Pangsapuri Bandar Baru Sentul : Seram Urban

Hi!! Im back!

Sebelum ini dengan kisah seram seram di empangan semenyih dan segari power plant, harap pembaca semua terhibur la dengan kisah-kisah sebelum ini.Kali ini penulis tampil dengan kisah ketiga, bukan di kampung, bukan tepi pantai tapi di bandar.

Kisah seram, usikan, ganguan manja di Pangsapuri Bandar Baru Sentul (hint: berhampiran UTC Sentul).Kisah ini berlaku sekitar tahun 2016. Penulis dan keluarga telah dikejutkan dengan beberapa siri usikan manja dari penghuni lain di dalam rumah tersebut. Susun atur dalam rumah ada tiga bilik, dua bilik air dan dapur agak besar. Kalau penghuni duduk di ruang tamu, ekor mata penghuni rumah akan nampak ruangan dapur dari lubang yang telah di renovate oleh tuan rumah.

Baiklah tanpa membuang masa kita akan ke kisah pertama, dikejutkan oleh lembaga hitam pukul 2 pagi di bilik tidur utama.

Malam itu seperti biasa, aku tidur tapi………keadaan tidak sama seperti hari2 sebelumnya. Kali ini suasana bilik terlampau suram dan suhu nya agak panas dari kebiasaan sedangkan tingkap dibuka dan kipas pada kelajuaan maksimum. Selalunya aku akan tidur m**i, tapi pada malam itu aku rasa sedikit tergangu. Sekitar pukul 11 malam, aku rasa ada sesuatu sedang bermain di bahagian tapak kaki ku, bedasarkan pengamatanku benda itu seakan2 ekor kucing yang ke kiri dan ke kanan,aku merasa geli dan tidak dapat tidur.. yang peliknya di rumah aku tidak ada seekor kucing pun, mana datang nya ekor tersebut.. aku cuba positif dan mengangap itu hanya imaginasi aku..

Dalam beberapa minit selepas itu, aku cuba melelapkan mata kembali, sebaik mata ku terpejam, pintu toilet tertutup. Seakan2 dihempas dengan kuat, tapi masa itu tiada angin langsung..aku cuba tidak menghiraukan kejadian tersebut dan berpaling ke arah kanan iaitu menghala ke tingkap, sejurus itu juga ada benda putih datang mengetuk tingkap dengan kuat seakan2 hendak memecahkan tingkap tersebut. Ooo.. lupa aku nak bgtau, rumah aku di tingkat 12, mustahil ada orang yang boleh ketuk dari luar melainkan orang itu terbang.. berbalik kepada kejadian tadi, aku pun bingkas bangun untuk memeriksa cermin tingkap kerana takut ada retakan atau cermin pecah.. Namun apa yang membingungkan aku dengan hentakan sekuat tadi, tiada calar atau retak langsung.

Tak semena2 bulu roma ku menegak, bilik yang panas tadi telah bertukar menjadi sejuk, dek kerana aku hanya memakai boxer sahaja, kesejukan itu terasa mencengkam.. setelah keadaan reda, aku sambung balik berbaring dan kali ini terus berselimut satu badan dan aku pun terlena sehinggalah pukul 2 pagi aku terdengar suara berdehem seperti ada yang mengejutkan aku dari tidur.. Selalunya nya aku jenis yang tidur m**i, entah kenapa kali ni dengan hanya suara berdehem aku terjaga.. Seusai aku buka mata, aku ternampak lembaga hitam yang kepala nya cecah sampai ke syiling rumah berdiri di sebelah katil ku.. aku kaget, aku mngusap mataku untuk memastikan apa yang aku nampak.. ya, mmng lembaga hitam itu masih di situ.. aku tanpa mmbuang masa terus tutup muka dengan selimut dan mmbaca sepotong dua ayat Al Quran.. Entah macam mana dalam ketakutan itu aku mampu tertido, terlena dan jaga2 je dah subuh.. dalam kebingungan aku membuat konklusi, lembaga hitam itu mahu mngejutkan aku untuk solat tahajud..hehehe ok, itu sahaja untuk kisah pertama.

Kisah kedua ganguan berlaku di Kawasan dapur, penampakan bayi merangkak dan entity bermain dengan peralatan dapur. Kejadian berlaku semasa senja sebelum maghrib. Ketika itu aku baru pulang dari tempat kerja, sementara menunggu maghrib, aku lepak di ruang tamu sambal menonton tv. Semasa asyik menonton tv, ekor mataku menangkap susuk tubuh merangkak ke dapur.. Aish kali ni lain macam ganguan getus hatiku. Apa pulak yang merangkak masuk ke dapur, takkan tikus pulak kataku dalam hati. Aku buat2 xpeduli, selang beberapa minit susuk tubuh tu datang balik, ke hulu ke hilir masuk ke dapur dari arah bilik..disebabkan rasa geram dengan ganguan tersebut aku pun berpaling dan macam nak jerkah supaya susuk itu bermain di tempat lain.. Apa yang aku nampak, susuk tubuh itu seorang bayi yang mempunyai muka buruk dan d***h penuh atas badan nya.. bau toksah cakap lah.. fuh bau hanyir mengalahkan ikan patin… ahahaha.. aku pun apa lagi tutup mata la dengan harapan susuk tubuh itu hilang. Alhamdulillah, susuk itu telah hilang..tapi….benda lain pulak menyusul.. kali ini dia main peralatan di dapur pulak.. prang, prang , prang bunyi.. Nak kata memasak , mengemas tidak jugak..

Bunyi penyapu, mop, periuk dan benda2 lain jatuh ke atas lantai jelas kedengaran.. Seolah2 dapur itu dah jadi taman permainan bayi tadi. Dalam hati aku sempat mengutuk juga, amboi.. seronok dia main2 masa senja ni.. buat mcm barang sendiri pulak.. pecah periuk tu , jenuh aku kena marah dengan bini pulak. Huhu.. aku dengan suara tersekat2 , “ aku xkacau ang, jgnlah dok mai kacau aku” tapi ayat2 aku itu tiada kesan , malahan dia lagi galak menghempas barang ke lantai.. kalau difikirkan xmungkin dia main sorang2, sebab barang jatuh bersambung2.. Kali ni xseram sangat dah tapi lebih ke geram.. dok buat bising masa orang tengok tv dan berehat. Gangguan berhenti apabila azan maghrib berkumandang.. aku pun memberanikan diri memeriksa dapur.. Aik!! Keadaan dapur kemas, penyapu tersusun rapi…aku pon terfikir bagus budak2 ni.. pandai main, pandai kemas sendiri.. dari seram, geram terus jadi bangga sebab entity tu pandai kemas sendiri lepas diorang puas bermain. Hahaha entah seram ke tak kisah kedua ni…baik lah, jom kita ke kisah ketiga.

Kisah ketiga, entiti main kunci dan adjust kelajuan kipas. Kejadian ini terjadi dsekitar pukul 12 tengah malam. Seperti malam2 sebelumnya aku akan tetapkan kelajuan pada kelajuan maksimum iaitu 5. Semasa sebelum tidur, aku telah memastikan kelajuan kipas pada tahap maksimum.. Awal tidur kesejukan bilik terasa sesuai, ngam untuk tidur.. Tapi sekitar 12 tgh malam, aku terjaga disebabkan keadaan bilik terasa amat panas. Ingatkan kipas rosak, tapi bila pandang ke syiling kipas elok je berpusing tapi yang beza nya agak slow dari mula2 tadi. Dengan malas nya aku bangun dan pergi ke kotak suis, sekali tengok kelajuan kipas dah di tukar ke level 2. Aish, siapa pulak yang pandai2 tukar kelajuan kipas ni , aku je ada dalam bilik ni.. Pintu bilik pulak berkunci dari dalam.. pelik2 kejadian di rumah ini, aku pun tukar balik kelajuan kipas ke level 5, baru la terasa lega.. elok je nak lelap balik, kipas terasa slow balik.. Demmm ada yang xsuka buka kipas laju2 ni.. Kali kedua aku tukar balik kelajuan kipas ke level 5.. tak semena2 kunci yang aku sangkut pada penyangkut kunci terjatuh dalam kegelapan bilik.. aku ingat penyangkut tu terjatuh sekali, tapi bila tengok penyangkut ok, kunci je yang jatuh.. Terus aku terfikir penghuni lain dalam bilik tu tengah tunjuk perasaan tak suka aku buka kipas laju2.. Aku dah tak rasa seram dah masa tu disebabkan mata yang mengantuk.. Lantak la dia nak adjust kipas ke apa ke.. jgn lebih2 sudah la.. Tertidur la aku sampai ke pagi tanpa ada ganguan lain.. mungkin jugak sebab aku tidur m**i sebab tu tak sedar kalau ada ganguan lain. Itu sahaja untuk kisah ketiga.. macam seram xsampai kan? Hihi

Ok, ni kisah keempat dan terakhir. Pontianak, phone dan mengilai.. ok, kisah ni terjadi ketika keluarga aku pergi ke Genting Highland dan meninggalkan aku keseorangan. Fuh,,, terasa sunyi lain macam malam tu.. lain dari yang lain..aku pon berjalan la dari bilik ke ruang tamu dan seterusnya bagi menghilangkan rasa boring.. ketika aku berpatah balik ke arah bilik, aku ternampak susuk seorang perempuan duduk di bucu katil menghadap ke tingkap. Perempuan itu berambut panjang dan berbaju putih lusuh, seakan2 ada kesan tanah di kain itu. Disebabkan lampu tidur yang malap, menambah lagi suasana seram dan suram di bilik. Bau busuk toksah cakap la, mengalahkan bau perut lembu m**i yang tinggal masa nak meletup. Aku cuba nak patah balik ke ruang tamu tapi aku tak berdaya, kaki ku seolah dipaku ke lantai dan memaksa aku melihat ke arah susuk perempuan itu.. Perempuan itu hanya duduk tanpa berbuat apa2 tapi suasana jangan cakap lah.. sunyi sepi.. selalu dengar jugak bunyi enjin kereta, hon kereta tapi masa tu keadaan sunyi seolah2 dalam hutan. Dalam beberapa minit susuk itu pun hilang tapi bau busuk masih ada.. Kaki aku sudah boleh digerak kan. Selepas boleh begerak, aku pun capai handphone dan dial nombor bir. Aku cerita segalanya dan bir hanya mampu mendengar, setelah selesai cerita, perut aku pulak bekeroncong menandakan kelaparan.. aku pon apa lagi pergi la ke dapur, menggunakan bakat memasak yang ada dengan tanpa segan silu aku mencapai maggi kari dan telur ayam.. lalu bermula la adengan masterchef episode ke empat.. maggi telur, fuh.. sedap baq ang…..

Lepas habis makan, aku pon mencapai telefon bimbit ku, dan apabila ku melihat di screen telefon ada lima miscall dari bir. Aku mendail nombor bir dengan penuh tanda tanya kenapa sampai 5 kali bir menelefon aku.. Bir ni seorang yang malas nak call orang, tu aku pelik sampai 5 kali dia call aku. Setelah panggilan disambut, bir memarahi aku.. dia cakap aku main2 kan dia.. call dia tapi senyap dan ketawa je.. Aku pun terang la kat dia, aku tgh memasak tadi, bila pulak aku call dia dengan niat nak main2 kan dia.. dia cerita masa call tadi, hanya terdengar suara ketawa, mengilai kecil. Bir letak phone sebaik sahaja dengar suara mengilai panjang dan nyaring. Aku syak perempuan dalam bilik tadi punya kerja.. lepas je letak phone, aku check dialler history mmng ada panggilan dibuat ke nombor bir semasa aku masak maggi tadi, durasi call dalam 1 minit.. power la penghuni lain dalam rumah ni, handphone pun dia pandai guna.

Itu sahaja kisah Pangsapuri Bandar Baru Sentul : Seram Urban
Harap terhibur la membaca nya.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Yuz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Pangsapuri Bandar Baru Sentul : Seram Urban”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.