Part 2: Roh Berlegar-Legar

Assalam admin and pembaca semua.
Kalau cerita aku pernah disiarkan, ni sambungan dia. Aku sendiri pun lupa tajuk dia.hahahhaha..Dalam cerita aku tu, aku cerita pasal mayat yang tak diterima bumi tu. Ada jugak aku cari cerita aku kat sini, tapi admin belom post kan sebab banyak cerita agaknya yang perlu di edit..

Harini aku free jadi aku sambung lah cerita aku tuh ye.. Oh ye, admin hidekan pasal saya ye..huhuhu.

Okay.. selepas kamatian mek tu.. Kami diselubungi oleh bayang bayang.. kerap nampak bayang bayang terutama di belakang dapur..biasalh rumah kampung kan. Akak aku pulak siap boleh borak lagi dengan benda tu sebab ingat benda tu abang aku. Kakak aku no 3 pulak kerap mimpi arwah mek tu. Dalam mimpi mek tu ubatkan dia lah. bagi dia makan lah.. Ajak ikut dia sekali la.

Mak aku pulak tak boleh duduk kat rumah, selalu sakit sakit. Bahagian yang kerap dia mengadu sakit bahagian kaki..pernah sekali time dia masak, tup tup dia terjatuh.. nasib la tak tumpah lauk ke dia. adoiii.. dah check doktor tapi tak ade pulak penyakit tiga serangkai tu.

Lepasto along aku bawak mak ayah aku duduk rumah dia. Dua tiga hari lepas to mak aku berubah perangai. Mak tak boleh tengok along aku happy walau sikit pun..Sampai along aku tak bertegur lah dengan mak aku sebab perubahan mak aku tuh.

Kemuncak cerita nya bila kawan ipar aku datang.Time tu hampir maghrib. Tapi Sebelom kawan ipar ni datang mak aku dah start meracau. Tetiba mak aku cakap kat along aku
“kau jangan bagi dia datang”
“kau halau dia”
Along aku pun terkejut laa.. sapa nak datang. ( oh ye, semua tak tahu pun kawan ipar ni nak datang). Mak aku ni dok meracau racau lah.. Macam orang kepanasan. Mak aku ulang alik dari ruang tamu ke dapur ke bilik ke luar..semua pelosok ah mak masuk. Kami cuba tenangkan mak..tapi mak mendengus sambil terkumat kamit sensorang.

Masa tu pulak akak aku no 2 datang dengan suami dia. Tetiba suami dia suruh semua orang duduk kat lua. Jangan masok..Budak budak pulak duduk rumah sebelah sebagai langkah keselamatan. Aku pulak time tu dalam bilik ngadap leptop layan detective conan the movie. Dengar bising bising aku kat lua rumah, aku pun keluar lah. Masa aku keluar tu, tengok mak aku membebel maki maki.. Tak jelas sangat apa mak cakap..

Mak ulang alik dari dapur ke rumah tamu banyak kali. Sampai je pintu dapur, tetiba mak aku menjerit
“lepaskan akuuuuuu!!!!”
“bukakk!!! bukakkk!!!”
aku yang cerdik masa tu, pergi dapatkan mak aku. Aku pulak yang membebel kat mak aku.
“laa mak ni, membebel buat apa”
“kan pintu dah bukak tu”
“mak nak lepaskan apa”
“lepaskan ayam kew”
“aishhh makn ni, hahahahaha”

Sebab aku ni gelak sakan kat mak aku, jadi mak aku toleh aku dengan mata yang merah macam orang sakit mata tuh pasto muka pucat.. Aku tak terfikir pulak masa tu nak lari ke apa ke..Tergamam giler la aku..
lepastu aku xsedar dah apa berlaku..

DICERITAKAN SEMULA OLEH FAMILY AKU..

Aku dikatakan mengalami histeria dan mak aku pengsan. Masa aku histeria tu aku ada menyebut satu nama yang tak jelas. Lepas aku sembuh aku dihantar ke rumah orang asli yakni kawan kepada kakak aku untuk di jaga. Ini untuk mengelak kan berlaku lagi gangguan kepada aku memandang kan aku seorang yang lemah semangat. Mak aku pula pengsan setiap kali maghrib tiba.

Oh ye yang pasal mak aku menjerit lepaskan aku lepaskan aku tuh.. Sebenarnya kawan ipar aku dah pagar rumah tu dari jauh. So benda tu tak boleh nak keluar. seminggu sebelom dia datang, dia dapat mimpi pelik pelik. ( tak diceritakan pulak mimpinya tuh). Macam panjang pulak cerita aku.

Okay aku pendek kan cerita.
Dia perlukan 7 jenis limau untuk rawat mak aku. Dalam tempoh mencari kesemua jenis limau tuh, mak aku macam biasa dia, waktu maghrib adalah waktunya meracau. Walaupun mak aku ni pengsan, dia selalu bagitahu dimana keberadaan “benda”tuh. Kebanyakan nya “benda” tuh lepak kat pokok pisang belakang rumah along aku. Maklumlah rumah kampung. Sepanjang mak aku meracau aku pun meracau jugak. Aku cuma cakap sakittttt…sakitttttt!!!!.
dan aku pengsan .Macam tuh lah aku dalam tempoh seminggu.

Aku terpaksa tangguhkan cerita aku ni sebab ada hal sikit.. nanti aku sambung part 3 pulak ye..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.2]

13 thoughts on “Part 2: Roh Berlegar-Legar”

  1. nak solat maghrib mcm mana kalu tu bukan diri dia…dgn keadaan org yg meracau-racau nak suh dy solat? alaaa…bende kalu jadi mcm ni x heran…tapi keadaan dia tu x teruk sgt jdi dy kene ganti balik la solat yg dah tinggal tu bila dah sembuh…kes ni ok la lgi sebab bende tu yg dtg kacau..zaman nabi dulu ada kisah seorg perempuan yg memg Tuhan uji sakit dia kene rasuk…rasuk tu bukan sikit2….kalu dah kene rasuk nak solat mcm mana…

    Reply
  2. sekali lagi aku tegas kan yg roh dah pergi tetap dah pergi dan takkan kembali lagi !! bahaya care faham ni ! itu mungkin syaiton qarin.. kena faham tu bro sis sume.. google it kenapa bahaya faham roh pulang ni.. k love u all

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.