Nenek Nak Kawan

TETAMU TAK DIUNDANG

Assalamualaikum & salam sejahtera FS readers..
Terima kasih admin sebab sudi share posting aku kali ni. Terima kasih juga pada yang sudi baca & beri komen pada cerita-cerita aku yg lepas iaitu: Pengalaman Misteri Masa Mengandung Sulung & Pengalaman Selepas Aku Bersalin.

Dah setahun lebih aku tak menulis & baca cerita-cerita seram kat FS page ni. Sejak company aku block internet, m**i kutu rasa tak dapat baca cerita-cerita terbaru FS. Di rumah bukan tak boleh nak akses FS, tapi tak berkesempatan nak luangkan masa membaca, sibuk dengan anak-anak (alasan seorang penakut. hahaa).

Bagi yang bertanya pada cerita lepas, husband aku adalah seorang yg berkhidmat dengan kerajaan dan skop kerja dia memang memerlukan dia kerap outstation, pusing satu Malaysia. Bila dia tidak bekerja luar , aku cuti dan ada event yang boleh kami berniaga cari duit lebih, kami akan turun berniaga. OK, bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya. Hehee

NENEK NAK KAWAN

Pengalaman misteri aku bukan terhenti pada cerita ke-2 aku sahaja. Tapi terjadi juga beberapa kali semasa ketiadaan husband aku. Semasa anak sulung aku berumur 4 atau 5 tahun, selepas dia balik dari pra-sekolah, aku tidurkan semua anak-anak aku selepas zuhur. Memang kebiasaan anak-anak aku akan tidur siang. Masa baru sahaja nak melelapkan mata, aku bermimpi anak sulung aku cakap: “Ibu, nenek nak kawan Amin (bukan nama sebenar), nenek cakap nak jadi nenek Amin”.
Aku terus marah, “Bagitau nenek, Amin dah ada nenek, taknak nenek lain.”

Lepas je aku cakap macam tu, ‘nenek’ tu jadi marah, terus dia genggam pergelangan tangan aku dengan kuat. DIa juga menunjukkan muka dia pada aku yang mana aku boleh ingat sampai sekarang. Rambut dia beruban & mengerbang, muka hodoh berkedut seribu.

Masa ni aku struggle nak lepaskan tangan aku dari genggaman dia sambil baca Ayat Qursiy yang tersekat-sekat tak keluar.
Aku baca sekuat hati sampai terjaga dari tidur. Satu badan aku berpeluh seram sejuk, meremang bulu roma. Kedua pergelangan tangan aku pun rasa sakit sangat.
Mimpi ke betul-betul..? Wallahualam.

NENEK LAGI

Kejadian berikutnya pun masa husband aku tengah outstation, kalau tak silap ke selatan tanahair. Husband aku bertolak pagi isnin, kebetulan aku cuti hari tu & sambung tidur balik lepas anak sulung & yang ke-2 pergi ke sekolah. So tinggallah aku dengan 2 lagi anak yang masih kecil. Dalam tidur tu, aku sambut anak aku yang baru balik dari sekolah di pintu rumah kami. Tapi aku nampak ada ‘nenek’ di belakang anak aku yang nak ikut sekali masuk ke rumah kami. Aku cepat-cepat tarik anak aku masuk dan tutup pintu. Tapi ‘nenek’ tu sempat tahan pintu, tangan dan separuh lengan dia terkepit celah pintu yang aku cuba tutup. Aku tolak pintu sekuat hati & sebut ‘AllahuAkhbar’ sampai terjaga dari tidur. Sekali lagi meremang bulu roma. Musykil kenapa dia nak sangat masuk ke rumah aku.

SIAPA KAU?

Kejadian beberapa bulan lepas, juga selepas husband aku keluar bekerja luar kawasan. Aku sambung tidur selepas husband pergi bekerja & anak-anak ke sekolah. Dalam tidur tu, ada seorang lelaki yang mengetuk pintu rumah kami. Semakin lama semakin kuat. Aku terkejut dan anak-anak pula ketakuta. Aku tak buka pintu malah selak dari dalam. Lelaki tu sangat marah dan menggegarkan pintu rumah kami, berusaha nak masuk juga. Aku tersedar & mengucap panjang.

Awal tahun ni aku ada juga bermimpi seorang lelaki yang aku tak kenali masuk rumah kami masa husband aku keluar outstation. Dia berjaya masuk ke ruang tamu, tapi mujur tak ada apa-apa yang berlaku.

Aku jadi pelik kenapa kejadian-kejadian ‘orang’ nak masuk ke rumah aku terjadi masa ketiadaan husband aku. Bila husband aku ada di rumah, jarang sekali aku bermimpi yang bukan-bukan. Aku ni dah la tak berapa berani. Heheee.

Aku ceritakan pada husband bila dia pulang dari outstation. Dia marah kenapa tak pernah bagitau dia hal-hal penting macam ni. Aku sebenarnya malas nak fikirkan hal-hal macam ni, tapi bila dah kerap, rasa perlu buat sesuatu juga.

Then kami rujuk pada ayah mentua aku. Ayah mentua aku buat kiraan falak & bagi doa untuk pagar rumah daripada gangguan ‘tetamu-tetamu tak diundang’ tu. Kemudian kami suami isteri pun disuruh mandi limau untuk pulihkan semangat kami. Sejak hari tu, alhamdulillah dah tak ada lagi gangguan dari ‘tetamu-tetamu misteri’ tu.

Aku bukanlah seorang yang berani bila bab-bab gangguan-gangguan macam ni. Tapi aku pilih untuk tidak terlalu melayan perasaan takut. Setiap kali teringat perkara-perkara yang akan membuatkan aku takut, aku terus sibukkan diri. Walau macam mana pun aku perlu berani demi anak-anak. Sebab aku lah pelindung mereka di kala ayah mereka bekerja jauh.

And sebelum ada yang bertanya kenapa aku selalu tidur selepas subuh, ini jawapannya. Aku ibu yang bekerja & rutin harian sangat pack dengan kerja & urusan rumahtangga. Aku ialah orang yang bangun paling awal & tidur paling lambat setiap hari dalam rumah aku. So bila ada peluang pada hari cuti di mana anak-anak besar dah ke sekolah, dan anak-anak yang kecil pun tidur, aku akan manfaatkan masa untuk mengqadha’ tidur aku yang tak pernah cukup tu. Hehehee

Sampai sini sahaja cerita aku untuk kali ini. Maaf kalau tak seram. Sekadar berkongsi pengalaman.

In shaa allah akan datang aku akan kongsikan pengalaman-pengalaman misteri & pelik husband aku sepanjang dia membesar yang pernah dia ceritakan pada aku.
Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Daydreamer

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

2 thoughts on “Nenek Nak Kawan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.