Mulut Jangan Cabul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam satu Malaysia, terima kasih kepada admin sekiranya sudi mensiarkan kisah aku. Nama aku Arish (perempuan) bukan nama sebenar. Aku nak ceritakan kisah aku alami sendiri masa zaman bujang aku dgn adik beradik aku seramai 7 org termasuk aku.

Cerita nya terjadi pada tahun 2012 lagi setahun aku nak kahwin, tahun last raya sebagai single la katenye. Masa tu hari raya pertama (malam). Memang dari aku kecik sampai la aku besar mmg tiap tahun raya parents aku akn bergilir2 sebab nya bukan jauh pon kampung kami. KL dan N9. Jadi utk tahun tu kami balik ke N9 (rembau most wanted yall).Di sebabkan masa tu abg2 masing2 dah ada kereta jadi terkejal la semua nak balik naik kete, tapi ibu aku bising die kata ‘jgn nak mengada naik satu kete je?!!’ (terngiang lg jeritan merdu dia tu) aku ada 4 org abg, seorang kakak, dan seorang adik (yang atas semua abg2, 3 ke bawah semua perempuan).Tp malangnya abg sulong aku tak dpt balik at that time, die baru kahwin maka dia balik belah bini nye di Kelantan.Papa dan ibu serta adik bongsu kami dah pulang awal dari kami sebab ibu nak tlg wan(nenek) masak2 utk tetamu nanti.

Kami?? Ohh hero dgn heroin memang selalu sampai lambat. Jadi kami lepas dok menggatal pg uma tunang masing2, malam tu baru la kami gerak naik satu kereta dengan angah, angah aku die ada Alza so kami berlima sumbat satu Alza. Jadi malam tu dalam pukul 11.30 malam kami bertolak sebab dok terkenangkan perjalanan Cuma 1jam 45 mnit,lgpon kami dah deal dgn sepupu2 kami jgn tidur lg sebab nak main mercun das. Macam budak2 kan? padahal umor masig2 da besar gajah, tp time ni je laa berkumpul sepupu sepapat bila lagi nak throwback main mercun macam zaman kecik2 dlu ye tak?

Bermulanya kami bertolak pukul 11.30 malam, ibu call Angah selaku driver kami pada malam tu:

Ibu: Angah, jgn bawak kereta laju2. Kalau mengantuk berhenti dulu tak pon tukar dgn adik2. Lepas tu jgn lupa rendang dalam peti ais. Kucing jgn lupa bg mkn. Gas kt dapur tu cek dlu cabut kepala gas tu. Ckp kt arish (aku la tu) jgn tak bawak tudung satgi org mengata dah besar Panjang tak reti nak pakai tudung. Korang jgn nak beli rokok murah rokok murah membahayakan kesihatan bla bla blaaaa…

Angah aku hanya mengangguk dan ckp ‘baik bu’ selepas aku tgok cair jugak telinga dia sebab ibu cakap tak berhenti ada lah dlm 15 minit sebelum kami gerak. Lepas letak telephone abg aku yg no 4 selaku ustaz moden dlm keluarga kami baca doa naik kenderaan dan kami pon bertolak….

Selama satu jam perjalanan kami mmg takde masalah, seronok nyaman mmg takde jem and kami hanya berhenti sekali je utk beli kudapan dgn buang air kecil, tapi tu la org tua kata hari ta selalunye indah apabila kami masuk ke simpang pedas/linggi..

Di sebabkan kami singgah agak lama utk buang air dan menunggu abg2 aku merokok hilang kan mengantuk tadi, jadi kami smpai kat smpang pedas/linggi dalam pukul 1 pagi.. Masa tu senyap sunyi kereta mmg takde, ada pon sebijik dua. Aku memang sejenis manusia yang akn duduk tengah2 dan kene ada org apit aku kiri dan kanan. Aku pon ckp kat abg aku yg tgah drive ‘Ngah macam tak raya je orang sini, raya2 gini tidur awal’. Lepas tu abg aku no 3 pon balas die kata ‘eh ko ni diorang tu penat layan tetamu bukan mcm kau, makan tidur makan tidur’ aku pon memblas dgn geram ‘sama la mcm kau sbb tu badan kau mcm tong’ sambil menjeling ke arah signboard di luar kereta.

Tibe2 mata aku tertangkap sesuatu dekat bawah signboard, seperti ada org dekat sebelah signboard tu. Terapung2 aku mengecil kan mata utk confirmkan apa yang aku tgah perhatikan. SAH!!! Mmg SAHH!! POCONG!! Masa tu aku terus ckp ‘Allahuakbar… Allahuakbar….’ Aku terus bersandar ke belakang dr menjenguk.Lantas kakak aku ckp ‘len kali jgn gatal nak tgok, rase tak pasti duduk je diam2’ rupenye kakak aku dah nampak dlu. Kakak aku ni mmg terkenal dgn berani and sgt tenang ye orgnye, solat pon tak pernah tinggal. Jadi aku ase lega bila die agak tenang. Die minta aku baca apa2 yang patut dan niat semoga kami smpai ke destinasi dgn selamat.

Abg2 aku diam mulut terkunci and lepas beberapa minit macam biasa la kan aku cakap kami ni mmg terkejal, kami semua gelak dan berlawak pasal kejadian tadi kecuali kakak aku mulutnye terkumat kami mengaji perlahan. Yela ramai2 berani la kan gelak sakan la kelakar la kononnye sekali kami dgr bunyi ‘BEDEBUB!!” semua terdiam. Kakak aku berdehem die kata ‘korang ni kan dah tua2 pon bodoh aku da ckp mulut jgn celupar, ni sape na jawab benda atas kete ni?’ aku pon pelik pandang dia, dia tau ke ape benda kat atas bumbung kete ni. Kakak aku pon amik kepala aku pastu die tunjuk kt sisi kereta depan. SUBHANALLAH aku Nampak kain mernggerbang2 kat atas bumbung kereta kami. Tapi ape makhluknya kami tak tau. Aku cepat2 sandar balik. Muka berpeluh. Aku genggam tgn kakak aku. Aku jadi kecut perut. Abg2 aku pula senyap mungkin menyesal sbb buat lawak td.

Dan selepas tu Angah aku tibe2 brek mengejut! SKREETTT!!!!! Kami semua panic!. Kakak aku suruh aku bersabar. Kakak aku tanya ‘ngah kenapa?’ angah aku diam die Cuma muncungkan mulut and tunjuk di depan kereta. Dalam cahaya samar2 yang ada cahaya kereta abg aku je, kami Nampak susuk prempuan berbaju lusuh penuh tanah, rambut nya panjang tgnnye memegang sesuatu seperti tgah kendong bayi, wajahnya mmg kami tak nampak sebab rambut menutupi muka. Perlahan2 die pg ke arah belah kiri, terapung2 smbil tgnnye seolah2 mendodoikan seseorang. Abg aku yg no 3 duduk di sebelah pemandu dah tak senang duduk. Die mengangkat kakinye nak duduk dekat tmpat driver lalu angah aku tepis kaki dia plus dapat pekej tunjal kepala lg dan ckp ‘ko nak duduk sini abis aku nak duduk mane?!!!’ abg aku kembali ke tmpat duduk dia pastu dia tunduk je. Ta berani sbb makhluk tu semakin hampir dekat sebelah dia. Kami semua minta angah jalan sahaja memandang ‘si polan’ tu dah beralih ke tepi jln. Berdesup angah aku tekan minyak kereta.

Kali ini kami diam tak berani nak berlawak sbb bulu roma masing masih berdiri, masih trauma. Dan kakak aku suruh Angah bukak CD surah al Baqarah. Lalu angah aku jawab ‘CD surah2 takde’ kakak aku bertarbiah dan membebel ‘tu kat dlm tu punye byk CD, CD al quran takde ko biar btol??’ yang buat kakak aku berangin lagu2 jiwang boleh download and transfer dekat CD ayat al quran takde bila jadi mcmni nak kata ada isi dlm diri masing2 masih longgar. ceramah kakak aku. Kami semua terdiam sbb apa yg di ckp oleh kakak aku tu semuanya btul. Lalu kakak aku bukak youtube dan pasang ayat2 al – quran. Abg aku selaku ustaz moden, walaupon kami gelar die ustaz tp masa gangguan tadi dia la org paling kuat menggeletar dari aku. Dia bersuara ‘ bukan jalan ni dah jalan ke tadi??’ sememang nya malam tu terasa panjang sgt perjalanan kami.

Aku pon turut hairan, jam menunjukkan pukul 2.40 pg eh lama btol kami di jalan raya benakku. Kemudian tepon abg aku yg no 3 berdering, di skrin telefon terpampang no ibu aku. Abg aku pon angkat, baru bg nak bg salam ‘assala…. KORANG KAT MANE?!! DAH PUKUL BERAPA NI TAKAN BEREJAM TAK SAMPAI2 LAGI KORANG PG MANE NAK IBU TUNGGU SMPAI PUKUL BAPE? SEPUPU KAMU SEMUA DAH NAIK TIDUR TUNGGU TAK SAMPAI2 MELENCONG KE MANE CUBE CKP!!’. Hamek berdas2 kene tak sempat dah bg salam. Kene sembur dlu dgn ibu. Apa yg mampu abg aku bohong kpd ibu ialah kami terlepas simpang ke Johor. Lalu ibu pon reda sikit marahnye dan mintak kami berhati2 sebab kata dia selagi kami tak sampai hati dia tak sedap. Instinct seorang ibu mmg selalu tepat. Ye anak2 nye dalam ketakutan tp demi taknak risau kan ibu kami berlakon biasa.

Sampai setengah jam kami berpusing, angah aku dah give up sbb jalan yang sama juga. Die kata macamane ni dah penat drive minyak pon tinggal dua bar. Kang terkandas kat sini naya kita kata angah. Tibe2 kami Nampak ada lampu motor kua dari perkarangan rumah dekat tepi jalan. Aku dah siap2 peluk kakak aku, hantu ape pulak nak keluar ni… Tapi rupenye ada seorang pakcik die menghampiri kereta kami dan mengetuk cermin kereta bahagian driver.

Pakcik: Assalamualaikum, apo di buek pusing2 ni dari tadi? Baru belajar bawak keto?.
Angah: waalaikumslam pakcik, maaf pakcik kami nak balik kg, kami dah slalu dah guna jalan ni tapi tak tau la kenapa harini pusing2 kua jalan yg sama je. Ngeluh angah yg dah penat memandu dr td.
Pakcik: ado yang ngikut ni, torondap2 tapo meh pakcik tolong, pakcik nak solat taubat td. Lopeh tu donga bunyi keto pakcik tengok dr tingkap pakcik (sambil muncungkan ke tingkap umah yang hanya beberapa kaki dr kereta kami) keto ko ni berpusing yo tak gorak2 dari bulatan. Tu pakcik dtg.
Kami semua terdiam seribu bahasa. Muka kami keletihan sebab terlalu lama duduk dlm kete.
Pakcik td pon pg tengah jalan dia laungkan azan MasyaAllah merdu btol. Lepas tu tgn die hempas ke tanah. Kemudian die pusing balik ke kereta kami. Lepas tu pakcik tu die kata ‘ Dah pg jalan ingt niat poei dan balik krn Allah, jgn la suko2 sgt ari ghayo ni nak oii boringat sikit. ‘ InshaAllah takdo papo, nnti da smpai umah kem slaam mak ayah’.

Kami pon mengucap kan terima kasih dn minta izin nak balik, aku pon sempat mengerling ke belakang pakcik tu masuk balik ke perkarangan rumah dia. Aku Cuma mampu berdoa Allah dpt balas jasa pakcik tu terhadap apa yang die dah bantu kami.

Selepas 10 minit perjalanan kami semua bersyukur kerana simpang ke kg wan(nenek) kami dah nampak, masa tu aku rasa mcm nak menangis sgt2. Sebab aku nampak pintu depan kampung halaman kami terang berderang menandakan parents aku tak tidur lagi. Kami pon hon dan abg aku si ustaz moden turun kereta bukak kan gate (ceh kat sini berani eh). Ibu aku pon nampak senyum lapang hati dia Nampak anak2 dia dah smpai. Sepupu aku semua dah bantai tidur, yang tinggal pakcik2 aku dok main daun terup (main suka2 takde istilah judi).

Jadi itu lah pengalaman kami adik beradik yang paling tak dpt kami lupakan sampai sekarang. Sekarang semua dah kawen. Tinggal adik aku yg bongsu je belum tu pon dah menggeletis nak ber boifren. Pengalaman hari raya yang paling tak dpt kami adik beradik lupakan memberi pengajaran kepada kami supaya mantapkan ilmu agama di dada. Dan jaga adab di dunia milik Allah dan hormati makhluk yg lainnye. Paling penting mulut jgn cabuiii (bak kata ora utara)

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Melati

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Mulut Jangan Cabul”

  1. biasa jalan pedas-linggi (keluar dari TOL) menghala pengkalan durian , memang sunyi..banyakkan berzikir lah..
    banyak binatang melintas tanpa sedar.

    Waris Linggi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.