Nenek Kebayan Asrama

Assalamualaikum
Aku nk ucap terima kasih kat admin sebab post kisah aku baru – baru ni  “kerana mulut aku terkena“. Aku ingat nak sambung la sikit tentang apa yg jadi lepas malam aku diganggu tu.
Sejak hari tu aku jadi seorang yang penakut. Sebab apa? Sebab tiap2 hari aku akan terjaga waktu malam dalam pukul 3-4 pagi camtu. Dah bila bangun tu memang tak boleh nak tido balik dah so aku akan berjaga sampai la dengar azan subuh tapi kadang2 aku akan kacau bff aku kat katil sebelah dan tido dengan dia. Nasib baik lahh ada member baik macam ni.

Jangan ingat yang bila ada member kat sebelah aku boleh tido lena. Katil bff aku ni dekat dengan tingkap, so kalau tengok dari tingkap aku akan nmpk ampaian baju dekat bawah dan depan aku pulak boleh nampak bangunan sekolah dengan tangki air. Tangki air tu yang dikatakan ada kak ponti duduk lepak waktu malam sambil enjoy pad d***h yang tak dibasuh. Entah betul atau tak, atau budak2 ni punya imaginasi aku sendiri pon tak paham. Tapi memang betol la yang kak ponti suka lepak situ. Ada jugak la aku dengar dia menyanyi, meremang bulu romaaa. Kalau sedap takpe la jugak!

Malam tu bff aku tido kat katil lain. Katil dia bahagian atas so aku tidor la dengan member aku yang tido katil bawah. Aku cakap yang aku takut tapi dia dengan muka berlagak ckp “buat apa nk takut? Aku kan ada..” Aku pon termakan la kata-kata dia. Hampeh betul. Tengah sedap2 tido aku pon terjaga macam hari2 lain tu. Cuma aku rasa tak sedap hati dan cuba untuk lelapkan mata. Tengok jam dalam pukol 4pagi, tapi entah kenapa aku rasa gusar. Tak lama lepas tu, aku terdengar bunyi orang berjalan tapi disertai bunyi tongkat. Gulp! Aku dah tertelan air liur. Aku menyumpah diri sndiri dalam hati “time ni la kau taknak lelap, kan dia dah dtg..”
Dia ni sebenarnya nenek kebayan tapi sebab nama dia diharamkn untuk budak2 sebut, maka kitorang hanya panggil NK. Dengar dia berjalan tu dah jadi perkara biasa, tapi kali ni aku rasa lain sikit, sebabnya bunyi tu makin lama makin dekat dengan katil aku. Seram weii. Jantung ni macam nak tercabut je. Aku pun kejut la member aku tu tapi dia tak bergerak langsung keras macam mayat. Sebab takut punya pasal, aku peluk kawan aku tu. Aku ni dah la tido sebelah tingkap. Tiba2 aku rasa macam ada benda tajam sentuh bahu aku. Bulu roma aku terus menegak dah time tu. “alamak dia main pegang2 la pulak” fikir aku, nak selamatkn diri aku buat keras je dekat situ. Dia dah berhenti tapi yang menyampahnya dia boleh pulak menyanyi, sakit telinga yang mendengar. Suara dia slow je, tapi entah apa yang dia nyanyi satu pon aku tak faham. Memang seram la dia nyanyi kat tingkap tu. Mungkin nak ajak kak ponti karok memalam kot. Lama la jugak dia menyanyi sebelom suasana jadi sunyi balik. Aku ingat dah berakhir disitu, tapi tidakk. Tetiba, katil kitorang tu bergegar-gegar non stop! Yang peliknya, member aku ni memang tak beranjak pun dari tadi. Aku pulak rasa macam ada rambut sentuh aku dari atas. Aku tutup mata rapat2 sambil peluk member aku dan aku baca ayat kursi. Semuanya stop bila terdengar azan subuh. Rupanya waktu tu memang dah nak masuk waktu subuh, baru la aku boleh tarik nafas lega.

Pagi tu bff aku mengamuk sebab masa dia tinggalkan katil, cadar semua dia dah kemas kasi cun tapi lain pulak yang jadi. Katil dia nampk macam ada orang duduk, sedangkan takde sesiapa yang usik pun. Aku diam buat bodoh, member yang tido dengan aku tu, aku tenung muka dia lama2 sebab memang tak puas hati dgn dia. Start dari hari tu aku tidor dekat lantai je. Budak2 dorm pulak memang ramai yang join sekali.Hahaha tidor berjemaah lah kononnya padahal masing2 dah takut. Ada sorang akak ni hijab dia terbuka, kat hostel ramai orang macam ni, dia suruh aku tidor atas katil balik. Aku cakap la aku tak nak. Dia pun explain cakap yang ada benda yang dah start menumpang kat katil aku. Mak ai berderau d***h. Lagi laa aku taknak tido kat situ. Aku cuma akan tido waktu siang je, malam jangan harap lah.

Ada satu hari tu aku ajak kawan aku yang duduk tingkat 1 untuk join kitorang tidor berjemaah ni, sebab aku kesian tengok dia. Dia ni tido katil tingkat atas tapi akak tingkat bawah katil dia, dan juga budak katil sebelah bahagian atas katil, balik kampung. Aku saja pergi dorm dia konon nak jemput, tapi puihh.. Malam tu kitorang enjoy tidor macam biasa tapi bila aku nak hantar dia balik ke dorm dia kat tingkat 1 tu, baru la dengar cerita peristiwa malam tadi. Akak Ain (bukan nama sebenar) tegur dia masa kitorang tengah turun tangga, “Eh Ani, bila masa kau keluar dorm? Akak tak nampak pon ko keluar? ” Aku dengan kawan aku pandang muka satu sama lain . Dua2 dah cuak tapi nak hilangkan rasa takut kawan aku gelak je dan cakap kat Kak Ain yang dia pergi tidor kat tingkat 3 . Muka kak Ain tu terus berubah. Aku dah tak sedap hati, kawan aku masuk dorm dengan kak ain tapi dia suruh aku tunggu dia. Aku pon tunggu la. Kawan aku ni ambik baju dengan beg sekolah dia. Terus dia seret aku balik tingkat 3. Aku tengok dia dah lain macam aku pon paksa dia cerita kat aku. Katil kak ain ni sebelah katil kawan aku je, dia tidor bahagin bawah. Dia nampak kawan aku ni duduk atas katil sebok belai2 rambut. Akak ni pon tegur la asal tak tido lagi, tapi “kwn aku” tu cuma senyap je. Dia pun baring dan biarkan rambut dia mengurai kat katil bawah, dan akak tu pon tido je la tapi bila bangun pagi katil tu kosong takde org. Serious gila lahh. Aku mengaku yang rambut kawan aku tu memang panjang paras pinggang tapi yang pelik macam mane akak tu boleh je slumber tidor bila tengok rambut tu mengurai tepi katil? Kawan aku ni dah trauma terus. Dia tido dorm dia balik bila akak2 yang lain tu dah balik ke hostel.

Ok …tu je la utk kali ni
Sekian terima kasih

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 5]

1 thought on “Nenek Kebayan Asrama”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.