Nenek Dan Dampingannya

Hi admin FS dan readers. Aku nak story sikit psal arwah nenek aku. Untuk pengenalan, aku dari Sarawak dan pure Iban. Perempuan. Bujang ok 🤣 Cerita yang bakal kamu baca ni adalah 100% kisah benar. Itupun kalau admin publishkan. 😅

*tak seram manapun cuma nak kongsi dengan readers lain je.

*perbualan kami semua dalam bahasa Iban cuma aku translate kan teruslah senang.

Alkisah, mak sedara aku (kakak kepada daddy) ada datang 3 hari lepas. Mami aku dengan mak sedara aku ni kalau dah borak, ya ampun, pagi esok pn belum tentu habih. So adalah satu malam tu dorang borak sambil ngeteh. Aku seperti biasalah – main game PUBG/ROS sambil curi-curi dengar perbualan mereka. Dalam syok aku multitasking tu, aku tetiba dengar dorang mention mak sedara aku yang satu lagi. Pun kakak kepada daddy. Dorang cerita macam mana mak sedara aku tu meninggal.

Masa tu fokus aku dh beralih dah. Sebab aku pun teringin sangat nak tahu. Sumpah, kami anak-anak ni tak pernah tahu pun punca mak sedara aku tu tetiba meninggal. Padahal dia sorang yang sihat. Aktif. Dialah tulang belakang nenek. Sebab dia yang jaga nenek di rumah panjang. Jaga mkan pkai nenek. Masatu 2010 mak sedara aku baru 58 tahun. Bila mami dengan daddy cakap dia meninggal sebab sakit, kami ni terima je lah. Sebab masa tu aku pn baru form 4. Tak tahu apa-apa psal ilmu hitam ilmu ghaib ni semua.

‘ Kematian tu mesti ada kena mengena dengan mak (nenek ) kan ‘ kata mami.

‘ Memang ‘ ringkas jawapan mak sedara aku.

Aku terus letak phone ke tepi.

‘ Kenapa dengan nenek ‘ soal aku.

Mami dengan mak sedara aku saling berpandangan. Masa tu aku dh tahu. Mesti ada something tak kena.

‘ Nenek kamu tu membela ‘ kata mak sedara aku. Benda ni kami orang Iban panggil buyu/buyok. Dia macam pendamping tu lah. Benda ni either datang sendiri ataupun kita yang seru dia. Dalam kes nenek, Mami cakap nenek yang seru dan nenek bukan hanya ada satu tetapi 7 ekor buyu/buyok. Mami cakap nenek dah ada benda ni dari sebelum kahwin lagi. Maknanya benda ni dah ada dengan nenek puluhan tahun.

‘ Macam mana mak tahu ‘ soal aku. Aku cuba bersangka baik. Tak mungkin nenek aku yang muka suci dan tak bersalah tu ada benda ni. Benda ni bukan boleh buat main. Kalau tak mengorbankan nyawa, jangan harap dapat buang. Sekor pun susah nak buang inikan pula 7 ekor. Aku tau susah nak buang sebab daddy dulu manang/dukun/bomoh sebelum kami masuk Kristian. Dulu-dulu memang daddy selalu tolong orang buang. Oleh sebab terlalu berisiko, mami suruh daddy stop. ( ada kisah lain )

Berbalik kepada cerita mak sedara aku yang meninggal tu, mami cakap sehari sebelum meninggal, mak sedara aku bagitau yang dia mimpikan nenek. Masa ni mak sedara aku bermalam di rumah kebun/ langkau umai sebab masa ni musim menuai dan nenek aku kat rumah panjang. Dekat langkau umai tu, ada jiran kami yang turut bermalam sama. Sebab musim menuaikan. Tuai padi tu kena cepat-cepat sebab takut terlalu masak dan sayang kalau tak dituai. Jiran kami tu ada anak laki sorang. Jadi mak sedara aku minta dia balik rumah panjang dan ambik nenek sebab mak sedara kata dia mimpikan nenek dan rindukan nenek. Mungkin sebab dah seminggu lebih tinggalkan nenek sorang kat rumah panjang. Perjalanan ke rumah panjang bukan sekejap ye tuan puan. Kena ambil 3/4 jam jalan kaki. Takda kenderaan whatsoever. Benda ni kami dh biasa hadap dah. Hehe. Jadi pergilah anak laki jiran kami tu meredah 3/4 jam berjalan kaki ambik nenek.

Keesokkan harinya, datanglah nenek dengan muka ceria sebab dapat bersua muka juga dengan anak perempuan kesayangannya kan. Masa tu tengahari mcam tu mak sedara aku cerita. Tiada kejadian aneh. Yang biasa-biasa sahaja seperti hari-hari yang sebelum ni. Hari yang nenek sampai tu, mak sedara aku pulun tuai padi sorang. Turun pukul 6 pagi, balik-balik pun pukul6 petang. Begitulah rutin harian kami kalau musim menuai. (rindulah pula kan)

Keesokkan harinya lagi, jiran kami tu seperti biasalah akan kejutkan mak sedara sebelum turun menuai padi. Sebab nak trun sesama kan. Belum sempat dia naik tangga, dia dah dengar dh nenek terjerit-jerit kat dalam cakap ‘ Ba*** dah takde ‘ Nenek ulang banyak kali. Jiran kami terus serbu masuk dan lihat mayat mak sedara aku dh keras. Macam dah m**i lama dah. Terkejut dengan kematian tu, jiran aku terus cancel nak ke huma dan arahkan anak lelaki dia pi bagitau orang kat hulu dan hilir sungai dan seterusnya ke rumah panjang.

Lepas orang dah smpai semua tu, dorang buat apa yang patut. Bawa mayat mak sedara aku balik rumah panjang. Kemas-kemas. Kebetulan masa ni ada jiran-jiran yang bawa perahu panjang. Jadi senang sikit nak bawa mayat tu.

Beberapa hari lepas kejadian tu, jiran kami tu pi datang jumpa mak sedara aku yang sorang lagi. Disinilah rahsia nenek bakal terbongkar. Jiran aku cerita malam nenek sampai tu, dia ada dengar bunyi mcm orang kena himpit dalam tidur. Tahukan macam mana. Dia wat lek wat peace je sebab ingatkan benda kecil je. Biasalah kalau orang mimpi kena himpit dalam tidurkan. Itulah kot yang dia rasa. Dia cakap bunyi tu dalam 3-4 minit macam tu lah. Lepas tu, dia terjaga sebab nak membuang. Ini memang satu hal.

Kami kalau nak membuang memang straight pergi sungai sebab langkau umai memang takde tandas. Masa dia nak pi sungai tu, dia nampak macam bayang nenek dduk di tanju/beranda sambil main-main rambut. Dia heran lah sebab dia nampak jelas orang tu rambut panjang hitam. Nenek aku rambut pendek ada uban pulak tu. Tapi dari susuk tubuh dia memang yakin itu nenek. Tak nak semakkan fikiran, dia teruskan hajat dan balik tidur. Pagi tu masa mak sedara meninggal, semua orang yang datang perasan kalau celahan kaki mak sedara ada bekas cakaran dan d***h kering. Masa ni lah pak sedara aku cakap dia mimpi seorang wanita berambut panjang himpit mak sedara, cekik dia dan hisap darahnya dari celahan kakinya. Mimpi ni malam selepas nenek pergi langkau umai. Malam yang mak sedara aku meninggal.

Itu apa yang mak sedara aku cerita memandangkan dia pun stay kat rumah panjang juga masa tu.

‘ Sebab tu nenek kamu tak pernah ada anak kandung sebab setiap kali dia mengandung, dia akan keguguran ataupun tumpah d***h. Pernah sekali nenek kamu ambik anak angkat, lepas budak tu baru pandai berjalan, tetiba m**i. Tiga kali ambik anak angkat, tiga-tiga m**i ‘ panjang lebar penjelasan mak sedara aku.

Mami juga cakap benda ni ada kaitan dengan dampingan nenek. Sebab nenek dah tua jadi dia tak dapat lagi nak ‘ take care ‘ psal dampingan dia tu jadi benda tu akan merasuk nenek dan m******h orang di sekelilingnya. Untuk menuntut d***h. Jadi moral of the story, jangan sesekali terfikir nak ada dampingan sebab benda ni tak boleh buat main. Balasan nya bukan calang-calang melainkan nyawa kita dan ahli keluarga kita yang lain.

Sampai disini, terima kasih kerana membaca biarpun melalut dan panjang lebar. Ciao !

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Bunga

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

5 thoughts on “Nenek Dan Dampingannya”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.