Murtad

Kisah Lana
Selepas mendapat gangguan di dorm lama, kami pindah ke sebuah apartment yang lebih selesa. Sebuah bangunan 10 tingkat . Aku , Sera dan May berkongsi rumah, manakala student lelaki berjiran dengan kami.

Pada waktu ini kami kenal abah dan mama sepasang suami isteri yang mempunyai anak lelaki seramai lima orang. Mereka mempunyai kedai makan berdekatan rumah sewa kami. Mama teringin mempunyai anak perempuan sebab itu dia telah menganggap kami seperti anak sendiri. Tempat abah dan mama la kami menumpang kasih selama di perantauan.

Satu hari mama dan abah mengajak kami untuk beriadah. Aku satu kereta dengan Sera dan Alif anak mama yang ke dua. Alif bertugas sebagai pegawai polis. Mama dan abah menaiki sebuah lagi kereta milik Hazaq anak sulung mama, bersama tiga lagi anak mama Amir, Amirul dan Boy.

Di pertengahan jalan, Alif mendapat info dari balai polis berdekatan bahawa ada laporan kemalangan di kawasan tempat kami lalu. Walaupun Alif tidak on duty, dia rasa bertanggungjawab untuk melihat kawasan kemalangan. Apabila sampai ke kawasan kemalangan, tiada kemalangan seperti yang dilaporkan. Alif membuat panggilan semula ke balai polis. Mereka beranggapan kemungkinan ada budak-budak nakal yang membuat panggilan palsu.

Kami meneruskan perjalanan. Memandu ke hadapan sedikit kami melihat ada satu kereta tersadai berasap kecil. Kereta jenis Toyota fortuner kalau tak silap. Tersasar sedikit dari kawasan kemalangan yang dilaporkan. Masa ni aku mula melihat aura gelap di sekeliling kereta yang tersadai. Aura merah gelap kelihatan dari mata halus di sekitar kereta toyota itu.

Kuatnya aura itu sehingga membuatkan sesiapa saja yang ada di situ terasa seram, rasa tak senang. Alif membuka pintu kereta ingin melihat kereta mangsa yang tersadai. Ingin melihat kalau-kalau ada kemalangan jiwa yang berlaku. Aku menegah Alif kerana aura yang aku rasa itu bukan seperti biasa. Aura yang sesiapa pun tiada kebolehan untuk melihat makhluk ghaib boleh terasa bulu roma meremang.

“Takpa jangan risau. Kereta kemalangan saja.” tegasnya. Tapi aku tahu Alif juga rasa sesuatu. Sera di belakang sudah seram sejuk. Sera tiada kemampuan untuk melihat, tapi dia mampu merasa entiti yang ada.
“Lana nak ikut. Sera duduk sini?” Sera mengangguk pantas. Aku membututi langkah Alif menuju kereta yang tersadai. Asap kecil muncul dari hadapan kereta. Kereta remuk sikit di hadapan. Kami menjenguk penumpang di dalam kereta.
Kereta terkunci rapat. Alif mencuba membuka kereta berungkali . Akhirnya pintu kereta dapat diselak. Di bahagian pemandu dan penumpang di sebelah ada satu pasangan remaja yang tidak sedarkan diri. D***h segar mengalir di dahi dan anggota badan yang lain.

Bergerak ke bahagian belakang kereta, Alif cuba membuka pintu belakang kereta pula. Dapat membuka sahaja, Alif mengucap panjang, perlahan matanya dialihkan.
Astaqfirullahhaladzim…aku memandang tak percaya. Terkulai layu sepasang lelaki dan wanita dalam keadaan tidak berpakaian, tengah melakukan hubungan intim ketika kemalangan terjadi. Masih utuh dalam keadaan itu. Pasangan yang agak tua dari pasangan remaja yang duduk di hadapan. Di leher tergantung rantai salib. Nauzubillaminzalik. Aku terkaku. Alif membuat panggilan ke balai polis .

Sementara menunggu pihak polis dan ambulans datang, aku diarahkan untuk duduk di bahagian kereta Alif. Kereta mama dan abah ada sekali di situ. Entah bila mereka sampai.
Dari kereta aku dapat melihat satu lembaga hitam besar dengan matanya merah sedang berlegar-legar dan bepusing di kereta berulangkali. Pertama kali bagi aku melihat makhluk seperti itu. Aura kemarahannya sangat terasa, malah keadaan di sekitar situ mampu bertukar gelap seperti cuaca akan ribut. .Sesiapa saja ada di situ diam terkutik tanpa bicara termasuk aku.

Keadaan itu berterusan. Lembaga besar itu terus berlegar berpusing-pusing dalam keadaan marah di sekitar kereta yang kemalangan.
Perjalanan kami terbatal. Kami perlu ke balai polis untuk memberi keterangan. kami difahamkan, kesemua mangsa kemalangan tidak dapat diselamatkan. Mereka adalah satu keluarga sebenarnya. Sepasang remaja yang duduk di hadapan itu adalah anak kepada pasangan yang berada di belakang kereta. Timbul persoalan tentang status agama kerana, ditemui perhiasan salib dia anggota badan, tetapi mereka memiliki kad pengenalan dengan status agama islam, nama melayu.

Mohon maaf, tiada niat untuk menyentuh isu-isu agama. Tetapi ia sesuatu yang sukar untuk aku jelaskan sehingga hari ini seperti apa makhluk yang aku lihat itu. Kadang-kadang, aku tertanya mampukah orang yang mempunyai kebolehan melihat benda ghaib ini boleh melihat malaikat maut. Aku pun tak tahu, kerana aura makhluk yang aku lihat itu sangat kuat sehingga sesiapa saja yang boleh melihat dengan mata batin akan melihat kawasan sekitar boleh bertukar merah, angin kuat seiring dengan marahnya makhluk itu.
Allahualam..hanya tuhan maha mengetahui. Moga kita semua terhindar dari tipu daya syaitan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cinta

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.7]

3 thoughts on “Murtad”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.