Pena_Biru (part 4)

Assalamualaikum kepada admin dan pembaca fiksyen shasha. Seperti biasa kita kena berterima kasih dahulu kepada admin yang menyiarkan cerita aku sebelum ni. Okay, lepas admin siarkan part 3 baru-baru ni aku jadi sangat malas sambung cerita sebab masa aku dok taip pena biru part 3 lagi aku rasa ada yang tak kena.

Telinga aku berdesing beberapa kali nak habiskan cerita part 3 tu and yes guys, aku kena lagi semalam selepas hampir sebulan aku dah tak kena, tu pun last aku berubat sebelum PKP.

Cerita semalam aku dah siap taip untuk korang baca, tapi lambat lagi untuk aku submit kat admin sebab jauh lagi perjalanan cerita sebelum ni untuk sampai ke kisah semalam. Nanti korang blur-blur comel gitu kalau aku skip banyak sangat.

Oh ya, lepas pertama kali aku berubat dengan ustaz dari darul syifa tu, setiap kali ada benda tak elok nak mai telinga aku akan berdesing dan jari kaki kiri aku semua meregang macam orang yang kena strok. Benda tu suka main kat kaki aku, tak tau kenapa. Kalau dia meregang kejap tak pe, takde la sakit, cuma kalau lama dia akan sakit.

Aku dapat rasakan benda tu bergerak-gerak dalam badan aku. Benda ni suka main kat urat-urat badan aku dan aku akan rasakan denyutan yang kuat kat bahagian tu. Bila aku bacakan al-fatihah dan tiupkan kat bahagian tu, hilang la denyutan tu.

Ustaz Hafiz datang balik seminggu kemudian. Sebelum aku sambung cerita, aku lupa nak selitkan dalam part 3 hari tu. Masa awal-awal ustaz Hafiz nak rawat aku, dia ada tanya jin tu kau kenal aku ke? Aku mengganggukkan kepala tanda jin tu kenal ustaz Hafiz. Masa tu tangan aku dah start menari-nari dan kadang-kadang aku akan duduk bersila sambil kepala sujut ke lantai.

Ustaz Hafiz tanya, macam mana aku boleh kenal dia. Tangan aku yang sedang menari tu tunjuk kat umi aku. Aku cakap dia yang tunjukkan kat aku yang kau boleh merawat orang, masa tu hari raya aidil adha.

Lepas solat sunat aidil adha sambil tunggu ayah aku kat kereta, umi aku ternampak ustaz Hafiz dari jauh. Umi aku cakap, tu la ustaz Hafiz yang boleh merawat orang tu. Ustaz hafiz la yang selalu rawat budak-budak yang kena histeria kat sekolah umi aku.

Sambil dok tunggu ayah aku tu umi aku tanya la aku nak ke tak jumpa ustaz Hafiz? Mintak dia tolong-tolong tengokkan aku. Aku gelengkan kepala. Aku cakap takyah la, entah-entah aku ni takde paper pun. Nampak tak guys permainan jin ni. Kalau kita nak berubat, dia akan timbulkan keraguan dalam diri kita supaya tak yah berubat.

Back to the story, lepas tu ustaz Hafiz tu tanya, oh jadi kau la yang kacau anak-anak aku lepas balik solat raya hari tu? Aku mengganggukkan kepala sambil senyum-senyum. Umi aku tanya ada gangguan ke? Ustaz Hafiz cakap tiba-tiba anak dia kena kacau lepas balik solat raya tu. Kitorang pun terkejut guys. Rupa-rupanya, lepas balik dari solat raya tu, kitorang balik ke rumah tapi jin tu boleh pulak ikut ustaz Hafiz balik dan kacau keluarga ustaz Hafiz. Kami rasa bersalah pulak dengan ustaz Hafiz masa tu.

Lepas tu, macam biasa ustaz Hafiz mulakan proses rawatan sama dengan yang sebelum ni, dia tanya jin islam dan jin kafir ada berapa ekor melalui kaki kanan dan kiri aku. Kalau korang masih ingat, dalam part 3 ustaz hafiz sebelum ni ada tanya berapa ekor jin dalam badan aku, benda tu respond bila ustaz hafiz tanya lebih daripada 20 kan.

Surprisingly guys, rupa-rupanya dalam badan aku ada lebih daripada 200 ekor jin. Ustaz hafiz tu cakap, “ ha, tu dia. Patut la kejap jadi benda lain kejap lagi jadi benda lain”. Bila aku teringatkan balik, aku pernah bermimpi aku berada di dalam bangunan 4 tingkat yang terbengkalai.

Dalam mimpi tu lantai bangunan tu ada banyak gila ular yang berwarna hitam, dari yang kecil sehingga la lagi besar dari aku sampaikan aku tak dapat nak pijak lantai tu and almost semua tingkat dipenuhi ular sehingga ke luar bangunan. Dalam mimpi tu aku tak tahu nak lari ke mana.

Aku pun terpaksa la lari naik ke tingkat atas bangunan yang terbuka nak tengok kawasan mana yang aku boleh lari dan takde ular. Tiba-tiba aku perasan kat belakang badan aku ada payung terjun. Disebabkan ada payung terjun ni la aku tak ambil serius sangat dengan mimpi ni sebabnya aku ingat mimpi ni macam mainan dalam game. Mungkin aku ngigau ke nak main game ke apa ke an.

Dari tingkat 4 tu, aku guna payung terjun pergi ke kawasan yang jauh dari situ Tapi malangnya tempat yang aku turun tu pun dipenuhi dengan ular. Aku lupa ending mimpi aku macam mana sebab mimpi ni dah lama.

Ustaz Hafiz cakap patut la banyak sangat jin kat dalam badan aku. Kali ni ustaz Hafiz datang dengan dah bersedia. Ni antara dialog ustaz Hafiz dan jin tu:

Ustaz: Kau keturunan mahsuri eh?

Aku mengganggukkan kepala.

Ustaz: Aku pun keturunan mahsuri. Mungkin kita ni saudara kot.

Aku senyap sekejap. Masa ni aku seolah-olah terbang menjelajah dunia uolss. Apa yang jin tu nampak aku nampak. Jin tu seolah-olah mencari maklumat pasal ustaz tu betul ke tak ustaz hafiz dari keturunan mahsuri sama dengan apa yang diberitahu. Lepas tu aku nampak kedah dan langkawi. Aku pergi ke kedah dan langkawi dengan sekelip je guys.

Aku: Tipu!!

Ustaz: Ye la, aku keturunan mahsuri. Nampak sangat kau tu tak tahu. Kau tu yang menipu.

Aku kemudian masa tu terbang pulak ke indonesia. Yes, aku nampak indonesia ni macam mana tapi dengan sangat laju. Kiranya aku pi melawat indon free-free ye guys. Tak perlu naik air asia atau mas. Mungkin macam ni la kot jin-jin terbang, sangat laju. Macam sekelip mata je aku nampak semua tu.

Aku: Kau keturunan Acheh.

Ustaz: Takde la, aku keturunan mahsuri.

Aku: Tipu!! Kau keturunan Acheh, aku dah cek tadi. Hihihi

Akhirnya ustaz Hafiz mengalah. Dia cakap kat parents aku memang nenek dia asal keturunan dari Acheh. Lepas tu ustaz Hafiz bacakan ayat al-quran dan ye, aku ikut ustaz Hafiz bacakan sekali. Ustaz Hafiz suruh aku mengucap apa semua. Korang tahu tak aku pi mengucap dalam bentuk nyanyian budak-budak tadika tu. Rupa-rupanya jin tu tahu nasyid budak-budak tadika, mungkin dia pergi PASTI tadika kot.

Ustaz: Kau pandai baca al-quran? Macam mana kau boleh pandai baca al-quran? Kau kan bukan islam.

Aku: Aku belajar daripada dia (melati). Dia selalu baca.

Ustaz: Kau belajar baca al-quran tapi kau tak nak masuk islam.

Aku menggelengkan kepala.

Ustaz: Kau ni XXX hantar kau kan?

Aku gelengkan kepala.

Ustaz: Ye ke, bukan XXX hantar kau suruh kacau budak ni?

Aku: Bukan!

Ustaz: Kau pakai ilmu apa eh kebal sangat? Aku nampak anak-anak buah kau perisai kulit b**i. Kenapa kau perisai lain?

Aku hanya semyum kat ustaz Hafiz. Hehehe. Masa ni ustaz Hafiz bacakan ayat al-quran nak hancurkan perisai anak buah jin tu and memang anak buah jin tu kalah dengan bacaan ustaz Hafiz.

Ustaz: Bagitahu la kau pakai perisai kulit apa? (Ustaz Hafiz memujuk)

Aku gelengkan kepala sambil senyum-senyum.

Ustaz: Takpe la kalau kau tak nak bagitahu. Aku nak tahu ni je, sapa yang hantar kau ni?

Aku tiba-tiba rasa nak marah bila ustaz hafiz tanya soalan tu.

Aku: Ahmad! (dengan nada marah)

Ustaz: Sapa Ahmad tu?

Aku: Kawan sekolah dia dulu. Dia dah lama tak jumpa budak lelaki tu.

Ustaz: Oh, Ahmad yang hantar. Kenapa dia hantar kau? Apa yang dia nak?

Aku: Dia nak budak ni. Dia suruh aku tengok-tengokkan budak ni tapi aku tak suka Ahmad. Aku nak budak ni sorang-sorang je. BODOH!!

Ustaz: Jadi apa yang budak ni buat, dengan sapa dia berkawan dia tahu la?

Aku: hurmmm

Ustaz: Ahmad tu tinggal kat mana?

Aku sekali lagi terbang bersama jin tu ye guys. Aku nampak singboard jalan rumah Ahmad tu.

Aku: Taman Indah

Tiba-tiba adik lelaki aku si Darwan cakap dia memang kenal dengan Ahmad ni and dia memang tinggal kat Taman Indah. Darwan bagi tahu lagi yang Ahmad ni memang ada belajar ilmu rawatan islam dengan kawan dia.

Ustaz: Kalau macam tu dia orang baik la. Dia merawat tolong orang.

Aku: Kawan dia baik, tapi dia tak. Dia salah guna ilmu untuk kepentingan diri dia.

Ustaz: Dia belajar ilmu XXX ke?

Aku menganggukkan kepala. Tiba-tiba ayah aku tanyakan kat ustaz Hafiz ilmu XXX tak salahkan?

Ustaz: Ilmu tu tak salah. Ada je orang yang menuntut ilmu tu. (aku dah google pasal ilmu tu dan takde orang share pun pasal ilmu tu, kalau korang nak belajar ilmu tu kena berguru la kot kan tak pasai-pasai sesat pulak.)

Ustaz: Kau tak nak keluar ke? Keluar la, kesian kat dia. Kau cakap kau suka kat dia. Kau tengok dia terseksa kau masuk dalam badan dia.

Aku mengganggukkan kepala tanda jin dalam badan aku kesian kan aku.

Aku: Aku tak boleh keluar lagi. Ahmad tu tengah hantar benda kat dia ni.

Aku tengok semut kat atas karpet, aku lenyek-lenyek kan dia.

Ustaz: Kau buat apa tu?

Aku: Ni benda budak tu hantar. Ish, m**i kau! (sambil aku lenyekkan semut-semut tu. Aku pun tak tahu tu sebenarnya semut betul atau jin menyerupai binatang.)

Ustaz: Kau buat la dia tidur, kau cakap kau kuat.

Tak lama lepas tu..

Aku: Dia dah tidur. Hurmm

Dalam hati aku, jin tu cakap kalau dia keluar, akan ada benda lain pulak yang masuk dan jin tu keluar dari badan aku macam tu je tapi ada benda lain pulak yang masuk. Tiba-tiba aku menari siam, kejap je. Sekali aku angkat tangan macam penari siam tu, terus benda tu keluar. Dia masuk beberapa saat je.

Alhamdulillah, elok je jin tu keluar, jin ular pulak take over badan aku. Jin ni boleh tahan gak, tangan aku bergerak macam gelombang gitu, lembut dan lentik seperti ular. Ular ni orang hantar tak silap aku. Aku merapatkan kedua-dua tangan aku dan bergerak seperti ular menjalar.

Tangan aku mengarahkan ke arah ustaz Hafiz seolah-olah aku nak serang ustaz Hafiz. Aku dalam hati, ustaz tempis la tangan aku ni ustaz sebab aku tak nak tangan aku bersentuhan dengan ustaz Hafiz ni malangnya ustaz Hafiz tak tempis pun serangan dari aku. Kedua-dua tangan aku terus kena perut ustaz Hafiz. Lepas tu baru ustaz Hafiz tempis tangan aku. Lama jin ular dalam badan aku, dia pun keluar macam tu je.

Kemudian, yang lain pulak masuk dalam badan aku. Yang ni guru silat tak silap aku. Yang ni pun orang hantar gak. Jin silat ni siap ajak ustaz Hafiz ni bersilat dengan dia lagi tapi ustaz Hafiz tolak sebab dia cakap, aku tak pandai bersilat. Kalau kau betul hebat sangat kenapa kau tak serang aku macam yang jin tadi. Maksudnya kau tak hebat la.

Terus tak jadi jin guru silat tu nak bersilat dengan ustaz Hafiz padahal anak buah jin silat tu dah tunggu kat luar rumah bersedia nak bertarung jika betul la ustaz Hafiz nak bertarung dan jin tu keluar macam tu je. Oh ya, sebelum ustaz Hafiz datang ke rumah aku malam tu macam biasa dia solat kat masjid. Dia cakap bila dia turun masjid je, ada benda datang serang dia tapi dia tak tahu yang mana satu yang serang dia sebab banyak sangat jin dalam badan aku ni.

Lepas tu, jin ular pulak guys yang masuk dalam badan aku. Tangan aku siap menari ular lagi, lidah terjelir keluar seperti lidah ular dan badan meringkuk-ringkuk seperti ular. Ustaz Hafiz tanya la kau ni datang dari mana dan kenapa masuk dalam badan aku? Ular tu cakap dia datang dari rumah depan sana dan dia follow adik aku Darwan balik sebab dia suka dengan adik aku.

Darwan ni selalu keluar malam dan balik lambat biasa la lepak dengan kawan. Lepas peristiwa tu dia dah tak keluar malam sorang-sorang. Ular tu cakap, Darwan ni ada benda lain jugak ikut dia, dari kolej dia. Darwan ni dah takut-takut.

Aku: Ada 2 benda ikut kau. Sambil senyum-senyum malu kat adik aku dan tangan aku pun merayap gatai nak pegang Darwan (dah macam orang bercinta).

Aku dalam hati ni huh, geli pulak aku menggatai dengan adik sendiri ni.

Aku: Satu, benda tu ikut kau masa kau lalu kat koridor nak pergi tandas kat aras 3. Benda tu tengok kau dan berkenan dengan kau, jadi dia ikut kau. (Yang ni aku nampak dalam bayangan benda tu dok mencangkung atas koridor tu, dan aku nampak adik aku Darwan ni lalu dengan bertuala kat situ nak masuk tandas. Nasib dia pakai tuala guys. Pening aku kalau nampak bukan timing yang betul.)

Darwan: Memang Darwan kadang-kadang pergi mandi kat tingkat atas tu. Kat tingkat atas tu takde orang duduk pun. Kosong.

Aku: Ada lagi sekor ni dari fakulti. Dia memang duduk kat bilik kuliah tu. Dia ikut kau sebab dia tengok yang sekor lagi dok ikut kau.

Okay guys, jin ni memang macam tu, kalau dia tengok ada yang dok follow sapa-sapa, diorang suka join sekali ramai-ramai. Benda tu jadi tertarik sekali nak ikut orang tu.

Ustaz: Darwan, nak simpan ske ular ni?

Darwan: Ish, tak nak la (sambil menyorok belakang umi aku).

Ustaz: Ha, dia tak nak pun kat kau. Kau balik la kat tempat asal kau, boleh?

Aku pun jadi sedih guys nak berpisah dengan adik aku sendiri. Dalam hati dah geli, kalau boleh muntah hijau. Adik sendiri kan. Yeksss. Lepas tu benda tu keluar dari badan aku.

Habis je benda tu keluar ada lagi yang lain masuk. Tangan aku menari-nari. Ustaz Hafiz tanya, yang ni yang mana pulak?

Aku: Ulek mayang.

Ustaz: Kau datang dari mana?

Aku: Terengganu. Aku ikut dia balik (sambil tangan aku tunjuk kat kakak aku seroja). Padahal masa ni aku tak nampak pun kakak aku duduk kat belakang.

Seroja: Awak ikut saya dari mana?

Aku: Dari farmasi. (kakak aku kerja kat farmasi hospital masa ni)

Seroja: Oh, patut la dah takde bunyi kat farmasi tu. Dulu ada staff bagitahu farmasi hospital tu selalu ada gangguan. Lepas diorang buat solat hajat dah takde gangguan dah farmasi tu.

Rupa-rupanya, benda tu ikut kak seroja balik rumah, lepas tu benda tu melekat kat aku pulak. Adeih.

Ustaz: Tak pe la kalau macam tu, aku hantar kau kat tempat lain nak, tempat yang bau wangi? Kau duduk kat farmasi tu bau ubat, busuk. Kau mesti tak suka kan bau ubat?

Aku menganggukkan kepala sambil bergenang air mata sebab jin tu sedih sebab duduk kat farmasi tu bau busuk. Ye guys, aku ni apa yang jin dalam badan aku rasa pun aku boleh rasa. Kalau jin tu marah, aku dapat rasakan kemarahan tu, kalau jin tu sedih aku pun turut dapat rasakan kesedihan tu. Lepas jin ulek mayang ni keluar, dah takde benda lain masuk. Ustaz Hafiz pun masa tu dah nak balik.

Dia pun dah penat. Lama betul dia merawat aku kali ni. Hampir 4 jam, dari pukul 9 lebih sampai la dekat pukul 3 pagi. Tu pun dia tak mintak upah. Dia cakap dia tolong setakat yang mampu. Kalau dihulurkan duit pun dia akan tolak. Baik betul ustaz Hafiz ni. Semoga Allah membalas jasa baik ustaz Hafiz dan meletakkan dia dikalangan orang-orang yang beriman di akhirat kelak.

Dalam tempoh 4 jam, macam-macam jenis jin yang menumpang badan aku. Diorang ingat badan aku ni buat open house ke kalau rasa nak sampaikan hajat yang tak kesampaian boleh masuk menumpang. Apo la diorang ni. Okay, setakat ni itu je cerita dari aku. Kalau ada masa aku sambung lagi di lain hari.

Sekian,
Melati

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur Ain Sofiah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

3 thoughts on “Pena_Biru (part 4)”

  1. Seriously., Kdg2 Kita x tahu n x rasa pun Benda kecik mcm Ni pown buat Benda tuh ngikut Kita… Huhuhu takutnya… Kita dah la x nampak diorang…diorang lak leh nampak Kita… X fair lah… Huhuhu… Seyes.. sy tertarik sgt dgn citer Ni… N sy doakan semoga melati sekeluarga d lindungi Allah n d permudahkan segala urusan dunia n akhirat…. Amiin…

    Reply
  2. kenapa search part 2, part 3 x jumpa? tiba2 jumpa part 4… then part akhir. puas search part 2 dan part 3… boleh bg link?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.