Pasaraya

As salam….musim-musim pkp ni banyak terperap rumah. Jadi sangat bosan. Kali ni kita cerita ringan sikit. Nanti asyik-asyik cerita hantu semua bosan hehehe.

Tahun tahun pertama aku pijak bandar keningau, aku alami banyak kejutan budaya. Berjumpa banyak etnik yang memang selama ini aku tahu kewujudannya dari buku sekolah, sekarang berdepan dengan mereka. Dan menjadi kawan. Kawan kerja, kawan sosial. Belajar adat resam mereka, budaya. Ada kalanya budaya itu amat mengejutkan. Yalah di luar dari kebiasaan kita. Yang tidak pernah kita tahu dan alami depan mata. Abaikan kisah-kisah mistik lepas. Itu pengalaman yang akan terlipat kemas dalam sejarah.

Masuk tahun ke 3 aku bekerja di sini, barulah sebati dengan kawan-kawan kerja. Ambil sedikit masa sebab, asalnya aku pemalu orangnya. Tak berapa pandai bergaul. Tahun ke 3 baru ok sikit. Tak di nafikan Karl dan Luli yang mula-mula rapat denganku. Mungkin sebab satu tempat kerja. Banyak libatkan urusan kerja. Jadi terbiasa. Lama kelamaan mereka berdua bukan lagi setakat rakan kerja, mula ikut aktivitiku yang gemar joging tiap hujung minggu. Kadang ke bandar bertiga.

Entah untuk ke sekian kalinya, ada sekali aku terkejut bila kami bertiga turun bandar.
” esok turun bandar jom” Luli ajak masa rehat petang. Hari tu sabtu. Kami malas balik rumah sebab rehat 20 minit saja. Semua lepak dalam opisku. Karl duduk meja sebelah. Luli duduk depanku.
” ok jom….gaji dah masuk kan? Jom la Jan….” suara Karl.
” OK” balasku ringkas. Selebihnya borak biasa sampai habis masa rehat. Cepat-cepat mereka berdua keluar bila nampak penyelia berbangsa Cina masuk. Dia memang tak suka pekerja biasa masuk pejabat tanpa urusan.
Besoknya kami bertiga awal pagi lagi dah tunggu di pondok guard, tunggu bas mini. Tak sampai setengah jam bas datang. Semua pakat tidur. Jauh perjalanan. Makan masa lebih sejam.

Perut lapar, semua langkah kaki ke KFC. Awal pagi lengang dalam tu. Hanya kami bertiga yang masuk. Kisah lawak bermula.
” eh kenapa kita datang sini? Aku dgn Luli mana pernah masuk sini!” Bisik Karl sebelahku. Aku ketawa.
” ikut sajalah” langkah kaki ke kaunter. Luli dgn Karl buntut dari belakang. Selesai order dan bayar, pilih meja. Luli dan Karl terasa kekok.
” kau tak cakap pun nak makan sini. Ni pertama kali masuk KFC kami berdua ni” bebel Karl. Luli tak banyak cakap. Dia ikut saja hehehe. ” sebab tak pernah la bawak korang makan sini, manalah tau bila-bila korang ajak awek dating ke, bini ke dah tau cmana cara masuk makan order tu semua” terangkan ringkas. Mereka berdua angguk. Ayam goreng snack plate dah ada atas meja, sorg staf restoran datang bawakan sudu dan garfu. Letak atas meja. Senyum dan berlalu.

” laaaa kita makan ayam goreng ni takkan makan pakai garfu? ” bulat mata Luli tunjuk garfu di tangannya. Aku sengih bangun ke bahagian cuci tangan, semua ikut hehee.
Kesian kawan-kawanku ni hehehe. ” oh bole rupanya pakai tangan hahaha” Karl gelak. Sedap sungguh tengok diorang makan. Berselera sungguh. Habis mulut tak berhenti komen sedap sedap sedap hehee. Siap makan rehat dalam 10 minit keluar. Mulakan acara window shoping. Pusing- pusing 1 pekan. Habis semua yang pelik-pelik di belek pegang.

Last masuk satu pasaraya besar. Di sini aku terkejut. Di hadapan kami ada seorang pakcik ni berjalan selamba sambil di iringi 2 ekor anjing. Anjing tu bagaikan pandai ikut arahan. Suruh berhenti semua 2 ekor tu berhenti, suruh jalan semua jalan. Kami terhenti.langkah bila pakcik tadi masuk selamba ke dalam pasaraya, dengan anjing 2 ekor tu ikut sekali masuk!!!! Walhal terpampang jelas signboard tak boleh bawa masuk pets. Sekuriti yang berjaga dekat pintu masuk pun diam tidak bergerak. Pakcik tadi senyum saja. Sekuriti angguk saja. Semua yang dalam pasaraya terpinga-pinga. Pemandangan yang aneh buatku. Aku cuit bahu Luli.
” biarkan. Jangan tegur kalau mau hidup lagi sampai pagi esok” bisiknya. Karl angguk.
Tak jadi kami masuk. Patah balik pergi kedai lain. Baru nak rasa air cond pasaraya tadi tak jadi pula adei.

” eh kenapa sekuriti tadi tak tegur pun pakcik tu bawa masuk anjing dalam pasaraya tadi? ” soalku sebaik masuk dalam bas mini. Masa balik.
” oh yang itu, aku tahu kau pasti akan tanya hehehe. Itu sebabnya, kalau kau tegur dia, pastu dia marah kau balik, silap-silap esok kau pun PADAM” Luli jelaskan.
” PADAM? meninggal ek?” Soalku polos.
” yes kawanku. Itu la semua tak berani tegur walau dia bawa masuk beruang sekali pun ke dalam pasaraya tadi. Tapi biasanya tak kacau apa pun, dia saja nak berjalan. Anjing dia tu pun takkan kacau sesiapa. Tengoklah tadi dengar kata semua” Luli jelaskan. Aku angguk saja.

Betullah kata orang lama, semakin jauh berjalan semakin banyak belajar adat resam pantang larang orang.
” Sudah jangan fikirkan sangat. Hari ni kita sama-sama belajar. Kamu ajar kami cara makan kat KFC, kami pula ajar apa yang patut dan tak patut kamu dengar selama berada di sini” Karl tepuk bahuku. Malas fikir lagi aku terlelap. Perjalanan jauh lagi nak sampai.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

3 thoughts on “Pasaraya”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.