nenek tua

Assalamualaikum dan hai salam sejahtera pada seluruh pembaca fS ni. Lama tak kongsi cerita disini. Sebelum ni ade bagi juga tapi tak lepas sebab pendek dan ayat yang tak teratur. Tak mengapa kesalahan sendiri tapi nak up dan betulkan balik tu rasa malas jadi aku biarkan sahaja.

Aku Haja dan kisah yang akan aku kongsikan ni mungkin hanya seram pada aku atau pun turut seram pada korang, atau pun tidak seram tu aku tak boleh nak menjanjikan. Yang pasti aku hanya nak kongsi kisah yang aku lalui disini. Harap kecaman kecaman biarlah dengan ayat ayat yang membina ok!.

Kisahnya masa aku hidup solo sementara diperantauan sebuah kota iaitu Kota Damansara. Rumah pula sejenis rumah flat lima tingkat, dan aku tinggal ditingkat yang teratas tingkat lima. Dalam rumah tu aku hanya sewa bilik sahaja dan aku sewa sorang je bilik tu. Ada tiga bilik tidur, tandas dan bilik mandi. Dapur pula jenis tak ada tingkap tanya bertutup dengan grill dan kain langsir sahaja.

Dalam rumah ada lima org termasuk aku. Aku solo dan bilik aku sewa tu kecik tak besar. Muat tilam bujang, kipas dan ampaian baju. Aku tidur memang akan buka tingkap. Yela panas yak amat. Dan dua bilik lagi sepasang pasangan dah kahwin. Masing-masing pun sewa bilik. Barang-barang masak bila berbaik hati kita kongsi kongsi. Ok bukan ini yang nak aku ceritakan ye..ceritanya macam ni..

Hari apa aku tak ingat tapi yang pasti hari tu hari waktu orang bekerja dan hari tu pula turn aku cuti dan masa tu aku kerja jual simkad jadi aku punya leader dok sekali dengan aku tapi dia laki binilah dan dia pun kerja time tu. Kira rumah kosong tinggal aku sorang. Jadi dekat nak tengah hari jugalah aku rasa aku bangun tidur kemas semua dari ruang tamu bilik dan masa untuk mandi. Dah selesai urusan aku pun mula nak memasak.

Aku ke dapur dan tak silap aku waktu aku ke dapur dah dekat-dekat petang. Almaklum la bujang tak ada siapa pun aku nak jaga perut selain perut aku jadi suka hati akulah nak masak jam berapakan..huhu.

Masa aku melintasi ruang ke dapur tu aku ada terasa angin laju menyapa kat muka aku. Serius beb angin dan aku intai luar tak ada rasa angin langsung dan langsir di grill pun tak berombak ombak pun kalau betul angin tu dari luar. Nak kata pasang kipas didapur memang tak adalah kipasnya. Masa tu aku tak fikir apa-apa pun bab mistik-mistik ni. Aku nak fokus perut yang minta segera diisi ja. Masaklah aku dengan tanpa keraguan. Selesai masak nak basuh aku terasa lain.
Aku terasa diri aku diperhatikan dari jendela luar.

Aku abaikan sebab aku tak mau ambil pusing nanti aku juga yang merana sebab aku sorang diri ja. Bayangkan kalau aku tunjuk ketakutan tu dari awal mesti terjadi balik peristiwa kerasukkan. Siapa nak tolong aku sorang diri kat situkan. Tapi dalam hati siaplah baca ayat-ayat yang perlu dibaca membentengkan diri. Dulu aku pernah bagi tahu yang aku ni boleh merasa kewujudan dan kehadiran mereka dan adakala aku boleh ternampak lintasan bayangan mereka ni.

Contoh masa aku kerja kerani disebuah syarikat tu boleh kata hari-hari benda tu dok lalu depan aku. Yang bersyukurnya dia tak tunjuk sebenar-benar diri mereka tapi hanya bayang imbas ulang alik. Tu pun da merimaskan.

Ok berbalik kisah tadi, aku pun cepat-cepatlah basuh semua yang aku guna tadi dan niat hati nak berambus cepat dari dapur dok kat ruang tamu. Baru je aku nak melangkah kaki ke ruang tamu mula kuat aku dapat rasa ia betul-betul dekat belakang aku. Aku boleh tergerak bayang dia seorang nenek tua. Ya nenek tua yang berbongkok berkain batik berbaju kurung kedah bersanggul tinggi. Tapi wajahnya memang tiada bayangan. Hanya itu sahaja yang tergerak difikiran aku. Dan yang pasti dia sedang memandang aku.

Aku melangkah perlahan perlahan dari dapur tu, sampai diruang makan pula dekat dengan bilik aku terus masuk bilik tak jadi duduk diruang tamu dah.. Biasa jika aku terbayang bentuk itu maka itulah dia. Sebab aku pernah berubat dulu semua yang aku bayang memang benar yang ada mengganggu disekeliling aku. Cuma aku tak jumpa bentuk itu bulat-bulat depan mata aku. Kalau dia menjelmakan diri dia betul aku dah sasau habis.

Lama sikit aku dalam bilik, aku beranikan diri keluar dari bilik. Yelah aku tak makan lagi masa aku tinggalkan dapur tu. Sempat basuh barang-barang ja. Tengok hari pun makin kearah gelap dan lampu pun tak buka lagi. Sebelum lagi gelap aku kena cepat bergerak. Dah keluar dari bilik dan pasang semua lampu aku melangkah lagi ke dapur.

Masa kedapur aku tak rasa apa dan aku fikir Alhamdulillah pergi dah dia. Masa nak ke ruang makan terasa dia ada semula berhampiran kabinet dimeja makan. Mahu tak mahu aku gagah jua melangkah. Masa aku melangkah aku lalu dimeja makan tu tapi tak lama. Dan kepala aku pun gatal pusing lihat luar grill tu. Kan betul firasat aku nenek tua sedang perhati. Kali ni dia duduk luar dah di grill dapur tu. Hanya yang aku nampak intaian dari dahi macam budak-budak main cak cak tu, tapi dia macam kulit tua dan ada nampak putih-putih diatas kepala. Syukur tak nampak sepenuhnya. Apa lagi nak menung merenungkan..Terus aku pusing dan lari sekali lagi masuk bilik dengan makanan makanan tu sekali Hahaha tak jadi duduk depan tv sambil makan.

Bila difikir mana mungkin orang nak berdiri kat grill tu. Situ tiada ruang melewati sebab ada benteng pemisah ditepi ruang makan pada bahagian luar. Dan ditingkat lima, bukan diaras bawah sekali. Siapa nak panjat benteng tu lalu kat kaki lima tu berdiri kat luar grill intai-intai kan. Dah la diorang yang serumah balik lewat. Udah aku tidur pasang lampu sampai ke pagi. Sejak tu sebelum aku pindah keluar dari situ. Bila ada ja cuti aku tak tidur situ. Aku pergi rumah teman aku.

Tiba-tiba siang tadi aku terkenang kisah ni dan aku nak catatkan kenangan tu disini. Hahaha..sambil aku menaip ni pelbagai dugaan aku lalui. Anak nak makan, nak mandi nak itu nak ini akhirnya lewat malam juga aku selesaikan kisah ini. Sekarang jam dah 12.07 minit malam. Jadi sebelum aku habiskan ini aku ketandas sebentar pun aku ada rasa sesuatu dibelakang aku semasa aku nak masuk tandas tu. Untuk menghilang rasa adanya benda-benda ni aku buat-buatlah menyanyi gembirakan hati.

Oklah setakat ni sahaja kisah aku kali ini. Harap tersiarlah untuk aku kongsi dengan korang semua. Maaf kalau kucar kacir ayatnya. Ada lagi kisah yang tersimpan. Jika aku rasa bak kongsi lagi nanti aku kongsi. Maaf sekali lagi jangan marah jika tak seram pada korang yang membaca. Ia amat seram pada aku yang melaluinya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Haja

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “nenek tua”

  1. Cerita berterabur. Tak paham. Lepas tu anak dara duduk serumah dgn bukan muhrim (boleh kawin). Ada suami orang yg gatal ratah kau, nk salahkan sapa? Time tak bernafsu baik la. Orang Islam dilarang duduk serumah dgn orang luar tu ada sebab.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.