Panglima Dari Gunung bahagian akhir

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod yang lalu..

“rip, ulu hati aku yang kena tendang tadi naik lebam laaa…” kata uda sambil bajunya diselak menunjukkan lebam besar disekeliling ulu hati, ditengah-tengah perutnya!

Dia tak tau, rahang bawah aku dah nak hampir tercabut kena tendangan tonjol dua kali tadi!

Bahu dengan siku kanan aku lenguh lepas hampir kena kunci..

Belum kira pinggang aku nak tergeliat melawan paksaan pendekar nak lepaskan diri masa kena sawa berendam tadi!

Kami berjalan lurus tak toleh kiri kanan hingga ke tempat kami mula-mula berlatih, ambik selipar, bengkong, dompet dan barang-barang kami, dan kami berjalan tinggalkan kebun pisang tu!

“SAMPAI KETEMU LAGI!!!! ARIP!! UDAAA!!” suara yang dilaungkan dari tengah kebun pisang!

Meremang-remang bulu tengkuk aku, dengar nama aku dilaungkan dari jauh!

Uda dah jalan rapat dengan aku! Sambil menoleh-noleh!

Kami dah macam separuh berlari dah, bukan lagi berjalan!

Baru si uda ni tau agaknya, pendekar tadi bukan dari kalangan manusia!

Tadi bukan main dia beria ajak bersembang!

Geram betul aku rasa!

Dalam pada berjalan balik, puas dia kena tarbiyah dengan aku! Aku marah dia sungguh-sungguh! Takde kesian! Lebam kat pipi pun tak hilang ni!

Belum dikira kalau dalam berseteru, adakalanya nyawa melayang lagi!

Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak membebel dan uda mendiamkan diri dan mendengar dengan khusyuk!

Mungkin dia dah menyesal! Paling tidak, menyesal kena bebel!

Sesampai ke laluan di depan surau, kami terserempak pak seli yang duduk di tangga surau yang sedang berbual dengan dua orang jemaah surau..

Isyak dah lama habis, mesti muzakarah bab agama ni! Gumam aku dalam hati!

Nampak kami lalu, pak seli bangun dan mintak diri dari rakan muzakarohnya..

“aiii, kamu jumpa siapa tadi?” pak seli pancing dengan ayat meneka! Sambil tersenyum

Kami saling berjabat tangan dengan pak seli!

“takde siapa pak seli…” balas uda

“jangan mohong! Orang tadi tu penjaga gunung ledang tu! Kalah ke menang? Hihi” kata pak seli sambil tersenyum!

“ada laaa lebam-lebam sikit!” aku balas

Pak seli pegang dagu aku, dan membelek-belek lebam di pipi, dengan kening berkerut-kerut

Uda pun pak seli suruh singkap baju, nak melihat bekas lebam di kawasan ulu hati!

Tak lama kemudian, pak seli mula bersuara..

“moh datang rumah aku, aku tawarkan dulu..” kata pak seli, sambil mengepalai jalan..

Dari surau ke rumah pak seli taklah begitu jauh, 15minit je berjalan kaki..

Sesampai dirumah pak seli..

Pak seli suruh ceritakan apa yang berlaku, khusyuk betul dia mendengar, sesekali dia mengangguk! Dan dia suruh tunjuk secara fizikal pencak-pencak yang dimainkan!

“kamu tak mintak apa-apa ke? Rugi je tak mintak kalau dah menang!” pak seli perangkap lagi dengan ayat

“nak jumpa ‘dia’ pun bukan senang, lagi pulak kalau menang beradu! Mintaklah keris ke senjata ke” kata pak seli tersenyum-senyum

“takde! ingat nak balik je! Takut tak keluar dari situ hidup-hidup! Si uda ni laaa, aku dah ajak balik, degil taknak dengar kata!” getus aku

Uda cuma menundukkan kepala merenung lantai papan rumah pak seli..

Barangkali dia dah menyesal

Pak seli bangun berjalan ke dapur dan ambil tuala yang di rendam air suam, untuk tuam lebam di pipi aku..

“tapi rip, kau kata, kau nampak tangan dan kaki dia bercahaya, tapi tadi aku tak nampak apa pun!” balas uda berdalih

“dah kalau kau tak nampak, kenapa tiba-tiba kau ajak beransur pulak?” tingkah aku menyindir, pak seli tersenyum je melihat kami berperang mulut didepan matanya

“dari awal lagi, kau tak dengar ke suara dia dikepit macam perempuan?” soal aku lagi

“Sumpah aku dengar suara dia biasa je, rip! Takde beza macam kau dengan aku bercakap! Aku… Aku nampak masa dia melenting tu… Badan… Badan… Dia bertukar separuh harimau…” balas uda

“hah?” spontan aku pusing kepala dan pandang muka uda! Pak seli pun ikut menoleh dan lihat uda berbicara..

“nah rip, ambik tuala ni, tuam kat muka kau! Uda ambik tuala satu lagi ni, letak kat perut” kata pak seli sambil menghulurkan tuala dalam besen kecil berisi air..

“betul! Aku betul-betul nampak badan dia berubah sikit demi sikit jadi harimau, dari kepala sampai ke tengah dada!” kata uda

Aku dengar dengan teliti setiap ayat uda!

“bila aku nak ajak kau beransur, dia ajak beradu tenaga pulak!”

“dan masa kau bagi isyarat suruh aku masuk gelanggang dulu, aku dah fikir, inilah saatnya! Akhirnya ajal aku sampai!

“masa dia tendang tonjol kat dada aku pun, dari apa aku nampak, dia dah separuh badan berupa harimau!” kata uda panjang lebar!

“takpe arip, uda, pengalaman… Bukan semua orang dia nak jumpa… Beruntunglah.. Dapat beradu tenaga lagi..” tingkah pak seli

“orang tu, penjaga gunung ledang, PANGLIMA BETING BERAS namanya, bukan tahap pendekar, tapi tahap panglima! Dia selalu datang ke gelanggang silat dan mengajar silat pada anak-anak melayu kita!”

“ada hikayat mengatakan, dia adik seguru dengan hang tuah, kerana dia berguru sendiri dengan sang adi putra! Ada hikayat lain pulak yang aku dengar, dia berasal manusia yang masuk ke alam bunian dan tinggal disana! Wallahualam, hikayat tu cuma cerita turun temurun je, belum tentu benar dan sahih… Cuma jadi penyedap cerita je..”

“dia jugak gemar datang menguji dan memunculkan diri bila ada orang berlatih ‘jurus’ di tempat terpencil macam kamu dan uda buat tadi, tapi tidaklah sampai m******h mahupun menculik!”

“hurmmmm…. seingat akulah, aku pernah jumpa dia dua kali je dulu, kalah sekali dan menang sekali beradu tenaga dengan dia! Nasib baik tak patah tiga keting aku dia bedal! Masa tengah muda, d***h tengah panas, ilmu pun belum jazam lagi dengan badan.. Memang kalah lah jadinya.. Hahaha..”

“dan dia hadiahkan aku tombak cina yang aku simpan kat atas rumah, saat aku berjaya kalahkan dia, tapi aku tak pernah guna pun… Kira macam hadiah kenang-kenangan je..”

“kalau kamu nak jumpa lagi, aku boleh panggilkan!” kata pak seli panjang lebar sambil tersenyum

“hissssss, taknaklah!” aku balas pendek!

pak seli buat kan air yang ditawarkan untuk kami minum, dan aku dan uda, dituam dengan kain tuala yang direndam air panas, dengan kaedah tradisional dirumah pak seli.

Menjelang tengah malam, kemudian aku dan uda berpecah balik ke rumah masing-masing!

Bapak sambut aku dengan senyuman mengejek dimuka pintu bila nampak lebam-lebam kat muka, dan bawak botol air berisi air penawar dari pak seli!

“hai… Kata musang siguntang dari gunung kepayang! Macam faizal husin! Badan dah di’apung’! Kalah berlebam ni dalam gelanggang? Malulah anak abah! Hahaha” kata bapak aku

Aku sambut ayat dia dengan senyuman kelat!

“tak kelakarlah, bah…” kata aku dalam nada rendah..

Anehnya, kesan lebam-lebam semua hilang bila bangun keesokkan paginya!

Itu kali pertama, dan terakhir aku dan uda ke kebun pisang mencuba ilmu, takkan aku jejak lagi kebun pisang tu, sampai akhir hayat!

Aku dan uda memilih untuk berlatih di dalam gelanggang kosong semasa bukan hari latihan, berbanding tempat terpencil seperti dikebun pisang tersebut!

Esok malam kat gelanggang silat, uda pecah lubang dengan gurulatih, cakap aku bergasak dengan penjaga gunung ledang! Habis aku kena interview dengan gurulatih…

Dan dua dari tiga guru latih jugak mengaku pernah bertemu dengan panglima beting beras, dan pengalaman yang mereka ceritakan pun lebih kurang sama..

Begitulah cerita yang disampaikan kepada aku, dari susur galur cerita yang panjang dari abang seguru aku, aku tukarkan nama dan watak supaya lebih ‘reader friendly’..

Pengajaran dari cerita kali ni, musuh jangan dicari, tapi bila datang, jangan ditolak atau lari… Kalah dan menang tu adat dalam kehidupan, yang penting semangat melawan, jangan lenyap dari hati! Dan ‘jangan lari dari medan perang!’

BIAR KALAH M**I DALAM GELANGGANG, NAMUN LARI MEMANG PANTANG!

~~tammat~~

Sekian cerita ‘berentap dengan panglima dari gunung’ aku kali ni, moga terhibur!…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

4 thoughts on “Panglima Dari Gunung bahagian akhir”

  1. Makin hari makin merepek cerita si arif ni. Kalau fiksyen tak apa lah jugak, ni “pengalaman sendiri”? Kau ni pengikut ayah pin ke ape? Cerita dia lepas ni “Bergusti dengan Naga di Langit Petala ke 7” 🤦‍♂️

    Reply
  2. Menarik kisah ni.. Rupanya ada penjaga gunung ledang ya.. Ada kisah yg berkaitan Panglima Gunung Ledang juga tp x tau la ada kaitan atau tidak.. Kisah seorang lelaki di Johor yg mendakwa pernah menuntut ilmu perubatan ghaib dgn Panglima Gn Ledang katanya lah.. Tp dia x mau menjadi bomoh krn kurang amal ibadah.. Atas sesuatu sebab dia telah membantu seorang ibu tunggal yg telah diikuti 2 jin Jantan selama bertahun2.. Kaedah cuma mandi air limau nipis bercampur myk wangi dan baca surah Al Fiil.. Dan solat hajat serta mengaji sebelum tidur.. Slps beberapa hari si ibu tunggal bermimpi 2 x bertemu wanita2 cantik di dalam hutan dan mandi kolam bersama mrk.. Cantik tak terbanding dgn manusia biasa.. Selepas beberapa bulan si ibu tunggal dpt jodoh.. Dan si lelaki yg merawat tadi ke semua anknya yg perempuan dijaga oleh penjaga puteri.. Sentiasa cantik dipandang.. Walahualam… Kisah2 mistik Gunung Ledang Sgt byk dan menarik.. Saya suka baca kisah penulis.. Kipidap

    Reply
  3. Assalamualaikum En Arif. Terima kasih untuk cerita kali ni. Tak pernah tak best, tak pernah takde nasihat, tak pernah takde pengajaran. 😊
    En Arif orang mane ye? Sbb mention Panglima tu dari Gunung Ledang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.