Pantai Puaka I

Salam sore gais. Ini bukan sinetron ya hehe. Okay assalamualaikum wahai penggemar kisah seram.. Firstly, thanks sangat untuk admin FS sebab sudi siarkan cerita aku. Aku akan gunakan bahasa yang mudah untuk difahami, so, harap korang faham dan enjoy. Pada hari ini aku nak ceritakan satu pengalaman seram semasa aku belajar di sebuah daerah di borneo tanah air.

Kisahnya bermula apabila suatu hari, aku dan rakan-rakan sekelas bercadang untuk kami adakan satu aktiviti perkelahan sempena nak cuti sem orang kata. Hihi. Lagipun kononnya nak lepas stress la memandangkan pada minggu hadapan kami akan menghadapi peperiksaan. So, lepas bincang punya bincang (hasil cadangan kawan local) kitorang setuju untuk berkelah kat tepi pantai. Pantai ni memang jarang orang pergi terutamanya orang luar macam kami ni memang tak tahu pun akan kewujudan pantai ni. Pantai ni dekat kaki bukit dan sangat cantik. Disebabkan tak ramai orang tahu, jadi pantai ni agak lengang dan kalau adapun hanyalah penduduk setempat.

Hari yang ditunggu pun tiba. Kitorang gerak lepas zohor dengan 2-3 buah kereta. Gerak awal sebab aku pantai tu agak jauh jugak dari tempat kami. Memang banyak laa aktiviti yang dirancang contohnya bbq, game truth or dare and of course laa makan-makan. Well, aktiviti kitorang pun santai-santai jak. Memang tujuan asal nak rilex and eratkan silaturahim gitu. So, kitorang dah bahagikan tugasan by kumpulan, ada yang kena masak nasi, ada yang kena sediakan perapan, ada yang kena sediakan game and kebetulan masa tu musim buah, ada yang kena cari buah.

Macam biasa lah, yang lelaki memang tugasnya mengipas daging yang dibakar dekat bawah pokok yang rendang. So,yang lain tu prepare laa apa yang patut sementara tu ada laa yang bukak cerita pasal buaya jelmaan dan akak nurse dari semenanjung yang m**i lemas dipantai dengan cara yang sangat aneh. So, masa tu ada laa spekulasi mengatakan mungkin akak tu dah kena ‘ngap’ dengan buaya jelmaan, sebab mayat dia langsung tak jumpa sampai hari ni walaupun secebis kain.

Sementara tengah leka-leka tu tiba-tiba ada suara jantan menegur kami. Mana tak terkejutnya. Mulanya tiada siapa yang perasan dari mana datang suara tu. Cari punya cari rupanya ada sorang pakcik dalam lingkungan umur 50 lebih tu tegur kami buat apa. Dah laa pakcik tu muncul dari celah-celah pokok. Mungkin juga sebab kami agak bising. So, para gentleman laa yang bercakap dengan pakcik tu, mungkin juga dibagi amaran. Kitorang yang gegirl ni behave laa kejap.

Lepas dah settle semua preparation and semua dah solat asar, aktiviti pun bermula. Biasalah kalau dah ramai-ramai memang seronok laa dengan gelak tawa nak-nak lagi kalau main truth or dare tapi masih under control sebab kami sedar kami di tempat orang. Alkisahnya, ada antara kami ni memang mempunyai deria keenam Namanya Mimi. Rakan-rakan yang lain mula menyedari perubahan pada Mimi. Mukanya sangat pucat dan dia banyak mendiamkan diri. “Eh, kau okay tak ni?” Tanya Nia. “Eh Jangan risau aku okay” Sambil tersenyum kambing. Dah settle semua maghrib pun dah nak dekat, so, kami decide untuk balik.

Dalam perjalanan balik, Mimi masih lagi diam dan pucat seperti tadi. Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di surau berhampiran untuk solat.Untuk pengetahuan, Aku, Mimi, Nia, Tiya dan juga Hana tinggal satu rumah. Kami tahu, apabila Mimi dalam keadaan seperti itu, bermaksud ada sesuatu yang tidak kena, tapi kami semua hanya mendiamkan diri kerana masa dan tempat yang tidak sesuai untuk ditanya. Esok je laa tanya Mimi.

Nak tahu apa jadi dengan Mimi? Apa yang dia nampak? InsyaAllah nanti aku sambung lagi. Maaf kalau cerita ni tak seram. Kalau kisah ini Berjaya diterbitkan, InsyaAllah aku akan improve cara penulisan aku. Okay lah. Aku nak gi masak dulu. Terima kasih sudi baca see u next time. Salam adios amigos. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2]
Pixieduck

11 thoughts on “Pantai Puaka I”

  1. Admin, cerita2 macam ni jangan la lepas. Takde seram, pastu penulis pun acah2 cliff hanger konon bagi suspen. Lagi satu, ayat cliche, “kami semua ada sixth sense”.

    Reply
  2. aku bkn nk ckp ap tp kbykan cerita yg wataknye rmi mesti ad sorg dua ad sixth sense,,mmg klu bnda tu nk gngu dia kena tunggu ad yg sixth sense ea,,jgn mrh aku ckp je,smbung je crita wlupon tkder yg menunggu mesti ad sorg dua yg menunggu,,

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.