NASI GORENG UNTUK PONTIANAK

Sesekali saya ingin juga berkongsi pengalaman seram saya ketika masih lagi seorang pelajar perubatan di USM. Kisah ini berlaku lebih kurang 8 tahun lepas, dan ketika umat Islam sibuk membuat persediaan untuk Hari Raya Aidiladha.

Ketika itu, saya di tahun 2 di USM, dan saya menyewa di sebuah rumah yang terletak di sebuah rumah di Demit, di sebuah lorong bernama Lorong Pak Teh Soh.

Pada awalnya, saya menyewa bersama-sama 2 orang rakan saya, yang juga pelajar di USM. Mereka pulang ke kampung sewaktu itu. Saya selalu lepak dengan seorang lagi kawan saya yang bernama Andi. Dia orang Sabah, dan ketika itu, seperti saya, dia juga tidak pulang ke kampung kerana ingin berjimat untuk membeli tiket penerbangan ke Tawau. Saya pula kononnya ingin belajar lebih ketika orang lain semua sibuk beraya.

Saya menjemput Andi daripada asrama kampus kesihatan (desasiswa) untuk lepak menonton movie dan bermain game di rumah. Andi sekepala dengan saya, dan saya masih teringat, sewaktu hari hampir malam, kami berdua membuat keputusan untuk masak sahaja di rumah itu, manakan tidak, kedai makan semuanya tutup, dan seperti anda maklum, rakyat di Kelantan merayakan Aidiladha lebih meriah daripada Aidilfitri. Kedai makan yang tipikal seperti KFC dan McDonald’s pula dipenuhi orang ramai

Ada bahan-bahan seperti ayam dan nasi, saya kononnya nak menunjuk skil memasak kepada Andi, malangnya Nasi goreng tersebut tak jadi. Rasa nasi yang saya masak tak sedap, senang ceritalah. Jadi setelah makan malam, Andi walaupun makan dengan muka ibarat tertelan kapur barus tetap berkata makanan yang saya masak itu sedap, barangkali untuk menjaga hati saya.

Jam 9.00 malam Andi perlu pulang ke kampus, jadi saya siap-siap dan menghantar dia ke kampus kesihatan menggunakan kereta Proton Satria saya, dan setelah lepak sebentar di biliknya, jam 10 malam saya pulang ke rumah

Rumah sewa tersebut tidaklah isolated, namun jauh ke dalam, dan kawasannya tiada lampu jalan. Yang ada hanyalah lampu-lampu daripada rumah di sekitar kawasan tersebut. Masuk sahaja ke kawasan itu, pasti saya akan membuka high beam, maklumlah, rabun silau saya agak tinggi akibat asyik bermain game sahaja sebelum tidur.

Sampai di rumah, saya parking kereta, dan menutup gate, kemudian saya menutup pintu grill dan sliding door, sebelum masuk ke dalam bilik saya. Bilik saya merupakan master bedroom rumah tersebut, dan terletak di hadapan sekali menghala pintu pagar hadapan rumah. Kiranya, daripada tingkap bilik saya, boleh nampak jelas garaj kereta.

Saya duduk di kerusi dan mula membuka buku untuk study, setelah hampir seharian membuang masa. Sedang saya study, tiba-tiba terdengar bunyi hentakan di boot kereta saya di luar. Ibarat macam ada orang mengetuk2 boot kereta saya. Saya tidak mengesyaki apa-apa, terus saya menjengah keluar.

Ternampak seekor anak kucing sedang melompat2 di atas kereta saya, kerana banyak kelkatu yang terbang di atas, mungkin anak kucing tersebut ingin menangkapnya.

Saya ke dapur, dan mengambil baki nasi goreng di dapur, kerana di dalamnya ada ayam, mungkin kucing tersebut berselera. Saya letakkan di dalam pinggan dan memanggil kucing tersebut dengan membuat bunyi seakan2 cicak. Kucing tersebut datang dan mula makan, dan saya menutup semula sliding door dan masuk untuk meneruskan study.

Jam 2 pagi, tiba-tiba bunyi pinggan di luar semakin lama semakin kuat, seolah2 ada orang yang menyeret pinggan itu ke depan dan ke belakang. Makin lama makin kuat, sehinggakan saya terfikir, eh, bernafsu sungguh kucing tu makan. Betul-betul kelaparan ni.

Tiba-tiba rasa seram sejuk dan berdiri bulu roma saya di tengkuk. Namun, yalah, saya tak suspek apa2, saya menjengah melalui pintu bilik saya dan…

Alangkah terkejutnya saya bila terlihat sekujur tubuh sedang menunduk ibarat orang sedang bersujud, dan meratah tulang-temulang yang berada di dalam pinggan itu. Rambutnya hitam dan panjang sehingga ke lantai dan berbaju putih. “Dia” tunduk sahaja seolah-olah sangat khusyuk makan sehinggakan tidak perasan hamba Allah ini sedang melihatnya.

Saya jadi terlalu takut, perlahan-lahan saya berundur semula dan masuk ke dalam bilik saya. Yang kelakarnya, saya berundur dan duduk di sudut bilik saya, kerana teringat, biasanya cerita hantu, hantunya akan muncul daripada belakang, jadi kalau saya dah duduk di sudut, coverage mata saya bagus dan boleh nampak seluruh bilik saya, dan di belakang saya pula dinding, kecuali kalau hantu tu main tipulah, main tembus dinding….Boleh pulak terfikir sebegitu.

“PRANG!!”, bunyi pinggan pecah menyebabkan external sphincter saya gagal menahan air kencing sehinggakan saya terkencing dalam seluar.

Saya terlalu takut. Berkumat-kamit ayat kursi dan apa2 ayat saya baca. Muka pucat lesi dan menggigil ketakutan, takut tiba-tiba “dia” muncul daripada atas, atau dia masuk ke dalam rumah.

Jam 5.30 pagi, saya masih tergamam di sudut bilik. Bunyi seretan pinggan sudah pun lama berhenti. Tiba-tiba perut saya memulas nak terbuang air besar, namun sebab terlalu takut saya tahan sahaja. Mungkin kerana makanan yang saya masak mengakibatkan perut memulas pula.

Sehinggalah azan subuh berkumandang, cepat-cepat saya bangun, tapi bukan ke toilet lah, mana taknya, orang kata bila azan, syaitan lari bersembunyi dalam toilet, takut bila saya lari ke nak buang air, pontianak tu pun lari nak sembunyi daripada azan di toilet yang sama, bertembung pula… memang lawak bila difikirkan betapa detailnya saya berfikir sewaktu itu

Bila hari cerah, saya bersihkan bilik yang berbau hancing, dan bila saya berjalan keluar rumah, saya dapati ya, memang pinggan tersebut pecah, seolah-olah dileparkan ke dinding.

Dah lepas kena tu, hari-hari saya tidur bilik Andi sampailah kawan housemate saya pulang daripada kampung halamannya

TAMAT

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ilzanno Sharky

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

15 thoughts on “NASI GORENG UNTUK PONTIANAK”

  1. andi bernadee ke,,,seram2,,mmgpon benda tu dia suka bnda2 tu,,sha pon selalu buat tp dh kena tegur ngan jiran nmpak benda tu melantak hilang mood nk bgi kucing mkn,,

    Reply
  2. haha.. sbbtu la kot org kata strangers lg jjur dgn kita. yg kwn ko si andi tu xsedap xsedap pon ngaku ja la sdp nk jaga hati kwn punya fasal. tgok cik pon, mkn smpai baling pinggan terus. kat situ ja ko bleh insaf sendiri tahap xsedap ko masak tu level mana xD

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.