Panglima dari gunung

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Petang tu, dari tengah gelegar rumah aku dipanggil turun, dua kali salam diberikan dan aku menyahut, menandakan ada orang dalam rumah.

Rupanya si uda yang datang, rakan dalam perguruan aku, yang peramah orangnya.

“kata nak try main jurus kat kebun pisang haritu?” katanya selepas kami berjabat tangan..

“jadik! Musti jadik! Aku dah bilang bapak aku, malam ni kita nak keluar!” aku balas kata-kata uda..

Di hujung kampung berlatar belakangkan gunung ledang yang gah, ada segugus kawasan kebun pisang, dikhabarkan oleh orang kampung, kerap kelihatan hantu yang berupa seperti orang india, yang berkeliaran disitu.

Disebabkan minggu lepas, kami dah diberikan ayat ‘amalan’ dari gurulatih, dan mengikut cadangan ‘gila’ si uda ni ‘nak test’ keberkesanan ayat, kami bercadang nak main ‘jurus’ disitu!

Malam tu, aku dan uda turun ke masjid dengan pakaian lengkap pesilat, baju hitam dengan bukaan pesak ketiak yang besar, seluar senteng paras lutut, kain ikat yang dibuat bengkong menutup perut untuk latihan keris, pokoknya kesemuanya hitam dan lengkap berpakaian silat, kecuali satu benda je yang asing! Tiada logo atau lambang silat pada baju!

Jemaah disurau sampai kehairanan melihat dua orang remaja kampung, dengan pakaian lengkap silat berjemaah bersama meraka beramai-ramai..

Usai berjemaah, kami menapak hingga lepas ke hujung kampung, ke arah kawasan kebun pisang tersebut..

Belum pun sampai, dan kawasan kebun pisang masih berbalam-balam, uda dah cuit lengan aku..

“weh, aku dah rasa meremang laaa…” kata uda..

“relax laa, belum sampai pun lagi, mat!” balas aku. Sebenarnya, aku pun dah meremang sedari tadi, tapi tak aku ucapkan, bimbang si uda ni nak lari balik! Habislah tak boleh nak try jurus kalau dia dah cabut!

Pokok pisang dah pun berada di depan mata, ada bangsal, tapi perlu berjalan lebih ke dalam lagi, aku dan uda bersetuju untuk ‘berlatih’ cuma di tepi kawasan tersebut diatas rumput yang memisahkan kawasan pokok pisang dan jalan bertar, kirakan kalau berlaku apa-apa, senang nak lari semula ke tengah kampung!

Kami mulakan sesi bukak gelanggang, buat latihan nafas 4-4-2, tarik 4 detik, tahan 4 detik, dan hembus 2 detik… Sehingga seluruh badan naik rasa kebas, menanda kan oksigen dah mengalir keseluruh badan!

Latihan diulang-ulang, sampailah kami mula bermain dengan ilmu-ilmu dalam yang diberikan, tembak sana, tembak sini, tendang angin, menumbuk kosong dengan jurus yang dilepaskan bersama penumbuk dan penendang..

Sedang melenting dan menendang dengan gigih, telinga aku tertangkap bunyi loceng..

Ya!

Bunyi loceng, macam loceng apek jual aiskrim!

Aku berhenti menendang dan pandang uda, uda pulak tengok aku berhenti, dia pun berhenti kehairanan..

Uda angkat kedua-dua kening dan sedikit mendongakkan kepala sebagai isyarat ‘apa berlaku?’

Aku buat isyarat suruh dia diam, dan dengar!

Lagi sekali uda angkat kening dan kedua-dua bahu, bermaksud dia tak paham dan tak dengar apa-apa!

Aku suruh dia kemudian berhenti dan berehat, kami mula duduk ditepi jalan dan mengadap pokok pisang..

Aneh, aku sorang je ke yang dengar bunyi loceng tadi? Kata aku dalam hati..

Dalam pada berkira-kira keanehan yang baru sekejap tadi berlaku, dari tempat kami duduk, di bahu jalan, dan mengadap pokok pisang yang bertaburan, mata aku tertangkap pergerakkan macam orang sedang bersilat didepan bangsal, ditengah-tengah kebun pisang!

Anehnya, dari buku lima ke sikunya dan dari lutut hingga ke buku lali, ada cahaya neon berwarna hijau! Kirakan dari apa yang aku nampak, tulang 4 keratnya menyala dalam pada dia melancarkan latihan silat!

Pergerakkan yang sangat-sangat kemas! Sepak sisi dan tendang lencong kepala dalam kedudukan yang tepat! Penumbuk lurus yang cantik!

Aku pulak cuit uda!

“nampak tu?” kata aku sambil menunjukkan ke tempat pesilat tu!

“nampak! Nampak! Eh jom kita pegi tengok!” kata uda

Tak sempat aku bantah, dia dah bangun, bersih-bersihkan p******g dan berjalan ke arah bangsal di tengah kawasan pokok pisang tadi!

Bila menyedari yang dia diperhatikan, pendekar tu berhenti bersilat, dan duduk ditanah melunjurkan kaki membelakangkan kami! Mengadap ke hutan tebal dan gunung ledang di depan!

Sampailah kami kearah pendekar tu..

“assalamualaikum bang!” kata uda

“….”

“assalamualaikum bang!” salam dari uda lagi lepas dia tak menyahut!

Kalini uda bertindak berani, berjalan dan berdiri didepan pesilat yang melunjur kaki tu dan bagi salam!

“assalamualaikum bang!” kata uda untuk kali ketiga!

Aneh, tak satu salam pun dijawabnya!

“duduklaaaa…” suara pesilat tu seolah suara lelaki yang ‘dikepit’, seperti lelaki yang buat-buat suara macam perempuan..

Rupanya seperti allahyarham mahmud june, rambutnya panjang, hingga ke tengah belakang belikat! Tak memakai baju! Badannya kekar dan dadanya bidang, berketak-ketak! Sungguh gagah bila dilihat secara dekat!

“tadi saya nampak abang bersilat sungguh cantik!” kata uda, uda ni pulak masalahnya, ‘suka melayan’ dengan orang ‘suara kepit’ ni! Bila jumpa macam ni, seronok la dia!

“takdelah, saya main-main je tadi tu! Saya nampak awak berdua bersilat, tu yang saya turun tu!” kata mamat tu!

“abang dari mana tadi?” kata uda melayan

Disebabkan tak sedap hati, aku dah buat isyarat pada uda, supaya beransur dari situ, dua-tiga kali aku teleng kan kepala, degil betul dia ni!

Uda angkat kening, dan angkat tangan suruh sabar.. Aduhhhh… Betul dia ni degil!

“rumah saya kat sana!” katanya menunjukkan ke arah gunung!

Seingat aku lah, rumah penduduk kampung, mengarah kebelakang aku! Didepan aku pulak, lepas daripada kawasan kebun pisang, hingga ke kaki gunung ledang, takde rumah manusia pun!

“uda, marilah kita beransur!” aku mula mengamit uda

“sabarlah… Aku nak dengar cerita…” balas uda, sambil duduk disisi mamat tadi!

Barangkali dia tak faham, atau buat-buat tak faham, itu aku tak pasti..

“boleh abang tunjuk lagi buah silat tadi?” kata uda ramah, aku masih berdiri mengadap mereka berdua yang duduk membelakangkan aku!

Mamat tu mula bangun..

“boleh!” katanya lembut sambil tersenyum!

Saat dia bangun, apa yang aku boleh gambarkan, mamat pesilat ni memang luar biasa tinggi! 7 kaki tinggi! Dadanya betul-betul bidang! Badannya sungguh kekar dan gagah, tangan berurat timbul!

Dia mula buka langkah, bermain pencak, buku lima ke siku dan lutut ke buku lali nya kembali bercahaya hijau neon! dan….

Dia buat tendangan lepas kepala!

Dan kaki kirinya dibiar tergantung diatas! Dalam keadaan satu kaki memijak tanah dan satu kaki digantung diatas! Dia mula berbicara…

“tadi saya nampak awak ada selit buah sunting eh masa bersilat?” katanya pada aku!

Dia tahu aku main sunting!! Alamak!

“saya pernah lawan dengan budak sunting tau!” katanya ramah dengan suara dikepit!

“saya tak ingat nama.. Tapi dia kata, dia pernah kalahkan 12 orang!” kata dia pada aku dan uda!

Alamak! Dia refer pada pengasas sunting 12 ke? Parah ni!

Aku pernah dengar pengasas pernah kombat dengan manusia, dan dia pernah kombat dengan mahluk halus! Tapi….. Sekarang ni bukanlah masa yang sesuai nak kombat dengan mahluk lain!

Pendekar tu turunkan kaki nya yang digantung, dan kembali berpencak! Kemas! Dan sesetengah lentingan yang dia buat, cukup tinggi! Menunjukkan dia ni bukanlah manusia biasa!

Aku syak, uda dah mula perasan! Sebab dia dah mula gelisah bila nampak pendekar tu melenting dalam keadaan yang luar biasa tinggi!

Uda mula bangun dari duduk, dan mintak diri nak beransur!

“eh nantilah dulu!” kata pendekar tu!

“tadi kata nak tengok? Taknak cuba ke?” kata dia! Tak pasti dia mencabar atau mengejek!

“eh, takpelah bang! Kami ada tempat lagi ni nak singgah!” balas uda dengan sopan!

“AKU KATA NANTILAH DULU!!!” suaranya berubah seratus peratus jadi suara lelaki!

SUPPPPPPPPP!

Meremang terus bulu roma aku naik!

“KAU MASUK KAWASAN AKU! SEBELUM BALIK BERSILAT DULU DENGAN AKU! KALAU KAU LARI, SAMPAI BILA-BILA KAU TAKKAN KELUAR!” katanya menekan!

Aduhhhhhhh……

Ujian jenis apa ni…

Aku jeling muka uda, wajahnya kelat!

Macam ayam dah terberak kapur!

Patutnya aku tinggal kau tadi, bila aku ajak balik, tapi kau taknak! Kata aku dalam hati!

“siapa nak masuk dulu?” suara pendekar tu dah dikepit semula

Aduh…. Meremang-remang dah bulu tengkuk aku ni!

Aku jeling uda! Buat isyarat muka dan ekspresi wajah! Cukup jelas dan dia faham tanpa banyak soal!

‘kau yang nak tunggu! Kau layan dia dulu!’ itu je mesej mudah aku!

Akan aku kerjakan dia bila selesai!

Uda tunduk merenung tanah!

Geleng-geleng kepala, lepas dia berfikir sesuatu secara mendalam… Kemudian dia mengangguk..

“takpe bang, biar saya mula dulu!” kata uda pendek!

“rip, kalau apa-apa jadi kat aku…” uda bukak mulut..

“TAKDE APA-APA! Kau tu m**i aku yang cantas! Lepas semua ni habis! Dah pergi! Pergi!” aku p****g ayat uda!

uda melangkah lemah ke depan pendekar tu tadi, tangan kanan nya diluruskan ke arah pendekar dan dikuis ketepi! Dia dah bersedia!

Pendekar senyum sinis melihat uda!

“tangan kosong je ke?” katanya sambil melepaskan penumbuk tangan kanan pada uda!

Uda jatuh terlentang ke belakang!

“aduhhhhhhh……” suara uda mengeluh sakit!

Uda bangun semula, mengeliat kecil dan tangannya di pegang didada, di tempat terkena tumbukan tadi!

“pukul curi ye bang?” kata uda

Uda mara rapat, dan bukak kuda-kuda penuh!

Mengensot kecil dengan jari-jari kaki..

Bila cukup rapat, uda terus lepaskan tendangan belakang berpusing!

PANG!

Bunyi seperti menghentam besi!

Tendangan berpusing uda ditahan dengan tangan kanan dari terkena muka!

“Aduhhhhh!!!!” Suara uda lagi, sambil dia memegang betis kanan nya…

Uda jeling aku, ‘macam besi!’ dia buat isyarat mata!

Aku tunjuk ke depan! Suruh dia fokus!

Otak tak fokus dalam perkelahian, menyebabkan musuh ambik peluang, bahaya!

“Penimbul! Naikkan penimbul!” kata aku separuh jerit, supaya uda faham langkah berikutnya..

Gais, maapla character limit 10k, nantikan sambungannya ek!

Esok aku upload sambungannya.. Jyeahh!!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]
Arif Yahya

9 thoughts on “Panglima dari gunung”

  1. saya ni silent reader fiksyen shasha. dalam2 banyak2 cerita, saya paling suka dgn cerita dari arif yahya..tak tahulah kenapa, mungkin sebab tentang kependekaran, silat… saya perempuan tapi saya sgt suka dgn silat dan kependekaran. kalau beli novel pon tentang cerita2 yg mcm ni je.

    bukan tu je, saya suka juga cara jalan cerita, penggunaan dan pengolahan ayat yg digunakan. terbaik!!

    Reply
  2. brooo jgn buat aku tak tidur lena malam broo…sambung la cepat arif yahyaa mudah mudahan kau ingat setiap bait bait cerita kau memang best gila!

    Reply
  3. Fuhhhh . .
    makin hebat cerita pendekar ..pertarungan berlatarkan gunung lajenda Gunung Ledang penuh Misterius ….
    wah bertarung pula dengan Pendekar juga makhluk halus yang pernah bertarung dengan Pengasas sendiri …
    menarik dan seram dohhhh …
    apapun syabas kepada Penulis ..teruskan karya hebat ini …

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.