Pawang Benayat

Salam semua. harapnya cerita ini akan disiarkan oleh Admin. Ini percubaan aku untuk tulis cerita seram sendiri. Maaflah. Aku tidak ada pengalaman seram nak dikongsi. Hanya cerita-cerita fiksyen sahaja. Enjoy dan beri komen please. Boleh aku baiki mana yang patut.

PAWANG BENAYAT.
Malam. Kurang lima minit mencecah tengah malam. Dendangan pungguk mula bersahut-sahutan. Di kejauhan, lolongan anjing hutan semakin galak kedengaran. Jendela rumah terkuak bertalu-talu seiring deruan angin yang menganas disulangi titis mata awan yang kejap. Belintar kilat menyabung memecah hening malam yang kelam. Api jamung di penjuru rumah terlentok ke kiri kanan mengikut tarinya deruan angin. Di tengah-tengah rumah yang kian usang itu, terlantar lemah wanita tua. Matanya melilau memerhati siling rumahnya. Malap. Hanya ada suluhan jingga rembesan lampu jamung. Wanita tua itu berusaha untuk duduk. Tangan kanan dipasakkan untuk menampung berat badannya. Dia tidaklah terlalu besar. Hanya serangka tulang yang jelas tampak dibaluti kulit kendurnya. Sesekali dia terbatuk. Tangan terketar-ketar menuang air ke dalam gelas. Kembang Semangkuk. Nama ubat yang cuba diminumnya. Terketar-ketar jemari tuanya menyuakan gelas kaca ke bibir tuanya yang mengelupas. Giginya sudah lama rongak dan hitam kerana sirih yang selalu dikunyah sejak 13 tahun yang lalu.

Digagahkan tubuh tuanya untuk berdiri. Sambil membongkok, kakinya diseret melangkah ke jendela rumah. Dia rimas dan sedikit gerun melihat jendela yang terbuka. Deruan angin dan lolongan anjing ibarat penambah rasa seram yang menyelubungi rumah usangnya itu. Jauh tersisih dari rumah jiran-jirannya yang lain. Semakin dekat langkah tuanya pada jendela, bau kemanyan mula menerawang di segenap rumahnya. Hati tuanya semakin kecut. Takut sendiri. Dalam keadaan terketar, bulu romanya semakin meremang. Dengan pantas dia berpaling. Terkocoh-kocoh kembali ke pembaringannya. Dia takut jika dia tiba di jendela, akan ada yang muncul menggigit tengkuknya. Seram.

Hujan di luar semakin lebat. Kilat dan petir semakin rancak. Kibasan daun jendela rumahnya semakin laju selaju degupan jantung tuanya yang semakin takut. Tiba-tiba, api jamungnya terpadam. Dia tersentak. Berdiri bongkok di dalam gelap. Pelahan-lahan telinga menangkap bunyi deraman kasar dari arah belakang. Tanpa memandang ke belakang, wanita tua itu cuba mencari pemetik api yang disembunyikan di dalam gulungan kain batiknya. Tidak ada. Dia duduk lalu merangkak menuju tikar mengkuangnya. Sedaya-upaya dia cuba mencari tikar itu. Esakan tangisnya mula kedengaran. Dia boleh rasakan ada lembaga sedang merangkak masuk melalui jendela rumahnya.

“Jangan ganggu aku!” jeritnya. Tangannya masih galak meraba-raba dalam gelap. Tangannya diunjurkan ke hadapan untuk mencari kedudukan tikarnya. Akhirnya, dia berjaya mencapai tikarnya. Rabaan tangan diteruskan lagi ke arah bantal. Dia sangat menggeletar saat itu. Air mata ketakutan sudah mula mengalir. Dia cuba gagahi rasa takut yang semakin memuncak di dada. Seram sejuk terasa semakin mengitari suasana. Bantal berjaya ditemui. Dia menggerakkan tangannya mencari pemetik api yang dia sembunyikan di bawah bantal. Risau. Kelak tangannya tersentuh benda lain. Mujurlah dia menemui pemetik api berwarna biru itu. Dia nyalakan lalu dia menuju ke jamung yang terletak di penjuru kiri rumahnya. Dipaksanya tubuh tua yang penuh kedut itu merangkak sehingga tiba di jamung.

Jamung dicapai lalu dinyalakan api. Percubaan pertama, dia gagal. Api yang dinyalakan terpadam seperti ditiup angin. Dia mencuba lagi. Gagal lagi. Wanita tua itu mula menangis. Esakan semakin kuat.

“Jangan ganggu aku lagi.. aku dah penat..” rintihnya.

Dia mencuba sekali lagi. Jamung dinyalakan. Akhirnya dia berjaya. Ruang rumahnya terang bercahaya. Masih suram. Dia menarik nafas lega. Jamung diangkatnya bercadang untuk membawa jamung tersebut ke tepi tikar. Ketika dia berpusing ke belakang. Tiba-tiba satu Lembaga sedang menyeringai memandangnya. Dengan gigi yang tajam dan mata membundar hitam. Rambut panjang mengurai. Badannya dilitupi kain berwarna putih. Wanita tua itu terkejut bukan kepalang sehingga jamung di tangannya terlepas. Dia terjelopok jatuh. Terduduk.
Lembaga itu menghalakan tangannya. Jari-jemarinya tajam dengan kuku yang runcing. Pelahan-lahan dia mengilai. Tangisan wanita tua itu semakin kuat. Dia menjerit-jerit meminta tolong.

Tiba-tiba, pintu rumahnya ditendang kuat sehingga terbuka. Satu susuk tubuh lelaki berdiri dalam gelap. Dia sedang menggenggam sesuatu. Hujan diluar masih lebat. Dalam gelap, wanita tua itu nampak lelaki yang baru muncul itu lencun kebasahan. Laungan meminta tolong wanita tua itu dia kuatkan. Tangannya dihalakan ke arah lelaki itu sambil meminta bantuan. Saat itu, lehernya terasa dijerut oleh lembaga di hadapannya.

“Aahhhhhuuurghh!” Lembaga itu menjerit. Garam dibaling oleh lelaki itu bertalu-talu sehingga akhirnya lembaga itu hilang. Lampu suluh kemudian dihalakan ke arah wanita tua itu.

“Mak, okey mak?” lelaki itu mendekati lalu memeluknya. Dia melepaskan tangisan di bahu lelaki itu.

“Jangan tinggalkan mak lagi, nak.. mak takut.” Ujarnya sambil menangis.

“Baiklah. Saya tak kan tinggalkan mak. Sekarang kita baiki dulu lampu. Baru kita makan. Ehsan dapat banyak ikan ni.” Ujar anaknya. Dia dibaringkan kembali di atas tikar. Kemudian, anaknya cuba pergi ke belakang rumah.

“Ehsan.. jangan tinggalkan mak, nak..” panggilnya.

“Baik mak. Ehsan nak baiki lampu sebentar.”

“Jangan lama nak.”

Anaknya, Ehsan hilang dibalik pintu belakang rumah. Dia masih terlantar baring. Matanya melilau melihat kalau-kalau Lembaga tadi muncul kembali. Tiupan angin sudah mula tenang. Daun jendela rumahnya sudah tidak terkuak-kuak lagi. Di luar, Lembaga putih tadi sedang bertenggek terapung di dalam hujan. Tangannya masih dihalakan ke depan dengan jari-jemari yang tajam.

“Ehsan..! Cepat nak!” Lampu rumah menyala. Seluruh rumahnya kembali terang-benderang. Ehsan kembali. Dia menenangkan emaknya itu.

“Dia masih ganggu mak, nak. Padahal kita dah buang dia jauh-jauh.” Ujarnya.

“Sabar mak. Mungkin masih ada yang belum selesai. Selepas makan kita jumpa Pak Benayat. Tanya apa yang berlaku. Kenapa dia masih kacau mak.” Dia hanya mengangguk. Ehsan, anaknya itu basah lencun. Paras wajahnya tak tumpah macam arwah suaminya yang hilang di laut lima tahun yang lepas. Kehilangan suaminya menjadi punca anaknya itu terpaksa berhenti sekolah. Walaupun baru berusia 21 tahun, tetapi Ehsan sudah terpaksa menjadi nelayan untuk menyara hidup mereka berdua.

“Dah. Mak rehat dulu. Ehsan nak siang ikan. Minum air ni dulu.” Ehsan membantunya untuk duduk. Air putih dihulurkan. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia minum. Kemudian, dia dibaringkan semula. Ehsan kembali ke belakang rumah selepas dia memasang radio dan memainkan bacaan Yaasin. Hujan sudah mulai redah. Akhirnya dia dapat menarik nafas yang lega.

“Ehsan, nak masak macam mana nak? Nak goreng ke rebus?” dia bertanya. Namun, tiada jawapan.

“Ehsan?” panggilnya lagi.

“Nakk… ikan tu nak masak macam mana? Mak nak makan ikan goreng ni.” Sambungnya lagi. Masih tiada sebarang jawapan. Dia melepaskan nafas. Agaknya Ehsan tidak mendengar suaranya yang perlahan itu. Dia cuba untuk bangun. Kalau boleh, dia tidak mahu berenggang dengan anaknya itu. Takut di hatinya masih ada.

Dia berdiri membongkok. Cuba mengatur langkah menyusul anaknya di dapur. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk.

“Seha…! Oooo Mak Seha.” panggil satu suara.

“Siapa??” tanyanya.

“Benayat ni. Bukan pintunya Mak Seha.” Jawab suara tersebut.

“Jap jap.. Nayat.. aku datang.” Dia menukarkan arah langkah ke pintu. Pintu dibuka. Pak Benayat berdiri tercengang seorang diri di hadapannya sambil memegang payung.

“Ada apa? Aku baru je bercadang nak ke rumah kamu selepas makan malam.” Dia memulakan bicara.

“Macam ni.. anak kamu Ehsan..” ujar Pak Benayat.

“Kenapa dengan anak aku, Nayat?” dia mula risau. Pintu ditutup. Dia dapat rasakan Pak Benayat membawa berita yang tidak elok berkaitan anak kesayangannya itu. Dia risau kelak Ehsan terdengar apa yang Pak Benayat khabarkan.

“Anak kamu orang kampung jumpa mati di tepi pantai tengah malam tadi. Ada kesan gigitan di tengkuknya. Mayat dia ada kat rumah aku. Orang kampung bawa.” Khabar yang disampaikan oleh Pak Benayat itu mengejutkannya. Mana mungkin anaknya sudah mati padahal baru sahaja tadi dia bersembang dengan anaknya.

“Kamu jangan main-main Nayat. Tak mungkinlah anak aku dah mati…”

“Betul Seha. Buat apalah aku nak tipu kamu.” Pintas Pak Benayat.

“Mari ikut aku ke rumah aku. Tengok dengan mata kamu sendiri. Lagipun, tak selamat kamu duduk seorang diri di sini.” Sambung Pak Benayat.

Mak Seha termangu sebentar. Kalau anaknya dah mati, jadi siapa yang tadi datang menyelamatkannya. Tak kanlah Pak Benayat ini menipu. Sebagai orang yang disegani di kampung ini, mustahil Pak Benayat menipunya.

“Seha… kau kenapa termenung? Tak percaya?”

“Sebentar. Aku nak ambil tudung sebentar. Kau tunggu di luar.” Ujar Mak Seha lalu menghilang di balik pintu.

Mak Seha mengatur langkahnya ke dapur. Dia ingin memastikan bahawa dia tidak bermimpi tadi. Memang benar Ehsan yang telah datang tadi menyelamatkan dia daripada gangguan Niyang Ropek lagi. Jadi, siapa yang ditemui mati oleh orang kampung.

Mak Seha tiba di dapur. Ehsan sedang kusyuk menyiang ikan. Tanpa memakai baju hanya menggenakan seluar kaos berwarna biru. Mak Seha dapat melihat tanda lahir anaknya di bahu sebelah kiri. Dia baru sahaja hendak menegur anaknya itu. Tiba-tiba Ehsan bersuara.

“Mak dah tahu?” ujar Ehsan, anaknya.

“Tahu apa, nak?” tanya Mak Seha.

Ehsan menoleh ke belakang. Hanya bahagian kepalanya sahaja yang terpusing. Namun, badan masih membelakangkannya. Terkejut bukan kepalang Mak Seha melihat keadaan itu. Hampir sahaja dia menjerit. Tetapi melihat wajah sayu anaknya, rasa takutnya memudar.

“Seha!! Cepatlah. Ramai orang sedang tunggu kamu di rumah aku. Jangan lama sangat cari tudungnya.” Ujar Pak Benayat dari luar rumah.

Mak Seha menangis melihat anak tunggalnya itu menangis. Walaupun dia tidak pasti sama ada itu betul-betul Ehsan atau tidak.

“Maafkan Ehsan, mak. Ehsan tak dapat jaga Mak lagi. “ ujar Ehsan. Badannya sudah dipalingkan menghadap Mak Seha. Air matanya mengalir. Pelahan-lahan, kulitnya bertukar warna daripada sawo matang kepada putih kebiru-biruan.

“Apa yang terjadi dengan kamu nak?” Mak Seha tidak dapat menahan sebak di dadanya lalu menangis. Ehsan tidak menjawab. Lalu menghilang. Tangisan Mak Seha semakin galak. Ehsan muncul kembali dengan sehelai selendang kuning di tangannya. Selendang itu disarungkan di kepala Mak Seha.

“Maafkan Ehsan tak dapat jaga mak lagi. Mak jaga diri ye.” Ehsan menyeka air mata Mak Seha yang sudah berjejeran di pipi.

“Baik, Ehsan. Mak akan jaga diri. Ehsan pergilah dengan tenang, nak. Jangan risaukan mak di sini. Pak Benayat ada.” Tiba-tiba wajah Ehsan bertukar marah. Amarah jelas tampak pada aura matanya. Ehsan mengepal-ngepalkan penumbuknya.

“Jangan percaya dengan Pak Benayat, Pawang tak guna tu! Dia…”

“Seha! Dah siap belum!” Pintu rumah ditendang dan terkuak. Ehsan hilang. Mak Seha mengelap air mata.

“Lambat sangat…” omel Pak Benayat. Mak Seha memandangnya tersenyum. Pak Benayat sendu melihat kesan air mata di hujung mata Mak Seha.

“Maaflah Seha aku bawa berita buruk ni. Aku faham kau mesti sedih dan terkejut.” Ujar Pak Benayat serba salah. Rupa-rupanya Mak Seha sedang menangis. Mungkin itu punca dia lambat bersiap tadi.

“Tak mengapa, Nayat. Aku cuba redha. Jom, kita pergi rumah kamu. Aku nak tengok wajah anak aku.” Ujar Mak Seha. Dia cuba menyembunyikan kebimbangan di hatinya. Pesanan terakhir anaknya tadi mengejutkannya. Mengapa Ehsan melarangnya percaya kepada Pak Benayat?! Apa yang sahabat setuanya ini telah lakukan?.

Mereka menapak beriringan ke rumah Pak Benayat yang terletak di tengah-tengah kampung mereka. Jarak rumahnya ke rumah Pak Benayat lebih kurang dalam 200 meter sahaja. Terbongkok-bongkok dia berjalan sambil dipimpin Pak Benayat. Setibanya di sana, orang kampung sudah ramai berkumpul. Masing-masing menunjukkan raut wajah yang bersimpati kepadanya. Mana taknya, Ehsan merupakan satu-satunya keluarga dan penjaga yang dia ada. Kematian Ehsan ini bermakna dia akan hidup seorang diri di dunia. Pak Benayat membawanya ke ruang tamu.

Mayat Ehsan terbaring kaku di atas tikar. Dia hanya memakai seluar kaos berwarna biru, sama dengan seluar yang dia pakai rumah tadi. Memang ada kesan gigitan di leher anaknya itu. Sebahagian leher anaknya itu terkoyak. Bibir anaknya sudah biru memucat. Mak Seha tidak dapat membendung air matanya, lalu menangis dan meraung sekuat hatinya. Orang-orang kampung di situ hanya memandangnya. Sayu. Tidak kurang juga yang turut sama mengalirkan air mata. Mak Seha mengucup dahi anaknya untuk kali terakhir. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya untuk kali terakhir malam itu. Dinihari. Pukul 3 pagi. Hari Rabu. Kali terakhir dia akan melihat jasad anaknya. Dia tahu, kematian anaknya ini bukan kematian biasa. Kematian ini pasti ada kaitan dengan Niyang Ropek. Gangguan yang dia alami sebelum jelmaan anaknya muncul pasti ada kaitan dengan kematian anaknya ini.

Tangisan Mak Seha diteruskan. Kali ini dia telah ditenangkan oleh beberapa kampung. Mak Seha membaringkan bahunya di bahu isteri ketua kampung, Mak Kandik. Matanya memerhatikan Pak Benayat yang sedang berbua-bual dengan Pak Kandek, ketua kampung Kampung Pagung. Kematian anaknya ini pasti ada kaitan dengan pawang kampung mereka itu. Dia pasti.
#fiksyensahaja”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

dhaifullahazzayyani
Hi, saya baru nak menulis. ini page saya... dijemput singgah. https://www.facebook.com/estodania.page/

94 comments

  1. Zayn..2 cerita ko harung ni..hebat..2-2sambung lak tuh..please jgn buat citer sambung2 banyak sgt..huhu..kang ko lupa lirik..eh…kang ko pening…wuwu..tapi cite ko best..

    1. haha.. sebenarnya.. cerita ni aku create sbb Estodania mcm lambat admin post… maybe sbb cite lain byk kot.. so tunggu.. tetiba Estodania publish lakkk.. jgn risau delu.. aku ngh buat sambungan Pawang Benayat ni…. sambungan Estodania selepas esok aku start buat.. tunggu result semua pmbaca dulu.. staytune.. cuti sekolah ni.. aku free banyak.. haha

      1. xpe..xpyh tggu result pembaca..ko tulis je setori ko bg abes..best ke x best blkg cerita..kalo setori best alhamdulilah..kalo setori kurang best ko kene bertabah dgr kritikan org..hihihihi..

        **okey..aku baru nak baca..komen dulu..baca kemudian..

          1. Korang dua org ni aku rasa match made in heaven la. So sweet both of u.
            Kejap2 gaduh, kejap2 baik. Aku harap Dhai ada banyak idea nak masukkan character korang dlm citer dia 😀

          2. salah statement ko. sepatutnya mcm ni

            di mana ada medi, disitu ada izul, delu? langau

            hmm. hahaha. deluu. nah 😘😘😘

          1. Guyssss!! Bawak bertenang semua. Calm down and let’s get back on track. Kita komen yg baik2 je. Jgn jadi bahan kecaman orang. Tak baik. ~,~

          2. Maaf dinda ke laut..ehh..hari ini 1212 merupakan detik yg bermakna sepanjang daku mengomen di FS.. dapat trophy..tq FS..terharu..! mulai besok ku akan komen yg murni2..back on track..bye izul..

          3. Takpe2..sebab dah first..haha..minta maaf eh klu aku komen2 yg membuatkan tak selesa..aku cuba nak happy2kan diri..izul..aku gurau je okay..aku ngn medi mmg gile sikit..

      1. Tak smua aku comment. Yang mane sempat aku baca and yg mane best tu, aku drop comment 😀
        Sorryla Alisa kalau ada komen aku yg buat ko terasa hati ~,~

          1. hahaha.. bebetulah korang ni.. penghibur.. aku rasa crita aku pun x best mcm komen2 korang ni… medicakk… watak hg dah diwujudkn… wait and read ye.. share laaa… bagi lagi aku femes..

          2. hoyeahhhh! watak aku dah ada! tak sabar nak baca! 🔥🔥🔥

            ehhh. aku dah share weh, aku ada 10 FB, semua FB aku share. deal baikkk punya. 😂

  2. entah mengapa, bila baca cerita ni, I terasa mcm I pulak Mak Seha itewww…

    kesunyian, kesepian, tanpa sesiapa menemani diri ini…

    *gittewwww…

    Sebab U hensem. Diva bagi 5 bintanggg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *