NENEK “GREY”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Terima kasih kepada admin yang approve kan cerita saya… Ini adalah cerita kedua berkaitan dengan pengalaman tak berapa seram saya. Kisah saya pertama boleh dibaca disini “entiti tidur sekatil”. Kepada yang bertanya diucapkan terima kasih banyak-banyak… ya ianya kisah benar yang berlaku kepada diri saya. Saya lebih selesa menggunakan gantinama “aku” izinkan ya.

Kisah Pertama..
Pada kejadian dalam kisah pertama yang mana aku dimarah oleh entiti ketika membaca Subhanallah.. walhamdulliah.. hingga akhir..mengingatkan aku kepada peristiwa yang berlaku beberapa tahun sebelum itu.. tak ingat lah pulak tahun berapa sebenarnya… mungkin dalam tahun 2014-2015 sebelum anak kedua aku meninggal dunia… alfatihah untuk beliau. Aku rasa kemungkinan makhluk yang sama mengganggu aku pada tahun itu…mungkin ada kaitan dan “dia” usha lama dah kat aku… mudah-mudahan tidak.

Di taman perumahan aku sekarang, persatuan penduduk mengaji beberapa orang pengawal untuk mengawal dan memantau kederaan dan orang ramai keluar masuk ke taman. Pada tahun 2014-2015 masih lagi hal-hal keselamatan dipantau oleh KRT (SRS) dibuat secara sukarela oleh penduduk. Aku pun ada bagi nama sebagai suka paksa relawan… heh!heh! Ada pondok pengawal di pintu masuk utama. Biasanya kami mengawal disitu.

Satu malam, giliran aku untuk mengawal.. di tepi pondok pengawal tu ada sebatang anak sungai.. Ada jambatan kecil.. di waktu siang, ada orang setaman, luar taman, orang asli dan kanak-kanak akan memancing atau menjala ikan di situ. Kami dalam 4 orang yang mengawal. Kira-kira pukul 2.30 – 3.00 pagi, hujan pun turun rintik-rintik. Aku pun keluar dari pondok, menyeberang jalan dan berdiri diatas jambatan melihat aliran sungai.. Aku kemudiannya tertarik memandang ditepi berhampiran sungai tu ada sebuah anak bukit yang telah dibuat teres oleh pemaju taman. Ada beberapa b..ng pokok besar, tapi yang seb…g ini lebih besar, betul-betul dibucu bukit. Bila tengok pokok ni, rasa macam ada sesuatu, rasa instinct semacam tetapi tak tau macamana nak gambarkan.

Selesai pukul 3.30 pagi kami pun bersurai.. Aku terus balik kerumah, bersihkan… diri dan mahu tidur sebelum azan subuh… Tak lama lepas tu… mulalah rasa mengantuk… bila tengah khayal antara ditidur dan jaga… tiba-tiba aku rasa suasana malam terus bertukar.. dari malam yang kelam bertukar seperti remang-remang senja atau seperti fajar pun ada juga… tapi agak bercahaya. Nak kata malam macam siang, nak kata siang macam malam. Rumahku menjadi seolah-olah transparent… pandang telus.. Tak semena-mena aku nampak pokok besar tadi… tapi lebih fokus kepada b..ng pokok yang besar… Jarak pokok besar dengan rumah aku lebih kurang 2km.. tapi sekarang betul-betul didepan aku. Ruang atau jarak betul-betul dipendekkan. Betul-betul sejengkal. Kemudian ada susuk samar keluar dari b..tg pokok besar tu dan bersuara garau… seolah-olah mahu berkenalan…Dia berkata “namaku…..” belum habis bercakap aku pun p****g cakap “tidak.. tak minat”…. Terus aku paksa bangun dan baca ayat kursi.

Pada satu malam, giliran kawalan aku tiba lagi.. gadingan kali ni bersama otai taman… mula-mula kami borak kisah biasa.. kemudian melarat kepada kisah mistik.. Otai taman ni bercerita,, sewaktu mula-mula taman kami dibuka.. banyak kejadian histeria.. susah benar bila berlaku histeria ni, katanya. Bila belaku kat taman, serentak pula berlaku kat Kg Tok …. ( kg ni kat luar sedikit taman kami lebih kurang 10km. Ada kes rasuk, mangsa boleh merangkak kat dinding macam cicakman. Sukar perawat bila berlaku histeria dan sampuk ni secara serentak tapi berjauhan.

Menurut otai ni, sebenarnya banyak benda-benda dibuang oleh tok batin (taman kami bersebelahan dengan kampung orang asli), bila mengubat orang. Yang datang berubat orang-orang luar, tapi tok batin buangkan benda-benda tu kat hutan disekeliling kampungnya. Masa tu hutan ni belum dibuat taman lagi. Banyaklah hasil buangannya kat hutan ni. Bila pemaju bangunkan taman… apa lagi rancaklah mengacau penduduk baru. Kemudian otai tu pun tunjuk laa pokok besar kat atas bukit depan pondok pengawal… “haa kat pokok tu pun ada seekor.. budak-budak selalu kena rasuk bila lalu kat depan pokok tu time maghrib.. Aku pun diam laa bila otai tunjuk pokok besar tu.. he!! he!!

Kisah kedua.
Kat taman sebelah taman aku ada gerai diusahakan oleh keluarga keturunan jawa. Biasalah masakan ala jawa seperti lontong, lontong kering, soto, nasi ambeng dan sebagainya. Kerap kami sarapan kat gerai ni bila bini aku teringin nak makan. Keluarga ni ada seorang budak kecil, perempuan, umur dalam 3-4 tahun.. Kadang-kadang budak ni dibawa ke gerai.

Satu hari, hari Ahad ketika menjamu selera, emak budak perempuan ni bukak cerita kat bini aku. “Akak nak tahu, anak saya ni semalam kat rumah takut-takut. Dia cakap ada nenek grey (kelabu) dok pandang-pandang dan senyum-senyum… sampai anak saya takut-takut”. Aku pun bisik dalam hati.. tah-tah ada saka. Petang tu kat rumah.. masa minum petang, aku ada bergurau-senda dengan bini aku.. topik dah tak ingat.. yang aku ingat aku sakat bini aku.. “jumpa nenek grey baru tau… heh!heh!” aku kenakan bini aku. Bini aku senyum saja. Malam tu time 3-4 pagi nenek grey pun datang tunjukkan dirinya dalam mimpi bini aku. Aku belum tau lagi bini aku mimpikan nenek grey ni.

Aku pulak, bila alarm hp bunyi dlm pukul 5am, akupun bangun dan mandi untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Tapi bila kenanya air rasa pedih dibahagian muka. Lepas mandi akupun cek dekat  cermin.. ada kesan cakaran halus dan merah-merah kat muka aku. Tak fikir apa-apa lagi.. Terus pergi kat dapur nampak sampah.. aku terlupa buang malam tadi.. terus aku ikat dan keluar untuk buang sampah kat luar.. rasa meremang sikit. Lepas tu akupun start motor nak pergi kerja.. Tapi motor rasa berat.. Bukan saja motor terasa berat, tapi bahu kiri pulak terasa berat dan sakit-sakit. Motorpun bergerak senget sebelah.

Beberapa km barulaa okay. Petang tu bila balik rumah, akupun cerita kat bini aku pasal bahu kiri aku terasa berat dan sakit.., motor berjalan senget sebelah. Bini aku pun bagitau yang nenek “grey” ada datang melawat di dalam mimpi malam tadi menggangunya…

Kisah ketiga.
Masa tu anak perempuan ku baru berusia 5 tahun. Sekarang dah jadi anak dara berumur 16 tahun. Aku teringat sewaktu kecil, bini aku hantar dia ke rumah pengasuh. Bini aku ni guru, sekolah dia mengajar tak jauh dari rumah. Dia mengajar seisi petang. Selalunya guru-guru keluar lambat sedikit dan pastikan murid-murid balik dulu. Bini aku terus ambik anak kat rumah pengasuh.. masa tu maghrib awal lebih kurang pukul 7pm.

Sampai je kat rumah. anak aku ni terus menangis tak henti-henti. Aku sampai kat rumah usai azan maghrib. Biasalah office di KL. Rumah di hulu Selangor. Parking je motor terdengar suara anak ku menangis. Masuk rumah aku bertanya dia kenapa nangis time maghrib ni.. tak elok, dia tak jawab dan terus menangis. Aku pun tanya bini aku.. Bini aku pun tak tahu.. masuk je rumah terus menangis. Bini aku cakap dia ada marahkan anakku suruh diam tapi masih menagis jugak tak berhenti. Aku lihat tangisannya lain macam menjadi-jadi. Dia baring dilantai. Kaki kiri kanan digerak-gerakkan menghempas-hempas lantai. Aku pandang dia dan bertanya sekali lagi kenapa adik nangis? Dia menjeling tapi dari ekor matanya kemerahan-merahan. Aku mula rasa instinct dan pelik, rasa tak sedap hati. Aku pun terus cakap.. “tak boleh jadik ni.. kena pasang CD ni”. CD yang dimaksud CD Rukyah.. aku beli direct kat perawat sewaktu solat jummat di sebuah masjid beberapa bulan sebelum tu. Tapi aku tak sebut pun CD apa. Tak cakappun CD Rukyah ke CD Mengaji ke…

Tiba-tiba anak aku terus bangun dan berdiri tercegat kat sebalah terus cakap sambil menangis “Jangan pasang CD.. Jangan pasang CD..” aku pun terkejut…aku terus berkata “eh macamana kau tahu aku nak pasang CD apa?, berani kau kacau anak aku ya?” Anak sulung aku dari tadi diam,, bila adik dia bangun dan melarang aku pasang CD.. dia pulak nampak cemas sambil memandang muka aku. Mungkin dia terkejut juga. Aku terus ambik CD dan pasang kat player (zaman tu masih ramai guna CD player). Tak lama kemudian, anak aku mula tenteram, tangisan semakin perlahan. Dari berdiri, dia duduk, kemudian baring. Tak sampai 10 min pasang dia pun tidur…

Beberapa tahun kemudian, anak perempuan aku semakin membesar. Masa tu dia dalam darjah 5 atau 6. Dia pun ceritalah… masa ibunya ambik kat rumah pengasuh pada hari kejadian, remang-remang senja macamtu. Semasa ibunya memandu, masa tu dia duduk kat kerusi depan penumpang. Masa dia toleh kat semak, dia ada nampak nenek hodoh terapung-apungn di udara sambil memandang dia. Sampai kat rumah dia pun tak tau kenapa dia menangis-nangis.
Okay guys cukup lah coretan aku setakat in,, ada umur panjgan aku sembang lagi,
إن شاء الله

Oleh Azahm..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Azahm

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

1 thought on “NENEK “GREY””

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.