang ustaz pun datang dekat aku. Dibacanya beberapa potongan ayat quran kepada aku. D******g potongnya badan aku. Pukkkkkkk tarik keluar dari kerongkong aku. Dah macam dalam filem hantu seram. Orang kena rasuk tu. Tapi masa ustaz tu tarik. Memang ada rasa something di kerongkong. Dicalitnya minyak. Wangi!

Ditutupnya mata aku. Aku dah okay. Rasa tenang sikit. Cuma berasa letih. Sudahla tadi waktu rehat tidak makan. Terakhir aku makan di rumah Si Saleha tu. Makcik dan Pakcik serta kakak sulung aku pun sampai. Dibawanya aku pulang.

Ustaz sudah pesan. Jangan buka mata. Aku ni kalau tak buka mata alamatnya masuk longkang kecik luar dewan tu laa. Nak masuk kereta pun aku buka laa sikit. (terpaksa bukan suka suka em)

Sepanjang perjalanan nak pulang ke rumah tu. Memang aku dapat rasa lembaga hitam besar tu ada bumbung kereta. Tak tahu la fikiran aku sahaja atau betul. Sampai sahaja di rumah…

Opss! Sebelum bersambung. Aku cuma nak bagitahu. Kes histeria ni berlaku di negeri sebelah Utara. Negeri mana dirahsiakan. Atas faktor menjaga nama baik sekolah tu.

Kalau cerita dari orang yang sampai jadi macam harimau. Nak terjun bangunan. Pusing pusing padang sekolah. Menari nari semua tu. Aku taktahu apa yang diorang alami. Sedar atau tak sedar. Aku taknak ambik port. Sebab aku dengar pun dari mulut ke mulut. Takut yang didengar tidak tepat dan jatuh fitnah.

Dan maaf kalau jalan cerita tak capai expectation korang. Aku cuba tak terlalu detail. And cerita ini tidak terlalu seram cuma hanya pengalaman aku saja. Ok ambik mood gais.

Sambungan….

Sampai sahaja dirumah. Sah memang betul. Aku dapat rasa “dia” masih ada. Sebab masa mula aku masuk. Mata aku meliar dalam rumah. (secara automatik). Di ruang tamu aku. Ada bingkai gambar ayat qursi. Nama Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Yang aku masih ingat. Terdetik waktu itu aku teringat frame ayat qursi. Jadi aku ingin toleh kepala kerana mahu membaca. Disebabkan aku tak hafal pun. Tapi tidak tahu kenapa. Aku jadi tidak boleh pandang. Kira aku pandang tu macam sekilas saja. Tidak tahu kenapa. Tapi alhamdulillah ada hikmah. Sejak hari tu. Memang aku hafal ayat qursi. Segala doa keluar rumah. Doa naik kenderaan. Doa tidur. Doa waktu hujan. Semua aku hafal dan baca sampai harini. Baru kau tauu takutt Saloma oiii!!

Dah alang alang cerita pasal ayat qursi ni. Aku teringat waktu dalam dewan. Masa keadaan huru hara tu. Cikgu suruh member aku si Tijah ni baca ayat qursi dekat telinga aku. Ala si Tijah yang menangiss tak sangga tu. Dia pun datang dekat ke telinga aku. Mula baca “Allahu laa ilaha illa Huwa Al-Hayyul-Qayyum……” Makin lama makin hilang ayat tuu. Yang aku dengar suara dia nangis tesedu sedu. Aku syak dia pun tak hafal macam aku. HAHAHAHA. Sorry Tijah! Tapi aku tau sekarang mesti hang dah hafal atau waktu tu terlalu takut sampai hilang fokus hendak membaca.

Mak saudaraku (Seroja) memberi ku minum air yassin. Walaupun masa tu, aku rasa mulut agak berat untuk minum. Aku minum sedikit. Seroja memberitahuku untuk pergi ke rumah tok aku. Selang beberapa rumah sahaja dari rumah.

Disebabkan rumah aku sunyi. Hanya tinggal kakak sulong aku. Ibu ayah bekerja. Tiba tiba terasa ada yang bermain di kaki lagi. Ya. Dia datang lagi…. Badan aku yang tadi berasa ringan mula berat kembali. Aku cuba bangun berjalan untuk ke rumah tok aku.

Berusaha buka mulut beritahu kakakku untuk ke rumah tok. Dan keluar rumah. Kaki ku jadi berat. Tapi aku lupa laaa waktu ni aku pakai kasut atau berkaki ayam sahaja.

Ketika berjalan. Adakala aku berhenti. Adakala aku sedikit seret kaki aku. Padahal. Rumah tok tidak jauh pun. Tetapi perjalanan tu jadi lama. Itu apa yang aku rasa.

Kenapa kakak aku tak teman? Aku rasa waktu tu dia ke tandas. Ahhh! Ingat ingat lupa dah. Yang pasti waktu tu aku memang jalan seorang diri.

Sampai sahaja di depan rumah tok. Tepat di depan pintu. Tiba tiba…. Mata aku merenung tajam ke dalam rumah. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Seroja memanggil aku masuk.

Mereka menyuruhku minum air yassin. Aku menutup mulut rapat. Mulut aku terasa berat. Padahal dalam diri aku. Aku mahu minum air itu. Tapi aku hanya diam membatu. Riak wajah kosong. Tiada reaksi apa apa. Ko bayang ehhh. Aku tengah dengar saudara saudara aku berborak sesama mereka. Cerita tu memang kelakar. Aku gelak. Ya gelak dalam dunia aku sahaja. Luaran. Hanya termenung. (berborak untuk hidupkan suasana. Untuk pastikan aku Ok!)

Itu dari sudut luaran. Tapi jika dalaman aku. Aku sedang melawan perasaan takut dan keliru. Takut sebab dapat rasa ada sesuatu dibelakang aku atau di atas bahu aku. Lembaga hitam besar. Mata ni suka saja merenung orang sekeliling. Kadang cuba kuat nak lawan. Nak alih pandangan ke tempat lain. Tapi tak mampu. Tapi bila dah boleh alih tempat lain. Aku jadi termenung pula. Aku ingat lagi. Aku merenung ke luar rumah. Tapi tak tahu apa yang aku pandang.

Apa yang aku boleh rasa. “benda itu” seperti semakin dekat. Semakin jauh. Dia dekat. Dia jauh. Nak sebut nama Allah dalam hati pun macam nak tak nak. Kadang terasa bermain di kaki. Naik kemudian turun.

Disebabkan ada kejadian. Aku buka jam tangan yang aku pakai. Aku lempar jam tu. Jadi Seroja berbincang dengan ahli keluarga yang lain. Untuk bawa ku berjumpa ustaz. (ini apa yang diceritakan pada aku)

Actually. Kejadian buka jam tu. Disebabkan rasa sakit di pergelangan tangan. Akibat meronta ronta di sekolah tadi. Aku faham niat Si Tijah ni. Nak tolong aku. Tapi dipegangnya kuat sangat. Jadi besi jam tu temakan isi kulit sikit. Faham tak? Menyebabkan sakit dan rasa marah sebenarnya.

So korang. Kalau nampak orang kena rasuk ke. Kalau boleh janganlah picit jari kaki si orang tu. Tuan empunya badan tu yang sakit. Bukan “benda” tu. Tapi kalau ada kes memang benda tu yang sakit taktahula.

Jadi niat aku hanya nak letak jam tu disebelah aku sahaja. Tapi tiba tiba sahaja tangan aku jadi berat. Menyebabkan nampak aku seperti melempar. Waktu tu pun aku dah pelik. Kenapa?

Situasi diri aku ni susah sikit. Cuba bayang. Aku duduk dalam keadaan keliru. Benda ni ada dengan aku ke. Ada dalam badan ke. Tapi kenapa aku sedar. Aku mampu berfikir. Tapi badan semakin berat. Jantung berdebar. Muka terasa haba panas. Pandangan mata aku berkaca. Kabur macam baru habis nangis. Aku cuma fikir sebab menangis di sekolah tu je.

Sebab terlalu takut. Aku cuma fikir. Nak berlari masuk dalam masjid. Sebab rasa tempat tu yang selamat. Rumah tok aku betul betul belakang masjid. Nak cerita dekat orang. Mulut berat. Badan berat.

Sampailah Seroja bagitahu aku. Nak bawa keluar. Dalam diri aku. Aku tahu. Diorang nak bawa aku pergi berubat. Tapi ada perasaan. Tapi tu bukan perasaan aku. Perasaan yang takut. Rasa nak lari keluar. Suara yang berulang ulang. Suruh aku lari. “lari lari lari”. Tapi aku tak ikutkan pun.

Kakakku memapah aku. Menyuruh aku memakai kasut. Badan aku kaku. Menyuruh lagi pakai. Luaran aku. Aku marah takmahu pakai. Mak saudara aku yang lain cakap tak apa. Tak perlulah pakai. Dalaman aku. Aku nak pakai. Tapi kaki berat nak begerak.

Nak melangkah dalam kereta pun tak mahu. Bediri diam. Sampai lah diorang tolong angkatkan kaki.

Aku duduk di bahagian belakang diapik oleh kakak aku dan ibu saudaraku (Kuntum). Di bahagian depan 2 orang ibu saudara aku (Seroja) dan (Melati).

Di dalam kereta. Ibu saudara aku cuba berborak sesama mereka. Aku fikir mungkin nak pecahkan kesunyian. Tapi waktu itu, tidak tahu kenapa. Aku rasa amat marah. Kerana suasana yang bising. Dengar orang bercakap. Seperti ingin menjerit.

Sampai saja di persimpangan 4. Lampu isyarat merah. Kereta pun berhenti. Aku mula dengar bisikan. Seperti bisikan kata hati sahaja. “nak balik nak balik nak balik”. Aku pun dengan tiba tiba boleh buka mulut cakap “nak balik”. Mak saudara aku pun “Haaa ni nak hantar balik laa ni”. Masing masing dah cuak. Aku pun cuak. Nak balik mana? Emmmmm. Balik rumah ke balik sekolah.

Korang tahu tak. Perjalanan ke rumah ustaz hanya perlu terus ke hadapan. Tetapi untuk ke sekolah aku perlu belok ke kanan. Dan simpang empat tu dekat dengan sekolah aku.

Sampai sahaja di kawasan perumahan ustaz ni. Ustaz ni tinggal di flat. Kami turun dari kereta. Melati mencari parking kereta yang kosong. Berjalanlah aku dengan badan rasa berat tu.

Ada lagi suara bisikan datang “lari lari lari”. Aku waktu tu memang berasa ingin berlari. Nasiblah kakakku dan Kuntum pegang erat aku. Tapi aku cuba lawan perasaan tu. Aku tahu aku nak jumpa ustaz ni. Kena lawan sikit semua bisikan.

Lif lambat. Ehhh ke lif rosak. Aku pun dah lupa. Jadi mengambil keputusan untuk naik tangga. Semasa nak berjalan naik. Melati pun datang. Sambil tanya kenapa naik tangga bla bla bla. Secara tiba tiba mata aku merenung tajam ke arah Melati.

Melati dengan muka cuak “Weiiii… Awat dia dok tengok tengok aku pulak”. Melati ni karakter dia jenis sempoi sempoi. Kalut kalut gitu. Serba tak kena jadinya. Tengok telatah Melati ni, buatkan aku berasa nak ketawa. Ketawa dalam dunia aku sahaja.

Sampai saja di depan pintu rumah ustaz tu. Kaki aku tidak mahu melangkah masuk ke dalam. Kaki aku jadi berat. Ustaz pun datang ke pintu “Awat takmau masuk. Mai laa masuk”

Boleh pula aku langkah masuk. Duduk bersila semua. Dalam sibuk ustaz tu tengah ambik air botol mineral. Mata aku kembali renung satu sudut dalam rumah tu. Ustaz pun datang duduk dihadapan aku. Tanya beberapa soalan kepada mak saudara aku. Terkena dimana?

Ustaz mula membuka penutup botol air. Dia pesan pada aku “hang dok diam nah. Jangan dok mai sepak/terajang aku pula. Aku ni pun tak berapa sihat” sambil memegang dada. Ustaz ni agak berusia. Polis pencen kalau tak silap.

Aku hanya duduk bersila. Tapi aku berasa badan aku macam membongkok. Senang cerita postur badan tu tak menegak laa. Ustaz mula membaca ayat ayat quran. Ya. Surah yang biasa aku dengar. Alfatihah dan lain lain. Aku merenung kosong muka ustaz tu. Mulutnya terkumat kamit baca doa. Sekejap dihembusnya di dalam air. Berulang lagi. Dan akhirnya. Selesai sahaja. Dia yang tadi menunduk kepala sambil membaca. Mengangkat sedikit badannya. Tanda sudah selesai.

Dan pada waktu itu. Aku juga dapat mengangkat sedikit badan aku. Badan aku terasa ringan. Haba dimuka juga hilang. Boleh bergerak. Ibarat baru keluar dari terkurung di dalam kotak. Aku memandang sekeliling aku.

Ustaz tu tanya aku ” ni sapa?” tunjuk ke arah mak saudara aku. Aku menjawab “Melati”. Ada getaran nada suara sedikit. Ustaz tu tanya macam mana boleh kena. Aku menjawab bahawa aku bermimpi. Selepas itu tetap pergi juga ke sekolah walaupun berasa tidak sedap hati.

Ustaz tu berpesan. Selepas ini kalau rasa tak sedap hati. Dan mimpi macam tu. Jangan pergi sekolah. Dia cakap lagi badan lemah. Aku pun beritahu tadi waktu rehat tak lalu makan. Dia kata lagi selepas ini apa apa kena makan. Dia pun bagi sebiji pisang. Aku makan separuh sahaja.

Pulang saja dirumah. Semua keadaan Ok! Tapi….

Disebabkan aku jadi penakut yakmat. Aku mandi dibahagian belakang diluar rumah ditemani sepupu perempuanku. Ustaz bekalkan aku air yang dibaca doa dan limau. Sambil aku mandi tu.

Aku dapat rasa. Di pandangan mata tepi aku ni. “Dia” ada. Ada di penjuru. Nak aku describe ke apa yang nampak. Walaupun sipi sipi dari ekor mata. Tak berani aku untuk pandang terus. Satgii haaaaaa. Cakkkkkk!!!! Lari beterabur aku.

“Dia” berdiri tegak di penjuru. Bajunya lusuh. Macam tercarik carik. Rambut nya panjangggg. Tapi bukan lurus lembut tu. Kusut masai. Muka aku tak nampak. Macam gelap gelap. Tapi terasa “dia” memandang tepat ke aku. Haish seram. Mula laa satgi nak lari tidur dengan mak aku ni.

Apa yang aku nampak. Macam ni laa sepupu aku nampak sewaktu beberapa hari semasa keadaan hura hara. Tangan dia tak lepas pegang yassin. Sepupu aku si Sapeah ni nampak memang betul di hadapan dia. Sapeah “Aku nampak wehh sakan dok panjat bangunan”. Setakat yang aku ingat Sapeah kata “muka benda” ni samar samar. Raut wajah kurang jelas. Ibarat muka kerbau. Kerbau yang hanya tinggal tulang. Makin kita memandang dia. Dia seakan datang mendekat lalu menjauh. Berulang kali. (Diceritakan selepas beberapa hari kejadian histeria jadi dekat aku)

Nak taknak. Takan nak mandi kerbau lagi. Mandi laa juga ditemani Sapeah. Padahal kaki ni 50/50 dah. Nak lari masuk rumah. Selesai mandi. Aku cuba-cuba juga pandang ke penjuru tadi. Tadak weiiii. Cisss.

Silapnya aku. Ustaz cakap mandi jangan lap air tu. Kira terus pakai baju laa. Aku ni siap lap dengan tuala lagi.

Waktu magrib. Aku duduk bersila. Tah macam mana aku termenung teringat kejadian siang tadi. Tanpa aku sedar rupanya badan aku tengah “meratib”. Alaaa yang duduk besila lepastu badan ke depan. Ke belakang. Macam tengah ratib zikir tu.

Tibaaa Tibaaa… .

“Saloma binti Ramlee !!! ” kakak aku memanggil aku. Aku tersedar waktu tu badan aku tengah ratib. Aku berhenti.

Ko bayang eh. Kalau kak aku tak panggil tu. Haaa ke mana dahtuu? Alam sebalik mata?

Malam tu. Aku tidur awal. Tapi aku tidur secara melentang. Aku terjaga. Terdengar adik beradik aku bersembang. Tapi mata aku masih pejam. Terasa ada yang bermain di kaki. Sebabkan kejadian ni. Aku jadi trauma sampai sekarang kalau rasa tak kena dekat kaki ni. HAHAHAHA.

Bermain di kaki. Ke atas. Ke bawah. Walaupun masih pejam mata. Aku dapat rasa. Lembaga besar tegak berdiri di hujung kaki aku. Aku sebenarnya penakut. Penakut sejak azali. Em. Disebabkan aku mula rasa berat dikaki. Aku pun mula berzikir. “Subhanallah. Subhanallah. Alhamdulillah. Alhamdulillah” Bila part “Allahuakbarr!!”

Zupppppppp!! Benda tu secara tiba tiba tindih atas badan aku. Rasa lemas. Bangkit duduk secara terkejut. Terus menangis. Menangis sebab takut. Aku ulang bercakap “dia” adaa. Ada dekat belakang aku. Kakak aku menyuruh adik bongsu aku meletakkan bantal dan duduk belakang aku. Aku terus minta yassin. Nak baca yassin. Selesai baca. Aku tidur. Bertemankan adik beradik aku yang lain.

Esok tu aku bagitau. Aku kena tindih. Tu aku menangis. Kakak aku “Ingatkan masa tu hang mengigau”

Ya allah. Mengingau apa. Aku dah sedar dah time tu. Dok dengar hampa menyembang gelak gelak sampai tak kenai malam. Maybe waktu aku berzikir, luaran dengar macam aku tengah ngigau. Guwe pun gak pasti.

Keesokannya juga, aku tak datang sekolah. Kejadian masih berlaku. Dan beberapa hari kemudian, akhirnya selesai.

Selepas keadaan semua Ok! Aku datang sekolah macam biasa. Sedang aku dan kawan kawan aku membuat sedikit kerja.

Tibaaa tibaaaaa…..

Aku terpandang ustaz yang mengajar di sekolah aku. Di hadapannya seorang pelajar lelaki. Di soal jawab. “Kamu tahu tak benda ni salah. Kamu dengan siapa lagi? Permainan macam tu syirik dan berdosa tahu tak” Kemudian ustaz tu mengucap 2 kalimah syahadah dan pelajar itu ikut baca.

So pengajarannya, jangan cuba cuba nak main permainan taktau hala ni. Impak dia bukan kecik. Besar. Kes kat sekolah aku ni. Aku rasa saja saja la tuu. Nak cuba. Lepastu baru hampa tiau!

Aku bersyukurlah. Sebab yang aku dapat bukan yang jenis agresif. Aku ada dengar cerita. Ada yang di sekolah kena. Di rumah juga jadi kembali. Ada yang berhari hari. Terpaksa pergi berubat.

Selepas kejadian tu. Aku mimpi macam macam benda pelik. Mimpi tandas kotor. Mimpi tempat tinggi. Mimpi menyusu. Mimpi nenek tua. Mimpi anjing liar. Mimpi ular. Mimpi rumah usang. Paha kerap ada kesan lebam. Kerap kena tindih. Sampai rasa takut nak tidur.

Kejadian ni aku rasa. Kena mula pada diri juga. Jangan terlalu takut. Jangan terlalu berani. Habis h**d. Terus mandi hadas besar. Mulut kena jaga. Sebab dekat dunia ni macam macam makhluk ada. Alhamdulillah. Semua mimpi mimpi tu. Dah jarang sangat dah ada. Kalau badan aku terasa berat. Atau mimpi tu datang. Aku dengar ayat ruqyah. Dengar guna earphone. Terus rasa ringan badan. Ruqyah ni kalau badan rasa malas. Boleh juga dengar.

Kalau rasa ada yang tak kena. Jangan terlalu layan perasaan tu. Contohlah, terasa sesuatu ke. Atau terpandang sesuatu. Terus alih pandangan tu dan ubah kedudukan diri.

Time nak tidur. Kalau rasa lain. Baca 3Qul. Ayat Qursi. Alih fikiran. Kira berapa ekor biri biri ke? Aku pandai suruh korang jela. Selalunya aku lari terus tidur dengan mak aku. Hujung kaki pun hujung kaki lah. Kadang tidur sebelah pun. Sebab rasa takut. Genjak sikit sikit rapat dekat mak aku. Mak aku rimas. Ditolaknya sedikit. Tapi aku kisah apa. Janji ada orang dekat dengan aku.

Perasaan sedih pun jangan terlalu lama melayan. Tambah kalau jenis baran. Makhluk ni lagi suka orang jenis ni. Tapi tula, perangai aku sekarang ni. Cepat sangat melenting. Hati jadi cepat panas tapi cepat juga sejuk.

Satu lagi aku rasa punca aku kena. Aku terlalu layan perasaan serba tak kena tu. Faham tak? Layan layan layan sampai ada dalam dunia sendiri. Lepastu diri sendiri yang keliru antara nyata atau hanya mainan. Layan sangat perasaan takut.

Rata rata yang aku dengar. Punca diorang pun sebab marahkan seseorang. Kira macam berdendam laa. Macam aku pun kejadian waktu rehat, ada lelaki ni sindir aku. Menyebabkan aku marah membuak buak. Marah yang sampai kaki tangan badan bergetar getar. Nasiblah time jadi tu, aku tak terserempak dengan dia. Kalau tak… Ish ish ish.. Dah jadi tokey air buah mangga dah laki ni. Semoga perniagaan maju jaya! Amiin.

Part aku mimpi dalam tandas tu. Tandas tu sebenarnya ditutup. Aku cuma dengar cerita cerita orang. Ada orang buang janin baby. (Tidak lasti betul atau tidak). Mungkin budak tu suruh aku mandikan dia. Ada maksud tersirat. Yang part kena dekat kantin. Rupanya memang ada pelajar kena dekat kantin.

Dan semasa kejadian aku menangis di dalam kelas. Kawan perempuan aku (Bukan Si Tijah) ternampak seorang nenek bongkok berjalan jalan di tepi kelas. (dia sendiri bercerita pada aku).

Ingat tak kes perempuan tersenyum senyum depan cermin tu? Dikatakan dia pun ternampak nenek. Nenek yang sama ke? Taktahulaa. Kena tanya dia. (Diceritakan dari mulut ke mulut).

Aku rasa la kan. Yang keluar ni macam macam spesis. Yelaa. Dah “Mereka” ni dipanggil.

Seram tak? Ok tak seram pun. Hanya secebis pengajaran sahaja. Yang baik datang dari Allah. Yang kurang dan lemah dari aku.

Alhamdullilah. Terima kasih semua. Jaga diri.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Saloma

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.