Assalamualaikum semua Warga net shasha namaku Nuke ,aku nak ceritakan tentang arwah nenek aku. peristiwa ini berlaku pada 2013 iaitu 10 tahun yang lalu. Nenek ku yang berumur sudah lewat 70an sedang tenat di hospital. Lebih kurang 4 bulan juga kami sekeluarga menjeguk nenek di hospital setiap hari, Balik sekolah mandi, selepas lunch je terus kami pergi ke hospital. Begitulah rutin harian kami pada masa itu.
Selepas 4 bulan berlalu Nenek kami meninggal dunia, kami amat bersedih atas pemergian nenek. Kami anak cucu yang lahir di awal tahun 2000 hanya mendapat kasih sayang daripada nenek kerana atuk sudah meninggal. Pemergian nenek amat dirasai oleh kami.
Disinilah ia bermula, masih segar dalam ingatanku, pada malam itu malam yang ketiga nenek pergi meninggalkan kami. disebabkan orang ramai datang pada acara tahlil nenek pada malam itu, aku dan juga sepupu aku terpaksa keluar membeli bahan masakkan kerna tidak mencukupi. Aku dan faz (sepupu) pergi ke kedai menaiki motor.
kampung nenek ni sangat jauh dari pekan, jadi agak sulit untuk mencari kedai yang buka pada waktu itu. jadi kami terpaksa pergi jauh dari rumah nenek untuk membeli perkakas masakan. Dalam perjalanan pulang entah macam mana boleh lintas seorang nenek tua dengan muka yang tertutup sedikit dengan tudung. Selepas nampak nenek itu aku pun perlahankan moto, tiba-tiba sejurus aku dekat sahaja dengan sosok tadi itu reaksi spontan diberikan, aku genggam break tangan sekuat hati. Aku berhentikan moto kerna sosok yang lintas tadi aku sangat kenal, yang lintas tadi adalah sosok nenek, aku memekik memanggil nenek seakan-akan aku lupa akan realiti bahawa nenek sudah tiada, Faz menepuk bahuku lalu berkata “Nuke dah nuke nenek dah takde itu bukan nenek jom balik”. Sejurus terkena tamparan oleh aku kembali ke realiti.
Selepas kejadian itu, pada satu malam aku temimpikan nenek seolah-olah di memanggil ku, sejurus aku hendak menyahut panggilannya aku terjaga dari tidur. Dan pada hari berikutnya begitu juga.
Pada satu malam keadaan diluar hujan ibu bapa dan adik-adik aku juga keluar bersama mereka, aku berseorangan di rumah, aku dengar ketukan di tingkap kaca. Ketukkan itu jelas didengari walaupun keadan diluar hujan, tingkap diketuk berkali-kali secara perlahan tapi dengan daya yang kuat (TUK!……..TUK!…) aku cuba mengendahkan ia dengan memperkuatkan suara dari TV. Tetapi ia masih tidak berhenti, kali ini pintu rumah pulak diketuk. Aku yang masih bersedih tambahan pula kerap diganggu secara nyata dan tidak nyata membuatkan mentalku terganggu aku menjerit sekuatnya (Apa yang kau nak! Aku dah pena, Kau nak apa dari aku dan sebagainya..).
Semasa aku meracau seperti orang yang tidak siuman satu sosok muncul dari dapur disebalik bayang gelap, sosok itu sangat jelas kerna ia muncul bertetangan dengan aku. kerana ruang tamu dirumah lurus sahaja ke dapur. Sosok memekai pakaian seakan-akan nenek, Baju kurung kedah bersama kain batik, Muka tidak dapat ku lihat kerana ditutupi dengan tudung.
Selepas beberapa saat aku berdiri menghadap sosok itu, ia mula menujukkan wajahnya, separuh seakan menyerupai nenek dan separuh lagi wajah yang hodoh. Aku tergamam ku mengambil masa untuk sedar akan keadaan aku pada masa itu, aku sedar nenek telah tinggalkan aku. Aku menjerit sekali lagi kepada sosok itu, ape yang kau nak, kau buat apa dekat sini.
Selepas aku menjerit ayahku membuka pintu dengan pantas dan memanggil namaku. Aku toleh ke belakang aku melihat keluargaku semua sudah pulang kerumah, aku berasa lega selepas melihat mereka aku tersungkur jatuh ke tanah tidak sedarkan diri.
Besoknya aku sedar, aku sudah berada didalam bilik. Demam panas yang teramat sangat. Selepas sihat dari demam aku masih tidak bertenaga dan lesu ayah membawaku untuk dirawat kaedah kampung, Ustaz itu berkata benda itu dapat rasa aku sangat sedih dan sering mengelamun teringatkan nenek disebabkan itu ia sering menyerupai nenek.
Selepas beberapa hari amal apa yang di beritahu ustaz dan minum air yang telah dibacanya aku kembali pulih seperti sediakala. Untuk Rakyat shasha ingat jangan terlalu bersedih ok hidup mesti diteruskan walau apa yang berlaku.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI