Pembelian Keris Madura

Alhamdulillah .. Syukur ke hadrat Illahi … Harap dapat siarkan…. Nama panggilan aku  lang..
Cerita Yang saya ingin ceritakan adalah dari pengalaman saya 9 tahun yang lalu.

Pada umur awal 20-an .. Biasa lah sikap ingin tahu menebal dalam diri
sedang aku bekerja separuh masa di gerai uptown , menunggu pelanggan,
aku seperti biasa akan bermain facebook ..

Scroll punye scroll terlihat jualan-jualan keris .
Untuk pengetahuan semua , saya memang penggemar peminat barang-barang antik dan warisan budaya, keris cantik berukir dan panjang 15″ , cukup memukau sesiapa yang melihat, tak berfikir panjang lantas niat sudah lama inginkan sebilah keris di rumah. Saya pun pm tuan penjual , bertanya Sama Ada masih ada atau tiada. bertuah badan apabila tuan penjual berkata Ada lagi dan Bbeum Di lock siapa .

Perasaan membuak2 ,gembira tidak kepalang terus bersetuju untuk meminta maklumat tentang keris ini, setelah mendapatkan , segera mencari carian Google. Adalah jenis dan asalnya Keris ini

Ya , keris Madura berukir naga Madura n burung garuda , hulu berukir penuh sampir berukir naga dn burung. Berdokok Perak , memang cukup cantik dan indah , keris ini tidak baru dan lama sekadar berumuh 8-11tahun sahaja.

Lantas saya terus transfer sejumlah duit ke account penjual. dan membeli alamat lengkap , oh ya, penjual berada di utara Malaysia sedang saya di selatan. Jadi dalam masa 2-3hari barang untuk sampai , saya masih mencari data data berkenaan keris ini , wah kisah lama pulau Madura , naga madura segala bagai. Makin seronok pula rasanya.

Hari berganti hari keris telah tiba. Dengan rakus saya membuka keris itu .. wah , memang seperti apa didalam gambar , teguh bila dipegang kayu nya juga cantik sesuai dengan harganya,

Lalu aku membuka dengan lafaz bismillah .. tatkala sebab tu lah ada angin kuat menerjah kemuka dan seluruh tubuh meremang , bagi saya itu biasa mungkin memiliki warisan pusaka , bilah berluk 9 . Lalu saya cuba dahulu dengan berdirikan keris di samping bilah. Dengan Cara biasa dan menjunjung bilah keatas (bertapak kan Hulu) memang mudah dan senang bagaikan saya sudah seorang yang lama kenal keris, tetapi segalanya bermula disini.

Segalanya berlaku tanpa terduga. Menjelang asar. Muncul bau bauan seperti bunga melur dan kapur. Saya masih biarkan kerana diri masih diulit kegembiraan terhadap keris ini,

Masa berlaku sehingga selepas isyak, usai solat berjemaah saya pulang dari masjid terus ke bilik. Baru sahaja melangkah masuk, terus meremang bulu roma seluruh badan, rasa angin sejuk panas seperti berpusing ditubuh.
“Cuaca panas mungkin “. Lalu saya salinlah pakaian. Dan terus terpandang keris tadi di atas meja tepi tingkap. Ada suatu perasaan yang seaakan cuba menarik diri saya ke arah keris tersebut , saya pun berjalan dan nak mengambil keris itu, baru sahaja mahu mengambil keris, alang bukan kepalang terkejut bagai beruk melompat terkena belacan. Apabila di tepi tingkap ada nyalaan seperti jamur sedang berdiri tepat kearah keris , tingkap rumah adalah tingkap nako jadi Samar ,jelas tak jelas masih juga kelihatan .

“Siapa tu ??”. Mahkluk itu diam. Bila sekali tanya “siapa tu” ,  seperti terdengar dengusan seekor lembu, tak tunggu lama saya baca la apa yang tahu lalu hilang begitu sahaja.

Keesokannya bila pergi ke luar tingkap rumah, ada kesan seperti abu bakaran dipijak bentuk telapak kaki tetapi hanya tiga hari sahaja. Ya 3 hari sahaja! Saya pun cepat2 lah masuk malas nak fikir panjang. Dipendekkan cerita selepas asar sahaja, bila dibilik akan ada kedengaran bunyi dengusan, dan seperti air mengalir di bumbung .

Menjelang selepas mahgrib, ianya bermula, selesai sahaja solat mahgrib sedang berzikir n beristigfar, gedebuk gedebuk, kotak yang berada dibilik tiba tiba sahaja jatuh sedang tingkap tidak terbuka dan kipas tidak dibuka. Masih positif mungkin ada tikus yang sedang bermain. Tak’ tak’ tak’ tingkap nako seakan diketuk dari luar rumah.  Tak’ tak’ tak’ berulang pusing sahaja. Allah !  Sekali lagi bentuk api itu hadir. kalini seakan tangan mengetuk tingkap Tak’tak’tak’ bau hanyirditambah pula bau hangit serta rasa bahang yang membakar kulit badan. Saya masih bertahan dengan membaca ayatul kursyi.

sebentar sahaja ianya reda. Kreekk kreekk kreekk. Bumbung zink dipijak seakan ada orang yang berjalan. Memang malam tu saya berseorangan kerana family pulang ke kampung.

Jam pun masih awal sekitar 9.20 malam. Kringg kringg .. Hp berbunyi , pakcik saya duduk berjiran telefon.

pkck: assalamualaikum **** , Pak Teh nak tanya kamu , kamu ada dirumah ke?
Saya: Ada, kenapa Pak Teh
Pkck: apasal riuh sangat macam ramai orang tengah berkemas ,kedegang sana sini bunyi barang ,
Saya:Saya sorg aja lah Pak Teh mana ada orang lain, mana ada bunyi barang bising2

Pkck: Kamu keluar sekarang dari rumah, sekarang! Dia letak.

Saya pun terus lah ke muka pintu dan keluar dari rumah. Nampak dari rumah Pak Teh sudah berada di beranda rumahnya sedang memandang rumah. Dia melambai2, saya terus kesana ” adaapa Pak Teh,??”

Pkck: Lihat pada rumah kamu perhatikan apa kau nampak
Saya: Jap , nampak apa tak ada apa pun
belum selesai saya habiskan terkejut. Ada seperti bebola api sedang mengelilingi rumah dari bumbung hingga keliling rumah dan akan berhenti di tingkap bilik saya.

Pak Teh tiba2 bersuara. Kamu ada ambil atau bawa apa2 ke? Kamu pergi ke mana? Saya menjawab tak ada ambil apa2 dan tak kemana cuma balik kerja niaga jualan lepas tu baik rumah.
dari semalam Pak Teh melihat benda ni, aku cuba berdalih Pak Teh tak cakap pun .
Pak Teh cuma mencebik, tetiba fikiran ku tersentak. Jika semalam bermula, bermaksud ianya adalah sebilahKKeris Madura tu.

Saya terus beritahu Pak Teh, bukan main meradang Pak Teh setelah mendengar khabar bahawa saya membeli keris .

Pkck: Kamu memandai beli benda tu kenapa ? Ada rujuk sesiapa yang mahir berkenaan keris ke?
Saya: Keris sahaja bukan apa pun.
Pkck: ini lah budak sekarang memandai dan ambil mudah. Dah pergi ambil keris tu, Pak Teh teman .

Kami pun menuju ke rumah. Sampai je depan pintu terdengar bunyi dengusan, bila ditoleh. Allahu Akbar, terkejut sampai jatuh saya. Pak teh melaungkan nama Allah berulang kali. Sekujur tubuh yang terbakar mengeluarkan api merah panaslah seluruh tubuh. Tetapi badan seperti manusia hitam legam jelas mempunyai tanduk dua di dahi, muka bujur, dagu running, hidung paruh burung jatuh hingga ke mulut, badan kurus bermata biji saga.

Lalu Di lantukkan ayat2 Allah oleh Pak Teh . Lalu mahluk tersebut menjerit dan terbang entah kemana,

Aku terus bangun dan masuk mendapatkan keris tersebut. Untuk dibawa kehadapan Pak Teh

Pakteh: Jom lekas ambil kunci motor dan kita bawa ke Madrasah , sebab benda sedang meradang , apa lagi capai kunci tutup pintu kunci dan saya beri Pak Teh bawa motor dn keris saya pegang dibelakang..

Vroomm…. Terus menuju ke Madrasah. Tak jauh sekadar 15 minit sahaja. sewaktu dalam perjalanan, kami terlihat bebola di tengah jalan.

Secara tiba2 dia meluru ke arah kami , tatkala Pak Teh megelak bebola itu lalu di sebelah pula, saya seakan ditarik gedebuk!! Saya terjatuh dari tas motor, tetapi Pak Teh tidak menyedarinya, aduuhh sakit p******g , saya terus mencari dimana benda tadi , aahh dia ada tak jauh beberapa meter dari saya dan  sedang bergerak ke arah saya , Seram bila memikirkan wajah hangus dan bertanduk itu.

Saya tak fikir lama dengan berbekal lutut lebik mcm apa, daya tenaga yang Ada, selipar sebelah tak tahu dimana , saya terus berlarfi tanpa tengok dahhh, dengan harapan smpai lah cepat2. Lari punya lari,  seperti ada lembu tak pun kanak-kanak sedang bergerak mengejar. Nasib baik Pak Teh patah balik.

Lekas cepat naik, naik ja terus dipulas nya throttle Moto mcm nak berlumba, alhamdulillah smpai di Madrasah .. Kami trus masuk berjmpa ustaz yg Masih ada usai kuliah nya,

Pak Teh beritahu ustaz , ustaz hnya snyum dan memandang saya .. ustaz tak tunggu lama dia mula mengambil keris dan terus membaca suruh Ruqyah.. secara btiba2 lampu terpadam. Terlihat belola api tadi muncul, semakin lama semakin berhenti tubuh manusia dan bertanduk itu. “¥$¥$€$€}}=|]©¶ ” sambil menunjukan Keris itu. Bahasa yang tidak difahami, tetapi isyarat menunjukkn seperti keris itu kepunyaannya atau rumahnya..

“Keris itu masih bertuan, tuannya sedang mencari. Hilang kerisnya kerana ulah anaknya menjual keris untuk mendapatkan wang. Kata saudara yang memahami bahasa Madura.

@_#&@@#@=¥{¥=¥ !!! … Saudara itu menterjemah lagi. Kalian telah memiliki sesuatu bukan kalian punya. Pulangkan kembali. Layarkan keris itu kelaut nanti dia akan bawa ke tuanya ,ujar kata nya

Mahkluk itu seakan tidak bersabar lagi, dia melompat ke alang rumah memanjat seperti monyet, tetapi yang melihat cuma saya dan saudara Madura tadi..

Saya:Ustaz cpt ustaz seakan mahu mengamuk tu
Saudara: Iya dia sudah letih mahu pulang dari tangungjawabnya

Ustaz Masih berdiam dan berfikir …

Gedebuk saya jatuh.. Makhluk itu menerjah ke dada saya lalu melompat ke alang. Rasa seperti dada terbakar. sakit dia Allah sahaja tahu. saudara Madura meluru kearah saya yang masih pening dan mahu pitam .. “ayuh anak bingkas bangkit ” lawan ia” .. saudara itu bangun ambil memapah saya..

Baik, kita bawa keris ini ke pantai terdekat. Kami masuk kereta ustaz tergesa2. Saya dibelakang bermasa saudara, manakalah Pak Teh dn ustaz didepan. Alhamdulillah perjalanan seakan tiada apa, smpai sahaja dipantai terus ustaz meminta air laut sedikit sebotol dan air mineral …

Lalu lantunkn ayat2 Al Quran. Selesai sahaja ustaz meminta saya minum sedikit air lain dan sapukan pada dada yang panas tersebut..

Selepas itu ustaz meminta Pak Teh azan. Dan ustaz layarkan keris itu kelaut. Walau dipukul ombak keris itu tidak mengikut malah dia laju kearah laut … Ustaz minta saya halalkn duit itu dan ikhlas melepaskan keris itu.

Kami menunggu Keris itu berlabuh jauh. tapi pada pandangan mata saya masih lagi melihat mahkluk itu yang sedang menarik kris itu ke tengah laut.

Ustaz: Lain kali berhati2 jdi kn pengalaman dan pedoman, ada hikmah dibaliknya

Saudara: Iya pusaka terkadang bukan direla untuk dilepas tapi dijual atau dipuja dahulu , maka berhati hati lah.

Kesannya sehingga kini saya masih lagi boleh melihat jelmaan2 Jin ini. Dan dpt merasa kehadiranya, dan saya juga masih tegar membeli dan menyimpan keris.

Isya Allah Ada masa saya akan kongsikan cerita seram saya yang lain.

Ybenar
Lang sura

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lang sura

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on “Pembelian Keris Madura”

  1. biasanya keris berluk2 ni ada saka.. hati2 lah.
    keris keturunan kami dijaga rapi oleh org2 tua yg arif..
    kami anak cucu mampu tengok je..

    Reply
  2. Ok ko x payah nak sambung apa2 lagi la…ko duduk je la diam2 jd silent reader..susunan ayat gila punya berterabur..baca citer ko ni bkn nye rasa seram tp bole jadi baran…dah ko duduk diam je..x payah la nk kongsi pengalaman ko yg konon hijab dah tbukak tu…

    Reply
  3. Nak kena kesian ke?? rasanya tak la kot.. Ini la yang orang cakap tak ada masalah cari masalah. Siap masih mengumpul keris lagi tu..

    “Kesannya sehingga kini saya masih lagi boleh melihat jelmaan2 Jin ini. Dan dpt merasa kehadiranya, dan saya juga masih tegar membeli dan menyimpan keris.”

    Orang seperti ini ibarat tidak percaya akan kewujudan benda ghaib.Tak serik2.. Walau moden macam mana pun dunia sekarang, ingatlah kemodenan itu tak akan ada sebelum wujudnya zaman lampau.(fahamkan la sendiri )..Jangan buat main dengan benda pusaka lebih2 lagi daripada orang yang kau langsung tak pernah kenal.

    Walau apa pun, Tuhan itu ada..namun “mencegah lebih baik dari mengubati”. Kita manusia ini memang tak serik kalau hanya berlaku kat diri sendiri. Namun, menyesal tak sudah sekiranya benda tak elok berlaku kat orang2 tersayang..

    “Harap cerita ini rekaan kerana takut berlaku benda tak elok kat family kalau ianya cerita betul”

    Reply
  4. Gaya penceritaan dia membuat Kan orang membaca turut Sama kabut .. bukan biasa bole kabut Kan pembaca ikut situasi (skrip) .. apa pun best keras bro .. Dan rasanya penulis mcm memang Ada sesuatu ilmu .. tapi disembunyikan(teka ja) supaya nampak polos. 9/10 ..

    Reply
  5. best teruk cerita ni. writing style terbaek. 👍👍👍 bila baca mcm bleh msuk skali dlm cerita. suka gaya penulisan penulis. harap bleh sambung lg cerita lain

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.