Pedamping

First of all, thanks to admin sebab terima cerita ni. Cite langsung tak seram.

Aku tak tahu ni ada kaitan atau tak dengan apa yang aku akan cerita tapi masa aku umur 3 tahun, mama cakap perangai aku berubah. Aku masa kecik-kecik dulu memang budak yang baik (mama aku la yang cakap) tapi bila aku masuk umur 3 tahun, aku jadi kuat memberontak. Itu tak kena, ini tak kena. Itu tak boleh, ini tak boleh. Sedangkan aku jenis yang ikut apa yang mama suruh. Bila aku masuk 4 tahun, aku jadi normal semula.

Lets begin the real story…

Masa ni aku darjah 5. Aku budak kelas first and kelas tu terbahagi pada tiga geng. Satu geng anak cikgu, geng budak-budak lelaki and geng selekeh a.k.a geng aku. Geng aku ni duk sekampung sebab parents kitorang pun memang berkawan sejak kecik lagi.

Satu hari aku jumpa buku sastera form 6 mak sedara aku punya. Aku ni jenis suka membaca (buku pelajaran sila tolak masuk gaung), jadi aku amik buku tu untuk baca. Sampai kat bahagian mantera, aku tertarik kat satu mantera ni and mantera tu adalah MANTERA ULEK MAYANG. Aku memang pernah dengar lagu dia jadi aku tau rentak dia. Disebabkan tu, aku selalu baca hampir setiap hari. Entah macam mana, satu hari tu aku rasa nak menari sambil baca. Aku ni tak pandai menari tapi aku tahu tarian dia even aku tak pernah belajar.

Aku bawak la buku tu pergi sekolah tunjuk kat geng aku. Petang tu kitorang ada kelas agama, masa gap tu aku menari depan diorang dan ni titik permulaan. Aku tak ingat camne tapi lepas dari tu dalam geng aku semua cakap setiap orang ada pendamping. Dengan aku ratu and kawan-kawan aku ada kata putera, ada kata puteri, ada kata raja tapi pedamping tu satu family. Panjang cite dia tapi ni bukan fokus utama aku.

Masa aku form 3, kakak angkat aku, kak S, ajak aku jumpa sorang pakcik guard ni. Kak S memang selalu ajak aku bila dia jumpa pakcik bila nak tanya pasal benda mistik ni (dua-dua six sense). Aku ingatkan kak S nak tanya pasal dia tapi rupanya pasal aku. Malam tu aku dapat tau yang moyang sebelah abah aku pernah berdamping dengan bunian, puteri and dia Islam. Sepatutnya abah aku berdamping dengan dia tapi abah aku tak teruskan lepas berjaya ujian pertama and abah aku tak tahu pun pasal tu.

Antara cicit moyang aku, aku yang paling berminat dengan benda camni so puteri tu berkenan dengan aku. Masa ni aku cam antara percaya dengan tak, realiti dengan mimpi. Perasaan takyah cakap, aku tak tahu nak rasa apa even aku suka benda mistik ni.

Tapi ada perkara lagi mengejutkan. Benda tu ada kaitan dengan apa yang terjadi masa aku darjah 5 dulu. Kak S cakap, PUTERI ULEK MAYANG pernah mintak nak berdamping dengan aku tapi aku tolak and masa ni aku teringat yang aku pernah cuba lukis gambar PUTERI ULEK MAYANG. Aku langsung tak sedar pasal benda tu sampai la aku form 3 tu pun sebab kak S yang cakap. Masa ni aku fikir semula apa yang terjadi masa aku darjah 5 tu hanya mainan geng aku atau betul.

Pakcik tu pesan, nanti aku umur 21 tahun, baru puteri tu mintak betul-betul sama ada aku nak atau tak. Mula-mula aku rasa nak tapi bila tengok kak S rasa taknak pulak. Six sense aku takde la kuat sangat tapi hijab aku dah terbuka.

Kak S memang ada pendamping, bunian, Islam. Benda ni ada pantang larang dia. Salah satu takleh lalu bawah ampaian tapi kalau dah duk asrama lalu bawah ampaian ni memang takleh elak.

Kadang-kadang ada la kak S TERlanggar pantang then sakit. Tapi dia tak pernah bagitau sampai la aku cakap, “kak S sakitkan, saya boleh rasa,” kak S senyap. Kak S tanya pakcik tu kenapa aku boleh rasa, pakcik tu cakap kitorang ada kaitan. Bila salah sorang sakit, sorang lagi akan terasa jugak.

Satu hari, kak S tanya aku, nak tak tengok tempat puteri tu. Aku cakap la nak. Kak S suh aku tutup mata then baca beberapa surah. Kak S pun sama. Aku berjaya masuk. Aku berdiri depan masjid. Cantik. Warna putih. Aku cuba nak masuk tapi tak boleh. Tak lama lepas tu, kak S suh berhenti. Kak S tanya kenapa tak masuk, aku cakap kaki aku takleh gerak. Kak S tunggu aku dalam masjid tu lepas tu ada cahaya muncul sebab tu dia suruh berhenti. Kitorang cakap kat pakcik, pakcik cakap tu gangguan luar dan nasib baik kak S suruh berhenti sebelum sesuatu tak diingini terjadi. Banyak lagi nak cite tapi takut meleret.

Aku still terfikir nak terima atau tak. Sekarang aku dah 19 tahun. Six sense aku pun dah ‘turn off’. Cuma kalau aku tersalah membawang pasal ‘benda’ tu sampai dia ‘terasa hati’ memang mendapat la tapi bukan dalam bentuk gangguan, dalam bentuk sakit kat certain part kat badan aku.

That’s all from me. Cite seram yang tak berapa seram tu ada tapi nanti la aku cite lain kali (tu pun kalau cite ni diterima la).

Ms. Vampire

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

4 thoughts on “Pedamping”

  1. Jgn cari penyakit la gile. Pendamping saka etc. Kembali pada fitrah. Jgn anak cucu kaum kerabat ko merana nnt sbb ko. Jgn time nk m**i nnt roh xdpt kluar sbb benda2 nih. Zaman teknklogi ni patut bnyk amek pengajaran kisah2 org lain. Jin syaitan xkn pnh brenti nk sesatkan manusia.

    Reply
  2. Pelik la ko ni….xperlu kot bende2 cam ni…satu lagi ‘tolong jgn percaya bunian2 ni….(bkn semua) sbb bunian2 ni berbangsa jin….bangsa2 jenis depa ni suke menipu bagai…..klo ko xde ilmu xyah cari penyakit baik ko hafal alquran je…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.