Salam dan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah ‘’Nenek” sebelum ni. Sebelum itu aku ingin memohon maaf kerana kisah masa muda nenek masih belum dapat aku ceritakan kerana aku masih belum mendapat kisah yang lengkap daripada sumber yang sahih. Ayah malah seperti cuba mengelak bila aku ingin bertanya lanjut mengenai hal itu. Tapi jangan risau aku akan korek sekorek koreknya untuk mengetahui sejarah nenek yang membawanya ke keadaannya hari ini.
Kisah selanjutnya yang aku ingin ceritakan ini masih lagi berkisarkan tentang nenek. Ramai yang tanya tentang perkabarannya sekarang. Ya, dia masih lagi diberi peluang untuk hidup. Perangai dan sikapnya bukan lagi seperti bayi yang inginkan perhatian, malah seperti haiwan yang kelaparan. Enggan berjumpa dengan sesiapa, mengamuk tak kira masa, menjerit melolong seperti orang tak siuman, malah makian tak lekang dari mulutnya. Aku sebagai cucu kadangkala hilang sabar dan hormat padanya bila melihat air mata ibu mengalir gara-gara nenek.
Cukup tentang perkabaran nenek. Menurut seorang pakar perubatan yang kami rujuk tentang nenek, benda yang berdamping dengan nenek ni merupakan seorang perempuan yang sangat tua. Bongkok dan mukanya dipenuhi nanah dan d***h. Apa yang dia makan adalah najis. Sebab tu nenek makan sangat banyak tapi jarang sekali buang air besar dan badannya juga kurus. Mungkin sebab itu juga aku rasa bilik nenek bau busuk walaupun cadar dan selimutnya hari-hari bertukar.
Benda itu berminat dengan 3 orang, iaitu pakcik aku yang aku ceritakan sebelum ini, ibu dan juga anak buah aku.
Aku ada 2 orang anak buah perempuan yang masing-masing baru berumur 1 dan 3 tahun. Untuk pengetahuan pembaca, anak buah aku yang berumur 3 tahun yang kami panggil kakak mempunyai kelebihan melihat apa yang orang biasa tidak boleh nampak. Kakak memang petah bercakap sejak dia masih berumur 2 tahun lagi. Jadi apa yang dia nampak dan lihat dia akan beritahu kami. Jika dia takut maka dia akan mengangis sambil menutup mukanya, tetapi jika apa yang dia lihat itu tidak menakutkan, dia akan berbual dan bermain serta bergurau dengannya. Kami yang tengok ni yang seram.
Tapi menurut pakar itu juga, kakak dijaga oleh waris dari keluarga belah ayahnya iaitu abang iparku. Sedikit sebanyak aku percaya jugalah dengan apa yang dia katakan kerana sebelum ni kakak ada juga sebut tentang ‘’atuk’’ yang selalu bermain dengannya. Jadi benda yang ada dalam badan nenek tak boleh dekati kakak. Cuma apa yang dia boleh buat hanya ikut melalui maknya iaitu along aku. Meh aku bagitahu cara macam mana benda tu ikut seseorang. Nenek akan berpura-pura menyuruh sesuatu seperti potongkan kukunya, urutkan kakinya atau apa jua yang melibatkan badannya untuk benda itu transfer dari badan nenek ke badan orang lain.
Tapi menurut pakar itu, benda itu hanya ikut sahaja. Selagi kite tak terima maka benda itu tak boleh menetap. Cara macam mana nak wariskan benda tu adalah dengan cara memakan atau meminum bekas dari mulut nenek. Itu yang pakar itu terangkan lah. Betul atau tidak wallahualam. Tapi kami berhati-hatilah lepas tahu tu. Kebetulan pula masa tu nenek ada suruh along potongkan kukunya. Padahal sebelum ni kuku nenek tak pernah d******g kerana kukunya dah m**i. Kecoklatan dan melekat diisi. Jadi benda tu ikut along sampai kerumahnya.
Balik sahaja dari rumah kami, menurut along , kakak tak mahu langsung berenggang dengannya ataupun ayahnya. Bila disuruh main diruang tamu bersama adiknya sementara along handak masak didapur dia akan menggeleng dan kata yang dia takut sebab ada nenek bongkok tiga kat ruang tamu rumah mereka.
Mulanya along ingat kakak main-main sebab dia memang suka menyanyi lagu nenek-nenek si bongkok tiga tu. Kakak juga ada mengigau ketika tidur dan menangis bila bangun kerana katanya ada nenek bongkok tiga kacau. Aku ada juga tanya kan kakak, macam mana muka nenek bongkok tiga tu, dan apa yang kakak cerita tu memang sama dengan apa yang pakar perubatan tu beritahu. Kalau pakar tu menipu aku boleh terimalah tapi tak mungkin kanak-kanak berumur 3 tahun boleh menipu. Apa yang dia cakap itulah yang dia nampak.
Namun seperti biasa, pakar itu hanya mampu memisahkan benda tu dari nenek untuk seminggu sahaja. Genap seminggu keadaan nenek kembali seperti biasa. Aku ada sebut mengenai 2 orang budak yang aku lihat malam tu, menurut pakar itu, budak-budak itu berkemungkinan orang suruhan benda dalam badan nenek. Mungkin sebab tu lah kot dia sukakan kakak. Oh ya, tentang kenapa dia nak wariskan kepada ibu tu bila senang aku ceritakan lagi.
Sekian saja untuk kali ini. Terima Kasih suda membacanya. Salam.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Cerita tak habisla… elok2 baca tiba2 habis
saya baca yg part ‘nenek’ yg mula2 tu kata dan meninggal dunia..
ni nenek yg mana pula ya ke saya yg silap baca ..
oic..baru paham cari2 punya cari citer awak ni sambungan dari tahun 2018..lamanya baru sekarang dpt sambung yer..sila la sambung lagi saya nak tau psl nenek awak..semoga dia diberi kesembuhan..aaminn
weh x yah sambung lah….sejemput mcm tu pun nk sambung lagi..habiskan je la…