Nek Esah ( Desakan Sang Saka )

“Siri Peruqyah Lima Sekawan”
Karya : Pak Ardy

-Nek Esah ( Desakan Sang Saka ) –

Watak:-

Haji Yahya – Ustaz Aji
Abang Usup – Apai
Rahman – Ustaz XXL
Jasmi – Ustaz Merah
Aku ( Hardy ) – Spray

Nama ini memang digunakan untuk gelaran kami masing-masing

Laci usang di bilik ku tarik. Terlihat jelas gambar kenangan bersama sahabat roqy ketika kami sama-sama menuntut ilmu perubatan islam dahulu. Sesekali senyum terukir tanpa sedar.

Dalam gambar terselit kenangan terindah yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit.

Aku masih ingat ketika kami berguru. Tiada siapa yang menyangka, kenakalan hidup kami berlima yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan nakal di pertemukan dalam satu ruangan dakwah. Subhanalah, itulah keteguhan cinta Allah pada hamba Nya.

Selesai pengajian, kami berlima masih akrab dan jalinan ukhwah tidak pernah terputus. Kenakalan kami dalam berbicara dan suka menyakat sesama sendiri bukan bermakna kami bermain-main dalam perawatan islam.

Ketika merawat, kami serius dan sentiasa berusaha untuk membantu pesakit. Dan segalanya izin Allah.

“KRINNGG!!” Deringan telefon menghentikan lamunan ku. Deringan terhenti saat ku mengangkat gangang.

” Assalamualaikum” belum habis ku memberi salam, salam ku di pintas…

“Ustaz, tolong…Nek Esah! Nek Esah!” Aku cuba menunggu ayat nya habis..tapi perkataan nya terputus di ganggu dengan bunyi tangisan dan resah.

“Kak Mila ke ni?” Tanya ku. Sebab dia ada menyebut Nek Esah. Seorang wanita tua yg berumur lewat 80 an yang pernah menerima rawatan dari kami dahulu.

“Ya! Ustaz boleh datang sini cepat?? Nek Esah datang gila! Dia makan daging mentah dalam peti sejuk. Lepas tu dia lari hilang entah kemana! Mohon Ustaz” Rayu Kak Mila.

“Baik-baik, saya datang segera” Tanpa berlengah, kunci kereta ku gapai dan memecut ke rumah Kak Mila.

“Hello, Assalamualaikum Ustaz Aji, Minta tolong Apai, XXL dan Ustaz Merah datang segera. Ada operasi kecemasan malam ni” Ujarku menghubungi Ustaz Aji ketika sedang dalam perjalanan ke rumah Kak Mila.

Sesampai nya di kawasan kediaman Kak Mila, Kegelapan malam menyambut kedatangan ku. Kak Mila merupakan seorang pegawai polis dan tinggal di Flat Polis yang terkemuka di sekitar Kuching. Perlahan aku menekan pintu lif. Sesampai di lantai 7, lif terbuka. Terlihat Kak Mila berlari mendapatkan aku. Beliau seolah hilang waras, tangan nya menggigil dan suara bergetar. “Nek Esah Hilang! Tolong Ustaz..” Ujar Kak Mila. Wanita pertengahan umur 40 an ini tidak dapat menahan rasa gusar nya.

Seperti biasa sebelum memulakan proses perawatan, aku memulakan sesi diagnos dan soal siasat tentang apa yang telah terjadi sebenarnya.

Menurut Kak Mila, selepas sesi perawatan sebelum ini, Nek Esah beransur sihat. Dia sudah boleh berjalan. Malah boleh berlari. Kadang-kadang dia pergi ke pasar minggu ( pasar tani ) seorang diri. Mengaku diri nya ke sana dengan berjalan kaki.

Aku terkesima. Bagaimana seorang wanita yg berumur sebegitu boleh mempunyai tenaga luar biasa. Belum sempat aku meneruskan sesi diagnos. Kami di sapa dengan salam

“Assalamualaikum” Ustaz Aji, Apai, XXL dan Ustaz Merah dah pun terpacak di hadapan pintu.
“waalaikumsalam” jawab ku

“Ustaz Aji, Nek Esah hilang dah” sambung ku.
Ustaz Aji mengangguk tanda faham. Di samping itu, Apai dan Ustaz Merah memantau sekeliling rumah. “Tiada apa yang aneh”  Apai membuka mulut. “Takpe, kita cuba ikhtiar untuk mencari Nek Esah dulu” ujar Ustaz Aji. Kami mengangguk setuju. Ustaz Merah menyambung kerja ku untuk diagnos kes bersama Kak Mila.

Ustaz Aji memberi arahan untuk aku pergi mencari di sekitar tangga. “Jum” Apai menawar kan diri untuk turut sama pergi.

Ustaz Aji dan XXL berusaha untuk terus memantau rumah Kak Mila sambil mendengar diagnos yg dilakukan oleh ustaz merah.

Sambil bergurau dengan Apai, langkah kami terhenti. Terdengar bunyi seretan di selangi dengan bunyi ngauman rimau. Di tepi tangga tingkat 5. Tangga Flat Polis yg gelap. Jarang digunakan sebab ada perkhidmatan lif.

“Kau dengar tak Apai?” Ujar ku. Apai mengangguk. Suara makin dekat. Ngauman terhenti. Kemudian kami dikejutkam dengan bunyi hilaian tawa. Apai memandang sekeliling.

“Nek Esah!” Jerit nya. Kami pun berlari pergi mengejar nya. Sambil berlari, sambil ketawa. Ya Allah, tenaga apa yg ada pada Nek Esah.

KRINGG!!! Telefon bimbit Apai berbunyi. “Hello Assalamualaikum,……….baik Ustaz Aji”.
“Spray, Ustaz mintak kita pergi balik kat rumah Kak Mila. Nek Esah dah kat sana” ujar Apai.

Luar biasa tenaga Nek Esah. Sesampai di rumah Kak Mila, kelihatan Nek Esah sedang meracau, kami meminta pertolongan jiran wanita untuk membantu yang kebetulan berada di situ akibat mendengar bunyi kekecohan Nek Esah.

“Spray, Ustaz Merah sedia” ujar Ustaz Aji.
Pembacaan Ayat Ruqyah di mulakan oleh Ustaz Aji dengan nyaring.

Apabila sampai ke Surah Al-Baqarah ayat 102, Nek Esah yang pada mula nya tidak agresif mula meracau semula. Kali ini lebih teruk. Sebelum ini hanya mengaum dan mengilai. Kini Nek Esah mula bercakap.

“Sakit lah bodoh! Jangan kacau aku!!” Ujar Nek Esah.

“Keluar! Jangan kau ganggu tubuh ini” ujar Ustaz Aji.

Nek Esah mula mengilai lagi. “Dia yang terima aku, dia yang berjanji dengan ku” ujar Nek Esah.

Ustaz Aji meneruskan pembacaan Ayat Ruqyah. Sampai lah ke Surah Al-Jin. Nek Esah membuka silat. Orang yang membantu menahan Nek Esah, tidak mampu untuk melawan kudrat Nek Esah. “Apai!” Jerit ku. Apai yg sudah siap sedia mengangguk. Kami yg lengkap bersarung tangan..berganti menahan Nek Esah.

“Cukup! Dia sudah m**i! Aku tiada makanan. Korang paham tak? Aku lapar!!” Ujar Nek Esah.

Ustaz Aji menundukkan kepala.
“Kenapa ustaz Aji?” Soal Ustaz Merah.
“Nek Esah dah takde. Ini jin!” Teriak Ustaz Aji

“Allahu nurus samawati wal ard!” Ustaz Aji membaca berulang kali. Nek Esah yang pada mula nya agresif tiba-tiba menangis.

“Apa yang kau lihat?” Soal Ustaz Aji.
Nek esah mendiam kan diri.
“Apa yang kau lihat itu adalah kekuasaan Allah” ujar Ustaz Aji.
“Sesungguh nya, Allah yang menciptakan dan DIA boleh lakukan apa sahaja sekiranya DIA berkehendak. Kalau kau nak tenang. Keluar lah. Kembali lah kepada Allah. Kembali kepada Fitrah”
Dakwah Ustaz Aji.

Nek Esah tunduk. Kemudian Ustaz Aji membaca lagi ayat Ruqyah. Nek Esah meraung dan terus rebah.

Dengn izin Allah derita badan Nek Esah yang di masuki jin hasil ikatan perjanjian dahulu-dahulu kini terlerai.

Nek Esah, sudah lama meninggal (tidak dapat di pastikan bila). Cuma, badan nya di tumpangi oleh jin keturunannya sendiri akibat tiada siapa yang sanggup menerima saka tersebut sebagai hamba.

  • Tamat –

Hantr kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hardy Ujai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.6]

3 thoughts on “Nek Esah ( Desakan Sang Saka )”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.