Nama aku dewi

Assalmualaikum dan salam sejahtera semua,
So hari ini aku nak kongsikan cerita dari pengalaman aku sendiri macam mana aku boleh kenal seorang wanita yang aku kenal sebagai dewi.
Rasanya cerita ni bermula masa zaman aku sekolah, aku kerap bermimpi pergi ke istana atas laut dan berjumpa dewi ni, macam2 dia nak bagi, perhiasan, emas, permata, senjata, tapi aku tak pernah ambil la, just tengok je. Kerap juga mimpi berjalan atas laut dan solat dalam istana tu.

Perkenalan aku dengan dewi berlangsung selama 7 tahun, dia kenalkan diri sebagai S**** dewi.. Maaf tak boleh bagi tau nama betul takut jadi pekara tak baik pula.

Permulaannya aku ingat dewi ni baik sebab selalu datang bila aku buat jahat, nasihat kan aku, pernah sekali dia libas aku sebab aku buat salah haha, selalu ingatkan aku untuk solat, dan ingat Allah, stiap kali dalam bahaya dia akan datang dan bagi amaran, pernah sekali tu aku kena ganggu dengan penunggu hutan, dan aku nampak si dewi ni lawan dengan dia sampai benda tu lari…

Tapi seiring waktu, aku perlahan sedar bahawa dia ni not sweet as sugar, dia cemburu kalau aku berkawan dengan orang lain tak kira la lelaki ke perempuan dia akan ganggu, ada lah sekali kawan aku kata dia mimpi aku marah dan pukul dia, jerit kat dia, jagan jumpa aku lagi… Mimpi tu terasa betul dan buat dia takut… Jadi aku ni ada masalah kalau nak bercinta atau berkawan melainkan orang tu betul2 hati kental dan tak mudah goyah hahaha, dahsyat kan.

Mula2 aku tak syak dewi, ingat saka ke apa, tapi satu hari tu aku berubat dan orang tu kata aku ni ada perempuan minat, so aku ni pula ingat perempuan tu manusia la kan, rupanya tak, dia la dewi, orangtu kata selagi mana dewi bersama aku, aku akan susah bergaul dengan masyarakat dan berat jodoh sebab dia nak aku jadi milik dia sorang, jam betul kalau hensem ni emm haha gurau ya.

So dijadikan cerita aku setuju dipisahkan dari jin Asyik atau jin cinta ni dengan ikhlas, then… Baru la kisah seram terjadi… Lepas aku jumpa perawat tu malam tu aku mimpi dewi datang, tapi tiba2 dia berubah jadi buruk dan tua, badan dia separuh ular, rambut dia ular, macam medusa (metrology greek). Jadi aku takut la, dia kata nak bawa aku ke alam dia, then dia belit aku sampai aku tak boleh nak nafas… Aku tak mampu nak lawan, atau bersuara hanya bertakbir dalam hati. Aku yakin tak ada makhluk yang boleh sakitkan kita, hanya Allah.. Dan aku tersedar tapi badan still kaku dan suara masih tak boleh keluar.

Pekara pertama aku nampk ada bayangan hitam, macam aura atau asap hitam disebelah tubuh aku… Aku pejam mata dan baca apa aku tau, mohon bantuan… Alhamdulilah aku dilepaskan dan sedar…

Ibarat mimpi di dalam mimpi, saban hari bergelut, melawan sampai, ahhh i had enough, so aku tekad dapatkan rawatan bersungguh… Orang yang rawat tu kata benda ni dah lama jadi susah nak buang, aku cakap buang je b***h pun x pe hehe. Sebab aku da tak tahan… Dia ingatkan aku solat, dia ingatkan aku buat kebaikkan semata2 nak kaburkan pandangan aku yang dia ni bangsa jin yang jahat, ya dia boleh mengucap tapi bila tanya apa maksud dia gelak.

Perawat tu pernah sembelih dia berkalidan somehow dia ni ada kebolehan untuk cepat sembuh. Aku try la slow talk dengan dia, memang betul zaman nabi Allah sulaiman dlu ada perkahwinan antara bangsa manusia dan jin… Tapi aku ni umat nabi muhammad, aku dan kau tak boleh bersatu dewi. Kau cari la dari bangsa kau, lepaskan aku. Mula2 dia degil dan menagis… Lama dia setuju, tapi minta izin untuk melawat aku sekali sekala, perawat tu kata okey boleh tapi boleh tengok dari jauh je jangan kacau, kalau kacau aku bakar kau. Dia setuju, lepastu dia minta ganti… Ahhh jammm, di mana kan ku cari ganti huhuhu.
Perawat tu kata, boleh bagi pengganti tapi dari bangsa kau juga ya, lalu dia menadah tangan dan berdoa, jadi ikrar pemutus ku lafazkan maka terpisah la aku dengan si dewi ni.

Kalau bercinta dengan wanita manusi paling teruk pun dia simbah kau pakai air atau tampar kau, kalau dengan si dewi ni di ugut culik balik alam dia di lautan, sebab dia ni dikatakan ratu bangsa bunian laut dia area2 indonesia, tapi mushkilnya macam mana aku yang tak pernah kesana boleh terjebak dengan dia, haru hidup. Sampai sekarang yaa aku boleh nampak dia lagi kadang2 cuma dari jauh memerhati. Aku harap lepas ni mudah la urusan aku nak ada jodoh huhu penat single.

Sebelum dirawat, pernah sekali tu aku terjaga dari tidur, aku nampak ada lembaga sedang isap jari kaki aku, sakit…berdenyuttt… Terus aku bangun tenyeh minyak kasturi kijang aku beli, sebab benda2 tak baik ni dukatakan x suka benda2 wangi lagi2 kasturi kijang, jadi sunnah nabi tu jangan dipandang ringan.
Kedua masa aku tengah driving, aku dengar bunyi gamelan macam gong kat bali tu, then tiba2 bau bunga2, aku fikir positive yang mungkin bau tu dari pokok bunga kat luar2, dan maybe aku letih sangat, so aku abaikan until aku nampak dewi kat cermin pandang belakang. Tapi relax, benda2 ni jagan takut sangat, jangan berani sangat, tenangg je.

Orang kata aku bodoh sebab lepaskan benda baik, tapi sapa kata aku bodoh tu lagi bodoh sebenarnya, untuk apa ada benda macam tu menyusahkan hidup je, cukup la Allah, fitrah manusia dipasangan dgn bangsa manusia sendiri. Hubungan antara manusia dan jin tak pernah ada happy ending. Ni bukan cerita disney okey. Cuma, deorang ni ada perasaan, macam kita.. Cakap baik2 slow2, bukan kekerasan… Sebab lagi kita keras lagi deorang keras dengan kita…

So sekian la cerita aku dengan si dewi tu, xde dah cerita seram lagi, lepas ikrar pemutus dibuat, cuma ada kadang2 tu nampak dia, tapi tak kerap, cuma aku harap dia betul2 pegang janji dia tak ganggu life aku lagi.
Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rayyan alhamzah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 49 Average: 4.6]

1 thought on “Nama aku dewi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.