Pelajar Universiti

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen syasya. Ini buat pertama kalinya aku kongsikan kisah yang pernah aku alami pada tahun 2015. Aku seorang pelajar jurusan business di sebuah university terkemuka di Perak ..
Bila sebut Seri Iskandar aku rasa semua orang pun tahu dekat mana terletaknya tempat ni kan, dan pastinya korang semua pernah dengar atau baca kisah kisah seram yang dikongsikan. Kisah ni terjadi penghujung sem 1. Nama aku Myra, aku ditempatkan di Block Melati, aras 3. Aku ada 3 orang roommate Aina, Lili dan Nur (bukan nama sebenar). Aina dan Lili belajar jurusan arkitek manakala Nur menggambil jurusan yang sama dengan aku cuma kami berlainan kelas.

Kebetulan Hari jumaat kelas kami dibatalkan jadi kami makan tengah hari sama sama. Baru je nak makan, pintu bilik kami kena ketuk . Aina bingkas bagun untuk membuka pintu, kelibat Ikin kelihatan didepan pintu bilik kami. Ikin merupakan pelajar jurusan Fashion. Kedatangannya kebilik kami adalah untuk menyerahkan tiket “FASHION SHOW” yang akan diadakan difakulti Fashion pada malam tersebut. Kitaorang putuskan untuk pergi lepas solat magrib. Pukul 8 kitaorang keluar dan terus ke fakulti fashion, setibanya kami disana tiket aina telah hilang. Puas mencari, akhirnya aina buat keputusan nak balik bilik je memandangkan tiket dia tak jumpa dan dia tak dapat masuk. Ikin kebetulan lalu terus tanya dekat kitaorang “kenapa tak masuk lagi” lili menjelaskan bahawa tiket aina hilang dalam perjalanan kesini. Ikin bawak kitaorang masuk sekali tanpa menyerahkan tiket.Ikin pilih kerusi depan pentas.

Malam tu, kitaorang tengok fashion show meriah sangat sebab ada ramai lecturer dan ramai senior. Kelibat ikin masih tidak nampak sampai ke penghujung, kitaorang cadang nak balik je memandangkan waktu menunjukkan hampir jam 12 malam. Tiba tiba ikin muncul atas pentas dengan seorang perempuan dan tentunya perempuan tu pakai pakaian yang direka khas oleh ikin. Penonton semua terpegun tengok hasil tangan Ikin. Ringkas tapi sangat cantik. Selesai pertunjukan, kitaorang meminta diri nak balik memandangkan kitaorang kena jalan kaki kira kira 3km dari fakulti Ikin untuk balik ke bilik.

Kitaorang jalan sambil gelak ketawa sebab masing masing masuk air. Sampai dekat fakulti depan block lelaki (tepi café) , lampu jalan tiba tiba terpadam. Kitaorang jalan slow slow sampai ke bus stop (depan café) sebab jalan berlecak. Selangkah nak sampai ke bus stop, nur bersuara “sape pulak masak tengah malam ni. Tak tidur ke apa?” (imagine bunyi kuali bertemu sudip) kitaorang pandang sesama sendiri dan tak sengaja terpandangkan kelibat lembaga hitam di salah sebuah gerai dekat café. Kitaorang terus senyap lepastu percepatkan langkah balik ke bilik. Nasib baik lembaga tu tak ikut balik.

Pagi sabtu kitaorang mulakan rutin macam biasa. Aina dan nur keluar pergi Bandar nak beli barang keperluan. Tinggal aku, Lili dengan penghuni bilik sebelah toilet je. aras kitaorang masa tu memang sunyi sebab ramai yang balik rumah masing masing cuti hujung minggu .
Lili tengah buat drawing dekat meja dia, aku tengah baca novel atas katil. Bilik kitaorang ni ada dua katil double decker. Aku duduk katil bawah, belah atas pulak katil nur. Tengah feeling baca novel, sesekali aku terdengar lili bersuara. Macam tengah bersembang je bunyinya. Aku tak ambil pusing sangat sebab aku ingat dia on call dengan boyfriend dia, maklumlah LDR kan.

Makin lama aku makin tak faham dengan butir bicara lili. Aku tegur dia “oi kau cakap apa? Aku takfaham lah” lili tak jawab soalan aku. Dia Cuma pandang lepastu senyum sinis je.. dalam hati aku “buang tebiat gamaknya budak ni”. Aku malas nak layan dia cakap bahasa yang aku takfaham, aku buat keputusan nak basuh baju je. Baju kotor aku masa tu pun tak banyak so aku basuh pakai tangan je kat toilet.
Baru nak rendam baju, sabun mandi tertinggal kat bilik pulak. Aku ingat nak mandi lepas basuh baju, yea lah . Aku ni sepisis manusia yang suka main air. Fikir punya fikir, ahhhhh ambik sabun kejap lagi je lah, yang penting basuh baju dulu. Sental punya sental, aku pun nak bilas lah baju dengan air bersih sebab dah penuh sabun kan, air putih yang mengalir dari paip tukar warna karat akhirnya jadi warna merah lepastu bau hanyir menusuk lubang hidung sampai aku nak muntah hijau kat situ. Aku terus tinggalkan baju aku dan balik bilik. Paip pun aku tak tutup. Apa nak jadi pun jadi lah. Seram sejuk aku kat situ walaupun masa tu panas terik kat luar. Jarak bilik aku dengan toilet dalam 20 langkah je.

Masa aku bukak pintu bilik, aku nampak lili pegang pensel tapi bukan tengah buat drawing. Dia pegang pensel dalam keadaan marah. Aku tegur dia “lili kau kenapa ni?” dia pandang aku macam nak terkam aku. Aku dah start taksedap hati. Aku baca surah surah untuk tengkan keadaan. Habis bacaan ayat qursi, lili dari bawah melompat keatas katil double decker. Dia lompat dan takguna tangga. Aku dah tahu depan aku bukan Lili yang aku kenal. Tersangat mustahil manusia boleh melompat keatas tanpa sebarang halangan. Dia duduk membelakangkan aku jadi aku taknampak apa yang dia buat dekat katil atas.

Aku ingat nak turun bawah panggil warden, Lili macam tahu niat aku. Dia terus Tanya aku “nak pergi mana tu ? hihihihihi”. Aku beranikan diri suruh Lili mengucap . Lili bergerak ke tepi dan aku nampak lukisan patung perempuan untuk pemujaan dekat dinding tu jelas. Tulang kaki dah rasa lemah, Lili Tanya aku “myra, cantik tak dia? Kening dia tak cukup tebal lah. Lili lukis kejap ye” aku tak tahu nak cakap cantik ke tidak. Yang penting aku dah rasa nak pengsan sebab takut. lili terus terjun kebawah dan ambik pemadam atas meja dia lepastu naik balik dekat atas katil untuk sambung lukisan tu. “myra tengok kening dia senget, lili nak betulkan je. Hihihihi…”
Aku dah separuh menjerit “Lili jangan sentuh lukisan tu” aku taknak keadaan bertambah buruk bila dia sentuh lukisan tu. Aku naik atas tarik dia, masa aku sentuh dia aku rasa macam terpegang periuk panas. nasib aku bertambah malang bila lili tepis aku akhirnya aku jatuh kebawah macam nangka busuk. Tak mampu nak bangun rasanya tapi aku tak boleh tahan dah, aku bagun lepastu terus keluar bilik dan panggil ika dengan wani (penghuni bilik sebelah toilet) aku mintak tolong diaorang panggilkan warden dekat bawah.

Warden pulak takde masa tu. Ika dengan wani terpaksa telefon lecturer dan mintak panggilkan ustaz, lili dah teruk sangat masa tu. Sementara tunggu ustaz datang, ika dengan wani teman aku. Lecturer arahkan kami untuk jaga lili dan pakai tudung. Aku pinjam tudung ika sebab aku pun tak berani nak masuk bilik. Kami bertiga tunggu dekat luar pintu bilik sampai lecturer datang. Masa ustaz sampai, lukisan tu dah hilang. Ustaz masuk untuk memulakan rawatan tapi lili halau dia. Ustaz tak putus asa. Terus baca ayat ayat suci dan masuk untuk buat rawatan. Selesai rawatan ustaz suruh kami duduk dalam bulatan (keliling lili) dan baca surah yassin.

Lepas bacaan yassin, ustaz mintak lecturer bagi air yang dah dibacakan ayat ayat suci al-quran dekat lili. Keadaan lili lemah masa tu, tapi dia dah sedar. Bila kami tanya ustaz apa yang jadi dekat lili sebenarnya ustaz hanya beritahu kami, lili diganggu sebab dia selalu stay up dekat studio sampai lewat malam dan selalu balik ke blok sorang sorang selain tu lili suka mencarut. Kami akui lili memang gadis yang suka mencarut. Walaupun kami dah nasihatkan dia, dia tetap taknak dengar kata malah kami pula dimarahnya sehingga benda ni jadi, lili sedar kesilapan dia dan mintak maaf . Ustaz mintak kitaorang selalu baca yassin dalam bilik untuk elakkan gangguan lain dan kena jaga percakapan sebab bukan hanya kita semua penghuni disini malah ada penghuni lain yang takdapat dilihat dengan mata kasar.

Semenjak hari tu, mata aku ni boleh dikategorikan “mata takberapa nak cukup penapis”. Aku jadikan kisah ni sebagai satu pengajaran untuk aku. Sebenarnya ada lagi kisah yang jadi dekat aku tapi lepas aku habis belajar. Ada masa, aku akan cerita kisah lain pulak. Sorrylah kalau penulisan aku kurang baik sebab ini first time aku nak share kisah aku. Korang boleh comment dekat bawah kalau ada kesalahan . aku boleh improve next time. Thank you!..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

myra

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

8 thoughts on “Pelajar Universiti”

  1. saya ex penghuni Melati 2 tingkat 2 tahun 2011- 2013. masa batch saya masuk melati tu, katanya tingkat paling atas (tingkat 3) tu baru bukak balik setelah beberapa sem kosong.. tapi kawasan kolej melati mmg banyak cerita seram pun.. huhu

    Reply
  2. Sama batch la kita..dok melati jugak..tapi tak penah dengaq lagi cerita nie 😅 kira sepanjang dok melati tak penah dengaq pon sapa2 kena rasuk 😁 saya dok aras 1

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.