Assalamualaikum. Aku cika. Aku nk sambung cerita pasal nenek aku, Part 1 haritu http://fiksyenshasha.com/nenekku/. Sebelum tu, aku nak mintak maaf sebab ingatkan cerita aku dah panjang sebab aku rasa aku dah menaip lama sangat haritu. Hahaha. Kali ni aku cuba habiskan, mintak maaf kalau panjang. Aku just nk share cerita dan pengalaman aku.
Sambungan..
Rupanya sepupu aku pernah nampak nenek aku bangun, bukan berjalan. Aku sendiri terkejut masa dia cakap berjalan tu. Tp dia cepat-cepat betulkan dia kata salah cakap. Hampeh betul. Tapi mak cik aku sendiri cakap, macam ada something dengan nenek aku ni. Dia tak sedap hati. Dia pernah bgtau husband dia, pak cik aku lah. Aku namakan pak cik aku, Pak Cik A. Pak Cik A pun spesis tak percaya benda-benda mcmni semua. (dah nama pun adik beradik dengan abah aku). Tapi pak cik izinkan mak cik aku ni bawak nenek aku pergi jumpa ustaz. Aku kurang pasti siapa ustaz tu dan di mana. Bila tiba balik turn mak aku jaga (masa tu hanya mak aku dengan makcik aku je gilir-gilir jaga), mak cik aku hantar then dia cerita ustaz tu dah buang. Tapi mak cik aku cakap macam ada lagi sebab nenek aku ni makan boleh tahan. Badan makin susut tp berat ya rabbi. Lepas tu baru abah percaya. Then abah pun dah start takut-takut. Hihi.
Tapi lepas “benda” tu dikatakan dah buang, nenek aku terus terlantar. Dah tak larat nk bangun, makan tak lalu. Dia selalu cakap dengan mak aku, “aku nk balik rumah aku”. Mak aku reply lah, “takde siapa dkt rumah mak tu, siapa nk jaga nnt”. Korang tau dia reply apa? “aku kuat lagi, aku boleh jaga diri sendiri”. Mak aku dengar je tu, terus dia blah. Oh, nenek aku ni kadang-kadang tak ingat orang. Kira dah nyanyuk lah. Utk pengetahuan korang jugak, mak aku ni penakut sikit. Huhu. Proses penjagaan nenek aku secara bergilir-gilir ni lama jugak sampailah pak cik aku (adik bongsu abah) aku namakan Pak Cik B, decide nk pindah johor bawak balik nenek aku jaga dekat kampong. So, dia pun bawak balik nenek aku jaga dekat sana.
Since that, Ktorang jarang balik kampong sbb masing-masing busy kerja. Ada 1 hari, aku ajak jugak abah balik. Melawat nenek aku. Sampai sana, kebetulan masa tu time pak cik B mandikan nenek aku. Tetiba aku dengar pak cik B cakap, “mak selalu boleh je bangun sendiri, kenapa hari ni diorang ada mak tak nak bangun?”. Aku pandang adik dgn mak aku, diorang pandang aku. Ktorang bertukar riak wajah terkejut. Hihi. On the way balik rumah, ktorang sembang2 lah. Then tetiba mak aku bukak topic pasal nenek aku. Dia cakap “nenek kau dekat rumah sendiri, kuat”. Aku tengah drive kereta hanya ber’huhuhu. Sebab tak nak fikir sangat.
Aku pendekkan cerita sampai sehari sebelum raya sebab aku tak tau sangat apa jadi masa pak cik B jaga nenek aku. Malam raya, lepas berbuka semua budak-budak sibuk lah main bunga api semua tetiba je pak cik B kata nk balik kampong wife dia. Ah sudah. Siapa nk jaga nenek? Act, rumah nenek aku tak byk bilik just ada 2 so bila raya je masing-masing sewa homestay sbb tak muat kan. So bila pak cik B ckp nk balik kampong wife dia siapa yg nk stay rumah nenek aku tu? Pak cik A aku decide gilir-gilir. Malam raya, abah dgn mak aku stay. Malam esoknya Pak Cik A aku stay. Tapi sebelum pak cik B aku gerak, dia cakap dekat mak aku. “mak ni malam-malam berjalan tau”. Hahahaha muka mak aku dah pucat. Mak aku ni dah lah penakut. Mak aku siap cakap, takde orang lain ke nk stay?
Nasib mak aku baik, kebetulan masa aku salam mak aku cakap nk gerak balik homestay, pak cik C aku dan anak-anak dia sampai. Cepat-cepat mak aku naik kereta sbb tak nak stay rumah nenek aku, hihi. Abah aku bincang dua dengan pak cik C. Cerita pasal nenek aku, cakap malam-malam berjalan sendiri semua. Pak cik C aku cakap insha allah lepas raya nanti kita bawak ustaz datang sini. Abah pun okay je. Semua orang setuju.
Hari raya berlalu macam biasa, Cuma sepupu aku tegur kuku tangan and kaki nenek aku hitam. Tapi aku tak tengok pun sbb aku busy dekat dapur plus bergambar. Hihi. Masuk raya kedua, ktorang nk gerak balik kampong mak aku. Ktorang salam lah nenek, aku ada bgtau kan nenek aku dah nyanyuk. Tak ingat langsung orang. Tapi masa ktorang salam tu, turn mak aku elok je dia sebut nama mak aku. Siap nangis, cakap jangan tinggalkan dia. Mak aku dah serba salah. Tapi redhakan je.
Seminggu lepas raya, pak cik B aku call cakap nenek aku warded. Sebab bleeding dekat dubur. Then 2 hari lepas tu nenek aku discharge doctor kata sebab dia tak makan. Acid dalam badan dah menghakis. Tapi dia dah okay. Tetiba raya ke 10, masa tu tengahari, aku dekat office dapat berita yang nenek aku dah meninggal pukul 10 pagi. Ktorang pun rushing balik johor, masing-masing bawak kereta over speed limit. Kena saman redha jelah. Alhamdulillah, ktorang sempat jumpa jenazah sebelum dikebumi.
Lepas setel kebumi semua, mak aku tanya macam mana dia meninggal sebab doc kata dah okay. Wife pak cik B aku cerita, memang dia okay tp since dia discharge dia tidur je. Tetiba pagi raya ke 10 tu, mak cik B aku nk suap dia makan. Kejutlah, tengok macam static tak gerak2. Rasa tangan macam dah sejuk. Dia panggil pak cik B aku, pak cik aku check, sah dah meninggal. Mak cik A aku cerita, masa nenek aku masuk hospital haritu, pak cik A and mak cik A aku ada balik jenguk nenek aku dengan anak menantu dia semua. Masa tu nenek aku memang Nampak agak nazak. Anak mak cik A aku bacakan Yassin, nenek aku cakap “panas, panas”. Menantu mak cik A aku ni ustaz, dia ada baca doa tapi maaf aku tak pasti doa apa. Masa dia baca tu, mak cik A aku cakap, nenek aku ni macam menggelupur. Tambah pulak dengan surah Yassin yg anak dia baca tu.
Nenek aku meninggal umur 94 tahun. Sampai sekarang aku masih tak pasti samada nenek aku ni “ada” atau tak . Abah cakap, biasa orang dulu-dulu memang ada. Tu sebab diorang kuat. Tapi aku tak nak fikir bukan-bukan pasal nenek aku. Lagipun dia dah takde kan. Yang aku terkilan, nenek aku meninggal sorang-sorang. Takde siapa sebelah dia. Al-fatihah untuk nenek. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
*aku cuba habiskan semua cerita dalam part 2 ni. Tak semua benda aku boleh cerita tu sebab ada sikit yg mcm tergantung, Cerita ni aku just nk berkongsi, bukan untuk aibkan siapa-siapa tapi sekadar bercerita. Maaf kalau ayat agak tunggang langgang dan kelam kabut sikit. Aku rasa ni kisah pertama dan terakhir aku bercerita dkt fs. Lepas ni, aku hanya akan jadi silent reader. Thanks sebab sudi baca and bagi komen utk part 1 haritu.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Nenek bleeding dubur?pakcik B liwat ke?
Astagfirullahalazim…memang cmtu la ble nk abis umur,,nk2 da uzur..kdg2 njis pub kler itam.
Pendarahan di dubur adalah normal bg org yg dh nak sampai ajal. Dan kalo bagi manusia yg belum ajal macam ko ni dan terjadinya pendarahan di dubur maybe disebabkan bermacam jenis penyakit. Contoh paling mudah, sembelit yg ktitikal pun mampu menjadi pendarahan didubur.
Dah kalo ko rajin sgt komen kat FS ni apakata ko rajin2kan diri utk google tentang penyakit2 yg berkaitan dgn pendarahan di dubur. Jgn tunjuk diri tu bimbo sgt sampai nak kaitkan dgn liwat.
Maybe pakcik B tak tahu, tapi kitorang yg baca ni tetap menjadi fitnah atas pakcik B atas statement ko “pakcik B liwat ke?”. Yg aku agak mesti ko nak ckp itu hanyalah soalan kan? Soalan dari org yg bodoh je mcm tu.
Sebelum komen, gunala otak. Setakat guna jari saja menaip tanpa berfungsi dgn otak memang jadi komen tak guna.
Agak2 la nak melawak pun.
geram pulak aku baca komen ko
esok ko nak m**i tengok benda apa pulak yang berdarah ek
bingai punya orang!
liwat ko kang nina.agak2 la
ee biadap, bodoh kau tu simpan eh, jangan nak publish sangat, kau bayangkan bapak kau liwat nenek kau. kau rasa apa? jangan jadi jahat lah komen bendah merepek.
Lawak bodoh.otak ltak mana?
OK JE CERITA KAU DIK.
CUMA TAK PERLU LAH NAK BEREPISOD KALAU CERITA TAK PANJANG MANA PUN.
APA-APA PUN SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH DAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI KEPADA ARWAH.
SEDIKIT PERINGATAN UNTUK SEMUA.
JIKA ADA NENEK/ATUK YANG SAKIT/NAZAK.
MOHON DITANYA SAMA ADA ADA MEMBELA ATAU TIDAK.
KALAU TAK BOLEH TANYA DIRECT, BERSELOROH PUN OK. AMBIK HINT-HINT MEREKA JIKA ADA.
INI KERANA JIN/SYAITAN AKAN MENYESATKAN MANUSIA HINGGA KIAMAT.
DITAMBAH-TAMBAH SAAT MENEMPUH SAKARATUL MAUT.
SEELOKNYA DIBIMBING ATUK.NENEK KESAYANGAN KITA AGAR KEMBALI MEREDHAI ALLAH DAN MENJAUHI SYIRIK SEBELUM MEREKA MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR.
SALAM..
ada juga solan bako d***h kat sini…ntah apa2 tanya mcm tu
Maafkanlah die Apid…
Maybe dubur die dh biase berdarah sbb sllu kena liwat kot…
Sbb tulah die cume boleh pikir benda tu sebagai penyebab walaupon hakikatnya penulis dh mention pendarahan tu berpunca dr tindakbalas asid akibat kekurangan makan…
to writer, jgn la merajuk…teruskan berkarya…rilek je org kecam pasal cerita u yg pendek mas part 1 tu.. that is better than x de cerita langsung untuk dikarang..