Orang-Orang

“KETING..”
“KETING….”
“KETING………….”. kedengaran bunyi seakan loceng…
8 Disember 1941, tentera Jepun melakukan serangan keatas Tanah Melayu, bermula dari utara Tanah Melayu dan Pantai Timur.
9 Disember 1941, tentera Jepun berjaya menawan lapangan terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Setar.
12 Disember 1941, Jitra dan Alor Star jatuh ketangan tentera Jepun.
Dan….. 13 Disember 1941………….
“Disini!!”. Arah seorang askar Jepun kepada 3 anggota askar Jepun yang lain. Mereka baru saja memasuki sebuah hutan yang agak lebat, cuba melarikan diri daripada tentera British, yang cuba melawan kembali kemaraan tentera Jepun. Entah bagaimana, Skuad Rejimen 3A Jepun, yang terdiri daripada Sarjan Saito, Leftenan Ginjou, prebet Masato dan prebet Hajime terpisah daripada angkata besar tentera Jepun di Jitra, Kedah.

Kini, mereka cuba bertahan walaupun dengan hanya 4 orang sahaja. “Sarjan! Saya dah cuba menghubungi pangkalan, tapi radio kita mengalami sedikit kerosakan. Saya perlukan beberapa peralatan untuk membetulkan radio!”. Ujar Ginjou kepada Saito. Dia kemudiannya melihat langit yang berubah menjadi gelap, menandakan hujan bakal tiba. “Tak mengapa. Kita cari rumah orang Melayu. Mesti ada disekitar sini. Kita berlindung sementara, dan kau akan betulkan radio itu”. Arah Saito. Mematuhi arahan ketua mereka, mereka terus bergerak kearah utara.

Setibanya di satu cerun bukit, Hajime terlihat sawah padi yang agak luas, serta sebuah rumah kayu yang berdekatan disitu. “Sarjan”. Panggil Hajime. Saito menggunakan teropong beliau dan melihat satu keluarga sedang bekerja menuai padi. “bagus. Mari kita rampas rumah mereka dan b***h mereka!”. Arah Saito seraya bergerak, namun dia dihalang oleh Masato. “T-Tuan! Mereka tidak melakukan apa-apa pun! Apa kata kalau kita minta saja secara elok?”. Kata Masato. Berang akan permintaan anak buahnya itu, Saito terus menghalakan pedangnya kearah perut Masato. “Kau siapa huh?! Nak arah-arah aku?! Kau tu cuma Prebet! Ataupun…3 tahun kau disini, sudah melembutkan hati kau?!” Soal Saito kemarahan. Hajime mula ketakutan. Ya, Masato dihantar ke Tanah Melayu 3 tahun yang lepas sebagai pengintip bagi kerajaan Jepun.

Sepanjang beliau disitu, Masato melihat keamanan penduduk Tanah Melayu tunjukkan dan dia mula sedar bahawa keganasan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
“T-Tidak, Tuan. Saya cuma mahu bagi idea. Kita bincang dulu dengan mereka. Lagipun, peluru senjata kita tidak banyak. Kalau tentera British datang ke sini, kita pasti tidak akan dapat melawan”. Ujarnya. Saito menjadi sedikit tenang mendengar penjelasan Masato. Setuju diatas kata Masato, mereka menuju ke sawah padi berkenaan dan Masato akan cuba berunding dengan keluarga Melayu itu.

Sementara itu, Kamal bersama isterinya, Fatimah dan anak lelaki mereka Daud, sedang bekerja keras di sawah mereka. Sawah yang mereka usahakan selama beberapa tahun itu hampir membuahkan hasil. “Daud, tolong ambilkan air. Abah haus pula”. Pinta Kamal kepada anaknya. Apabila dia menoleh kehadapan, dia terlihat Masato menghampiri mereka.

“Celaka! Jangan hampiri kami!!”. Jerit Kamal seraya menghalakan parang panjangnya kearah Masato. Walaupun Masato mempunyai senjata api, namun dia tidak mahu menggunakannya, jika boleh. “M-Maafkan saya! Saya perlukan bantuan kamu! R-Radio kami rosak, jadi kami tidak dapat menghubungi pangkalan kami! Kami tidak mahu apa-apa, Cuma beberapa peralatan yang boleh kami gunakan untuk baiki radio!”. Pinta Masato dalam bahasa Melayu, yang dia pelajari selama dia menetap di Tanah Melayu, sambil tangannya meletakkan senjatanya diatas tanah. Dia mahu tunjukkan bahawa dia tidak mahu menggunakan kekerasan. “Arghh!! Aku tidak peduli!! Kau askar Jepun! Aku dah lihat bagaimana kamu semua menyerang negeri aku! Orang Putih ke, Orang Jepun ke, sama sahaja! Menyerang negara kami!”.
Jerit Kamal.

Sepertinya dia tidak mahu memberi kerjasama kepada Masato. “BAAMM!!!”. Satu tembakan dilepaskan, tepat kearah kepala Kamal. Tembakan itu dilepaskan oleh Hajime, atas arahan Saito. Masato melihat rakan-rakannya yang bersembunyi disebalik sawah. Dia terus bertukar berang dan ingin menyerang Hajime, namun dihalang oleh Saito. “Tuan buat apa, huh?! Kan saya cakap, saya nak berunding dulu!”. Marah Masato. “Kau dah berunding, bukan?”. Balas Saito tersenyum jahat. Fatimah yang melihat insiden itu cuba melarikan diri, namun dia juga ditembak oleh Saito. Lelaki Jepun itu kemudiannya menghampiri wanita malang itu yang cuba merangkak, mengheret tubuhnya yang semakin lemah akibat kehilangan d***h. “Um um um…kesiannya kamu perempuan”. Ujarnya sakarstik, sebelum menggunakan pedangnya m*******l kepala Fatimah.
“Geledah rumah mereka! Mana tahu ada lagi ahli keluarga mereka. Kalau ada, b***h mereka! Nanti mereka maklumkan pula kepada tentera British yang kita ada disini!”. Arah Saito kepada Hajime dan Masato.

Walaupun berang diatas tindakan Saito kerana m******h orang awam, Masato terpaksa juga mendengar arahan ketuanya dan menuju kearah rumah Kamal. “Woi. Cantik juga tubuh makcik ini. Kalau kau tak b***h dia, sudah pasti aku akan rogol dia. He he he!”. Kata Ginjou kepada Saito. Dia kemudiannya terlihat Orang-Orang di tengah-tengah sawah padi itu. “Aik? Bukan kah benda tu menghala ke arah kanan? Kenapa sekarang ia menghala kearah kita?”. Hairan Ginjou. “biarlah. Mungkin angin yang menolak benda tu”. Ujar Saito acuh. Sementara itu, Hajime dan Masato memeriksa rumah Kamal itu. Mereka terlihat nasi yang baru ditanak, dan ubi yang baru direbus.

“Wow…nasib baik mereka ada makanan! Aku dah lapar ni!”. Kata Hajime kegembiraan. “ARGHHH!!!!”. Jerit Daud yang muncul dari belakangnya, cuba menyerang Hajime dengan pisau. Hajime dengan reflexnya mengelak serangan itu dan berjaya menolak pisau itu dari pegangan Daud. “Celaka!!!”. Jerit Hajime sambil menikam Daud dengan pedangnya. Masato yang ketika itu sedang memeriksa sebuah bilik, terdengar jerita rakan sepasukannya itu. Dia cuba membantu, namun dia juga diserang oleh seorang gadis, yang bersembunyi dibawah katil. “Kau b***h keluarga aku, tak guna!!!”. Jerit gadis itu sambil mencekik Masato dari belakang. Tiada pilihan lain lagi, Masato menolak gadis itu kearah dinding, sebelum menumbuk gadis itu hingga pengsan.

“Woi!! Apa yang berlaku?!!!”. Soal Saito sambil berlari memasuki rumah itu. Dia melihat Hajime yang baru m*******l kepala Daud, dan Masato yang sedang memeriksa gadis itu. “Ada lagi ahli keluarga ini!”. Ujarnya. Dia kemudiannya terus perhatikan tubuh gadis malang itu. Sangat menawan baginya. “Tuan, nak ke saya b***h gadis ini?”. Soal Masato. Dia tahu apa yang akan berlaku kepada gadis itu; diseksa, dirogol, dan d*****h. Seperti mana yang terjadi kepada kebanyakan gadis Melayu yang mereka temui sepanjang tentera Jepun menyerang Kedah. Dia tidak mahu nasib yang sama berlaku kepada gadis itu dan baginya, baik gadis itu m**i secepat mungkin dan mungkin bertemu keluarganya di alam lain. “Kau gila ke? Simpan gadis itu. Kita buat ‘santapan’. Hahahahah!!!”. Gelak Saito. Ternyata betul apa yang Masato jangkakan. Dia menatap wajah gadis itu sambil terdetik didalam hatinya “Maafkan saya”……

Setelah itu, Hajime dan Masato diarahkan untuk menanam mayat Kamal, Daud dan Fatimah didalam sawah padi yang keluarga itu usahakan. Semasa mereka menanam mayat terakhir, iaitu Kamal, hujan mula turun rintik-rintik. “Cepat sikit! Nanti Sarjan marah pula!”. Ujar Hajime. “KETING!”. Kedengaran bunyi loceng. “KETING! KETING!”. Bunyi loceng kedengaran lagi. Masato meletakkan cangkul dan cuba mencari gerangan empunya bunyi itu. Entah mengapa, dia pasti bunyi itu datang dari Orang-Orang sawah itu. “Hajime, ikut aku sekejap!”. Panggil Masato. Mereka kemudiannya menuju kearah Orang-Orang itu; berjerami, bertopi hitam dan diletakkan baju yang sudah lusuh. Disitu juga terdapat dua loceng yang diletakkan pada ‘tangan’ orang-orang itu. Masato menatap ‘wajah’ benda itu, dan dia terlihat seakan 2 bebola mata, tepat menajam memandang Masato.

“Celaka!”. Terkejut Masato, sehinggakan dia menghalakan senjatanya kearah orang-orang itu. “Kau ni dah kenapa?!”. Soal Hajime kehairanan. Apabila Masato menerangkan apa yang dia lihat tadi, Hajime menyangkal perkara itu dan mengajak rakannya pulang ke rumah Kamal. Semasa mereka berjalan menuju ke rumah itu, Masato memerhatikan orang-orang itu sekali lagi, dan tangannya seperti melambai-lambai kearah Masato….
Hujan turun dengan lebatnya. Sudahlah malam, hujan pula begitu lebat sehinggakan sukar untuk mereka melihat diluar sana. Berbekalkan lampu pelita milik Kamal, pasukan tentera Jepun itu santai sahaja, kecuali Masato yang ditugaskan untuk memerhatikan gadis itu. “Urghh….sakitnya…”. rintih gadis itu kesakitan.

Apabila dia betul-betul tersedar, dia melihat Masato yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Apa lagi, gadis itu terus mahu menjerit ketakutan “Penceroboh!!! Tolong!!!”. Jerit gadis itu. Masato terus menutup mulutnya. “Sshuhh..kalau kau taknak kena b***h, baik kau diam!”. Arah Masato. Air mata gadis itu mula membasahi pipinya. “K-Kau b***h keluarga aku! Dasar penceroboh!”. Ujar gadis itu. Saito yang tedengar tangisan gadis itu, terus memasuki bilik itu.

“Ohhh…sudah bangun ya?! Aku punya ‘burung’ pun sudah bangun!”. Dia kemudiannya memerhatikan tubuh gadis itu dengan giur sekali. Wajah ayu, tubuh memutih mengingatkan beliau kepada gadis Jepun yang sudah lama dia tidak rasai sejak Perang Dunia Kedua bermula. “S-Sarjan…dia baru saja bangun. Nanti dia..urm…tak larat yang layan Tuan nanti!”. Masato cuba menenangkan ketuanya, namun rayuannya tidak diendahkan. “Baik kau diam, Prebet Masato! Kalau kau taknak, biar aku yang rasmikan dia dulu. Lagipun…semua gadis Melayu yang belum kahwin masih suci! Hahahahah!!!”. Balas Saito. Masato menatap wajah gadis itu, dan dia kasihankan gadis itu. Sementara itu, Ginjou yang sedang membaiki radio itu, dan Hajime pula pergi keluar rumah untuk memerhatikan keadaan sekeliling.

“KETING..! KETING..!!”. kedengaran bunyi loceng dari jauh dalam kegelapan malam itu. Tanpa mereka semua sedari, Orang-Orang ditengah sawah tadi, mula bergerak, sedikit demi sedikit. Benda itu seolah-olah baru bangun tidur yang lama, ‘tubuhnya’ seperti sengal-sengal. Dia memerhatikan pula kubur keluarga Kamal, dimana mayat mereka ditanam. Orang-orang itu tersengih dan terus mengorek kubur itu…
“Sejuk pula malam ni…untunglah Sarjan dapat merasa gadis Melayu itu dulu”. Ujar Hajime sugul. “KETING! KETING!! KETING!!!”. Dia terdengar bunyi loceng, muncul dari dalam kegelapam malam yang dipenuhi hujan yang lebat itu. Walaupun bunyi itu jelas, dia sukar untuk memastikan gerangan empunyi bunyi itu kerana keadaan sekeliling.

“WOI!! Siapa tu?!! Baik kau keluar sekarang!!”. Jerit Hajime. Tiada pilihan lain, dia terus memeriksa seorang diri. Bunyi itu datang dari sawah padi. Itu yang dia pasti. “GIGIGIGIG!!”. Dia terdengar bunyi orang tergelak pula, dari belakangnya. “Baik kau keluar! Aku tak main-main!”. Arah Hajime lagi. Dia bergerak lagi, menuju kearah bunyi itu, dan ianya membawa Hajime kepada orang-orang.
“Lah..bunyi loceng ini rupanya”. Ujar Hajime. Namun begitu, dia terlihat d***h mengalir pekat dari ‘tangan’ orang-orang itu.

Pada masa yang sama, petir menyambar, dan cahaya yang datang dari petir itu membantu Hajime melihat dengan terangnya; Orang-Orang itu mempunyai wajah, tersenyum sinis terhadapnya, dan tangan kirinya sedang menghalakan parang milik Kamal. “ARGGHHH!!!!!”. Jerit Hajime apabila lehernya ditikam. Saito yang baru merogol gadis itu, Ginjou yang baru membaiki radio dan Masato terdengar jeritan rakan sepasukan mereka. “Hajime!”. Ujar Masato. “Tidak! Kau jaga gadis ini. Biar aku dan Ginjou pergi periksa!”. Arah Saito seraya memakai semula pakaian seragamnya.

Sementara itu, Hajime yang cuba merangkak, cuba melarikan diri, namun d***h yang mengalir pantas menyebabkan dia tidak dapat bangun.
Orang-Orang itu pula masih tersengih, sambil mengekori Hajime dengan perlahan. “GIGIGIGIG!!”. Kedengaran lagi orang ketawa, dan bunyi itu sebenarnya datang dari Orang-Orang itu! Benda itu kemudiannya memotong kaki kanan Hajime serta tangan kirinya. “Hajime, apa yang berlaku?!”. Jerit Ginjou yang keluar terlebih dahulu. Dia menyaksikan Orang-Orang, yang sepatutnya hanyalah boneka yang digunakan untuk menghalau haiwan-haiwan perosak diladang dan sawah, menjadi hidup dan mengerak Hajime hidup-hidup! “SARJAN!!!!!”. Jerit Ginjou, sebelum melepaskan tembakan kearah benda itu. Namun begitu, langsung tiada kesan terhadap orang-orang itu.

Sementara itu, gadis itu, yang terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan itu, terus tersenyum. “Habis lah kamu semua! KETING dah tiba! Kamu semua akan m**i!!”. Ujar gadis itu kepada Masato.
“Ginjou! Siapa yang menyerang Hajime?!”. Soal Saito sebaik saja bertemu dengan Ginjou. Dia kemudiannya melihat satu lembaga menarik tubuh Hajime kedalam sawah. “Orang-Orang…benda itu hidup! Dan ia telah m******h Hajime!”. Balas Ginjou yang masih lagi ketakutan. “Orang-Orang?!! Kau gila ke?!”. Ujar Saito yang tidak mempercayai kata leftenannya. Namun begitu, Ginjou terus berlari ke sawah itu, cuba mendapatkan Hajime semula. Mahu tidak mahu, Saito terpaksa mengekori Ginjou. “Keluarlah, celaka!! Pulangkan rakan kami!”. Jerit Ginjou. “GIGIGIGGGGGG!!!”. Dia terdengar suara orang tergelak, dan dari jauh dia terlihat Orang-Orang itu. “Disitu pun kau!!”. Ginjou terus berlari, cuba mendapatkan boneka itu, meniggalkan Saito dibelakangnya.

“BAM!!! BAMM!!!”. Beberapa lagi das tembakan dilepaskan oleh Ginjou, dari belakang boneka itu. “hahaha! Dapat pun kau!”. Ujar Ginjou. Apabila dia melihat wajah boneka itu, alangkah terkejutnya dia bahawa boneka itu ialah Hajime! “ARGHH!!!”. Jerit Ginjou pula, selepas Orang-Orang itu menikam belakangnya. Boneka itu kemudiannya mencabut beberapa jerami dari ‘tubuh’nya dan memasukkan ia kedalam mulut Ginjou, memaksa lelaki itu untuk menelannya. “Apa…tu……”. kata Saito, melihat Orang-Orang sedang menyerang pasukannya. Menggunakan senapang miliknya, dia menembak kepala Orang-Orang itu dan terus memapah Ginjou untuk pulang ke rumah Kamal. Tubuh boneka itu mencapai kepala yang sudah tertanggal dan memasangnya semula kepada tubuhnya. Melihat Saito yang sudah jauh darinya, benda itu tersengih lagi, sebelum mengheret mayat Hajime kedalam sawah semula…

“Masato! Tolong aku!”. Arah Saito kepada Masato. Mereka mengeluarkan beberapa ubat dan alat perubatan yang mereka ada didalam beg galas mereka untuk merawat luka Ginjou. Gadis itu melihat mereka, dan dia sekali lagi tersenyum. “kamu semua tidak akan selamat! Keting sudahpun bangkit disebabkan d***h yang kamu tumpahkan! D***h keluarga aku!”. Masato, yang mendengar ungkapan gadis itu sebelum ini, akhirnya bertanya “Kau tahu benda yang menyerang rakan-rakan aku, betul tak? Apanya itu?!”. Namun gadis itu terus diam. “Kenapa, Masato?! Gadis itu tahu ke benda yang menyerang kami?”. Soal Saito, dan Masato menjawab dengan mengangguk. “Prrangg!!”. Mereka terdengar bunyi pinggan pecah dari dapur.
“Bunyi apa tu?”. Hairan Masato dalam bahasa Melayu. Dia memeriksa dapur, dan melihat Kamal sedang memakan daging-daging dari mayat Hajime. Cumanya, kali ini tubuh mereka sudah bertukar menjadi jerami, hanya tinggal wajah mereka saja yang dilekatkan pada tubuh jerami mereka!

“GIGIGIGIG!!!”. Gelak Kamal, kemudiannya cuba menyerang Masato dengan serpihan pinggan kaca. Masato sempat mengelak, dan menembak kaki Kamal sehingga pecah. Masato mengheret tubuh Kamal dan menghumbannya ke luar rumah. “GIGIGG!!”. Jerit Kamal yang cuba masuk semula, namun Masato pantas menutup pintu dapur dengan almari pinggan. Dia juga mengangkat beberapa barang berat untuk digunakan sebagai pemberat supaya pintu itu tidak dapat dibuka.
“ARGHHHHH!!!!!!”. Dia terdengar pula bunyi dari depan. Disitu, Fatimah dan Daud cuba masuk melalui tingkap, sementara Saito dan Ginjou, yang masih lagi cedera, menghalang mereka berdua. Masato menggunakan senapangnya dan menembak mayat-mayat itu. Saito dan Ginjou terus mengambil almari untuk menghalang tingkap itu. Mereka terdiam seketika, sebelum Ginjou terjatuh kerana lukanya yang masih belum dirawat. “Ginjou! Bertahanlah!”. Ujar Saito. Masato, yang terlihat radio sudah dibaiki oleh Ginjou tadi, terus menggunakan alat itu untuk menghubungi pangkalannya.

“Hello, Hello! Ini Prebet Masato dari Skuad Rejimen 3A! Skuad kami telah diserang oleh entiti yang tidak diketahui! Sila bawa kami dari sini, over!”. “Negatif! Tentera British sedang mengepung kami! Serangan besar berlaku! Bantuan tidak dapat dihantar buat masa ini. Sasaran masa bantuan, 1000!”. Balas radio itu, sebelum terputus.
Mereka bagaikan tidak percaya. Bantuan tidak akan tiba sekarang. Malah, mereka kini diserang oleh sesuatu. “ARGHH!!! Kau tahu sesuatu, kan?!! Cakap cepat?!! Macam mana boneka itu boleh hidup?!!!”. Saito, yang hilang sabar atas semua yang berlaku, terus menyerang gadis itu, cuba mendapatkan kepastian. Masato pula tiba disitu, menterjemahkan soalan ketuanya itu kepada gadis itu. “ini adalah dosa kamu semua! Benda itu adalah ‘penjaga’ kami! Sejak dari kedatangan Orang Putih lagi! Keting akan menjaga kami semua, dan disebabkan kamu telah b***h keluarga aku, Keting akan datang untuk b***h kamu semua! Mata untuk mata! Gigi untuk gigi! Dan D***h….untuk D***h!”. Balas gadis itu.

Ya. Orang-orang yang diberi nama Keting itu, sebenarnya adalah ‘penjaga’ keluarga itu, seperti saka. Saito dan Masato, yang mempunyai kepercayaan yang lebih kurang sama seperti Orang Melayu, terus mempercayai kata-kata gadis itu.
“Penjaga..? seperti Dewa? Aku ingat kamu adalah Muslim. Dan aku tahu, Muslim tidak akan buat begini!”. Soal Masato. Namun gadis itu diam semula. “KETING! KETING! KETING! KETING!”. Bunyi loceng itu datang kembali. Saito dan Masato melihat bayang Keting dari celahan dinding rumah yang dibuat daripada kayu itu. Seperti Keting mengelilingi rumah itu untuk mencari peluang untuk memasuki rumah itu. “Celaka..kita kena serang benda tu dulu. Atau kita yang akan m**i nanti!”. Kata Saito. Pada masa itu, Saito terfikirkan sesuatu. Dia mengambil obor milik keluarga Kamal dan dia nyalakan api pada obor itu. “T-Tuan..? Tuan nak buat apa?”. Soal Masato. “Benda tu mungkin hidup…tapi kau kena ingat, benda itu diperbuat dari jerami, bahan yang mudah terbakar!” balas Saito.

“GIGIGIGGG!!”. Keting mengilai kuat. Pintu hadapan rumah itu ditolak dengan kuat sekali, Keting cuba masuk kedalam rumah itu. “Masato!!”. Panggil Saito. Masato menahan pintu itu, sementara Saito bersedia dengan obor ditangannya. “Sedia! Buka!”. Arah Saito. Masato terus membuka pintu itu dan Keting berlari laju kearah Saito. Apa lagi, Saito terus melembar obor kearah Keting dan sekelip mata Keting terbakar. “ARGHH!! GIGIGIGG!!!!”. Jerit Keting, seperti manusia kesakitan. Keting terus menuju keluar, cuba memadamkan api itu dengan air hujan, namun dengan pantas Masato menyiram Keting dengan minyak tanah, memarakkan api yang membakar Keting. Beberapa ketika selepas itu, Keting hangus terbakar. “hahahahaha!!!!! Mampus kau, syaitan!”. Laung Saito kegembiraan.

Setelah api terpadam, Masato memeriksa Keting, dan dia mendapati baju yang dipakai oleh boneka itu, adalah sebenarnya pakaian seragam tentera British. Dan apabila dia amati wajah Keting, dimana bahagian jeraminya sudah tiada, alangkan terkejutnya dia disitu. Tubuhnya terus menggigil. “Masato! Kenapa tu?! Apa yang kau lihat itu?”. Soal Saito kehairanan, melihat orang bawahannya itu masih lagi berdiri disitu. “T-Tuan….boneka ini…ialah….General Scott Williams! General tentera Bristish yang menjaga pangkalan tentera mereka di Kedah! Dia dilaporkan hilang 5 tahun yang lepas, bersama unit tenteranya! Jadi…dengan apa yang berlaku kepada keluarga Melayu ini….adakah…mereka bertukar menjadi orang-orang?!”. Ujar Masato, yang akhirnya mengetahui kebenarannya. Pada masa yang sama, tubuh Ginjou mula menggeletar dengan kuat.

“Woi! Ginjou!”. Panggil Saito melihat keadaan leftenannya. Ginjou terus bangun dan mencakar-cakar tubuhnya sendiri, seperti dia cuba mengeluarkan sesuatu. “Arghh!!! Sakit!!!!! ARGHHH!!!”. Jerit Ginjou. Dia memuntahkan jerami yang keluar banyak bersama d***h. Tubuhnya mula mengeras dan dilitupi oleh jerami. Dia cuba mengawal ekspresi wajahnya, namun dia asyik tersengih seakan senyuman Keting tadi. “S-SARJAN..!!! TOLONG!!!!”. Jerit Ginjou kepada ketuanya. Jeritan itu merupakan jeritan terakhir Ginjou, kerana kini dia sudah bertukar menjadi Orang-Orang! Tubuhnya menggeletek sedikit. “Ginjou!”. Ujar Saito yang sedikit kesedihan. Manakan tidak, dia kelihangan orang kanan yang sudah berkhidmat dengannya lebih 10 tahun.

Ginjou terus menerkam Saito dan memuntahkan jerami kedalam mulut Saito. Masato datang menolong dengan menendang Ginjou kearah dinding. “Tuan tak apa-apa ke?!”. Soal Masato sambil memapah Saito. Ginjou sekali lagi menyerang, kali ini giliran Masato pula. Dia mencapai pedang samurai milik Saito dan terus memotong tangan kiri Masato! “ARGHH!!”. Jerit dia kesakitan. Saito menarik Ginjou memasukkan bom tangan terakhirnya kedalam mulut Ginjou. “BOMM!!!!” bom itu meletup. Nasib mereka baik kerana Saito sempat menolak Ginjou ke luar dan masa itu juga bom itu meletup. “Ginjou…..maafkan aku….”. Saito kesedihan disitu. Pada masa yang sama, dia termuntahkan jerami. Tubuhnya mula menggeletar. Dia bakal bertukar menjadi orang-orang!
“Ini……ARGHHHH!!!!!!!!!”. Laung Saito. Dia mencapai pedangnya dan terus menikam gadis itu dibahagian perut. “Ini untuk orang bawahan aku, celaka!!”. Jerit Saito kemarahan. Gadis itu melihat darahnya keluar banyak, dan terus pengsan. “hahahahah!!! PADAN MUKA!”. Jerit Saito lagi, sebelum dia tersandung pada bucu katil dan terjatuh pada almari cermin disitu. Habis barangan bersepahan. “Ahahaha!! Walaupun aku akan bertukar, yang penting…semua keluarga celaka ni m**i!”. Ujar Saito.

Pada masa itu, gambar-gambar bertebangan, satu gambar jatuh keatas wajah Saito. “apa..ini?”. Hairan Saito. Manakan tidak, gambar itu adalah gambar keluarga Kamal; Kamal, Fatimah dan Daud ada didalam gambar itu. Tapi gadis itu tiada.
Dia kemudiannya terlihat buku catatan milik Kamal, menerangkan bagaimana dia menjaga ‘penjaga’ yang dipanggil Keting itu; Keting memerlukan tubuh manusia yang diubahsuai menjadi orang-orang untuk entiti itu diami. Dan keluarga itu baru saja kehilangan anak gadis mereka, Siti ditangan General Scott Williams 5 tahun yang lepas. Ingin menghidupkan anak mereka semula, Kamal menggunakan mayat Siti sebagai orang-orang untuk Keting….. “Nanti dulu…..kalau macam tu……siapa…gadis itu…?”. Saito barulah perasan. Gadis yang dia b***h itu….bukanlah manusia, tetapi Keting yang sebenar! Apabila dia menoleh kebelakang, gadis itu, tidak, Keting sudah bangkit dan menikam mulut Saito dengan pedangnya sendiri.

Saito cuba melarikan diri, namun seperti mangsa yang lain, kehilangan d***h yang banyak membuatkan Saito tidak mampu bangun dan hanya mampu merangkak. “Masato…tolong aku….”. Panggil Saito kepada Masato yang masih lagi terbaring setelah tangannya ditetak tadi. Keting melihat Masato disitu dan terus menghumban lelaki itu keluar dari rumah. “KAU….TIDAK MELAKUKAN APA-APA….MASATO..TIADA D***H UNTUK KAU!”. Ujar Keting. Bagi entiti itu, Masato beberapa kali cuba membantu keluarga itu, menunjukkan perasaan bersalahnya. Hukuman telah dilakukan dan Masato akan dia lepaskan.

Namun…tidak bagi Saito. Keting menuangkan minyak tanah kearah Saito dan terus menghidupkan api dari mancis. “Mata untuk mata, gigi untuk gigi, DAN D***H UNTUK D***H!!”. Laung Keting dalam bahasa Jepun. Melepaskan mancis yang sudah bernyala api itu kepada Saito, api terus marak dan membakar rumah itu sekali.
“ARGHHHH!!!!!!. ARGHHHH!!!!!”. Kedengaran jeritan Saito dari dalam rumah yang sedang marak terbakar itu. Masato hanya mampu melihat saja, sebelum pengsan kerana kehilangan d***h yang banyak…..
“…Masih selamat…dia masih hidup!”.
Masato sedar dari pengsan, mendengar jeritan askar Jepun yang menemuinya. Pada masa itu, tentera Jepun sedang menyerang kampung tersebut dan salah seorang daripada mereka menemui Masato yang terbaring diatas jalan.

Semasa dia dibawa kedalam sebuah kenderaan, Masato sempat melihat rumah keluarga Kamal yang hangus dijilat api. “Tak sangka…hanya dengan sedikit kebaikan….aku…selamat..”. ujarnya dalam bahasa Melayu. Pada masa yang sama, seorang askar Jepun memasuki sawah padi dan terlihat beberapa orang-orang disawah itu. Dia menghampiri salah satu daripada boneka itu dan melihatnya. “Wow…orang Melayu pandai buat boneka ini. Macam manusia betul!”. Ujarnya sebelum berlalu pergi. Tanpa dia sedari, orang-orang didepannya itu ialah Sarjan Saito, kini berubah menjadi Orang-Orang, bersama-sama Hajime, Ginjou, Kamal, Fatimah dan Daud. Air mata mengalir dari mata Saito, menyesali tindakannya sebelum ini……….
“KETING….”
“KETING…..”
“KETING…………” kedengaran bunyi loceng sekali lagi……….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur Zulaikha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 41 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.